MONSTER (PART 2)
Aku tiba di meja makan. Aku mencari
tempat duduk kosong. Aku duduk di sebelah Asyraf. “Seronok rasanya bila dapat makan bersama macam ni.” kata Encik
Abdullah. “Hem, betul tu. Seronok sangat.
Harap dapat macam ni selalu.” celah Farhah. “Amboi, seronok sangat ke?” perli Asyraf. “Diam lah.” balas Farhah. Asyraf hanya tersenyum. “Iskandar, terima kasih sebab lindungi
Farhah tadi. Ayah berterima kasih dengan kamu.” ucap Encik Abdullah. “Sama-sama.” balas aku ringkas.
Aku sudah bersedia untuk berangkat
ke tempat kerjaku. Aku mencapai beg bimbit ku lalu menuruni anak tangga. Aku
memakai kasut ku. Kelihatan Farhah sedang berdiri sambil memandang keretanya.
Aku memandang Farhah pelik. Aku terus menuju ke kereta ku. “Abang Is, tolong Farhah boleh tak?” tanya Farhah. “Tolong?” balas aku. “Kereta Farhah rosak la. Semalam okay, hari
ni buat hal pula.” kata Farhah. “Jom,
naik dengan aku.” ajak aku. “Naik
dengan abang Is?” tanya Farhah pelik. Aku memandang Farhah. “Aku dah lambat. Aku bagi lima saat untuk
kau masuk dalam kereta.” kata aku. Aku mula menghitung. “Okay, sekejap. Jangan lah kejam sangat.”
rajuk Farhah. Aku hanya ketawa kecil.
Kami berdua hanya mendiamkan diri
di dalam kereta. Farhah asyik memandang aku. Aku masih lagi mendiamkan diri.
Farhah membelek telefon bimbitnya pula. “Ada
apa? Nak tanya sesuatu ke?” tanya aku. “Oh,
Farhah…err…tak ada apa-apa.” balas Farhah. “Tiga soalan sahaja. Aku bagi kau tanya tiga soalan sahaja.” kata
aku. Farhah tersenyum. “Macam mana mak abang
Is boleh meninggal dunia?” tanya Farhah. “Mak aku meninggal sebab kebakaran.” jawab aku. “Macam mana boleh jadi macam tu?” tanya
Farhah lagi. “Ada yang merancang semua ni
untuk membunuh mak aku.” jawab aku. “Siapa?”
tanya Farhah. Aku memandang Farhah. “Tak
tahu.” jawab aku. “Apa bukti abang Is
bahawa kebakaran tu adalah satu pembunuhan?” tanya Farhah lagi. Aku
mendiamkan diri. “Abang Is?” panggil
Farhah. “Tiga soalan sahaja.” kata
aku. “Ishh! Tak best betul la abang Is
ni. Ya, Farhah tak tanya dah.” rajuk Farhah. Aku hanya tersenyum. Farhah
sudah sampai ke set pengambaran. “Abang
Is boleh tolong ambil Farhah tak dalam pukul 2.00 petang nanti?” tanya
Farhah. “Okay.” balas aku ringkas. “Thanks.” ucap Farhah. Aku tersenyum
lalu menghidupkan enjin kereta. Aku bergerak pergi dari situ.
“Mama,
ada sesuatu yang Asyraf nak bincangkan dengan mama.” kata Asyraf. “Hem, apa
dia? Macam serius saja. Duduk lah.” balas Puan Amani. Asyraf terus duduk di
atas sofa di sebelah Puan Amani. “Mama,
Asyraf nak mama jujur dengan Asyraf.” kata Asyraf. “Okay, jujur tentang apa?” tanya Puan Amani. “Pasal kes kebakaran yang melibatkan Puan Fatihah, mak kepada
Iskandar.” kata Asyraf. Puan Amani terkejut. “Kamu tahu sesuatu ke?” tanya Puan Amani kerisauan. “Asyraf tahu semuanya.” kata Asyraf. “Tak, mama tak boleh cakap pasal perkara tu.
