SECRET SOCIETY


TAJUK : SECRET SOCIETY

GENRE : MISTERI

            Pada tahun 1961, kem polis dan kem tentera negara telah tumpas dan telah diambil alih tentera Eropah. Pada ketika itu, negara mula goyah dan semakin dikuasai oleh negara Eropah. Demi keselamatan negara itu, asset penting negara perlu diselamatkan dengan segera. Jadi, pihak atasan mengarahkan seorang ejen untuk menyembunyikan asset penting negara itu. Pihak Eropah mengetahui tentang hal itu. Mereka mula melancarkan serangan ke atas pihak atasan negara dan memulakan misi mencari ejen khas itu. Tetapi, sayangnya identiti ejen khas itu tidak didedahkan kepada orang lain. Hanya pihak atasan sahaja ynag mengetahui tentang ejen khas itu. Malang tidak berbau, pihak Eropah telah menumpaskan semua pihak atasan negara. Akhirnya, aset penting negara dan ejen khas itu menghilangkan diri dengan aman. Pihak Eropah amat marah dengan situasi yang berlaku ketika itu. Mereka membuat keputusan untuk mendapatkan aset penting negara dan membunuh ejen khas itu.

            Pada tahun 1962, segelintir masyarakat yang masih bebas daripada genggaman Eropah telah melarikan diri ke sempadan negara jiran. Antaranya ialah Leftenan Jeneral, Tarmizi. Dia melihat situasi ini sebagai satu peluang untuknya membentuk satu pasukan rahsia dalam mendapatkan kembali tanah air mereka. Tarmizi juga adalah salah satu pihak atasan yang terselamat daripada ancaman Eropah. Kini, dia ingin membentuk satu pasukan keadilan tanpa pengetahuan pihak Eropah. Beberapa orang telah direkrut oleh Tarmizi. Antaranya ialah Ahmad Eqbal yang merupakan bekas tentera berjawatan Leftenan Kolonel. Dia antara yang terbaik dalam pasukannya. Selain itu, seorang penyelidik iaitu Siti Amirah juga direkrut ke dalam pasukan rahsia itu. Seorang bekas banduan dan juga bekas tentera, Mohd Zakaria dipilih manakala Azmi seorang pegawai korporat menawarkan dirinya untuk dipilih ke dalam pasukan itu. Ahli terakhir pula merupakan seorang profesor dan aktivis yang baru saja pulang dari Amerika Syarikat iaitu Nur Zahara. Dengan ini, lengkap lah ahli pasukan itu lalu terbentuklah Secret Society.

            Pada tahun 1963, Secret Society mula bergerak untuk menyiasat tentang pihak Eropah yang kini berada dalam negara. Suatu hari, Tarmizi telah memberitahu rahsia yang diketahuinya kepada ahli pasukannya itu bahawa ejen khas ada diantara mereka. Hal itu mengejutkan beberapa pihak.Tarmizi mengarahkan mereka untuk melindungi ejen khas itu. Tetapi, tiada siapa yang tahu tentang identiti ejen khas itu. Tarmizi sengaja tidak mendedahkan identiti ejen khas itu kepada yang lain bertujuan agar ahli pasukannya dapat melindugi diantara satu sama lain.

            Suatu hari, kewujudan Secret Society telah diketahui oleh pihak Eropah. Tarmizi mengesyaki bahawa terdapat ejen upahan di dalam pasukannya itu. Untuk memastikan rahsia pasukannya itu selamat, Tarmizi telah memberitahu Eqbal tentang hal sebenar. Kini, hanya Eqbal dan Tarmizi yang mengetahui tentang identiti ejen kahs itu. Eqbal diarahkan untuk melindungi ejen khas dan berhati-hati dengan ejen upahan. Tarmizi mempercayai Eqbal kerana dia merupakan anak kandung Tarmizi. Tiada siapa yang mengetahui tentang hal itu. Mereka berdua menyembunyikan identiti mereka agar tidak berlaku salah faham.

