REMEMBER
TAJUK : REMEMBER
GENRE : DRAMA
Ini adalah perang
di antara yang terhebat. Mereka tidak boleh lagi untuk melarikan diri dari
peperangan ini. Mereka perlu hadapinya untuk mereka memiliki kuasa yang mampu
untuk mengetuai semuanya. Perang dalam
merebut kekuasaan dalam dunia korporat. Perang di antara adik beradik. Perang
di antara ahli-ahli korporat. Inilah dunia korporat dan politik. Semuanya
bergantung kepada strategi yang mereka gunakan untuk menguasai semuanya.
Siti Natasha
merupakan pemangku presiden syarikat W Enterprise. Seorang yang sombong dan
tidak berperasaan. Dia lebih mementingkan kepentingan dirinya sahaja berbanding
orang lain. Kakaknya, Siti Zubaidah pula merupakan pemangku presiden syarikat
JB Enterprise. Memiliki kebijaksanaan dalam mentadbir syarikat sehingga mampu
menarik minat ahli korporat bekerja sama dengannya. W Enterprise dan JB
Enterprise sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik. Hal ini membuatkan
persaingan di antara pasangan adik beradik ini mendapat perhatian ramai pihak
terutamanya pihak media. Suaminya Siti Zubaidah, Amiruddin Zulkifli pula
merupakan Presiden syarikat JB Enterprise dan berkawan baik dengan Presiden
syarikat W Enterprise Azim Zainuddin yang juga merupakan abang kepada Natasha
dan Zubaidah. Hakikat mereka berkawan baik tidak diketahui umum kerana untuk
mengelakkan pergaduhan yang besar di antara pihak syarikat. Suatu hari,
kekecohan telah berlaku di antara kedua-dua syarikat ini. Azim dan Amir
berhasrat untuk mengambil peluang itu untuk kepentingan masing-masing. Mereka
telah mengatur rancangan untuk menyatukan kedua-dua syarikat itu menjadi satu
syarikat yang kuat dalam persaingan antarabangsa. Azim ingin menjadi pemilik
kedua-dua syarikat sepenuhnya supaya dia mempunyai kuasa mentadbir tanpa ada
siapa yang menjadi penghalang. Amir bersetuju dengan hal itu dengan syarat Azim
perlu membantunya untuk menjadi Perdana Menteri. Azim bersetuju dengan syarat
itu dan memulakan rancangan mereka. Malangnya, Natasha mendengar semua
perbualan mereka berdua. Natasha berasa amat resah. Dia juga ingin memiliki
syarikat itu. Dengan ada abangnya, Azim dan Amir, agak sukar untuk dia memiliki
syarikat itu. Natasha juga mula mengatur strategi untuk menghalang hasrat
abang-abangnya.
Azim mula mengatur
langkah berjaga-jaga ketika kedua-dua syarikat itu sedang di dalam keadaan
huru-hara. Dengan bantuan Amir, maklumat sulit syarikat JB Enterprise jatuh ke
tangan Azim. Keadaan mula berpihak kepada Azim dan Amir. Syarikat JB Enterprise
dan W Enterprise mula bangkit. Kedua-dua syarikat itu akan digabungkan dalam
masa terdekat kerana ahli korporat yang lain berpendapat jika kedua-dua
syarikat besar ini bergabung, tiada siapa yang mampu untuk bersaing dengan
mereka. Mereka akan mengaut keuntungan yang banyak setiap tahun. Enam bulan
perancangan itu berjalan. Azim dan Amir semakin hampir dalam menunaikan hasrat
mereka. Amir pula mula menyertai parti nasional dalam langkah untuk menjadi
seorang Perdana Menteri. Amir mendapat undian tertinggi dalam pemilihan calon
Perdana Menteri. Isterinya, Zubaidah mula mengesyaki sesuatu. Dia juga tidak
boleh menerima hal itu berlaku. Dia tidak ingin kehilangan syarikatnya. Zubaidah
mula mengambil langkah drastik iaitu mengarahkan orang suruhannya untuk
membunuh Abangnya, Azim.
Natasha datang
berjumpa dengan Azim. Dia menceritakan semua yang dia tahu tentang rancangan
Azim dan Amir. Azim terkejut dengan hal itu. Azim bertindak di luar kawalan.