Kes tu dah lama berlalu.” balas Puan Amani. “Lebih baik mama cerita semuanya dekat Asyraf. Bodyguard mama dah
ditangkap oleh polis. Mama rasa semua ni akan berhenti macam tu saja? Dia mesti
akan buka mulut juga pasal perkara ni. Lagipun kes itu dah dibuka semula.” jelas
Asyraf. “Mama tak tahu apa-apa!!!” jerit
Puan Amani. Puan Amani terus beredar dari situ. Asyraf menghalang Puan Amani. “Semua bukti menunjukkan bahawa mama lah
yang buat semua itu. Mama yang rancang kebakaran itu.” kata Asyraf. Puan
Amani menampar wajah Asyraf. “Siapa kata
mama yang rancang semua tu? Siapa kata?!” jerit Puan Amani. “Asyraf nampak mama dekat tempat kejadian.
Mama jumpa Puan Fatihah sebelum kejadian itu berlaku. Asyraf nampak semuanya.” kata
Asyraf. Puan Amani menitiskan air matanya. Dia terus melutut ke atas lantai. “Percayakan mama. Mama tak buat semua tu.”
rayu Puan Amani. Asyraf mendiamkan diri. Asyraf memandang wajah Puan Amani. “Ya, Asyraf percayakan mama.” kata
Asyraf. Puan Amani terus menangis sambil dipujuk oleh Asyraf.
“Lebih
baik kau mengaku!!! Siapa yang rancang kebakaran tu?” jerit detektif Danish. “Bunuh
aku.” balas Hisyam sambil ketawa. Detektif Danish terus memegang erat kolar
baju Hisyam. “Kau nak aku bunuh kau kan?
Okay kalau itu yang kau nak!!!” jerit detektif Danish. Hisyam ketawa.
Detektif Danish terus menumbuk wajah Hisyam sekuat hati. Hisyam dipukul dengan
kuat oleh detektif Danish. Detektif Azry masuk ke dalam ruangan soal siasat
lalu menghentikan detektif Danish dari terus memukul Hisyam. “Sabar Danish, sabar!!!” jerit detektif
Azry. Hisyam ketawa besar. “Bunuh aku.
Itu apa yang dikatakan perempuan tu sebelum dia mati.” kata Hisyam. “Apa maksud kau?” tanya detektif Danish
pelik. “Kau ni main-main pula ya!!!”
jerit detektif Azry. “Perempuan yang aku
bunuh tu asyik cakap bunuh aku, bunuh aku, bunuh aku. So, aku bunuh lah dia.”
kata Hisyam sambil ketawa. “Apa yang kau
cuba cakap ni?” tanya detektif Danish.
“Pengarah syarikat ZHERO Enterprise. Tanya dia sendiri.” kata Hisyam. “Asyraf?!” tanya detektif Danish. Hisyam
hanya ketawa. “Atau mungkin Encik
Abdullah?” kata detektif Azry. Detektif Danish terus bergegas pergi dari
situ. “Wei, sekejap!” jerit detektif
Azry.
Aku menerima panggilan telefon
daripada nombor tidak dikenali. Aku menekan butang hijau. “Hello?” panggil aku. “Iskandar,
tolong saya!!!” rayu Alwani. “Wani?!
Awak dekat mana?!” jerit aku. “Saya
tak tahu. Tolong saya!!!” rayu Alwani sambil menangis teresak-esak. “Kau nak dia hidupkan? Jumpa aku dekat jalan
Raja 1/2, Taman Maju Jaya.” jelas lelaki itu. Panggilan ditamatkan. “Hoi!!!” jerit aku. Aku terus memecut
pergi ke alamat yang diberikan itu. Suaranya seperti aku kenal. Siapa dia?
Farhah masih menunggu Iskandar di
tempat pengambaran. “Mana dia ni? Kata
nak ambil pukul 2.00 petang. Sekarang dah pukul 2.30 petang dah.” bisik
Farhah. Tiba-tiba seorang lelaki menerpa Farhah dari belakang. Mulut Farhah
ditekup dengan sapu tangan. Farhah bergelut untuk melepaskan diri tetapi
akhirnya Farhah teus tidak menyedarkan diri.
Detektif Danish berjumpa dengan
Asyraf. “Ada jumpa apa-apa tak?” tanya Asyraf. “Encik Abdullah. Dia terlibat dengan perkara ini.” kata Detektif
Danish. “Apa buktinya?” tanya Asyraf.
