MY SECRET GARDEN (EPISODE 2)

EPISOD 2 : HARI YANG DITUNGGU
      Setiap malam, Iskandar akan sentiasa menunggu kedatangan esok hari. Baginya, setiap pagi terasa lebih ceria. Iskandar terus mengunci pintu rumahnya. Dia terus menunggang basikal menuju ke tempat kerjanya.
    “Selamat pagi!” ucap Iskandar dengan senyuman yang terukir di wajahnya. “Morning, Is.” balas Genesis. Genesis memandang pelik Iskandar. “Nampak happy je hari ni. Tak macam biasa.” kata Genesis. Iskandar hanya tersenyum. “Saya hari-hari happy. You je yang tak perasan.” balas Iskandar. “Ya lah tu.” perli Genesis lalu tertawa. Iskandar mencapai apron miliknya sambil memerhati ke arah dapur. Matanya seperti sedang mencari seseorang. Genesis melihat reaksi Iskandar dengan pandangan yang tajam. “You cari siapa?” tanya Genesis. Iskandar mengalihkan pandangannya lalu tersenyum ke arah Genesis. Genesis menjenguk ke arah dapur. “Ehem…Ehem…” Genesis bersuara. Genesis menjeling Iskandar sambil tersenyum sinis. “Apa?” tanya Iskandar gugup. “Oh, patut hari ni dia happy semacam. Ada udang di sebalik batu rupanya.” perli Genesis lalu tertawa. “Wah! You pandai guna peribahasa eh. Kagum wei!” balas Iskandar lalu ketawa terbahak-bahak. Genesis mengerutkan dahinya. “Perli saya pula. You tu kalau dah berminat, pergilah berkenalan dengan dia.” kata Genesis. “Minat? Siapa minat? Saya minat? Minat siapa?” kata Iskandar lalu tertawa. Genesis mengerutkan dahinya sekali lagi. Dia tersenyum sinis. “Alisha!!!” panggil Genesis dengan suara yang kuat. Iskandar terkejut. Dia mula gugup. “Ya, ada apa Genesis?” tanya Alisha yang datang dari arah dapur. “Saya buang sampah dulu.” kata Iskandar lalu bergegas mencapai plastik sampah di hadapannya. Genesis ketawa terbahak-bahak. “Tak ada apa Alisha. Saya saja panggil you tadi.” kata Genesis yang masih tertawa melihat reaksi Iskandar tadi. “Oh, gitu.” balas Alisha lalu tersenyum. Alisha memandang ke arah Iskandar yang berada di luar. Dia hanya tersenyum.
      Iskandar merenung ke luar tingkap. Hari mendung seperti hujan bakal turun. Dia melihat di ruang hadapan. “Nampaknya customer pun tak ada hari ni.” kata Iskandar sendiri. “Kan. Nampaknya sekarang orang jarang nak datang singgah kafe.” sampuk Alisha yang datang dari arah belakang. Iskandar terdiam. Dia tersenyum malu. “Bosan pun, bosan. Tak ada kerja sangat hari ni.” kata Iskandar. “Ya lah kan. Hem…Genesis mana?” tanya Alisha. “Oh, dia keluar sekejap. Beli barang dapur. Barang dapur pun nak habis dah.” balas Iskandar. Alisha hanya mengangguk. Dia tersenyum ke arah Iskandar. Iskandar pun membalas senyumannya. Mereka berdua terdiam seketika. “Sha pernah rasa sunyi tak?” tanya Iskandar. Alisha memandang Iskandar. “Pernah. Tipulah kalau Sha kata tak pernah kan. Kenapa ya?” balas Alisha. Iskandar tersenyum. “Sunyi? Kadang-kadang bila rasa sunyi, terasa tenang. Tetapi rupanya, apa yang dirasakan bukanlah ketenangan. Apa yang dirasakan adalah kesedihan. Kita tahu apa yang kita rasa, tetapi kita menyangkalnya semata-mata kerana ingin menghiburkan hati sendiri.” jelas Iskandar santai. Alisha memandang wajah Iskandar. Dia pelik dengan kata-kata yang diluahkan oleh Iskandar. “Is rasa sunyi ke sekarang?” tanya Alisha. “Tak lah. Is gembira sekarang.” jawab Iskandar santai. “So, kenapa tanya pasal sunyi?” tanya Alisha lagi. Iskandar tersenyum. “Sudah ada sesuatu yang telah menghilangkan rasa sunyi itu.” jelas Iskandar. Alisha tertawa sendiri. Iskandar tersenyum gembira. Hujan pun turun dengan lebat. “Alamak! Lagi setengah jam nak balik, waktu ni lah nak hujan lebat.” kata Iskandar kesal. “Ya lah. Macam mana ni?” balas Alisha risau. “Rumah dekat mana? Is hantar balik.” kata Iskandar. “Ya? Is cakap apa ya tadi? Sha tak dengar. Slow sangat.” kata Alisha lalu tertawa. Iskandar gugup lalu tertawa sendiri. “Tak ada apalah. Is cakap sorang-sorang tadi.” gurau Iskandar. Alisha hanya ketawa melihat karenah Iskandar. “Kenapa lah kau tiba-tiba cakap macam tu?! Nasib baik dia tak dengar.” bisik Iskandar. Mereka berdua hanya memandang ke luar tingkap menunggu hujan reda.

      “Alisha, you esok cutikan?” tanya Genesis. “Ya, esok cuti. Kenapa?” balas Alisha. “Minta tolong esok ya. Tolong belikan tau.” kata Genesis. “Okay, tak ada masalah. Lusa saya bagi you.” balas Alisha. “Okay, thanks Alisha.” ucap Genesis. “You are welcome.” balas Alisha. “Nak balik sekali ke? Hujan ni. Nak saya hantar ke?” kata Genesis. “Oh, tak apa. Saya balik sendiri. Rumah dekat je.” balas Alisha. “Okay, kalau macam tu. Bye, balik dulu.” kata Genesis lalu pergi dari situ. Alisha hanya berdiri di hadapan kafe. Dia menunggu hujan reda. Iskandar menghulurkan payung untuk diberikan kepada Alisha. Alisha memandang Iskandar. “Pakai payung ni dulu. Nanti Sha pulangkan lah.” kata Iskandar lalu tersenyum. Iskandar pun terus memakai baju hujan lalu mengayuh basikalnya meredah hujan. Alisha hanya memandang Iskandar dari jauh. Dia tersenyum sendiri. Iskandar pulang ke rumah dengan hati yang ceria. Andai hari esok lebih baik dari hari sebelumnya.

BERSAMBUNG

Comments

Popular Posts