MY SECRET GARDEN (EPISODE 8)

EPISOD 8 : BERTEMU KEMBALI
      Iskandar hanya memandang taman itu. Nampaknya projek pembinaan sudah bermula. Iskandar tidak dapat melakukan apa-apa. Dia sedih dengan apa yang dilihatnya. Iskandar melihat sekeliling dengan harapan dia dapat berjumpa dengan Alisha. Iskandar mengeluh. Dia terus melangkah pergi dari situ. Tidak lama selepas itu, Alisha muncul di taman itu. Dia melihat sekeliling. Dia terkejut. “Oh! Itu macam…” bisik Alisha terkejut lalu melangkah pergi dari situ. Dia melihat kelibat Iskandar dari jauh lalu mengikutinya. Dia melangkah perlahan. Dia tidak yakin bahawa lelaki itu adalah Iskandar. Tetapi, dia terus mengikuti Iskandar dari belakang. Iskandar menoleh kebelakang. Iskandar terkejut melihat Alisha berada di belakangnya. Iskandar terdiam. Alisha mula mendekati Iskandar. “Is?” panggil Alisha perlahan. “Jangan datang dekat!” kata Iskandar gugup. “Kenapa? Is kenal Sha ke? Ni Sha lah. Alisha.” balas Alisha. Dia sekali lagi cuba untuk mendekati Iskandar. “Is kata jangan dekat!!!” jerit Iskandar. “Kenapa?! Is memang dah tak nak jumpa Sha lagi ke?! Oh! Patut lah selama ni Is tak nak layan Sha.” kata Alisha kesal. “Bukan macam tu. Is cuma tak nak Sha bergerak sekarang.” balas Iskandar gugup. Alisha terdiam. “Kenapa? Ada apa dekat belakang Sha?” tanya Alisha ketakutan. “Is minta maaf. Is lari dulu.” kata Iskandar lalu melarikan diri. “Is!!!” jerit Alisha. Alisha pun menoleh ke belakang dengan perlahan. Dia agak terkejut. “Arghhh!!!” jerit Alisha lalu melarikan diri. Anjing yang berada di belakang Alisha mula mengejarnya. Alisha melarikan diri sekuat hati. “Is!!! Sanggup Is!!!” jerit Alisha kesal. Iskandar hanya melarikan diri. Anjing itu semakin mendekati Alisha. Iskandar mencapai sebatang kayu yang berada berdekatan dengannya. Alisha berlari ke arah Iskandar lalu berdiri di belakang Iskandar. Iskandar mula menghayunkan kayu ke arah anjing itu beberapa kali. Anjing itu menyerah lalu pergi dari situ. “Sha tak apa-apa?” tanya Iskandar. Alisha memandang Iskandar dengan pandangan sinis. Dia memukul Iskandar dengan kuat. “Argh! Sakit lah Sha.” kata Iskandar kesakitan. “Kalau anjing tu buat apa-apa dekat Sha tadi macam mana?! Ingat kan dah berubah! Rupa-rupanya sama je macam dulu!” kata Alisha marah. Iskandar hanya tertawa sendiri. “Ketawa?! Sha tengah macam ni, Is boleh ketawa?!” perli Alisha. Iskandar memandang Alisha lalu tersenyum. “Rindu Sha. Rindu saat kita waktu dulu.” kata Iskandar. Alisha terdiam. Dia tersenyum. Iskandar membalas senyumannya.
      Mereka berdua duduk di taman itu. Mereka gembira kerana dapat bertemu kembali selepas enam bulan. “Is pergi mana sebelum ni? Kenapa Sha tak dapat contact Is?” tanya Alisha. Iskandar terdiam seketika. Iskandar pun menceritakan segalanya kepada Alisha. Selepas mendengar penjelasan daripada Iskandar, barulah Alisha faham tentang apa yang berlaku sebelumnya. “Sha minta maaf kalau sebelum ni Sha salah faham dengan Is.” kata Alisha kesal. “Tak ada apa lah Sha. Biasalah. Orang lain pun boleh salah faham kalau benda ni jadi dekat mereka.” balas Iskandar. Alisha tersenyum. “Sejak hari tu, taman ni pun dah banyak berubah. Dengar cerita, taman ni akan digantikan dengan tapak perumahan. Terlalu banyak kenangan manis Sha dekat taman ni. Tak sangka, taman ni akan jadi macam ni.” kata Alisha kesal. Iskandar mula rasa bersalah. Alisha masih tidak tahu tentang hal bahawa bapanya lah yang bertanggungjawab dalam menjalankan projek ini. Iskandar memandang Alisha. “Kenapa pandang Sha macam tu?” tanya Alisha pelik. “Tak ada apa-apa. Saja pandang.” balas Iskandar santai. Alisha hanya tersenyum.
      Iskandar seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia memikirkan tentang taman yang akan dijadikan kawasan perumahan itu. Berat hatinya untuk memberitahu tentang hal yang sebenar kepada Alisha. Iskandar takut Alisha akan memarahinya jika dia tahu tentang hal itu. Jauh dari lubuk hati Alisha, dia amat menyayangi taman itu. Terlalu banyak kenangan manisnya di taman itu. Selepas berfikir, Iskandar membuat keputusan untuk memberitahu hal yang sebenarnya kepada Alisha.

      “Ada apa nak jumpa ni? Katanya ada hal nak beritahu.” tanya Alisha. “Ya. Is nak beritahu hal penting. Tapi, sebelum Is beritahu, Is minta maaf.” balas Iskandar. Alisha memandang pelik. “Maaf? Kenapa nak minta maaf pula?” tanya Alisha. Iskandar mendiamkan diri seketika. “Pasal taman tu…Pasal rancangan nak ubah taman tu jadi kawasan perumahan…semuanya adalah rancangan…ayah Is.” jelas Iskandar. Alisha terdiam seketika. “Ayah Is? Kenapa pula ayah Is nak buat macam tu?” tanya Alisha. “Tanah tu milik ayah Is. Ayah Is pernah suruh Is handle projek tu tapi Is tak sanggup.” balas Iskandar. Alisha memandang wajah Iskandar kesal. “Is kata taman tu adalah segalanya untuk Is. Tapi kenapa Is tak cuba untuk mempertahankan nya?” tanya Alisha kesal. “Maafkan Is. Is tak mampu.” balas Iskandar. Alisha terdiam. “Kalau Is tak mampu untuk pertahankan taman tu, biar Sha je yang buat. Sha akan cuba sedaya upaya untuk pertahankan taman tu.” tegas Alisha. Iskandar menundukkan kepalanya. Alisha pun berlalu pergi dari situ. Apakah yang akan dilakukan  Iskandar?

BERSAMBUNG

Comments

Popular Posts