Dia menekup mulut Natasha. Natasha meronta kesakitan. Azim mengheret Natasha ke
dalam sebuah gudang. Azim mengikat tangan Natasha dan berhasrat untuk menyorok
Natasha di dalam gudang itu.
Hari ini sah
bahawa syarikat JB Enterprise dan W Enterprise bergabung dan diberi nama
syarikat baharu iaitu Golden Enterprise. Azim sah menjadi Presiden syarikat
itu. Dalam masa yang sama juga, Amir telah dilantik sebagai Perdana Menteri.
Hal itu telah menyempurnakan misi mereka. Azim dan Amir berjaya mengambil alih
kuasa yang mampu untuk mereka kuasai semuanya. Selepas pelancaran itu, Azim
mula dikejar sekumpulan bodyguard. Azim mengenali mereka semua. Mereka ialah
bodyguard yang bekerja di bawah adiknya, Zubaidah. Dalam aksi kejar mengejar
itu, akhirnya kereta yang dinaiki Azim telah dilanggar sebuah lori. Azim dalam
keadaan yang parah. Semua bodyguard mula berundur diri. Zubaidah mendengar
berita itu. Zubaidah menyangka kan bahawa bodyguardnya yang membunuh Azim
tetapi hakikatnya tidak. Amir melangkah ke ruangan Zubaidah. “Ada apa awak datang kesini?” tanya
Zubaidah. “Salah ke saya nak berjumpa
dengan isteri saya?” balas Amir. “Tak
salah. Cuma pelik. Awak tak pernah melangkah ke dalam ruangan ini sejak kita
berkahwin.” kata Zubaidah. Amir ketawa terbahak-bahak. “Mulai hari ini, kita bekerjasama. Saya tolong awak, awak tolong saya.”
kata Amir. “Tolong?” tanya Zubaidah. “Mulai hari ini, awak adalah Presiden baharu
syarikat Golden Enterprise.” kata Amir. Zubaidah tergamam. “Macam mana awak tahu, Azim…” gagap
Zubaidah. “Saya yang bunuh dia.” kata
Amir. “Apa? Awak? Kenapa awak cakap macam
tu.” tanya Zubaidah pelik. “Saya tahu
awak arahkan orang suruhan awak untuk membunuh Azim. Tapi, orang suruhan awak
terlambat sikit. Jadi, saya yang uruskan semuanya dahulu. Saya yang melanggar
kereta Azim.” jelas Amir. “Mayat dia?
Mana mayat dia?” tanya Zubaidah. “Saya
dah gantikan mayat dia dengan mayat orang lain. Mayat Azim saya dah sembunyikan
dekat tempat lain. Tempat yang orang lain tak akan tahu.” jelas Amir.
Zubaidah mula ketawa besar. “Tak sangka
suami saya macam ini orangnya.” perli Zubaidah. Amir juga mula ikut ketawa.
“Maaf kalau saya tanya, awak juga ke yang
sorok Natasha sekarang?” tanya Zubaidah. “Kenapa? Natasha disorok? Bukan dia pergi luar negara ke?” kata
Amir pelik. Zubaidah mula rungsing. “Jadi,
siapa yang culik Natasha sekarang? Dia tak pergi ke luar negara. Saya dah cek
rekod di lapangan terbang.” jelas Zubaidah. “Nampaknya, awak kena uruskan Natasha. Suruh orang awak cari dia sampai
dapat sebab kalau dia muncul, itu akan jadi masalah besar.” kata Amir. “Kenapa? Awak risau dia akan merampas
kedudukan kita sekarang?” tanya Zubaidah. “Dia ada sesuatu yang penting di tangannya.” kata Amir. “Apa dia?” tanya Zubaidah lagi. “Kad memori syarikat.” jelas Amir. “Maksud awak, Kad memori yang mengandungi
maklumat penyelewengan syarikat? Maknanya, nama kita pun ada dalam kad memori
tu kan?” kata Zubaidah risau. “Sekarang
ni, sesiapa yang ada kad memori tu, dialah yang berkuasa sepenuhnya.” kata
Amir.
