MY SECRET GARDEN (LAST EPISODE)
EPISOD
10 : TAMAN RAHSIA KITA
Projek itu telah
berlangsung selama tiga bulan. Iskandar juga telah menjadi seorang pegawai
tentera. Dia sentiasa sibuk dengan pekerjaannya. Dalam masa yang sama, dia
harus menguruskan projeknya itu. Projek itu hampir sahaja siap dilaksanakan.
Hanya memerlukan beberapa hari sahaja lagi. Alisha pula telah menyambung
pelajarannya di universiti. Iskandar merahsiakan tentang projek itu kepada
Alisha. Dia akan mendedahkan segalanya apabila semuanya telah siap dibina.
Selepas lima
bulan, barulah projek itu siap dilaksanakan. Iskandar berpuas hati dengan hasilnya.
Ia berjaya dilaksanakan sama seperti apa yang diinginkannya. “Akhirnya taman rahsia kita telah siap
dibina.” bisik Iskandar.
Iskandar membawa
Alisha ke taman baru itu. Alisha terdiam seketika. Alisha mula tersenyum. “Cantiknya.” kata Alisha gembira. “Iniah apa yang Is inginkan. Inilah taman
rahsia kita.” balas Iskandar. “Kenapa
taman rahsia?” tanya Alisha. “Kenapa
taman rahsia? Kerana disinilah bermulanya setiap kegembiraan dalam hidup kita.
Dan disinilah kita berkongsi rahsia kita berdua. Disinilah tempat dimana kita
menghilangkan rasa sunyi dalam diri kita. Segala-galanya bermula di taman ini.
Dan tidak lupa juga, disinilah kita mula mengikat tali persahabatan dan ia
masih kekal sehingga sekarang.” jelas Iskandar. “Cewah! Penuh dengan makna. By the way, terima kasih untuk
segala-galanya. Sha gembira sepanjang Sha kenal Is. Dan Sha harap hubungan
persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat.” balas Alisha. “Is pun harap begitu. And…yang paling
penting sekali dekat taman ni adalah…No dog allowed!” gurau Iskandar lalu
tertawa. Alisha ketawa apabila mendengar kata-kata Iskandar. “No dog allowed! Macam perli je bunyi nya.”
kata Alisha ketawa. “Lebih kurang lah.”
balas Iskandar. Mereka berdua tertawa bersama. Itulah hari paling bahagia buat
mereka berdua.
Selepas beberapa
bulan taman itu dibina, taman itu telah mendapat sambutan orang ramai. Tidak
lama selepas itu, taman itu telah dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai
dan pelancong beriadah. Melihat kepada sambutan itu, taman itu telah
dianugerahkan sebagai taman paling cantik di daerah itu. Hal ini juga telah
banyak membantu keluarga Iskandar dalam menyelesaikan masalah mereka. Encik
Hilal terbukti tidak bersalah dan telah berjaya mengembalikan reputasinya.
Kehidupan keluarga Iskandar kembali seperti dahulu. Encik Hilal meluahkan rasa
bangga kepada Iskandar kerana telah membuktikan bahawa dia mampu untuk berbakti
kepada keluarga.
Iskandar dan
Alisha sedang melihat keindahan laut yang kebiruan. “Sorry, sebab baru sekarang Is tunaikan janji Is dekat Sha. Janji Is
nak bawa Sha jalan-jalan kan.” kata Iskandar. “Eh, tak apa. Yang penting Is ingat janji Is dekat Sha. Walaupun lama
Sha tunggu saat ni.” balas Alisha. “Perli
nampak.” kata Iskandar. “Alahai,
terasa pula.” perli Alisha lalu tertawa. Iskandar hanya tersenyum. “Hah! Cuti semester sampai bila?” tanya
Iskandar. “Sampai minggu depan. Lagipun
tiga minggu je cuti.” jawab Alisha. Iskandar hanya mengangguk. “Is pula? Bila pergi Singapura?” tanya
Alisha. “Lagi lima hari je. Lepas tu
pergi lah.” jawab Iskandar. “Okay…hati-hati.
Sejak-sejak dah jadi orang penting ni kan, busy memanjang.” perli Alisha. “Alahai! Sha ni memang kuat perli eh?
Aduhai.” balas Iskandar lalu tertawa. Alisha hanya ketawa melihat Iskandar.
Mereka berdua cukup gembira. Siapa sangka mereka berdua telah menjadi rapat
sehingga ke hari ini. Dahulunya, mereka berdua hanya tahu erti kesepian…tetapi
kini, mereka mula mengenali apa itu erti kebahagiaan. Begitulah utuhnya tali
persahabatan mereka berdua.
Setiap kesedihan
pasti akan didatangi oleh kebahagiaan. Cuma kita tidak tahu bila kebahagiaan
akan hadir dalam hidup kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah teruskan hidup
walaupun kehidupan kita penuh dengan kesulitan yang tidak mampu untuk kita
tanggung sendiri. Hanya kesabaran yang diperlukan. Kesabaran yang tinggi dalam
hati kita. Berkat kesabaran kita pasti akan ada cahaya menyinari kegelapan di
dalam hidup kita. Kita tidak akan hidup dalam kegelapan selamanya jika kita
sendiri berusaha untuk keluar dari kegelapan itu sendiri. Berusaha lah mencari
cahaya kehidupan kita. Kerana cahaya dapat memberi sinar baharu dalam hidup
ini.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment