MY SECRET GARDEN (EPISODE 1)
EPISOD
1 : PERTEMUAN
Di dalam hidup ini,
pasti akan ada pertemuan…dan setiap pertemuan pasti berbeza. Adakalanya, sebuah
pertemuan itu diakhiri dengan kegembiraan. Ada juga berakhir dengan kesedihan.
Tetapi bagi aku, pertemuan itu adalah takdir. Takdir yang tidak disangka-sangka
akan berlaku di dalam hidup ini. Aku ditakdirkan untuk bertemu dengannya. Untuk
pertama kalinya, aku gembira dengan sebuah pertemuan. Pertemuan di antara aku
dan dia telah mengubah segalanya. Kini, apa yang aku tahu, hidupku terasa lebih
indah saat bertemu dengannya.
Seperti biasa,
Iskandar duduk tenang di bawah pokok sambil memegang buku lakarannya. Dia
mencapai pen lalu mula melukis. Itulah apa yang dilakukannya setiap hari. Dia
lebih banyak menghabiskan masanya di taman itu berbanding di rumahnya sendiri.
Baginya, dia lebih tenang apabila berada di taman itu. Sambil menghirup udara
segar, Iskandar fokus melukis. Dia langsung tidak menghiraukan orang lain. Dia
hanya dengan dunianya sendiri. Iskandar berhenti melukis seketika. Dia
memandang ke langit. Dia tersenyum sendiri. “Cantiknya
langit ni.” kata Iskandar sendiri. Dia fokus ke arah langit yang kebiruan
itu. “Kalaulah hidup aku tenang dan
seindah langit ni…aku tak perlu lagi risaukan apa-apa.” kata Iskandar lagi.
Dia tersenyum.
Iskandar bersiap
untuk bekerja. Dia memakai kemas pakaian seragamnya. Dia bekerja separuh masa
di sebuah kafe berdekatan rumahnya. Di situlah tempat dia mencari rezeki demi
menampung kehidupannya yang sederhana. Iskandar tiba di kafe tepat jam 9.00
pagi. “Selamat pagi, semua.” ucap
Iskandar lalu masuk ke ruangan dapur. Iskandar terdiam seketika. Dia memandang
pelik seorang gadis yang sedang berada dihadapannya. Dia memerhatikan gadis itu
dengan penuh perhatian. “Oit! Cepatlah
start kerja. Nanti bos dah datang, kena marah pula.” sampuk Jun. Kata-kata
Jun kembali menyedarkan Iskandar. “Sekejap.”
kata Iskandar sambil memegang lengan Jun. “Apa
dia?” balas Jun. “Siapa?” tanya
Iskandar sambil menunjuk ke arah gadis yang diperhatikannya tadi. “Oh, dia. Alisha namanya. Budak baru. Semalam
masuk. Kau cuti kan semalam.” jawab Jun. “Oh, okay.” kata Iskandar. “Dah,
aku nak buang sampah dulu. Buat kerja.” kata Jun. Iskandar hanya mengangguk
dan tersenyum. Jun pun meneruskan kerjanya. Iskandar memulakan kerjanya. Dia
mula fokus terhadap apa yang sedang dia lakukan. Dia mengelap meja dapur dengan
santai. Matanya mula memandang ke arah Alisha sekali lagi. Dia menatap wajah
Alisha dari jauh. Alisha sedang mengelap meja-meja pelanggan. Alisha memandang
Iskandar secara tiba-tiba. Iskandar mengalihkan pandangannya lalu meneruskan
kerjanya. “Apalah yang aku buat? Kau
pandang dia buat apa? Alahai.” bisik Iskandar. “Tumpang tanya. Penyapu dekat mana eh?” tanya Alisha. Iskandar
terkejut. “Sejak bila dia dah ada depan
aku ni?” bisik Iskandar lagi. Iskandar tersenyum. “Ada dekat belakang.” kata Iskandar. Alisha hanya tersenyum lalu
menuju ke belakang untuk mengambil penyapu. Iskandar hanya memandang Alisha
dari jauh. Entah kenapa, sejak Iskandar melihat Alisha, dia ingin mengenalinya
dengan lebih rapat.
Tidak ramai
pelanggan yang datang ke kafe pada hari ini. Jadi, tidak banyak pekerjaan yang
boleh dilakukan Iskandar dan pekerja lain. Lagipun, hanya Iskandar, Jun dan
Alisha sahaja yang bekerja pada hari ini. Dua lagi pekerja cuti pada hari
tersebut. “Wei Is, aku nak pergi kedai
beli barang kejap. Kau jagalah kaunter depan dengan Alisha. Aku pergi dulu.”
kata Jun lalu pergi dari situ. Iskandar hanya terdiam. Dia mula menjenguk
kaunter hadapan dengan berhati-hati. Kelihatan Alisha sedang berdiri di kaunter
itu sambil memandang ke luar dengan wajah yang suram. Alisha kelihatan bosan.
Iskandar memberanikan diri melangkah ke hadapan. Dia mula berdiri di sebelah
Alisha. Reaksi Iskandar kaku seperti patung. Dia hanya berdiri dan memandang ke
hadapan. Iskandar mula mencuri-curi memandang Alisha. Suasana agak kekok. Dia
tidak tahu ingin memulakan topik perbicaraan dengan Alisha. Iskandar mengeluh. “Bosan kan.” kata Alisha. “Ya!!!” balas Iskandar dengan suara yang
kuat. Alisha terkejut dengan reaksi Iskandar. Iskandar terdiam. Wajahnya
berubah merah. “Kau menjerit buat apa?!”
bisik Iskandar memarahi dirinya sendiri. Alisha tersenyum. “Maafkan saya.” ucap Iskandar. “Tak
apa.” balas Alisha. Iskandar hanya tersenyum malu. “Janganlah takut. Saya bukan harimau nak makan orang.” kata Alisha
santai. Iskandar tertawa apabila mendengar kata-kata Alisha. “Hem…kerja sampai bila?” tanya Iskandar. “Tak tahu lagi. Maybe sampai hujung bulan
ni.” balas Alisha. “Oh…saya Iskandar.
Panggil je Is.” kata Iskandar. Alisha tersenyum. “Alisha. Panggil Sha. Simple.” balas Alisha. “Selamat berkenalan Sha.” kata Iskandar lalu tersenyum. Alisha
membalas senyumannya. Pertemuan yang tidak disangka. Bermula hari itu, mereka
berdua mula berteman. Iskandar berhasrat untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
BERSAMBUNG
Comments
Post a Comment