WHITE ROSE

TAJUK : WHITE ROSE
GENRE : DRAMA / ROMANTIK
Setiap kisah tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan. Tetapi disebalik kesedihan pasti akan timbul kebahagiaan.
Hari ini genap umur Muqri 20 tahun. Dia kini melangkah kea lam baharu. Pertama kalinya dia melangkah masuk ke universiti. Dia agak teruja dengan keadaan itu. Dengan wajah yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan, Muqri menarik nafas lalu mengambil langkah pertama pada hari pertamanya di universiti. Muqri melihat sekeliling. Dia tersenyum sendiri. Pap!!! Muqri memandang daripada jauh. Seorang gadis tidak sengaja telah menjatuhkan buku yang dipegangnya. Muqri mendekati gadis itu. Tanpa berkata apa-apa, Muqri membantu gadis itu mengutip buku yang terjatuh di lantai. “Nah.” kata Muqri sambil menyerahkan buku kepada gadis itu. Gadis itu hanya memandang Muqri sambil mengambil buku itu dari tangan Muqri. Muqri yang langsung tidak memandang wajah gadis itu terus bangun lalu pergi dari situ. Gadis itu tidak berkata apa-apa. Gadis itu tersenyum sendiri.
      Muqri melangkah ke dewan pendaftaran. Setelah selesai mendaftar, Muqri terus keluar melihat-lihat kawasan universiti. Muqri rasa gembira pada hari itu. Tiba-tiba senyumannya bertukar menjadi suram. Dia memandang langit cerah pada pagi hari. Dia sepertinya memikirkan sesuatu. Gadis yang terserempak dengan Muqri ternampak reaksi Muqri dari jauh. “Itu kan lelaki tadi.” bisik Farhah. Farhah memandang dengan penuh teliti. “Apa yang dia tengah fikir tu. Nampak muram saja.” bisik Farhah lagi. Farhah terus melangkah masuk ke dalam dewan. Muqri masih lagi mengelamun. Akhirnya, Muqri bangkit dari lamunan. Dia terus melangkah masuk ke dalam dewan.
      Hari sudah senja. Muqri melangkah pulang ke rumah. Dia berjalan kaki dari universiti ke rumahnya. Farhah yang sedang menghidupkan enjin skuternya ternampak Muqri dari jauh. Ini sudah kali ketiga dia ternampak Muqri di kawasan universiti. Farhah pun berhasrat untuk mendekati Muqri dan ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Farhah terus menaiki skuternya lalu mendekati Muqri. Tidak sempat Farhah mendekatinya, Muqri telah hilang dari pandangannya. Farhah menghentikan skuternya. Dia memandang kiri ke kanan. Dia mencari Muqri tetapi tidak kelihatan. “Mana pula dia pergi. Sekejap saja dah hilang. Hem, tak apalah. Aku balik dulu lah.” bisik Farhah hampa.
      Muqri sudah sampai ke rumah. Rumahnya adalah sebuah rumah mewah yang cantik dan indah. Dia tinggal sendirian di rumah besar itu. Tidak dapat disangkal lagi, Muqri adalah seorang lelaki yang kaya. Walaupun mempunyai kekayaan, hidup Muqri sepertinya kesepian. Tidak ada sesiapa yang tinggal di kawasan itu. Cuma rumahnya sahaja yang tegak berdiri di kawasan tepi pantai itu. Dia memandang jauh ke arah laut biru itu. Air matanya mula mengalir. Wajahnya muram. Dia terus memandang laut itu. “Wah, cantiknya.” bisik Muqri. Dia tersenyum sendiri.
      Farhah memeluk patung beruangnya. Dia asyik memikirkan Muqri. “Siapa dia? Dia nampak lain. Kenapa? Kenapa aku rasa nak tahu sangat pasal dia?” bisik Farhah. Farhah agak geram dengan situasinya itu. Dia masih berharap dia dapat bertemu dengan Muqri pada hari esok.
     Kelas sudah bermula. Farhah sibuk membelek-belek bukunya. Dia asyik membaca buku itu. Tiba-tiba seseorang duduk di sebelahnya. Farhah terkejut. Selama ini tiada siapa yang berani duduk di sebelahnya. Farhah mempunyai banyak peminat di universiti. Boleh dianggap Farhah merupakan gadis cantik yang memikat hati semua lelaki. Alasan kenapa tiada siapa berani duduk di sebelahnya ialah seorang lelaki telah mengugut sesiapa yang duduk di sebelah Farhah perlu menghadapinya dahulu. Lelaki itu menyukai Farhah dan merupakan anak orang kaya. Tetapi malangnya Farhah tidak menyukai lelaki itu. Farhah memandang di sebelahnya. Dia terkejut. Muqri duduk dengan tegak sambil memandang ke hadapan. Farhah tidak menyangka bahawa Muqri akan duduk di sebelahnya. Farhah masih menatap wajah Muqri. Muqri perasan dengan keadaan itu. Dia memandang Farhah. “Ya? Kenapa? Ada orang lain ke duduk tempat ni?” tanya Muqri. “Oh, tak! Silakan duduk. Tak ada siapa duduk pun.” balas Farhah tersenyum. Muqri membalas senyuman Farhah lalu memandang ke hadapan. “Hai. Budak baru ke?” tanya Farhah. “Ya, saya.” balas Muqri. “Saya Farhah.” kata Farhah. “Selamat berkenalan.” balas Muqri. “Nama awak?” tanya Farhah. “Oh, saya Muqri.” balas Muqri. Farhah tersenyum. Muqri membalas senyumannya. Farhah dan Muqri memandang ke hadapan. Suasana agak kekok. Semua orang memandang ke arah Farhah