MY SECRET GARDEN (EPISODE 6)
EPISOD
6 : PERJALANAN BARU
Iskandar telah
memulakan kehidupan baru yang lebih mencabar. Dia telah menyertai kem latihan
tentera yang akan berlangsung selama enam bulan. Dia tidak menyangka bahawa dia
telah menyertai pasukan tentera. Seumur hidupnya, dia tidak banyak melalui
pengalaman baru. Dia hanya menjalani kehidupannya dengan rutin hariannya.
Pernah ada yang berkata kepadanya, hidup Iskandar amat membosankan. Tetapi,
itulah hakikatnya. Hidup perlu diteruskan walau apa jua yang berlaku. Suatu
hari nanti, pasti akan muncul harapan baru dalam kehidupannya.
Alisha telah
kembali. Dia bergegas pergi ke taman setelah sampai di rumah atuknya. Alisha
melihat sekeliling. Taman itu sunyi sepi. Tiada siapa yang berada di taman itu.
Alisha mencapai telefon bimbit di dalam poketnya. Dia menghantar mesej kepada
Iskandar. Setelah lima minit, Iskandar masih tidak membalas mesejnya. Alisha
ragu-ragu untuk menghantar mesej buat kali yang kedua. Dia memberanikan diri
lalu menghantar mesej sekali lagi. Tiada apa yang berubah. Mesej yang
dihantarnya tidak dibaca oleh Iskandar. “Dia
kemana? Selalunya waktu-waktu macam ni dia ada dekat sini.” kata Alisha
sendiri. Alisha membuat keputusan untuk menunggu Iskandar di bawah pokok.
Alisha memandang ke arah langit. “Macam
nak hujan je.” kata Alisha apabila melihat cuaca agak mendung. Tiba-tiba,
guruh berdentum. Alisha terkejut. “Esok
je lah Sha datang balik. Nak hujan lah.” bisik Alisha. Dia pun terus
bangkit dari duduknya lalu bergegas pergi meninggalkan taman itu. Selepas hari
itu, Alisha tidak pernah lagi datang ke taman itu. Dia tidak menyangka hari
itu, adalah hari terakhirnya berada di taman itu. Alisha telah berpindah jauh
dari situ. Dia tidak pasti, dia akan kembali lagi ke taman itu.
Selepas enam bulan
berlalu, Iskandar telah dibenarkan untuk pulang setelah latihannya tamat. Dia
telah mendapatkan telefon bimbitnya kembali. Sepanjang latihan, mereka tidak
dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit. Kerana itu lah, Iskandar tidak
dapat membaca mesej yang dihantar oleh Alisha enam bulan yang lalu. Iskandar
membuka telefon bimbitnya. Dia terkejut apabila terdapat mesej yang telah
dihantar oleh Alisha. Dia mula membacanya. Alisha telah memberitahu Iskandar
bahawa dia telah berpindah dan tidak pasti akan datang ke taman itu lagi.
Iskandar membalas mesej itu tetapi mesej yang dibalasnya tidak dibaca oleh Alisha.
Iskandar hanya mengeluh. “Enam bulan kan.
Entah dia ingat aku lagi ke tidak.” kata Iskandar sendiri. Iskandar terus
menggalas begnya lalu melangkah pergi dari stesen kereta api itu. Dia menuju
untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang, dia berniat untuk singgah di taman itu
dahulu. Iskandar tiba di taman itu. Dia terkejut melihat keadaan taman itu.
Taman itu seperti sudah lama tidak dikunjungi oleh orang lain. “Apa dah jadi? Kenapa kotor sangat ni?” kata
Iskandar sendiri. “Iskandar ternampak seorang lelaki tua sedang menyapu sampah
di taman itu. Dia pun pergi mendekati lelaki tua itu. “Assalamualaikum, pak cik.” ucap Iskandar. “Waalaikumsalam. Oh, kamu. Lama dah pak cik tak nampak kamu.” balas
pak cik itu. “Ya, saya Pak cik. Nampaknya
pak cik masih ingat saya lagi. Saya nak tanya. Kenapa taman ni tunggang
langgang je saya tengok? Ada apa-apa yang jadi ke dekat sini?” tanya
Iskandar. “Oh, taman ni dah tak ramai
yang datang. Lagipun, dekat sini pihak atasan cadang nak buat kawasan
perumahan. Mereka nak tutup taman ni buat sementara. Lagipun, aka nada
pembinaan bangunan dekat sini.” jelas pak cik itu. “Apa? Tutup taman? Pembinaan?” kata Iskandar terkejut. “Begitulah ceritanya. Hah! Sebelum pak cik
lupa. Minggu lepas ada seorang gadis ni. Dia ada datang sini sekejap. Dia pun
tanya benda sama.” balas pak cik itu. “Gadis?
Minggu lepas dia datang sini? Dia ada datang lagi tak lepas tu?” tanya
Iskandar untuk mendapatkan kepastian.
“Tak ada. Sekali tu je dia datang. Lepas tu, dah tak ada dah. Pak cik rasa,
kamu kenal gadis tu. Dia selalu ada dengan kamu waktu dulu.” jelas pak cik
itu. Iskandar tersenyum. “Oh, begitu.
Kalau macam tu, saya minta diri dulu lah ya. Assalamualaikum.” kata
Iskandar. “Waalaikumsalam.” balas pak
cik itu. Iskandar pun berlalu pergi dari situ. “Dia tak lupa aku lagi rupanya.” bisik Iskandar lalu tersenyum.
Iskandar
mendiamkan diri. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. “Woi! Termenung apa lagi? Cepat lah. Nanti tertinggal bas.” kata
rakannya, Asyraf. Iskandar tersedar dari lamunannya. “Oh, okay.” balas Iskandar lemah. “Kau ni dah kenapa? Tadi elok je.” kata Asyraf pelik. “Tak ada apa-apa. Aku okay.” balas
Iskandar lalu tersenyum. “Woi! Walaupun
kita baru kenal enam bulan, aku boleh agak lah apa yang kau fikirkan sekarang.”
kata Asyraf. “Dah! Tak payah nak merepek.
Jom, nanti tinggal bas.” balas Iskandar. “Kau fikir pasal perempuan kan?” tanya Asyraf lalu tersenyum sinis.
Iskandar memandang wajah Asyraf. “Malas
layan kau.” balas Iskandar lalu meninggalkan Asyraf di belakang. “Sekejap! Wei! Tunggu lah.” panggil
Asyraf lalu mengikuti Iskandar dari belakang. Iskandar sedang memikirkan
sesuatu. Dia berhasrat untuk bertemu dengan Alisha walau apa pun yang terjadi.
Dia tekad dengan keputusan itu.
BERSAMBUNG
Comments
Post a Comment