Detektif Danish terus mengacukan pistolnya ke arah Asyraf. “Aku rasa kau pun terlibat sama dalam kes ni.” jelas detektif
Danish. Asyraf tersenyum. “Kenapa aku?” tanya
Asyraf. “Kau pernah kata yang kau ada
dekat tempat kejadian. Kau melihat kejadian itu. Kau melihat bahawa letupan
telah berlaku selepas Hisyam keluar dari rumah itu. Ketika kau mengejar Hisyam,
kau ternampak Encik Abdullah juga berada dekat tempat kejadian. Jadi, aku rasa
kau cuba untuk lindungi papa kau daripada terlibat dalam kes ni.” jelas
detektif Danish. “Aku cuba untuk lindungi
papa aku, tapi kenapa aku tak cuba untuk lindungi mama aku?” tanya Asyraf. “Itu yang aku nak tahu. Kenapa?” balas
detektif Danish. Asyraf hanya mendiamkan diri. “Encik Abdullah sudah tahu lama pasal kehadiran Puan Fatihah dan
Iskandar di dalam hidupnya. Dia pernah mengugut Puan Fatihah supaya pergi dari
sini tapi Puan Fatihah tak pernah besetuju kecuali Encik Abdullah menjaga
anaknya, Iskandar. Sebab apa? Aku tak tahu.” kata detektif Danish. “Ya, aku cuba untuk melindungi papa daripada
terlibat dalam kes ni kerana papa mempunyai rekod jenayah yang lain. Puan
Fatihah pernah menjadi saksi kepada pembunuhan yang telah dilakukan oleh papa.
Papa telah bunuh orang. Sebab itulah, papa rela untuk mengahwini Puan Fatihah
demi untuk menyembunyikan hal itu.” jelas Asyraf. Detektif Danish terkejut.
“Bila papa dapat tahu bahawa mama sudah
tahu keberadaan Puan Fatihah, Papa mula untuk merancang membunuh Puan Fatihah.
Tapi, malangnya, sebelum Puan Fatihah meninggal, dia sudah memberitahu hal yang
sebenar tentang papa kepada mama.” jelas Asyraf. “Sebab itu lah kau asyik menuduh Puan Amani sebagai orang yang sudah
merancang perkara ini.” kata detektif Danish.
“Ayah?!” kata Iskandar. “Ya,
ayah. Terkejut?!” balas Encik Abdullah. “Kenapa?”
tanya aku. “Sebab mak kamu mempunyai
rahsia tentang ayah.” balas Encik Abdullah. “Apa?” tanya aku. Encik Abdullah menceritakan semuanya. Perasaan
marah timbul di dalam diri Iskandar. “Tak
guna!!!” jerit Iskandar. Encik Abdullah mendiamkan diri. “Mana Alwani?” tanya aku. “Dia selamat selagi kamu simpan rahsia ni.”
balas Encik Abdullah. Aku terdiam seketika. Aku tidak mampu untuk berbuat
apa-apa. Encik Abdullah terus beredar dari situ.
“Aku
tak pernah menuduh mama aku. Aku cuba untuk menyelamatkan keluarga aku. Kalau
boleh, aku cuba untuk melindungi semua keluarga aku. Tolong lupakan perkara
ni.” jelas Asyraf. “Sampai bila? Aku tak boleh berdiam diri lagi.” tanya detektif
Danish. “Ini demi keselamatan kau. Papa
aku bukan lah seperti yang disangkakan. Dia tu Monster. Dia akan buat apa
sahaja demi melindungi diri dia.” jelas Asyraf. Detektif Danish mendiamkan
diri lalu pergi dari situ.
Farhah terkejut dia sudah berada di
katilnya. Dia berasa pelik. Adakah yang berlaku semalam hanya mimpi? “Farhah, dah sedar?” tanya Puan Amani. “Mama? Macam mana Farhah boleh berada dekat
sini?” tanya Farhah. “Abang kamu bawa
balik kamu semalam.” kata Puan Amani. “Abang?”
tanya Farhah. “Abang kamu lah,
Asyraf.” jelas Puan Amani. “Apa-apa
lah.” kata Farhah walaupun masih memikirkan hal yang terjadi semalam.
Asyraf yang telah menekup wajah Farhah menggunakan sapu tangan. Dia melakukan
itu hanya kerana ingin menyelamatkan Farhah daripada seseorang. Hisyam sudah
melarikan diri.
“Macam
mana dia boleh lari?!” marah detektif
Danish. “Maafkan kami.” ucap detektif
yang lain. Detektif Danish terfikir. Hisyam pernah kata, Puan Fatihah
mengucapkan kata ‘bunuh aku’ ketika
dia diugut olehnya. Kenapa dia berkata begitu? Detektif Danish mendapat tahu.