dan Muqri. Mereka tidak menyangka Muqri berani duduk di sebelah Farhah. Seorang lelaki masuk ke dalam kelas itu. Dia memandang serius ke arah Muqri. Lelaki itu mendekati Muqri. Farhah ternampak lelaki itu. Dia terkejut. “Budak baru?” tanya Daniel. “Ya, saya.” balas Muqri. “Okay, aku boleh maafkan kau tapi kau kena tahu peraturan.” kata Daniel. Muqri memandang Daniel serius. “Satu-satunya peraturan penting yang kau kena ikut ialah jangan pernah duduk dekat sini. Sebelah dia. Dia milik aku.” jelas Daniel. Muqri tersenyum. Muqri memandang ke arah Farhah. “Boyfriend awak ke ni?” tanya Muqri. Farhah memandang Daniel marah. “Tak. Dia bukan boyfriend saya.” jawab Farhah. “Memandangkan kau bukan boyfriend dia, aku tak boleh buat apa-apa. Aku akan terus duduk dekat sini.” kata Muqri. Farhah ketawa kecil. Daniel amat marah. Daniel cuba untuk mencekup kolar baju Muqri tetapi Muqri menepisnya. Riak wajah Muqri berubah serius. Daniel terdiam. “Aku datang nak belajar bukan nak bergaduh.” kata Muqri. Daniel terdiam seketika. Muqri kembali tersenyum. Daniel tidak dapat menahan marahnya. “Sedar lah diri tu. Saya tak suka dekat awak. Buat apa awak terkejar-kejar dekat saya. Setahu saya awak banyak peminat kan. Pilih lah di antara mereka.” perli Farhah. Daniel menarik nafas. “Kau. Aku akan tundukkan kau. Kau tunggu.” ugut Daniel. Muqri tidak mengendahkan kata-kata Daniel. Daniel terus melangkah pergi dari situ. Semua orang kagum dengan Muqri. Gadis-gadis disitu mula jatuh hati dengan Muqri. Farhah memandang Muqri. “Ya, kenapa?” tanya Muqri sopan. “Tak ada apa-apa.” balas Farhah. Kelas telah bermula.
      Muqri ingin melangkah pulang ke rumahnya. “Muqri!!!” panggil Farhah. Langkah Muqri terhenti. Muqri menoleh ke belakang. “Sekejap. Awak tertinggal buku awak.” kata Farhah. “Oh, terima kasih.” balas Muqri. Farhah memandang Muqri. “Baiklah, saya balik dulu.” kata Muqri. Farhah tersedar dari lamunannya. “Oh, Ok.” balas Farhah. Muqri terus melangkah pergi. “Sekejap.” panggil Farhah lagi. Muqri menoleh ke belakang. “Ya, ada apa lagi ya?” balas Muqri. “Nak saya teman awak tak?” tanya Farhah. Muqri tersenyum.
      Farhah dan Muqri berjalan bersama. Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. “Awak memang balik jalan kaki ke selalu?” tanya Farhah. “Ya, rumah saya dekat sini saja.” balas Muqri. “Oh.” balas Farhah ringkas. Mereka terdiam sekali lagi. “Maaf lah kalau saya tanya. Hari tu saya ada nampak awak. Awak nampak sedih sangat waktu tu. Boleh saya tahu kenapa?” tanya Farhah. “Oh, saya okay. Tak ada apa-apa yang berlaku pun.” balas Muqri tersenyum. Farhah membalas senyumannya. “Ha, dan saya nak ucap terima kasih dekat awak sebabtolong saya hari tu.” kata Farhah. “Tolong? Saya tolong awak?” balas Muqri pelik. “Ya, awak pernah tolong saya kutip buku saya yang terjatuh.” jelas Farhah. “Oh, awak perempuan tu? Maaf saya tak perasan pula awak yang saya tolong tu.” balas Muqri. “Oh, tak apa. Saya okay.” kata Farhah. “Okay lah. Sampai sini saja lah awak ikut saya. Saya balik dulu.” kata Muqri. “Tapi, tak sampai lagi lah rumah awak? Macam jauh lagi je?” balas Farhah. “Tak apa. Awak balik lah dulu.” kata Muqri tersenyum. “Okay lah kalau macam tu. Saya balik dulu.” kata Farhah. Muqri mengukir senyuman di wajahnya. “Hati-hati.” ucap Muqri. Farhah tersenyum mendengar kata-kata Muqri itu. Farhah melambai-lambai ke arah Muqri. Muqri melambai kembali.
      Farhah yang sedang duduk di sofa sambil memegang cawan yang berisi air teh termenung jauh seketika. Dia tersenyum sendirian. Rakannya, Shikin menyedarkan Farhah dari lamunannya. “Wei, kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang.” kata Shikin. “Salah ke aku senyum.” balas Farhah. Farhah meneguk sedikit air teh lalu meletakkan cawan itu ke atas meja. “Wei, aku nak tanya kau ni.” kata Farhah. “Nak tanya apa?” balas Shikin. “Kau pernah suka seseorang tak?” tanya Farhah. “Kenapa? Kau suka seseorang ke?” perli Shikin. “Wei, aku tanya kau, kau tanya aku balik. Tak nak tanya lah.” rajuk Farhah. “Terus terang je lah. Kau dah suka dekat seseorang kan?” kata Shikin. Farhah terdiam seketika. “Sebenarnya, aku pun tak sure. Tapi, bila aku tengok dia, aku rasa happy sangat.” kata Farhah. “Dah berapa hari kau jumpa dia?” tanya Shikin. “Baru dua hari?” kata Farhah. “Dua hari?!” balas Shikin terkejut. Farhah mengangguk. “Okay, pasal tu aku pun tak sure. Cinta pandang pertama ke ni?” tanya Shikin. “Mana lah aku tahu. Dah lah, aku nak masuk tidur. Good night.” balas Farhah. Farhah pun terus melangkah masuk ke dalam biliknya. “Okay, good night.” balas Shikin.