Bodyguard yang
bekerja di bawah arahan Zubaidah mula mencari Natasha. Mereka mencari
bersungguh-sungguh sehingga mereka bertemu dengan Natasha. Selama dua hari
pencariannya, masih tiada hasil. Zubaidah amat marah dengan keadaan itu. “Awak pasti pasal ni?” tanya Zubaidah. “Ya, saya pasti. Dia pasti ikut cakap kita.”
balas Amir. “Apa kata kalau kita bunuh
Natasha lepas kita dapat kad memori tu?” kata Zubaidah. Amir memandang
serius Zubaidah. Amir terus menuju ke arah Zubaidah lalu mencekik leher
Zubaidah. “Awak jangan cuba cari pasal.
Kalau awak berani bunuh Natasha, saya tak teragak-agak untuk bunuh awak.” tegas
Amir. Amir melepaskan genggamannya di leher Zubaidah. Zubaidah memandang dengan
penuh kemarahan ke arah Amir. “Tak sangka
kita berkahwin kan. Tak sangka saya boleh berkahwin dengan awak. First, awak
kena ingat yang kedudukan awak di dalam keluarga ni hanya lah sebagai bodyguard
sahaja sebelum saya kutip awak dan jadikan awak sebagai suami saya.” jelas
Zubaidah. Riak wajah Amir berubah lagi. Amir seperti tidak berpuas hati dengan
perkara itu. Amir ketawa kecil. “Betul
tu. Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya yang
tercinta.” sindir Amir. Amir dan Zubaidah ketawa besar.
Akhirnya, Natasha
telah ditemukan. Malangnya, Natasha berjaya melarikan diri. Mereka terus
mengejar Natasha tanpa henti. Tibanya di jambatan, Natasha mula mengeluarkan
kad memori dari dalam poketnya. Amir keluar dari kereta. “Adik ipar! Lama tak jumpa. Sebulan juga la kan. Mari lah sini. Abang
tolong hantar adik ipar balik rumah.” pujuk Amir sambil tersenyum. “Lepas kau dapat kan benda nie, kau akan
tetap bunuh aku. Jadi, lebih baik untuk aku mati bersama-sama dengan bukti
penting ni.” kata Natasha. “Jangan la
macam tu, adik ipar. Mari sini. Abang janji abang akan bagi kedudukan yang
istimewa untuk adik ipar dalam syarikat tu.” kata Amir. “Kedudukan istimewa? Kalau macam tu, aku nak
jawatan Presiden tu, boleh?” balas Natasha. Amir terdiam seketika. “Adik ipar, jawatan tu tak boleh la. Kakak
kamu dah ambil jawatan tu.” kata Amir ketawa. “Sejak bila kau kisah kan pasal kakak aku? Selama ni tak langsung.
Macam orang asing. Okay, kalau macam tu, aku tak akan mati bersama-sama dengan
bukti ini.” ugut Natasha. Natasha terus memanjat dalam usaha untuk terjun
dari jambatan itu. “Adik ipar!!! Woi!
pergi selamatkan dia. Dia mesti hidup. Dia penting untuk kita.” jerit Amir.
Sekumpulan bodyguard mula meluru menyelamatkan Natasha. Natasha gagal dalam
cubaan membunuh dirinya. Akhirnya Natasha dibawa pulang ke rumahnya.
Zubaidah terus
meluru ke arah Natasha yang berkerusi roda. “Bagus
lah kau dah balik, adik ku.” kata Zubaidah. “Kau!!! Kau cuba untuk bunuh aku dan Abang Azim.” balas Natasha. “Pasal aku nak bunuh kau, itu memang betul
tapi, bukan aku yang cuba bunuh Azim.” kata Zubaidah. “Habis tu? Siapa lagi?” jerit Natasha. Zubaidah tersenyum. Zubaidah
memandang Amir dari jauh. Natasha menoleh ke belakang. “Abang Amir? Bunuh Abang Azim?” bisik Natasha. Zubaidah ketawa
kecil. “Mulai saat ini, aku akan jaga
kau, adik ku.” kata Zubaidah. Natasha memandang Zubaidah dengan penuh
kemarahan.
Setahun sudah
berlalu. Hari ini merupakan hari ulang tahun yang pertama untuk syarikat Golden
Enterprise. Majlis berlangsung dengan tenang dan meriah. Tiba-tiba, seseorang
sedang melangkah masuk ke dalam dewan di mana majlis itu diadakan. Semua orang
di dalam dewan itu terkejut melihat lelaki itu. Lelaki itu menghampiri pentas.