Mungkin kerana dia ingin Encik Abdullah menjaga Iskandar sebagai anaknya. Ya,
itulah jawapannya.
“Awak
okay kan?” tanya aku. “Saya okay. Terima kasih sebab selamatkan saya.” ucap Alwani. “Saya nak awak lupakan semuanya pasal
semalam dan lupakan pasal kes ini.” kata aku. “Kenapa? Kebenaran harus ditegakkan.” balas Alwani. “Saya tak nak awak berada dalam bahaya macam
semalam.” kata aku. “Jangan risaukan
saya. Saya okay.” balas Alwani. “Saya
risaukan keadaan awak. Saya sayangkan awak.” ucap aku. Alwani terdiam
seketika. “Awak…” kata Alwani. “Lupakan saya. Jangan pernah datang berjumpa
dengan saya lepas ni. Saya nak selesaikan perkara ni sendiri. Tolong, lupakan
saya.” kata aku. “Apa maksud awak?” tanya
Alwani. Aku hanya tersenyum lalu pergi meninggalkan Alwani seorang diri. Aku
sudah berfikir. Aku akan selesaikan perkara ini mengikut cara aku sendiri.
“Abang
Is. Abang Is kemana semalam? Puas Farhah tunggu abang semalam.” kata Farhah. “Farhah.” panggil
aku. “Ya, abang Is. Kenapa?” tanya
Farhah. “Jaga diri. Belajar berdikari.
Jangan terlalu bergantung dengan orang lain.” ucap aku. “Kenapa abang Is cakap macam tu?” tanya
Farhah pelik. “Janji dengan…abang
Is…teruskan hidup walau apapun yang terjadi.” kata aku. Farhah mendiamkan
diri. “Okay, Farhah janji.” balas
Farhah. Aku tersenyum. Farhah mebalas senyuman ku kembali.
Asyraf datang menerpa ku. “Kau, nak pergi mana?” tanya Asyraf. “Bukan urusan kau.” balas aku. “Tolong lupakan perkara itu kalau kau nak
selamat.” kata Asyraf. Aku memandang Asyraf. “Fikir kembali, yang mana baik dan yang mana buruk. Aku tahu kau
sayangkan keluarga kau tapi, ini bukan caranya. Aku mula sedar bahawa aku tak
boleh hidup dalam keluarga kau. Cara aku berbeza. Jaga diri kau. Jangan pernah
melindungi perkara yang boleh menjejaskan kehidupan kau. Kehidupan kau cerah,
bukan macam aku.” jelas aku. Asyraf mendiamkan diri. Aku terus melangkah
pergi dari situ. Aku menelefon kawan lamaku, Hilmi. “Abang, saya nak minta tolong dengan abang.” kata aku.
Geng Hilmi sudah berkumpul di
hadapan bangunan syarikat ZHERO Enterprise. Aku keluar daripada kereta ku lalu
mencapai sebatang kayu di dalam kereta ku. “Kau
yakin dengan semua ni?” tanya Hilmi. “Ya,
saya yakin.” balas aku. “Selamat kembali.” kata Hilmi sambil menepuk bahu
ku. Aku terus menuju masuk ke dalam syarikat itu. Semua memandang ku dengan
pelik. Aku tidak mempedulikan yang lain. Aku terus menerpa masuk ke dalam
pejabat Encik Abdullah. Encik Abdullah terkejut dengan kehadiran ku. Aku
mengunci pintu pejabat itu. Aku menghayunkan kayu yang berada di tangan ku. Aku
memukul kepala Encik Abdullah dengan kuat. Encik Abdullah rebah ke atas lantai.
“Apa yang kamu buat ni?!” jerit Encik Abdullah. Keadaan di luar bangunan
syarikat pula huru hara apabila pengawal keselamatan dibelasah oleh geng Hilmi.