      Farhah sudah berdiri di hadapan universiti menunggu Muqri. Farhah memandang kiri ke kanan. Dia mencari kelibat Muqri. Dia melihat jam tangannya pula. “Dah lewat ni? Kenapa dia tak datang lagi.” bisik Farhah. Dia mencari lagi kelibat Muqri. Dia tidak melihat kelibat Muqri di mana-mana. Farhah mengalah. Dia pun terus menuju ke kelasnya. Kelas Farhah telah pun tamat. Dia masih lagi mencari kelibat Muqri di kawasan universiti itu. “Dia tak datang ke? Kalau dia tak datang kenapa?” bisik Farhah. Shikin datang mendekatinya. “Kenapa ni? resah je aku tengok kau ni?” tanya Shikin. “Tak ada apa-apa. Aku okay.” balas Farhah sambil memerhatikan sekelilingnya. “Kau cari crush kau ke?” perli Shikin. Farhah memandang Shikin. “Wei, agaknya dia datang tak hari ni? Aku tak nampak dia lah hari ni.” tanya Farhah. “Kau tanya aku macam aku ni tahu semua benda. Lagipun aku mana kenal crush kau tu siapa. Muka dia pun aku tak cam.” balas Shikin. Farhah hanya mendiamkan diri. “Okay, jom lah pergi makan.” ajak Farhah. “Okay, jom.” balas Shikin.
      Sudah seminggu Muqri tidak menghadirkan diri. Farhah mula resah. Banyak pertanyaan yang berlegar di fikirannya. Farhah terus melupakan perkara itu. Dia fokus kembali membaca. Daniel datang menghampirinya. Daniel duduk di sebelah Farhah. “Awak, budak baru tu tak datang lagi ke? Nampaknya dia takut dengan saya.” kata Daniel bangga. “Pergi. Jangan ganggu aku.” balas Farhah geram. “Alahai, pagi-pagi ni takkan la dah bad mood kot. Chill la.” kata Daniel. “Aku kata pergi!!!” jerit Farhah. Daniel terkejut. Semua orang memandang Farhah dan Daniel. Muqri melangkah masuk ke dalam kelas. Muqri mendekati Daniel. Muqri mengetuk perlahan meja Daniel. “Ni tempat aku.” kata Muqri tersenyum. Farhah terdiam seketika. Dia terkejut melihat Muqri berada di hadapannya. Daniel bangun dari tempat duduknya. “Aku duduk dulu. Jadi, tempat aku.” balas Daniel. Farhah bangun dari tempat duduknya dan berpindah ke barisan hadapan. Daniel terkejut. “Awak nak pergi mana tu?” tanya Daniel resah. “Rasanya dekat sini kosong. Muqri? Awak nak duduk sebelah saya?” tanya Farhah. Muqri hanya tersenyum lalu melangkah ke tempat duduk itu. Dia mengambil tempat di sebelah Farhah. Semua orang memandang Daniel sambil ketawa kecil. Daniel agak marah. “Kenapa gelak? Masalah? Aishh!!! Hari ni malas pula nak masuk kelas!!!” jerit Daniel. Daniel terus melangkah pergi dari situ.
      Di kafe, Farhah dan Muqri menjamu selera. Farhah memandang Muqri. “Ada apa ya?” tanya Muqri sopan. “Kenapa awak tak datang? Seminggu?” tanya Farhah. Muqri hanya tersenyum. “Lagi sekali, awak tak jawab pertanyaan saya. Okay lah. Tak apa kalau awak tak nak jawab pertanyaan saya.” kata Farhah. Muqri memandang Farhah. “Maafkan saya. Saya Nak minta satu dengan awak boleh?” tanya Muqri. “Ya, boleh. Apa dia?” balas Farhah. “Saya harap awak berhenti menanyakan soalan kepada saya.” kata Muqri. Farhah terdiam. “Kenapa? Kenapa saya tak boleh tanya soalan dekat awak?” tanya Farhah. Muqri tersenyum. “Tak perlu ada rasa ragu dan sangsi dengan saya. Bergantung kepada awak untuk percayakan saya.” kata Muqri. “Okay. Kalau itu yang awak nak. Saya percayakan awak.” balas Farhah. Muqri ketawa kecil. “Senangnya awak percayakan saya. Saya hargai itu.” kata Muqri. “Saya nak kawan dengan awak. Sebab tu saya cuba untuk percayakan awak.” balas Farhah. Muqri tersenyum lagi. “Macam mana? Awak nak berkawan dengan saya?” tanya Farhah. “Saya gembira awak nak berkawan dengan saya.” kata Muqri. Farhah mengukirkan senyuman di wajahnya.
      Selama sebulan Farhah berkawan dengan Muqri. Mereka berdua semakin rapat. Walaupun banyak pertanyaan yang bermain di fikirannya, Farhah lebih memilih untuk mendiamkan diri walaupun hakikatnya dia ingin mengetahui sesuatu tentang Muqri. Walaupun sudah berkawan dengan Muqri selama sebulan, dia masih lagi tidak mengetahui di mana Muqri tinggal, apa latar belakang Muqri dan sebagainya. Dia masih lagi menunggu masa yang sesuai untuk menanyakan tentang kehidupan Muqri. “Muqri, sebenarnya saya ada hal penting nak bincang dengan awak ni.” kata Farhah. “Apa dia?” balas Muqri. “Hem, malam ni awak free tak? Kita jumpa malam ni dekat sini.” kata Farhah. “Okay, macam penting je. Saya datang malam ni.” balas Muqri. Farhah tersenyum.
      Sudah tepat pukul 9.00 malam. Farhah menunggu Muqri. Dia melihat sekelilingnya. Masih tidak menjumpai kelibat Muqri dimana-mana. “Masih awal lagi. Tak apalah. Saya tunggu.” bisik Farhah. Sudah sejam menunggu, Farhah membuat keputusan untuk menelefon Muqri. Farhah agak gugup kerana itu kali pertamanya dia menelefon Muqri. Telefon tidak diangkat. Farhah mencubanya buat kali kedua. Tiada jawapan juga. Farhah mula risau. Farhah mencuba lagi. Tiada jawapan. Farhah berasa tidak tenang. Dia terus membuat keputusan untuk mencari sendiri rumah Muqri. Dia tahu jalan ke rumah Muqri tetapi dia tidak tahu yang mana satu rumah Muqri. Farhah yang mulanya berjalan mula berlari. Lariannya semakin laju. Air mata mula mengalir. Perasaan marah dan kecewa menyelubungi diri Farhah. Dalam masa yang sama dia merasa risau dengan keadaan Muqri. Apakah dia baik-baik saja? Di mana dia? Farhah menyerah. Dia berhenti mencari rumah Muqri. Bunyi siren ambulans berbunyi dari arah belakang. Farhah menoleh. Farhah pelik. “Siapa pula yang cedera ni?” bisik Farhah. Farhah terus mengalihkan pandangannya daripada ambulans itu. Dia melangkah pulang ke rumahnya. Muqri berada di dalam ambulans itu. Farhah tidak mengetahui hal itu. Muqri jatuh sakit ketika ingin berjumpa dengan Farhah. Penyakit yang dihidapi Muqri semakin teruk. Tumor otak yang dialaminya membuatkan Muqri semakin sakit. Tiada pilihan selain pembedahan walaupun harapan untuk pulih agak sedikit. Sejak hari itu, Farhah dan Muqri tidak lagi bertemu. Muqri telah dihantar ke hospital di New York untuk dirawat di sana. Farhah masih memikirkan Muqri. Banyak persoalan yang timbul di fikirannya. Farhah sedih dengan apa yang berlaku.
Lima tahun kemudian…
      Muqri memandang jauh ke luar tingkap. Seseorang melangkah masuk ke dalam biliknya. “Muqri, Papa ni.” kata Dato Ramli. Muqri memandang ke arah ayahnya. “Oh, papa dah datang.” balas Muqri. Dato Ramli mendekati Muqri. “Muqri, papa rasa dah tiba masanya untuk kamu keluar daripada bilik ni. Janganlah asyik terperap dalam bilik ni.” kata Dato Ramli lembut. Muqri hanya mendiamkan diri. “Papa dah semakin tua. Papa dah tak larat nak buat semua kerja pejabat tu. Jadi, papa bercadang untuk Muqri menggantikan tempat papa.” kata Dato Ramli. “Muqri tak mampu untuk buat semua tu. Maafkan Muqri, papa.” balas Muqri. “Papa buat semua ni sebab papa nak Muqri mulakan hidup baru.” kata Dato Ramli. “Mulakan hidup baru?” balas Muqri sambil tersenyum sinis. “Macam mana Muqri nak mulakan hidup baru sedangkan hakikatnya hidup Muqri dah berakhir.” kata Muqri. “Astaghfirullahalazim, Muqri. Jangan cakap macam tu. Ingat Allah. Hanya Allah yang menentukan semuanya sama ada hidup Muqri sudah berakhir ataupun tidak. Realitinya, Muqri masih hidup. Lagipun, Muqri ada papa dan mama yang selalu sokong dan bantu Muqri.” jelas Dato Ramli. “Ya ke? Papa dan mama selalu ada untuk Muqri? Kalau betul apa yang papa cakap tu, ke mana papa dan mama hilang selama ni. Papa dan mama tak pernah pedulikan Muqri. Tak pernah ambil tahu pasal Muqri. Sibuk dengan kerja. Peduli? Tak pernah sampailah papa dan mama tahu pasal penyakit Muqri.” balas Muqri. Dato Ramli menundukkan kepalanya. Dato Ramli merasa bersalah dengan Muqri. “Papa tak nafi kan bahawa kata-kata Muqri semuanya betul. Betul papa dan mama sibuk dengan kerja sampai papa tak tahu pasal kesihatan Muqri. Papa rasa bersalah. Mama kamu asyik menangis memikirkan tentang kamu. Papa cma ingin menebus kesilapan papa selama ni.” kata Dato Ramli. Muqri hanya mendiamkan diri. Dato Ramli terus melangkah menuju ke pintu. “Muqri, buatlah keputusan. Papa harap Muqri dapat mulakan hidup baru yang lebih bahagia.” kata Dato Ramli lalu melangkah pergi dari situ. Muqri hanya memandang jauh ke arah tingkap. Dia memikirkan perkara itu. Adakah dia ingin memulakan hidup baru?