Zubaidah selaku Presiden syarikat itu terkejut lalu tidak sengaja menjatuhkan
gelas yang berada di tangannya. “Lama tak
jumpa adik ku, Zubaidah.” ucap Azim. Riak wajah Zubaidah agak marah. Azim
melangkah naik ke atas pentas. Dia mencapai mikrofon di situ. “Perhatian sebentar. Saya minta maaf dengan
ketidakhadiran saya selama ini. Maafkan saya. Seperti semua sedia maklum, saya
telah ditimpa kemalangan jalan raya setahun yang lalu. Selama ini saya dirawat
di hospital di Jerman. Tak sangka, saya masih lagi boleh berdiri lagi di sini
sekali lagi selepas bangun dari koma. Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih
kepada adik saya, iaitu Zubaidah kerana telah membantu saya dalam menguruskan
syarikat ini. Jangan risau adik ku, jawatan Presiden kekal di tangan mu.”
jelas Azim sambil ketawa kecil. Zubaidah terduduk terdiam. Pihak media
mengalihkan tumpuan mereka kepada Azim.
Amir bergegas
pulang ke rumah apabila mengetahui bahawa Azim masih hidup. “Oh, adik ipar dah balik?” kata Azim. “Oh, abang. Kenapa ni? Apa yang jadi selama ini? Saya risau pasal
abang.” kata Amir. Azim ketawa besar. “Ya,
abang faham maksud kau. Risau kan? Risau sebab abang dah balik?” ugut Azim.
Amir ketawa kecil. “Keluarga ni memang
terbaik. Ada bakat. Bakat lakonan yang terpendam. Tengok la dekat adik ipar aku
ni, dah jadi Perdana Menteri dah. Adik aku yang lagi satu dah jadi Presiden
syarikat.” sindir Azim. Zubaidah masih lagi di dalam ketakutan. “Sekejap? Mana adik aku lagi seorang ni?
Natasha?” tanya Azim. Amir mendiamkan diri. “Oh, mungkin dia dah mereput dalam gudang tu.” kata Azim. “Gudang? Apa maksud abang?” tanya Amir
pelik. Azim ketawa besar. “Kalau nak
tahu, aku yang sorok dia dalam gudang tu.” jelas Azim. “Apa yang kau merepek?” tanya Zubaidah. “Ya, abang Azim yang sorok aku dekat dalam gudang tu. Tapi, tak sangka
orang kau dapat jumpa aku dekat sana.” jelas Natasha yang sedang menuruni
anak tangga. Natasha mendekati Azim. “Selamat
kembali abang Azim.” ucap Natasha sambil tersenyum. Azim membalas
senyumannya. “Kenapa abang buat macam tu?
Bukan ke hubungan abang dengan Natasha rapat?” tanya Amir. “Rapat? Sejak bila? Aku tak mengaku?”
kata Natasha. Zubaidah bergegas masuk ke dalam biliknya. “Maafkan saya.” kata Amir lalu mengikuti Zubaidah ke biliknya. Azim
dan Natasha saling berpandangan. “Abang
Azim nampak sihat.” perli Natasha. “Kenapa?
Kau mengharapkan abang dah mati?” tanya Azim. “Saya memang mengharapkan perkara itu berlaku tapi dalam masa yang
sama, saya memerlukan abang.” jelas Natasha. “Kau mesti nak minta sesuatu daripada aku kan?” kata Azim. “Tolong saya.” rayu Natasha. Azim hanya
memandang wajah Natasha. “Tolong bebaskan
saya daripada kawalan mereka berdua.” kata Natasha lagi. “Apa yang aku dapat?” tanya Azim. “Abang boleh ambil semuanya. Saya tak nak
apa-apa.” jelas Natasha. “Baiklah.
Aku tolong kau.” balas Azim. Natasha menghulurkan tangannya. Azim menyambut
tangannya dan bersalaman tanda setuju.
