KELUANG MAN (BAB 1)





KELUANG MAN
Shah Bogum


WATAK & PERWATAKAN

    

        REMY ISHAK sebagai BORHAN / KELUANG MAN              HASNUL RHAMAT sebagai SAMSIR JAUHARI

      

                 SYAFIE NASWIP sebagai SAMAD / TIONG                   AMAR SINGH sebagai INSPEKTOR SAHAB


                                    

SITI SALEHA sebagai KHATY ISMAIL                             SHASHI THARAN sebagai DR. RAMOO

 

KHIR RAHMAN sebagai ???


BAB 1
Setiap cerita adiwira pasti bermula dengan tragedi yang menimpa mereka. Mari kita mulakan kisah seorang lelaki bernama Borhan ini. Yang pasti ramai ketahui dia adalah adiwira yang digelar sebagai Keluang Man. Tapi disini, jalan penceritaannya agak berbeza. Garapan cerita aku adalah tentang Borhan si lelaki kaya yang bertanding untuk merebut jawatan datuk bandar di bandar Tampoi. Kisahnya bermual disini. Dimana Keluang Man lahir di dunia.
Bandar Tampoi. Bandar yang sering dikenali sebagai bandar kriminal. Kejadian jenayah banyak berlaku di bandar itu. Ringkas cerita, Tampoi is dying guys. Datuk bandar sebelumnya telah dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan gangster. Mayatnya dicampak ke dalam sungai dan telah dijumpai seminggu selepas kejadian. Selepas berita itu tersebar meluas, pilihan raya dan pemilihan datuk bandar telah dilaksanakan. Banyak ahli korporat dan jutawan masuk bertanding. Pemilihan berlangsung sengit. Kini, pihak berwajib telah menyenarai pendek calon datuk bandar kepada dua orang sahaja. Dua orang ini adalah seseorang yang sangat berpengaruh. Antara calonnya adalah Borhan Anuar dan Samsir Jauhari. Dua orang ini sangat dikenali sebagai pemegang saham, usahawan dan juga jutawan di daerah itu.
Borhan dan Samsir berjalan seiring sambil dikelilingi oleh pengawal keselamatan yang begitu ramai demi melindungi keselamatan mereka berdua. Borhan dan Samsir saling berpandangan. “Kali ni, kita bertanding dengan adil. Aku dengan cara aku, kau dengan cara kau.” Ucap Borhan. “Tiada masalah. Kita lupakan kenangan lama.” Balas Samsir. Borhan hanya tersenyum lalu mengiring Samsir masuk ke dalam dewan.
Undian sedang berjalan. Borhan dan Samsir menunggu di ruangan untuk mengetahui keputusan pilihan raya itu. Setelah hampir 24 jam pemilihan berlangsung, keputusan diumumkan. Borhan Anuar menjawat jawatan  Datuk Bandar di Tampoi. Samsir kelihatan tidak begitu gembira dengan kemenangan Borhan. Tetapi Samsir tetap memaksa diri untuk senyum dihadapan orang ramai. “Tahniah, Borhan.” Ucap Samsir. Borhan tersenyum lebar. Borhan menepuk bahu Samsir lembut. “Terima kasih. Nampaknya kita berdua memang ditakdirkan begini. Aku menang lagi.” Perli Borhan. Kata-kata Borhan membuatkan Samsir semakin marah dengan Borhan. “Upset? It’s just a joke. Chill Bro.” Ucap Borhan sambil tersenyum. Samsir hanya membalas senyuman Borhan. Borhan terus melangkah pergi dari situ bersama dengan pihak media.
Sudah empat minggu bandar Tampoi diperintah oleh Borhan. Bandar Tampoi kini semakin membaik. Jenayah dapat dibanteras dengan baik. Borhan menjadi tumpuan ramai dan dipuji masyarakat dan penduduk bandar Tampoi itu. Keadaan itu membuatkan Samsir semakin membenci Borhan. “Borhan…kau bongkak Borhan. Kau bongkak. Kau takkan kekal lama di posisi kau sekarang Borhan. Kau tunggu. Zaman gemilang kau setakat ini saja.” Bisik Samsir marah. Sesungguhnya dendam Samsir kepada Borhan sungguh membuak-buak.
16 TAHUN LALU…