      Farhah menuju ke lif. Dia sedar bahawa dia sudah terlambat pergi kerja. Farhah sampai di pejabatnya. Dia mula bekerja di sebuah syarikat perniagaan, RS Enterprise. Dia bekerja di bahagian kumpulan kedua. Hari ini sudah masuk hari yang kelima dia bekerja di sana. “Alahai Farhah. Kenapa lah kau ni kelam kabut sangat.” kata Alwani. “Kau ni cubalah bagi salam. Terkejut aku dibuatnya.” balas Farhah terkejut. “Assalamualaikum.” ucap Alwani. “Waalaikumsalam.” balas Farhah. “Eh, kau ni asyik datang lambat je tau. Nasib baik bos tak tahu tau. Kalau dia tahu, habis kau. Baru lima hari kot kau kerja sini. Kau tak takut eh?” perli Alwani. “Cik Alwani. Kau tak ada kerja eh? Kau tu yang patut takut sebab mana lah tahu tiba-tiba bos muncul depan kau. Tak ken anti kena marah.” balas Farhah ketawa. Alwani memuncungkan mulutnya. “Wei, nak tahu tak? CEO baru nak datang.” kata Alwani. “So?” balas Farhah ringkas. “Aku dengar dia handsome. Wei, tak sabarnya.” kata Alwani. “Kau dengar je. Kau belum tengok lagi muka dia. Nanti sibuk menunggu yang hensem, yang berjerawat pula muncul.” usik Farhah sambil tangannya sibuk menaip sesuatu pada papan kekuncinya. “Ish! kau ni.” balas Alwani. “Dah, bagi aku buat kerja. Melayan kau ni nanti kerja aku tak siap pula.” kata Farhah sambil menarik tangan Alwani kembali ke tempat duduknya. “Ya, aku nak sambung kerja la ni.” balas Alwani ketawa.
      Muqri sudah membuat keputusan untuk menggantikan tempat ayahnya di syarikat itu. “Muqri minta maaf, papa. Pasal apa yang Muqri cakp tadi, papa jangan ambil hati.” kata Muqri. “Tak apa. Yang penting kamu sudi bekerja di syarikat itu. Papa gembira dengan keputusan kamu.” kata Dato Ramli. Muqri tersenyum. Datin Amisah mendekati Muqri. Datin Amisah mengusap rambut Muqri perlahan. Air mata Datin Amisah mula mengalir. “Mama gembira tengok Muqri sekarang. Jadilah anak yang baik. Mama janji lepas ni mama akan sentiasa jaga anak mama seorang ni.” kata Datin Amisah. Muqri memegang tangan ibunya. “Mama. Muqri minta maaf pasal semua yang Muqri dah buat dekat mama. Muqri sayangkan mama.” balas Muqri. “Mama pun sayangkan Muqri.” balas Datin Amisah. Muqri memeluk ibunya sekuat hati. Dato Ramli tersenyum melihat gelagat Datin Amisah dan Muqri.
      Farhah duduk termenung di sebuah gerai burger milik rakannya. “Wei, kau ni asyik termenung je. Ada apa-apa masalah ke?” tanya Aqmal. Farhah memandang Aqmal lalu tersenyum. Aqmal merupakan rakannya. Dia mula berkawan dengan Aqmal selepas dia tamat belajar di universiti. Boleh dikatakan kawan baik lelakinya. Aqmal menjual burger pada waktu malam. Itulah pekerjaannya setiap hari. “Mana ada apalah. Aku tak ada masalah pun. Kau tu, duduk sini tak ada pelanggan ke?” tanya Farhah. Aqmal tersenyum. “Cik Farhah, cuba tengok jam pukul berapa sekarang.” kata Aqmal. Farhah memandang jam tangannya. “Ya Allah! Dah pukul 10.00 malam rupanya.” balas Farhah terkejut. “Aku nak tutup kedai dah ni. So, better kau sambung mengelamun kau tu dekat rumah.” perli Aqmal. “Suka perli orang tau.” rajuk Farhah. “Wei, korang nak sembang ke, nak tolong aku tutup kedai ni. Cepat lah, dah lewat dah ni.” sampuk Shikin. “Okay, sekejap. Aku tolong ni.” balas Aqmal. Farhah dan Aqmal terus membantu Shikin menutup kedai.
      Di rumah. Shikin dan Farhah masih tidak tidur.Mereka berdua sedang asyik menonton televisyen. Jam sudah menunjukkan 12.30 tengah malam. Farhah asyik menekan butang kawalan jauh. Dia mencari rancangan yang menarik. “Tengah malam ni mesti tak ada cerita. Ish! Malas lah. Nak tidur dulu. Wei, aku masuk tidur dulu tau. Jangan lupa kejut aku bangun pagi esok. Takut aku lambat lagi.” kata Farhah. “Okay, aku kejut kau esok jangan kau pula tak bangun.” balas Shikin. “Okay.” kata Farhah lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Shikin menonton berita tengah malam. Berita tersebut mengatakan bahawa seorang lelaki muda akan mengambil alih tugas CEO di syarikat RS Enterprise. Lelaki itu bernama Muqri Aqil yang juga merupakan anak kepada Dato Ramli Salleh. Shikin seperti sedang memikirkan sesuatu. “Muqri? Siapa eh? Macam pernah dengar je nama tu.” bisik Shikin. Shikin pun malas hendak memikirkannya lalu menukar rancangan lain.
      Farhah sedang bergegas ke tempat kerja. “Wei, aku sarapan nanti dekat tempat kerja. Aku takut aku lambat lagi.” kata Farhah. “Okay.” balas Shikin. “Okay, bye. Aku pergi kerja dulu, assalamualaikum.” ucap Farhah. Farhah pun terus melangkah pergi. “Wei, sekejap. Aku tengok berita semalam…hem, dah pergi rupanya. Baru nak cakap pasal ada CEO baru nak masuk hari ni dekat tempat kerja dia.” bisik Shikin.