Zubaidah mula
resah dengan kehadiran Azim. Amir masuk ke dalam bilik. “Kenapa?! Kenapa dia boleh ada dekat sini? Bukan dia dah mati ke? Awak
pasti dah bunuh dia?” tanya Zubaidah resah. “Kenapa lah awak risau sangat? Dia bukan penghalang buat kita pada masa
sekarang.” kata Amir. “Mana awak
tahu? Awak pasti dia bukan penghalang kita? Dia tahu semuanya. Kalau dia
dedahkan semuanya, kita akan terus masuk ke dalam penjara.” jerit Zubaidah.
“Sebelum dia dedahkan semuanya, saya
perlu memastikan yang dia mati di depan mata saya.” kata Amir. “Betul tu. Bunuh dia. Hari ni juga.” balas
Zubaidah. Amir memandang wajah Zubaidah serius.
Kesemua orang
bawahan Amir telah berkumpul di satu tempat. Mereka telah merancang untuk
membunuh Azim pada waktu itu juga. Azim telah bersedia sepenuhnya. Dia tahu
tentang rancangan Amir. Azim telah menyiapkan perangkap untuk Amir. Azim
memulakan rancangannya. Azim keluar daripada kereta. Azim berjalan dengan
perlahan dan tenang. Orang bawahan Amir muncul dihadapan Azim. Mereka terus
memukul Azim dengan kayu besbol yang dipegang oleh mereka. Azim hanya
membiarkan mereka memukulnya. Azim rebah ke lantai. Amir muncul dihadapan Azim.
Amir memegang sepucuk pistol lalu menghalakan ke dahi Azim. “Abang ipar tak sakit ke?” perli Amir. “Nampaknya kau dah mula menunjukkan belang
di depan aku.” kata Azim. Amir ketawa besar. “Okay lah. Saya tak suka menangguh-nagguhkan kerja. Saya nak minta izin
untuk bunuh abang ipar sekarang juga.” kata Amir. Azim ketawa kecil. “Sebelum kau bunuh aku, sila lah ke penjara
sekarang.” balas Azim. Tiba-tiba wartawan dan polis menyerbu tempat
kejadian. Mereka semua terkejut dengan kejadian itu. Amir terkejut dengan
keaadan itu. Kesemua orang bawahan Amir menghalang polis daripada menangkap
Amir. Polis terus menerjah lalu menumbangkan kesemua orang bawahan Amir. Amir
cuba melarikan diri tetapi tidak berhasil. “Kenapa
kamu buat aku macam ni? Bukan ke kamu semua dah berjanji untuk membantu aku?
Tak cukup lagi ke apa yang aku dah berikan dekat kamu semua?!” jerit Amir. “Maafkan kami Tuan. Malangnya, Tuan tidak
lagi berkuasa.” bisik polis itu. “Apa?
Apa maksud kau?!” jerit Amir. Azim menghampiri Amir. Dia mencapai sesuatu
dari dalam poketnya. Azim menunjukkan kad memori itu kepada Amir. Amir
terkejut. “Macam mana boleh ada dekat
kau?” tanya Amir. “Natasha.”
balas Azim. “Apa?! Apa?!! Tak guna!!!
Natasha!!!” jerit Amir. Wartawan terus merakamkan suasana tegang itu.
Natasha telah menyerahkan kad memori itu kepada Azim. Natasha telah dihantar ke
luar negara untuk tinggal disana atas permintaan Natasha sendiri. “Macam mana dengan Zubaidah?” tanya
Azim. “Dia dah ditangkap.” balas
polis itu. Azim hanya tersenyum.
Azim bertemu
dengan Amir di penjara. “Semakin kurus
kau lepas duduk dalam tu.” perli Azim. “Abang
ipar dah datang menjenguk adik iparnya. Terharunya saya.” kata Amir. “Jaga diri kau dalam tu sebab dalam tu
banyak penyangak.” kata Azim.
“Baiklah abang ipar. Saya jaga diri.” perli Amir. Azim melangkah pergi. “Abang ipar ingat tak waktu dekat jambatan
tiga tahun yang lalu?” tanya Amir. Langkah Azim terhenti seketika. Azim
menoleh ke arah Amir. “Apa yang berlaku
dekat sana?” tanya Azim. “Abang ipar
telah melakukan sesuatu yang sama macam apa yang saya buat sekarang.” jelas
Amir. Azim terdiam. “Kalaulah Natasha
tahu perkara sebenar. Pasti dia tak akan meminta tolong daripada abang ipar.”
kata Amir. “Dia tak akan pernah tahu
tentang perkara itu.” balas Azim. “Hem,
betul juga. Dia tak akan tahu. Lagipun Natasha dah pergi jauh daripada sini.