Samsir dan Borhan merupakan pelajar silat. Mereka berdua antara yang terhandal dari 10 orang anak murid lain. Mereka berdua merupakan sahabat baik dan juga sering menjadi musuh ketika berada di gelanggang silat. Guru silat mereka ialah Tok Siak. Datuk kepada Samsir. Tetapi Tok Siak lebih menyayangi Borhan berbanding Samsir. Kasih sayang Tok Siak kepada Borhan membuatkan Samsir cemburu. Ketika pertarungan di gelanggang silat, Samsir begitu marah sehingga hampir mencederakan Borhan. Tok Siak kesal dengan perbuatan Samsir lalu menampar dan memarahi Samsir. “Nafsu amarah dalam diri kau tu yang membuatkan aku takkan pernah sayang dekat kau. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.” Perli Tok Siak. Hal itu, membuatkan Samsir lagi tidak berpuas hati. Jauh dalam lubuk hatinya, dia sangat sedih dengan sikap datuknya. Dia cuma inginkan kasih sayang.
Samsir menenangkan diri di pinggir tasik, tempatnya dan Borhan selalu bermain. Borhan datang mendekati Samsir. Dia mengambil tempat di sebelah Samsir. Borhan memeluk bahu Samsir sambil mengusap lembut bahunya. “Jangan ambil kisah sangat dengan apa yang atuk kau cakap dekat kau. Aku okay jer. Kalau kau cederakan aku tadi pun aku tak kisah.” Ucap Borhan. “Kenapa? Kenapa pulak kau tak kisah?” tanya Samsir. Borhan memandang Samsir lalu tersenyum. “Sebab kitakan kawan. Lebih dari seorang kawan sebenarnya. Dah macam adik-beradik. Aku anggap kau macam abang kandung aku.” Balas Borhan. Samsir hanya tersenyum. Mereka berdua memandang ke arah tasik yang tenang. “Dah lama kita tak memancing kan? Jom.” Kata Borhan. “Tak nak lah. Malas.” Balas Samsir. “Eleh, takut ke tak dapat ikan macam haritu lagi?” gurau Borhan. “Aku tak takut. Lagipun aku yang ajar kau memancing dulu.” Balas Samsir. “Kalau macam tu, jom memancing. Siapa dapat balik ikan malam ni, dia kena belanja makan ais kacang.” Ucap Borhan. “Okay, aku sahut cabaran kau.” Balas Samsir. Mereka berdua nampak gembira. Hubungan mereka sudah seperti keluarga.
“Okay, aku mengaku aku kalah lagi.” Kata Samsir. Borhan hanya ketawa kecil sambil tangan kirinya memegang seekor ikan siakap yang berjaya ditangkapnya. Langkah Samsir terhenti. Borhan terdiam. Samsir berlari ke arah rumahnya. Rumah Samsir terbakar. “Samsir! Jangan!” jerit Borhan cuba menghalang Samsir dari masuk ke dalam rumahnya yang sudah terbakar. Melihat kejadian itu, orang kampung memanggil bomba untuk memadam kebakaran itu. Tok Siak dikhabarkan meninggal dunia di tempat kejadian. Samsir amat bersedih. Dikhabarkan bahawa kebakaran berlaku kerana gas dapur dibiarkan terbuka dan menyebabkan letupan kecil lalu membakar seluruh rumah. Borhan mengatakan bahawa dia menyebabkan kebakaran berlaku kerana sebelum keluar dari rumah Samsir, dia menjerang air panas untuk Tok Siak tetapi tidak menyedari dia belum lagi menutup gas dapur. Hal ini membuatkan Samsir semakin marah dengan Borhan. “ Kau!!! Pergi berambus dari sini. Kau rampas kebahagiaan aku. Lepas tu kau bunuh atuk aku!!! Kau pergi berambus dengan keluarga kaya kau tu!!! Jangan balik lagi ke sini. Pergi!!!” marah Samsir. Borhan hanya mengikut kehendak Samsir. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Sejak itu, hubungan mereka renggang. Borhan kembali ke pangkuan keluarganya. Bapanya merupakan Datuk Bandar Tampoi. Dari situlah di amula belajar tentang bisnes. Sehingga bapanya mati dibunuh oleh sekumpulan penjenayahyang berhaarat menyingkirkan bapanya itu.

Comments

Popular Posts