MY SECRET GARDEN (EPISODE 7)

EPISOD 7 : PENGORBANAN
      Iskandar pulang ke rumah keluarganya. Dia membawa rakannya, Asyraf bersama-sama dengannya. “Dengar sini. Apa pun yang jadi dekat dalam rumah ni, kau diam je. Buat tahu, okay?” kata Iskandar. “Oh, ingatkan apa lah tadi. Okay. No problem.” balas Asyraf tersenyum. Iskandar hanya mengangguk setuju lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu. “Ayah, Is dah balik.” kata Iskandar. Encik Hilal sedang asyik membaca surat khabar. Dia pun memandang wajah Iskandar dengan wajah yang serius. “Apa khabar, pak cik. Saya Asyraf. Kawan Iskandar.” kata Asyraf lalu tersenyum. Encik Hilal bangun dari tempat duduknya. Dia mendekati Iskandar dan Asyraf. Encik Hilal memandang Asyraf dengan serius. Asyraf tersenyum pahit. Encik Hilal mengangguk. “Silakan. Buat macam rumah kamu sendiri.” kata Encik Hilal. “Ya. Terima kasih, pak cik.” balas Asyraf. “Aleeza! Bawa kawan Iskandar ke bilik dia.” arah Encik Hilal kepada Isterinya. “Baik, abang.” balas Puan Aleeza. Puan Aleeza pun terus membawa Asyraf ke bilik tetamu. Encik Hilal memandang Iskandar dengan serius. “Kalau Is ada buat salah, Is minta maaf.” kata Iskandar lalu menundukkan kepalanya. Encik Hilal ketawa kecil. Iskandar pelik melihat reaksi bapanya itu. “Bagus lah kalau kau dah balik. Lepas mandi, datang ke bilik ayah. Ada perkara yang nak dibincangkan.” kata Encik Hilal. “Baik, ayah.” balas Iskandar. Encik Hilal pun terus melangkah pergi dari situ.
      Iskandar mengetuk pintu bilik bapanya. “Boleh Is masuk?” tanya Iskandar. “Masuk lah.” balas Encik Hilal. Iskandar pun melangkah masuk ke dalam bilik itu. “Duduk.” arah Encik Hilal. Iskandar duduk di atas kerusi yang berada di hadapannya. “Bila kau balik ke kem tentera?” tanya Encik Hilal. “Bulan depan.” balas Iskandar. “Okay. Dalam masa sebulan yang kau ada ni, ayah nak kau uruskan projek pembinaan dekat Perak. Ini dokumennya.” kata Encik Hilal sambil menghulurkan dokumen itu kepada Iskandar. Iskandar membaca dokumen itu dengan teliti. Iskandar terkejut. “Ini kan…taman tu…Sejak bila ayah…” kata Iskandar gugup. “Kenapa? Ada apa-apa masalah?” tanya Encik Hilal. Iskandar terdiam seketika. Dia tidak menyangka bahawa bapanya lah yang membuat keputusan untuk mengubah taman itu menjadi sebuah kawasan perumahan. Iskandar memandang wajah bapanya. “Is minta maaf. Is tak boleh buat. Untuk kali ini, Is tak boleh ikut kehendak ayah.” kata Iskandar. Wajah Encik Hilal berubah. Dia memandang Iskandar dengan serius. “Apa?! Kau tak boleh buat?! Kenapa kau tak boleh buat?!” tanya Encik Hilal. Iskandar terdiam. “Kalau kau tak boleh buat atas alasan peribadi, ayah tak boleh terima. Setiap alasan peribadi kau tu tak ada makna untuk kau.” kata Encik Hilal. “Is ingat ayah dah mula faham Is. Tapi, rupa-rupanya belum. Ayah belum faham Is. Taman tu bermakna buat Is. Segala kenangan pahit manis Is bermula dari taman itu.” jelas Iskandar. “Kenangan apa yang kau buat? Apa yang penting sangat dengan kenangan kau tu? Kenangan tu boleh buat duit?” perli Encik Hilal. “Sewaktu Is dibiarkan seorang diri di sana. Duduk dekat sana tanpa ada siapa pun peduli tentang Is. Ayah…mak…semua orang paksa Is tinggal dekat sana seorang diri. Taman tu lah yang menjadi tempat untuk Is menenangkan diri. Taman tu lah yang memberikan kegembiraan dalam diri Is. Taman tu lah yang dapat menghilangkan kesunyian dalam diri Is. Dan disitulah Is bertemu dengan seseorang yang telah mengubah hidup Is sehinggalah ke hari ini.” jelas Iskandar. Encik Hilal terdiam. Dia merenung wajah Iskandar. “Kau kata ayah tak pernah faham kau. Tapi, sebenarnya kau pun masih belum faham ayah.” kata Encik Hilal perlahan. Iskandar terdiam. “Kau boleh buat sesuka hati kau. Mulai sekarang, kau bebas untuk membuat keputusan. Ayah tak nak halang kau lagi. Kau boleh pergi.” kata Encik Hilal lagi. Iskandar mula merasa kesal. Dia melangkah keluar dari bilik bapanya dengan langkah perlahan. Asyraf hanya memandang Iskandar dari jauh. Dia memandang Puan Aleeza yang sedang menangis di dapur kerana telah mendengar perbicaraan di antara Iskandar dan Encik Hilal. “Apa dah jadi dengan keluarga ni?” bisik Asyraf.

      Iskandar merenung jauh di luar rumah. Asyraf datang mendekatinya. Dia duduk di sebelah Iskandar. “Wei! Nak pergi bercuti tak?” tanya Asyraf. Iskandar hanya mendiamkan diri. “Kita ada masa sebulan lagi. Lagipun, bosanlah duduk dekat sini je tak ada buat apa-apa.” kata Asyraf. Iskandar memandang Asyraf dengan wajah serius. Asyraf gugup lalu memalingkan mukanya. “Kau nak bercuti dekat mana?” tanya Iskandar. Asyraf memandang wajah Iskandar lalu tersenyum. “Kita pergi mana-mana lah. Yang penting jauh dari tempat ni. Tempat yang buat kau rasa tenang.” kata Asyraf. Iskandar memandang Asyraf. “Aku nak pergi taman tu. Aku nak jumpa dengan dia.” balas Iskandar. Asyraf hanya mengangguk setuju. “Okay. Kalau itu yang kau nak. Aku tak kenal siapa yang kau maksudkan tapi, asalkan bahagia lah.” kata Asyraf tersenyum. “Terima kasih.” ucap Iskandar. “Sama-sama.” balas Asyraf. Mereka berdua tersenyum sendiri. Iskandar memandang langit. “Is berharap Is dapat jumpa Sha bila Is balik nanti. Itu yang Is inginkan.” bisik Iskandar.

BERSAMBUNG

Comments

Popular Posts