      Farhah sedang fokus pada kerjanya. Dia tidak mempedulikan tentang orang lain selain kerjanya. Dia sedar dia perlu bekerja keras di dalam syarikat itu. “Wei, boleh tolong hantarkan surat ni dekat bawah tak? Aku tak tahan nak pergi tandas la. Tolong eh?” kata Alwani. “Okay, letak surat tu dekat atas meja tu. Sekejap lagi aku hantar dekat bawah.” balas Farhah. “Okay, thanks.” ucap Alwani lalu bergegas ke bilik air. Farhah terus mencapai surat itu lalu menuju ke lif. Lif sudah sampai ke tingkat satu. Farhah terus keluar dari lif itu. Dalam masa yang sama, Muqri dan barisan pemegang saham lalu disebelah Farhah. Mereka berdua tidak perasan sesama sendiri. Akhirnya, Muqri dan barisan pemegang saham terus masuk ke dalam lif manakala Farhah menghantar surat itu ke kaunter.
      Muqri bertemu dengan staf dan pekerja syarikat itu. Dato Ramli mendekati Muqri. “Perhatian, semua. Saya kenalkan dia merupakan CEO baru kamu semua. Namanya Muqri. Dia adalah satu-satunya anak saya.” kata Dato Ramli. “Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Harap semuanya dapat memberikan kerjasama sepanjang saya bekerja disini.” ucap Muqri. Semua staf dan pekerja yang berada disitu menepuk tangan tanda menerima kehadiran CEO baru di syarikat itu. Muqri, Dato Ramli dan barisan pemegang saham terus menuju ke pejabat CEO. Farhah kembali ke tempatnya. Dia meneruskan kerjanya. “Wei, kau terlepas la.” kata Alwani. “Terlepas apa?” tanya Farhah pelik. “CEO baru tu dah datang tadi. Wah, handsome kot. Nak gugur jantung aku.” kata Alwani. “Hem, ya lah. Dah, aku nak buat kerja. Jangan ganggu aku.” kata Farhah. “Okay, Miss Farhah. Tak best langsung sembang dengan kau.” perli Alwani. Farhah hanya ketawa kecil.
      Seminggu sudah berlalu. Farhah masih lagi tidak berjumpa dengan Muqri di pejabat. Suatu hari, kumpulan dua mempunyai mesyuarat penting. Semua ahli kumpulan dua termasuk Farhah menuju ke bilik pejabat. Tiba-tiba, kumpulan dua terserempak dengan Muqri di tingkat satu. Farhah sedang sibuk menekan butang lif. Muqri dan salah seorang pembantunya mendekati ahli kumpulan dua. “Oh, selamat pagi, Tuan.” ucap Encik Rafi yang merupakan ketua kumpulan dua. Farhah memandang pintu lif sambil mengharapkan ia terbuka. “Kamu semua, sini. Perkenalkan ini adalah CEO baru kita, encik Muqri.” kata Encik Rafi. “Selamat pagi, Tuan.” ucap semua ahli kumpulan dua. Farhah masih lagi menekan butang lif tidak mengendahkan kehadiran Muqri. “Farhah! Sini!” panggil Encik Rafi. “Ya, Tuan.” balas Farhah. “Perkenalkan CEO baru kita, Encik Muqri.” kata Encik Rafi. Farhah dan Muqri bertentangan mata. Farhah terkejut melihat Muqri. Farhah hanya mendiamkan diri. Muqri memandang pelik. Muqri melambai-lambaikan tangannya. “Kamu okay ke?” tanya Muqri kepada Farhah. Farhah sedar dari lamunannya. “Maafkan saya. Selamat pagi, Tuan.” ucap Farhah. “Pagi. Okay, saya pergi dulu.” kata Muqri. Muqri dan pembantunya terus menuju ke lif. Farhah masih memandang Muqri. Secara perlahan pintu lif tertutup. Farhah masih terkejut dengan keadaan itu. “Dia tak kenal aku ke?” bisik Farhah. “Wei, dah jom. Dah lambat ni.” panggil Alwani. Farhah terus mengikuti mereka dari belakang.
      Muqri melangkah masuk ke dalam pejabatnya. “Tuan nak apa-apa lagi?” tanya pembantunya, Airil. “Tak ada apa. Kamu boleh pergi.” balas Muqri. “Baik, Tuan.” kata Airil lalu melangkah pergi dari pejabat itu. Wajah Muqri muram dan lesu. Dia duduk di tempatnya. “Farhah…tak sangka saya boleh jumpa awak lagi.” bisik Muqri. “Maafkan saya. Saya terpaksa berpura-pura tak kenal dengan awak.” bisik Muqri lagi.