Tapi, saya ingin berpesan kepada abang ipar. Ingat. Sentiasa mengingati dengan
apa yang abang ipar dah buat kerana disitu lah permulaan bagi semua kejadian
ini.” jelas Amir. Azim hanya mendiamkan diri. “Aku sentiasa mengingati perkara itu.” balas Azim lalu melangkah
pergi dari situ. Amir hanya ketawa besar.
Tiga tahun yang
lalu…Azim telah melakukan satu pembunuhan. Dia telah membunuh ayahnya sendiri.
Ketika itu, Amir masih lagi seorang bodyguard kepada ayah Azim. Azim membunuh
ayahnya kerana ayahnya telah membunuh ibu Azim. Azim telah mengetahui perkara
itu sejak dulu lagi. Ayahnya mempunyai dua isteri. Isteri pertama ialah ibu
kepada Azim. Ibunya merupakan pemegang saham terbesar syarikat JB Enterprise
dan W Enterprise. Ayahnya menganggap bahawa dia hanyalah boneka kepada ibu
Azim. Ayahnya tidak berpuas hati lalu membunuh ibu Azim. Kejadian itu telah
disaksikan oleh isteri kedua iaitu ibu kepada Zubaidah dan Natasha. Azim
mengejar isteri kedua ayahnya. Malangnya, isteri kedua telah menghilangkan
diri. Seminggu selepas itu, mayat isteri kedua telah dijumpai mati akibat
ditembak sebanyak lima kali. Ketika itu, Amir hadir dan membantu Azim bangkit.
Amir lah yang telah membunuh isteri kedua ayah Azim. Tak lama selepas itu, Azim menyuruh Zubaidah berkahwin dengan Amir.
Malangnya, Zubaidah menyangka kan bahawa ibunya telah dibunuh Azim. Zubaidah
amat marah. Azim tidak menyagkalnya. Azim membiarkan Zubaidah mempercayai
perkara itu agar dia mampu mengawal Zubaidah dengan mengugutnya. Zubaidah
menerima Amir menjadi suaminya untuk meminta tolong daripadanya. Natasha telah
mengetahui semuanya. Dia tahu tentang pembunuhan yang berlaku. Tetapi dia hanya
memilih untuk mendiamkan diri kerana dia ingin menyelamatkan dirinya daripada
keluarga itu. Sejak hari itu, dia mengubah sikapnya menjadi seorang yang
sombong dan tegas agar dia mampu untuk meneruskan hidup di dalam keluarga itu.
Selama perkara itu berlaku, Azim menyesali perbuatannya itu. Dia yang memulakan
perang itu daripada berlaku. Tetapi, dia lebih memilih untuk meneruskan kehidupannya
yang sekarang.
Azim terselamat
daripada kemalangan itu atas bantuan orang disekelilingnya. Azim bersyukur dan
memilih untuk menebus kesilapannya yang dulu. Zubaidah pula masih tidak dapat
menerima kenyataan bahawa dia telah dipenjara. Dia menangis seorang diri.
Sehinggalah dia memutuskan untuk membunuh diri. Akhirnya dia meninggal dunia di
dalam penjara. Azim menyesali dengan perkara yang berlaku.
Azim melakukan
sidang media. Dia bersedia menceritakan segala-galanya. Dia mengaku bahawa
dialah pembunuh ayahnya. Dia mengaku tentang semuanya. Natasha yang menonton
televisyen hanya tunduk sambil menangis teresak-esak. Azim akhirnya telah
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Natasha sahaja yang tidak mempunyai
rekod jenayah di dalam keluarga itu. Di dalam sekelip mata, dia telah menjadi
seorang jutawan muda. Dia telah menjawat jawatan presiden syarikat Golden
Enterprise. Walaupun dia memiliki segala-galanya, dia masih tidak bahagia. Dia
masih lagi dihantui oleh kisah silamnya yang gelap. Tetapi, dia menganggap itu
hanyalah permulaan hidupnya. Dia memutuskan untuk hidup dengan lebih tenang
sehingga akhir hayatnya.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment