MY SECRET GARDEN (EPISODE 3)

EPISOD 3 : TIDAK SEPERTI YANG DIRANCANG
      Alisha tiba di kafe. “Morning.” ucap Alisha ringkas. “Morning, Alisha.” balas Genesis. Alisha mula memakai apron miliknya. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Iskandar. “Ada ke barang yang saya pesan hari tu?” tanya Genesis. “Oh, ada. Nanti saya bagi you.” balas Alisha. “Okay.” kata Genesis lalu tersenyum. Mata Alisha masih mencari-cari kelibat Iskandar. “Cari siapa Alisha?” tanya Genesis yang pelik melihat tingkah laku Alisha. “Is??? Dia tak datang ke?” tanya Alisha pelik. “Oh, Is. Dia dah berhenti semalam. Katanya balik kampung. You cuti kan semalam.” balas Genesis. Alisha terdiam. Alisha memandang ke arah payung milik Iskandar yang sedang dipegangnya. Alisha mengeluh. “Oh ya! Sebelum saya lupa, Is ada tinggalkan nota. Dia suruh saya bagi you. Nah.” kata Genesis lalu menghulurkan nota itu kepada Alisha. Alisha membaca nota itu. “Jumpa Is dekat taman minggu depan. Sekali bawa payung tu.” itulah yang tertulis pada nota itu. Alisha tersenyum sendiri. “Wei, start buat kerja. Bos nak datang hari ni.” kata Jun. “Okay.” balas Alisha dan Genesis serentak.
      Iskandar tiba di kampungnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahnya perlahan menuju ke arah bapanya. “Baru balik?” tanya bapanya, Encik Hilal. “Ya, Is dah balik ayah.” balas Iskandar. Encik Hilal bangun dari tempat duduknya. Encik Hilal memandang sinis wajah Iskandar. Iskandar hanya menundukkan kepalanya. “Macam mana hidup dekat sana seorang diri? Seronok?” perli Encik Hilal. Iskandar hanya mendiamkan diri. “Maafkan saya, ayah.” ucap Iskandar. Encik Hilal menuju ke arah Iskandar. Encik Hilal menampar wajah Iskandar dengan kuat. Iskandar menahan kesakitan. Iskandar tetap menundukkan kepalanya. “Mulai sekarang, ikut cakap ayah. Ikut segala keputusan ayah. Jangan pernah memberikan alasan. Tapi kalau kau tak mampu untuk dengar cakap ayah, kau boleh berambus dari rumah ni.” jelas Encik Hilal. Iskandar hanya mendiamkan diri. “Faham, ayah.” kata Iskandar. Encik Hilal terus berlalu pergi dari ruang tamu. Adik beradiknya memandang ke arah Iskandar. Ibunya, Puan Aleeza juga tidak mampu berbuat apa-apa. Iskandar memandang ibunya dari jauh. Iskandar tersenyum. Ibunya membalas senyuman Iskandar.
      “Ayah ada cakap apa-apa?” tanya Puan Aleeza. “Ayah suruh Is balik perak buat sementara ni. Duduk dekat sana balik.” balas Iskandar. “Habis tu, kenapa ayah suruh Is datang sini kalau dia memang nak Is duduk perak?” tanya Puan Aleeza pelik. “Adalah tu. Susah nak tahu apa yang Ayah fikirkan. Ayah tu susah nak dijangka. Tapi, apa yang dia lakukan untuk kita semua, pasti ada kebaikannya.” jelas Iskandar. “Baguslah, kalau Is sendiri faham dengan karenah ayah.” kata Puan Aleeza lega. Iskandar hanya tersenyum. “Sampai bila duduk sini?” tanya Puan Aleeza. “Seminggu. Minggu depan balik Perak.” balas Iskandar. “Baguslah. Lama sikit pun tak apa dekat sini. Mak rindu dekat Is.” kata Puan Aleeza. “Insya Allah, mak.” balas Iskandar lalu tersenyum. Puan Aleeza membalas senyumannya.
      Alisha sedang mengemas barang-barangnya. Hari cuti yang membosankan baginya. Alisha duduk di sofa seketika. Dia memandang ke arah payung milik Iskandar yang berada di atas meja. Alisha terus mengingati tentang nota itu. “Baru teringat! Tapi, dia dah balik sini ke?” kata Alisha sendiri. Alisha berfikir sejenak. “Siapa yang dah balik sini?” tanya atuk Alisha, Encik Idris. Alisha terkejut melihat atuknya sedang berdiri di hadapannya. “Tak…tak ada siap atuk.” balas Alisha. Encik Idris hanya mengangguk perlahan. “Atuk! Sha nak keluar sekejap boleh?” kata Alisha. “Nak pergi mana?” tanya Encik Idris. “Nak pergi taman belakang ni. Nak jumpa kawan sekejap.” balas Alisha. “Pergi lah. Jangan balik lewat sangat.” kata Encik Idris. “Terima kasih Atuk. Sha pergi dulu ya.” balas Alisha lalu melangkah pergi dari situ. Encik Idris hanya tersenyum melihat karenah Alisha.

      Alisha tiba di taman itu sambil menggenggam payung milik Iskandar. Alisha mencari-cari kelibat Iskandar. “Dia kata nak jumpa dekat sini? Tapi, masalahnya dia dah balik ke?” bisik Alisha. Alisha pun menuju ke arah bangku taman yang terletak di bawah pokok. Dia berhasrat untuk menunggu sahaja Iskandar di situ. Masa terus berlalu. Alisha melihat ke kiri dan ke kanan. Alisha melihat jam tangan yang dipakainya. “Balik dulu lah. Esok je datang lagi.” kata Alisha sendiri. Alisha mmula melangkah pergi dari situ. “Sha!!!” terdengar suara sedang memanggil namanya dari jauh. Alisha menoleh ke belakang. Iskandar melambai-lambai sambil tersenyum ke arah Alisha. Iskandar mendekati Alisha. “Maaf. Lama tunggu?” tanya Iskandar. “Lama lah juga. Tapi tak apa.” balas Alisha lalu tersenyum. Iskandar membalas senyumannya. “Baru balik sini ke?” tanya Alisha. “Ya. Baru sampai. Tu yang Is terus datang sini.” kata Iskandar. “Oh. Sekejap…Ni payung Is. Terima kasih ya.” ucap Alisha. “Sama-sama.” balas Iskandar. Alisha tersenyum. “Seronok dapat jumpa Sha.” kata Iskandar. Alisha memandang Iskandar. Mereka tersenyum sendiri. Bermula lah cerita tentang persahabatan mereka. Persahabatan yang bermula di sebuah taman.

BERSAMBUNG

Comments

Popular Posts