            Semakin hari, semakin sukar untuk Secret Society untuk bergerak menjalankan misi mereka. Setelah pihak Eropah mengetahui tentang kewujudan Secret Society, mereka mula menjalankan rondaan selama 24 jam di kawasan sempadan. Ejen upahan itu pula diarahkan untuk mendapatkan aset penting negara daripada ejen khas. Selain itu, ejen upahan juga perlu membunuh ejen khas itu. Ejen khas mula bertindak. Dia menyangka bahawa Eqbal adalah ejen khas itu. Jadi, dia cuba untuk membunuhnya. Tetapi, Eqbal mendapat tahu tentang hal itu. Zakaria merupakan ejen upahan itu. Pergelutan telah berlaku diantar mereka berdua. Mereka berdua saling berbalas tumbukan. Akhirnya, Zakaria tewas di tangan Eqbal. Selepas kejadian itu, Secret Society mula goyah. Tiga lagi anggota mengesyaki bahawa Eqbal adalah ejen upahan tersebut. Tidak lama selepas itu, Tarmizi pula ditemui mati. Dia telah dibunuh oleh sekelompok ejen upahan pihak Eropah. Secret Society seperti sudah hampir ke penghujungnya. Amirah, Azmi dan Zahara terpaksa berpecah dan mengambil haluan masing-masing. Eqbal pula terpaksa melarikan diri buat sementara waktu. Dalam masa yang sama, Eqbal sedang berusaha untuk melindungi ejen khas tersebut. Eqbal mengikutinya sehinggalah dia mula munculkan diri di hadapan ejen khas itu. Amirah adalah ejen khas itu. Eqbal menceritakan segalanya kepada Amirah. Akhirnya, Amirah mengerti dengan apa yang telah terjadi. Amirah cuba untuk menghubungi Azmi dan Zahara tetapi tidak mampu. Tiba-tiba, sesuatu yang buruk telah berlaku. Zahara telah ditangkap oleh pihak Eropah. Amirah dan Eqbal cuba untuk menyelamatkan Zahara tetapi Zahara telah dibunuholeh pihak Eropah terlebih dahulu. Azmi pula menghilangkan diri. Tiada jejak yang dapat ditemukan. Eqbal mula merasa pelik dengan Amirah. Jika dia ejen khas itu, dimana aset penting negara itu? Eqbal pernah bertanyakan kepadanya dimana aset penting negara itu tetapi Amirah berkata dia tidak mempunyai aset penting itu bersamanya. Eqbal teringat dengan kata-kata Tarmizi. Tarmizi pernah memberitahunya bahawa hanya ejen khas sahaja yang mempunyai aset penting itu. Tarmizi juga mendedahkan bahawa Amirah adalah ejen khas itu. Kenapa Tarmizi mengatakan Amirah adalah ejen khas itu sedangkan dia tidak mempunyai aset penting itu?

Eqbal menyelidik dengan lebih teliti lagi tentang hal itu. Dia terkejut dengan apa yang telah diketahuinya itu. Memang benar Amirah adalah ejen khas itu tetapi bukan dia yang ditugaskan untuk menyembunyikan aset penting itu. Orang yang ditugaskan untuk menjalankan misi itu ialah Azmi. Selama ini Tarmizi hanya ingin Eqbal mencari tahu sendiri tentang hal itu. Terdaoat dua ejen khas di dalam Secret Society. Amirah langsung tidak mengetahui tentang identiti Azmi. Dia terkejut dengan hal itu. Mereka berdua pun terus mencari Azmi. Mereka berharap mereka dapat melindungi Azmi.

            Keadaan semakin huru-hara. Pihak Eropah semakin bergegas dalam usaha untuk  mencari ejen khas itu. Eqbal dan Amirah pula telah terperangkap dalam perangkap Eropah. Pihak Eropah cuma ingin membunuh semua ahli Secret Society kerana mereka tidak tahu tentang identiti ejen khas itu. Tetapi, pihak Eropah gagal untuk melakukan itu. Azmi telah bertindak terlebih dahulu. Dia telah menyerahkan aset negara itu kepada pihak lain yang lebih berkuasa. Aset penting itu adalah sebuah dokumen perjanjian untuk membentuk pasukan tentera yang lebih besar. Pihak lain itu telah menandatangani dokumen itu. Kini, pasukan tentera negara menjadi semkain kuat secara mendadak. Mereka berjaya menumpaskan pihak Eropah dan mendapatkan kembali tanah air mereka. Dengan kejayaan itu, Secret Society telah ditubuhkan sekali lagi bagi membantu negara daripada ancaman luar. Perstuan ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes diluar kemampuan pihak polis dan tentera. Secret Society masih bertahan sehingga sekarang sejak ditubuhkan pada tahun 1963.

<TAMAT>

Comments

Popular Posts