MY SECRET GARDEN (EPISODE 5)
EPISOD
5 : PERTEMUAN DAN PERPISAHAN
Alisha duduk
termenung di sofa. Dia memikirkan tentang apa yang telah dikatakan ibunya tadi.
Alisha memandang ke arah jam dinding yang tergantung di hadapannya. Sudah jam
8.50 malam. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar mesej kepada Iskandar.
“Sha nak jumpa Is sekarang dekat taman.”
itulah mesej yang dihantar oleh Sha kepada Iskandar. “Okay Sha. Is datang sekarang.” balas Iskandar. Alisha terus
bersiap. “Ibu! Ayah! Sha keluar sekejap
ya.” kata Alisha. “Pergi mana?”
tanya Puan Fazlina. “Taman belakang ni.”
balas Alisha. “Okay. Elok-elok. Jangan
lama sangat.” balas Puan Fazlina. “Okay,
Ibu.” kata Alisha lalu melangkah pergi dari situ. “Pergi taman buat apa?” tanya ayah Alisha, Encik Shahrol. “Adalah tu. Nak jumpa kawan kot.” jawab
Puan Fazlina. Encik Shahrol hanya mengangguk.
Alisha menunggu di
taman. Dia melihat sekeliling. Dia melihat kelibat Iskandar dari jauh. Iskandar
mendekatinya. “Ada apa Sha nak jumpa
malam-malam ni?” tanya Iskandar pelik. Alisha hanya mendiamkan diri.
Iskandar memandang pelik Alisha. “Kenapa
Sha? Ada apa-apa masalah ke?” tanya Iskandar. Alisha memandang Iskandar. “Sha…balik esok.” kata Alisha. “Balik? Esok?” balas Iskandar. Alisha
hanya mengangguk. Iskandar mendiamkan diri. “Ibu
dengan Ayah Sha ada dekat rumah. Baru sampai petang tadi. Ibu nak bawa Sha
balik esok.” kata Alisha. Iskandar tersenyum. “Alahai. Bunyi nya macam tak seronok je nak balik?” gurau
Iskandar. “Seronok. Siapa kata tak
seronok.” kata Alisha. “So? Apa yang
mengganggu fikiran Sha sekarang ni?” tanya Iskandar. Alisha terdiam
seketika. “Secara jujurnya, Sha sedih
sebab Sha dah nak kena balik esok. Sha tak tahu bila Sha boleh balik sini lagi.
Sha cuma berharap…One day Sha dapat jumpa Is lagi.” kata Alisha. Iskandar
tersenyum. “Sha…Is seronok dapat kenal
dengan Sha. Lepas Sha datang dalam hidup Is, Is rasa gembira. Is tak lagi rasa
sunyi. Jujur Is pun sedih bila dengar tentang hal ni. Lepas ni kita terpaksa
berjauhan. Tapi, Is juga berharap…kita akan bertemu lagi suatu hari nanti,
Insya Allah.” balas Iskandar lalu tersenyum. Alisha tersenyum sendiri. “Sha…nanti bila kita jumpa lagi…Is janji Is
bawa Sha jalan-jalan. Nak? Itu pun kalau Sha sudi lah.” ajak Iskandar. “Serius? Okay. Janji harus ditepati.” balas
Alisha. “Ya, Is janji.” kata
Iskandar. Alisha tersenyum. “Setiap
pertemuan pasti ada perpisahan. Tetapi, tak bermakna ini adalah sebuah
pengakhiran. Ini baru saja permulaan dalam hidup kita. Sha…sentiasa ada di
dalam hati Is. Jauh di mata dekat di hati kan.” kata Iskandar lalu
tersenyum. “Wah! Bermadah pula pak cik
sorang ni.” perli Alisha lalu tertawa. “Pak
cik?! Tua sangat ke Is ni?” kata Iskandar merajuk. Alisha hanya ketawa
sendiri. Iskandar tersenyum melihat Alisha.
Tepat jam 9.00
pagi. Alisha dan keluarganya sudah bersiap sedia untuk berangkat pulang.
Walaupun berat hati Alisha untuk pergi, Alisha sentiasa berfikiran positif. Dia
berharap dia dan Iskandar akan bertemu lagi. Di sisi lain, seperti biasa
Iskandar sudah berada di taman. Tangan kirinya mengenggam pen manakala tangan
kanannya memegang sebuah buku lukisan. Tetapi, tiada sebarang lukisan yang
dihasilkan Iskandar. Dia hanya termenung seorang diri. Dia memandang ke arah
langit. “Di taman ini, kita bertemu. Dan
di taman ini lah kita berpisah. Tetapi, aku berharap di taman ini lah kita akan
bersatu kembali.” kata Iskandar sendiri. Alisha dan keluarganya sudah
berangkat pulang. Sepanjang perjalanan, Alisha hanya mendiamkan diri. Kadang
kala, dia tersenyum sendiri. “Sha akan
kembali untuk tuntut janji Is dekat Sha.” bisik Alisha. Dia tersenyum.
Sebulan telah
berlalu. Iskandar sentiasa mengunjungi taman itu. Dengan harapan, Alisha akan
datang menemuinya satu hari nanti. Dia tidak pasti bila Alisha akan kembali
tetapi dia akan terus menunggu dan menunggu walau apa yang terjadi. Tidak lama
selepas itu, bapa Iskandar, Encik Hilal telah menyuruh Iskandar untuk pulang ke
rumah. Iskandar mula risau dengan kata-kata bapanya itu. Dia takut, dia disuruh
untuk tinggal bersama keluarganya dalam jangka masa yang panjang. Tetapi,
Iskandar harus mematuhi arahan bapanya. Dia pun pulang ke rumahnya dengan
segera.
“Apa?! Masuk tentera?!” kata Iskandar
pelik. “Ya. Masuk tentera. Tinggalkan
impian kau tu untuk menjadi seorang pelukis.” balas Encik Hilal. Iskandar
menundukkan kepalanya. “Is akan ikut semua
apa yang ayah nak tapi, Is tak boleh lupakan cita-cita Is untuk jadi seorang
pelukis. Itu minat Is.” kata Iskandar. “Minat?
Huh! Tak semestinya minat kau tu boleh mengubah kau jadi orang yang berguna.
Minat kau tu tak boleh pakai.” balas Encik Hilal sinis. Iskandar mengeluh. “Is cuma nak ayah faham Is. Tapi, ayah tak
pernah faham Is.” kata Iskandar kesal. “Ayah
cuma nak kau jadi orang yang berguna. Itu yang ayah nak. Sebelum ayah faham
kau, kau kena faham ayah.” balas Encik Hilal. Iskandar memandang bapanya. “Kalau itu yang ayah nak. Is ikut. Is masuk
tentera. Macam yang ayah cakap. Kalau nak ayah faham Is, Is kena faham ayah
dulu. Is cuba untuk faham ayah dengan harapan ayah akan faham Is suatu hari
nanti.” kata Iskandar. Mereka berdua saling berpandangan.
>BERSAMBUNG
Comments
Post a Comment