Aku mengendahkan kata-kata Encik Abdullah. Aku terus memukulnya dengan kuat
tanpa henti. Semua orang yang berada di dalam syarikat itu ketakutan dan
terkejut dengan keadaan itu. Mereka semua dapat melihat kejadian itu kerana
pejabat Encik Abdullah direka dengan cermin sahaja. Aku terus memukul Encik
Abdullah sehingga dia lemah dan tidak berdaya. Asyraf melihat kejadian itu. Dia
terus meluru untuk memecahkan pintu pejabat Encik Abdullah. “Iskandar!!! Buka pintu ni cepat!!!” jerit
Asyraf kerisauan. Aku tidak mengendahkan kata-kata Asyraf. “Kau ingat aku akan diamkan diri lepas apa yang kau dah buat dekat mak
aku. Tak akan. Kau dah hancurkan hidup mak aku. Dalam masa yang sama, kau dah
hancurkan hidup aku juga.” kata aku marah. “Kau…kau akan…terima balasannya…” balas Encik Abdullah lemah. “Aku akan heret kau sekali untuk terima
balasannya. Satu benda yang aku tak boleh ubah. Aku terpaksa menerima bahawa
kau memang ayah kandung aku. Kau seorang monster yang telah membesarkan seorang
monster.” kata aku. Aku memukul Encik Abdullah sekali lagi. Encik Abdullah
rebah. Aku terus keluar dari ruangan pejabatnya. Polis terus menerpa aku lalu
menggari tangan ku. Aku hanya membiarkan polis untuk menangkap ku. Inilah diri
aku. Aku yang memilih untuk terus berada dalam keadaan ini. Ini pilihan aku.
Asyraf memasuki ruangan pejabat Encik Abdullah. Bantuan diberikan oleh orang
ramai. Kelihatan Farhah juga berada di situ. Farhah menangis tersesak-esak
melihat kejadian itu. Aku mengalihkan pandanganku daripadanya.
Encik Abdullah telah menerima
hukuman yang setimpal atas kesalahan yang telah dilakukannya. Asyraf sudah mula
sedar dengan perkara itu. Dia tidak mampu untuk menghalangnya. Farhah dan Puan
Amani masih tidak mempercayai dengan perkara yang telah berlaku. Hisyam pula
dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa. Aku pula dipenjarakan selama lima
tahun atas kesalahan cubaan membunuh.
“Aku
minta maaf dengan kau. Aku buat salah dengan kau. Aku cuba untuk melindungi
keluarga aku. Aku sedar. Maafkan aku sekeluarga.” ucap Asyraf. “Sejujurnya
aku masih lagi tak boleh memaafkan ayah kau. Tapi aku cuba.” kata aku.
Asyraf tersenyum. Aku membalas senyumannya kembali.
lima tahun sudah berlalu…
Aku telah dibebaskan. Alwani datang menjemputku. Aku dibawa
ke restoran yang telah dibuka oleh Hilmi untuk ku. Aku berterima kasih kepada
Hilmi dan Alwani. Geng Hilmi juga berada di situ bagi meraikan hari itu. Aku
memandang ke luar. Farhah sedang melambai-lambai ke arahku. “Lama tak jumpa.” kata aku. “Sebenarnya saya dengar awak dah keluar
penjara hari ni. Saya terus bergegas menuju ke sini untuk berjumpa dengan
awak.” kata Farhah. “Kenapa kau nak
jumpa dengan aku lepas apa yang dah terjadi sebelum ni?” tanya aku. “Saya faham akhirnya. Saya faham awak.
Semuanya adalah salah keluarga saya. Saya tak boleh salahkan awak semata-mata.”
balas Farhah. Aku hanya mendiamkan diri. “Maafkan saya.” ucap Farhah. “Kau
tak perlu minta maaf.” kata aku. Farhah tersenyum. “Saya nak tanya satu soalan dekat awak boleh?” tanya Farhah. “Satu soalan saja.” balas aku. “Ishh!!! Ingatkan dah berubah. Sama saja
macam dulu.” rajuk Farhah. Aku hanya tersenyum. “Boleh saya panggil awak abang Is?” tanya Farhah. “Kenapa kau nak panggil aku dengan gelaran
tu?” tanya aku kembali. “Bagi saya,
awak tetap abang saya walau apapun yang terjadi. Awak pernah berjanji untuk
menjalankan tanggungjawab awak sebagai abang saya kan waktu dekat balai polis
lima tahun lalu. Jangan pernah mungkir janji. So, macam mana? Boleh?” jelas
Farhah. “Kalau itu yang kau nak, boleh.”
balas aku sambil tersenyum. “Thanks abang
Is. Thank you so much sebab sudi jadi abang Farhah.” ucap Farhah. “Sama-sama.” balas aku. Kami saling
membalas senyuman. Aku dan Alwani pula bersama manakala Puan Amani sudah memaafkan
aku. Farhah dan Asyraf telah menjadi adik beradik aku. Inilah kisah hidup aku.
Kisah hidup seorang Monster.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment