MY SECRET GARDEN (EPISODE 9)
EPISOD
9 : KEBENARAN
“Ayah dah kata, ayah tak nak halang kau dah.
Kau buat lah apa yang patut. Kau buatlah apa yang kau suka. Ayah tak nak ambil
peduli.” kata Encik Hilal. “Ayah…Is
cuma minta satu je daripada ayah. Tolong hentikan projek tu. Is merayu sangat
dengan ayah.” balas Iskandar. Encik Hilal memandang Iskandar. “Projek itu milik ayah. Kau boleh buat apa
saja yang kau nak, tapi bukan projek tu. Projek itu miik ayah sepenuhnya. Kau
tak ada hak langsung.” tegas Encik Hilal. “Kenapa? Kenapa ayah bertegas sangat nak robohkan taman tu? Apa yang
penting sangat?” tanya Iskandar. “Dengan
projek tu, kita boleh tamatkan semua persengketaan yang terjadi di antara
keluarga kita. Ayah boleh menampung kehidupan keluarga kita. Ayah boleh
mempertahankan keluarga kita daripada dikhianati oleh orang lain. Ayah perlukan
duit untuk menyelesaikan semua perkara ini.” jelas Encik Hilal. Iskandar
terdiam selepas mendengar kata-kata bapanya itu. Dia mula merasa bersalah.
Kehidupan keluarga Iskandar memang kelihatan senang tetapi selepas mereka
sekeluarga dikhianati oleh saudara mereka sendiri, keluarganya menjadi porak peranda.
Hutang keliling pinggang. Bapanya dituduh tidak bertanggungjawab dalam
menguruskan wang syarikat. Hal ini kerana saudara mereka cemburu dengan
kehidupan yang dijalani oleh keluarga Iskandar. Encik Hilal sedang berusaha
untuk membersihkan nama baiknya dan mengembalikan reputasinya. “Selama ni kau tak pernah faham. Ayah pun
tak pasti, selepas ini kau akan faham atau tidak. Ayah buat semua ni demi
kepentingan kau dan keluarga kita.” kata Encik Hilal. Iskandar mula
mengalirkan air mata. “Is sayangkan ayah.
Is sayangkan keluarga kita. Is minta maaf kalau selama ni Is tak pernah faham
situasi ayah. Is cuma ingin hidup dengan cara Is sendiri. Is nak lakukan apa
yang Is minat. Is nak berusaha sendiri. Itulah kehidupan yang Is inginkan.”
balas Iskandar. “Berbaiklah. Mak nak Is
dengan ayah berbaiklah. Jangan bergaduh lagi.” sampuk Puan Aleeza. Encik
Hilal dan Iskandar memandang Puan Aleeza. “Walaupun
untuk sehari, cubalah untuk berbaik.” kata Puan Aleeza lagi lalu menitiskan
air mata. “Ayah tak akan hentikan projek
itu.” kata Encik Hilal. Iskandar memandang wajah bapanya. Iskandar merasa
bersalah. “Tapi, ayah akan serahkan
projek itu kepada kau. Mulai hari ini, projek itu milik kau. Kau boleh buat apa
saja dengan projek itu.” kata Encik Hilal lagi lalu melangkah pergi dari
situ. Iskandar tersenyum. Puan Aleeza juga ikut tersenyum.
Iskandar mengejar Alisha. “Sha!
Tunggu dulu. Is nak cakap dengan Sha.” kata Iskandar. “Apa lagi yang Is nak cakap?” balas Alisha yang masih kesal.
Iskandar memandang wajah Alisha. “Ya…Is
memang bersalah dalam hal ni. Is tak pernah cuba untuk halang ayah Is untuk
tamatkan projek tu. Sejujurnya, Is sayangkan taman tu. Taman itu lah segalanya
bagi Is. Tapi, buat masa ni kasih sayang Is dekat keluarga Is melebihi
segalanya. Is tak mampu untuk menghampakan mereka. Itu adalah alasannya kenapa
Is tak mampu untuk menghentikan projek itu.” jelas Iskandar. Alisha
memandang Iskandar. Dia tersenyum. “Akhirnya,
Is berjaya melakukan satu hal penting. Tetap pendirian. Itu yang Sha nak Is
buat. Selama ni Is terlalu mengikut arahan orang lain sehinggakan kebahagiaan
Is diabaikan. Is lebih gemar menjaga hati orang lain daripada hati sendiri.
Tapi sekarang, Is dah berjaya ubah diri Is. Ya, Sha sayangkan taman itu tapi
segala keputusan terletak di tangan Is sekarang. Jika apa yang Is lakukan
sekarang boleh membuatkan Is bahagia, Sha pun ikut bahagia.” balas Alisha.
Iskandar mula tersenyum. “Terima kasih
Sha. Terima kasih sebab faham Is.” ucap Iskandar. “Sama-sama. Sha minta maaf kalau Sha ada buat Is rasa tersinggung.” balas
Alisha. Iskandar hanya tersenyum. Alisha pun membalas senyumannya.
“Is tak akan tamatkan projek itu.” kata
Iskandar. Encik Hilal memandang Iskandar. “Kau
pasti?” tanya Encik Hilal. “Is pasti,
ayah.” balas Iskandar. Encik Hilal hanya mengangguk. “Tapi, Is nak ubah pelan projek itu. Is tak nak jadikan taman itu sebagai
kawasan perumahan.” kata Iskandar. Encik Hilal memandang wajah Iskandar
dengan serius. “Habis tu, apa yang kau
nak buat?” tanya Encik Hilal. “Is
tahu kalau taman tu dijadikan kawasan perumahan, pasti akan mengaut keuntungan
yang besar tapi, Is ada rancangan lain. Is perlukan pendapat dan keizinan
daripada ayah.” balas Iskandar. Encik Hilal berfikir sejenak. “Walau apa pun yang terintas di fikiran kau
sekarang, ayah ikut je. Lagipun, projek tu dah menjadi kepunyaan kau. Kau bebas
melakukan apa sahaja.” kata Encik Hilal. Iskandar tersenyum. “Terima kasih, ayah. Terima kasih untuk
segalanya. Is janji Is tak akan menghampakan ayah. Is akan banggakan ayah.”
kata Iskandar gembira. Encik Hilal hanya tersenyum.
Iskandar sudah bersedia sepenuhnya. Dia berhasrat untuk
menjayakan projek itu. Dia yakin, dengan usahanya itu bukan sahaja akan
membahagiakan dirinya tetapi juga akan membantu keluarganya dan mengutuhkan
tali persahabatannya.
BERSAMBUNG
Comments
Post a Comment