      Farhah masih termenung seorang diri memikirkan Muqri. “Dia tak kenal aku? Atau dia berpura-pura tak kenal aku? Kalau dia pura-pura, apa sebabnya?” fikir Farhah. Aqmal datang mendekati Farhah. “Termenung lagi.” sergah Aqmal. Farhah terkejut. “Ish!!! Kau ni. Terkejut aku.” kata Farhah. “Kau bab-bab termenung, memang nombor satu.” perli Aqmal. “Dah, tak payah perli aku.” balas Farhah. “Merajuk la pula. Okay lah. Cuba cerita apa masalahnya.” kata Aqmal. Farhah mendiamkan diri seketika. “Okay lah. Macam ni. Dia seseorang yang rapat dengan kita. Tiba-tiba dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Lepas tu, berjumpa balik tapi dia tak kenal dengan kita. Kau rasa?” tanya Farhah. “Adakah kau maksudkan crush kau dulu. Kenapa? Kau dah jumpa dia ke?” sampuk Shikin. Aqmal terdiam seketika. Raut wajahnya berubah. “Siapa crush kau?” tanya Aqmal. “Tak ada siapalah. Ish! Tiba-tiba je menyampuk Shikin ni.” kata Farhah. “Aku terdengar. Habis tak ada siapa layan aku. Korang dua orang je yang sembang dekat sini.” perli Shikin. “Dah la. Abaikan lah apa yang aku tanya dekat kau tadi. Dah, aku nak kemas kedai dulu.” kata Farhah lalu pergi mengemas kedai. Aqmal termenung seorang diri. Shikin memandang Aqmal. “Aqmal.” panggil Shikin. Aqmal memandang Shikin. “Kalau dah suka, cakap je lah terus terang dekat dia. Nanti melepas, menyesal pula kan.” perli Shikin. Aqmal tersenyum. “Kau ni. Dah, tolong aku kemas kedai. Nak balik dah ni.” kata Aqmal. Mereka pun terus menutup kedai.
      Seorang gadis cantik sedang menuju ke ruangan pejabat Muqri. Dia pun mengetuk pintu lalu masuk ke ruangan pejabat Muqri. “Hai. Dah lama tak jumpa you.” ucap Jasmin. Muqri memandang ke arah Jasmin. Muqri tersenyum. Jasmin merupakan rakan sekelas Muqri sewaktu sekolah menengah. “Jasmin?” tanya Muqri yang masih tidak pasti. “Ya, I, Jasmin. Kawan sekolah you.” balas Jasmin. “Awak dah berubah.” kata Muqri. “Well, I masih sama macam dulu.” balas Jasmin. Muqri hanya tersenyum. “You free tak malam ni? I nak ajak you dinner dengan I.” ajak Jasmin. “Saya tak sure. Tengok lah dulu macam mana.” balas Muqri. “Tak bestnya. Tak kira, you kena dinner dengan I malam ni jugak okay. Malam ni pukul 9.00 malam. Tempatnya nanti I text dekat you.” kata Jasmin. Muqri terdiam lalu tersenyum. “Okay. Saya dinner dengan awak.” kata Muqri menyerah. “Okay, great. Malam ni okay. I pergi dulu. Nanti I text you, bye.” kata Jasmin. Muqri hanya tersenyum.
      Farhah hanya memandang jauh ruangan pejabat Muqri. Banyak pertanyaan yang ingin ditanyakan kepadanya. “Memandangkan kau asyik pandang ruangan pejabat Tuan Muqri, saya nak awak pergi jumpa dia, dapatkan pengesahan dia untuk projek ni.” arah Encik Rafi. “Eh, Tuan. Saya…saya…” gagap Farhah. “Tak boleh menolak. Pergi sekarang.” arah Encik Rafi. “Baik.” balas Farhah. “Dengan langkah yang berat, Farhah menuju ke ruangan pejabat Muqri. Farhah mengetuk pintu pejabat Muqri. “Masuk.” arah Muqri. Farhah pun melangkah masuk ke dalam pejabatnya. “Tuan, saya nak minta tandatangan Tuan untuk pengesahan projek kumpulan dua.” kata Farhah sambil menundukkan pandangannya. Farhah menghulurkan dokumen itu. Muqri mengambilnya. Muqri membaca dokumen itu dengan teliti. Muqri mencapai pen lalu menandatangani dokumen itu. “Nah.” kata Muqri. Farhah mencapai dokumen itu. “Terima kasih, Tuan.” ucap Farhah lalu melangkah menuju ke pintu. “Farhah.” panggil Muqri. Langkah Farhah terhenti seketika. Dia menoleh ke belakang. Mereka saling berpandangan mata. “Saya rindukan awak.” ucap Muqri. Farhah terkejut. Farhah terus mengalihkan pandangannya. Dia mencapai tombol pintu di hadapannya. “Maafkan saya.” ucap Muqri lagi. “Saya pergi dulu, Tuan.” kata Farhah lalu melangkah keluar dari pejabat Muqri. Muqri terdiam seketika. Dia terus memandang ke arah pintu itu. Farhah masih tidak percaya dengan kata-kata Muqri. Dia hampir sahaja mengalirkan air mata tetapi dia tahan. Dia tidak ingin menangis di hadapan staf dan pekerja di situ. Farhah terus memberikan dokumen itu kepada Encik Rafi lalu mengambil tempatnya. Dia meneruskan kerjanya.
      Muqri dan Jasmin makan malam di sebuah restoran. “Macam mana sekarang? Dah ada calon?” tanya Jasmin. “Calon? Siapa?” tanya Muqri pelik. “Girlfriend?” balas Jasmin. “Oh, tak ada.” jawab Muqri. “Great. Kalau macam tu, mulai sekarang you milik I.” kata Jasmin. Muqri hanya ketawa mendengar kata-kata Jasmin itu. “Nice joke.” kata Muqri. “Joke? I tak bergurau la. Boleh tak you jadikan I milik you?” tanya Jasmin. Muqri memandang Jasmin. “Saya nak cakap something pasal saya dekat awak.” kata Muqri. “About what? Pasal penyakit you?” tanya Jasmin. Muqri terkejut. “Mana awak tahu?” tanya Muqri terkejut. “I dah tahu pasal penyakit you. I tahu semuanya. Tapi, itu tak jadi penghalang untuk I jadikan you milik I.” jelas Jasmin. Muqri terdiam. “Saya tak boleh.” kata Muqri. “Kan I dah cakap, penyakit you bukan…” kata-kata Jasmin terhenti seketika. “Saya cintakan orang lain.” celah Muqri. Jasmin terkejut. “Maafkan saya.” ucap Muqri. Jasmin terseynyum sendiri. “Just that? You love someone? Who is she? I tak kisah siapa pun dia. Yang penting, I akan cuba jadikan you milik I.” jelas Jasmin. Muqri tersenyum. “Okay, kalau itu yang awak nak. Teruskan. Berusaha untuk dapatkan saya.” kata Muqri. “I like that.” kata Jasmin tersenyum. Muqri membalas senyumannya.
      Farhah masih memikirkan perkara itu. Dia nampak agak tertekan. Aqmal duduk di sebelahnya. Aqmal menghulurkan aiskrim kepada Farhah. “Lebih baik kau makan aiskrim ni sebelum muka kau yang merah tu meletup.” perli Aqmal. “Ish! Kau ni kalau satu hari tak perli aku tak boleh kan.” kata Farhah. Aqmal ketawa kecil. “Okay, maafkan aku.” ucap Aqmal. “Cuba tengok dekat atas langit tu. Cantik kan bintang tu.” kata Aqmal yang cuba untuk mengalihkan perhatiannya. Farhah memandang Aqmal. “Kau nak mengurat aku eh?” kata Farhah. “Ish! Apa pula fikir macam tu.” balas Aqmal. “Selalu dekat drama macam tu.” kata Farhah. “Tu lah. Banyak sangat tengok drama.” balas Aqmal. “Wei, patut ke aku maafkan dia?” tanya Farhah. “Maafkan siapa?” tanya Aqmal runsing. “Tapi dia yang buat salah dekat aku. Kenapa aku nak maafkan dia?” kata Farhah geram. “Siapa ni? Wei?” tanya Aqmal. “Tapi hari ni, dia cakap dia rindukan aku. Jadi, waktu tu dia memang pura-pura tak kenal aku.” kata Farhah. Aqmal terdiam seketika. Wajah Aqmal berubah. “Awak cintakan dia?” tanya Aqmal. Farhah memandang Aqmal. “Sejujurnya, saya cintakan dia.” jawab Farhah. “Dia cintakan awak?” tanya Aqmal lagi. “Tak tahu.” jawab Aqmal. “Aku tak dapat membantu. Semua persoalan perlu diselesaikan dengan pertanyaan dan jawapan. Kau tanya dia. Kau tanya dia apa yang kau nak tanya. Terus terang dengan dia. Andai kata kau tak dapat jawapannya, kau perlu membuat keputusan sama ada kau nak terus mencintai dia atau lupakan dia.” jelas Aqmal. Farhah mula mengalirkan air mata. “Semuanya bergantung kepada kau.” kata Aqmal. “Terima kasih, Aqmal. Terima kasih sebab mendengar.” ucap Farhah. “Sama-sama.” balas Aqmal. Farhah memandang langit. Aqmal terus memandang wajah Farhah.
      Farhah bercuti pada hari ini. Hujan turun dengan lebat. Farhah terpaksa berteduh di sebuah kedai kek. Seseorang datang menghampirinya. Farhah terkejut. Muqri berada di hadapannya. Riak wajah yang serius ditunjukkan Muqri. Farhah terus memandang Muqri. Muqri terus membuka payung lalu menghulurkannya kepada Farhah. Sepanjang hari, mereka hanya saling berpandangan. Mereka tidak berkata apa-apa. Mereka hanya mendiamkan diri. Hujan pun mulai reda. “Saya balik dulu.” kata Farhah lalu melangkah pergi. Lengan Farhah dipegang erat oleh Muqri. Langkah Farhah terhenti. “Maafkan saya.” ucap Muqri. Farhah tidak dapat menahan sebak. Farhah memandang Muqri. “Saya tak nak dengar ucapan maaf daripada awak. Saya hanya perlukan jawapan. Kemana awak pergi lima tahun yang lalu?” tanya Farhah. “Maafkan saya.” ucap Muqri. “Jawab soalan saya.” kata Farhah. “Maafkan saya.” ucap Muqri lalu mengalirkan air mata. Farhah menangis teresak-esak. Farhah geram. “Tolong jawab soalan saya.” kata Farhah. Muqri terus memeluk Farhah dengan erat. Farhah tergamam. “Maafkan saya.” ucap Muqri. Farhah terdiam seketika. Dia terkejut dengan situasi itu. Muqri terus mengucapkan perkataan maaf kepada Farhah. “Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?” kata Farhah menangis. Farhah terus menolak Muqri. Farhah terus melangkah pergi dari situ. Muqri hanya memandang Farhah dari jauh. Kebetulan Aqmal melihat kejadian itu. Dia cemburu dengan Muqri. Aqmal terus mengejar Farhah. Tiba-tiba, kepala Muqri merasa sakit. Matanya mula kabur. Akhirnya dia rebah ke lantai. Pembantunya, Airil datang menghulurkan bantuan. Dia terus membawa Muqri ke hospital.
      Muqri telah sedar. “Muqri, kamu dah sedar nak? Alhamdulillah.” kata Dato Ramli. “Jangan buat macam ni lagi. Mama takut jadi apa-apa dekat anak mama.” kata Datin Amisah. Muqri hanya tersenyum. Airil sedang mengawal bilik sakit Muqri. Jasmin datang menghampiri Airil. “Macam keadaan dia? Okay?” tanya Jasmin. “Dia okay. Dia baru je sedar. Keluarganya ada dekat dalam.” balas Airil. “Lega I dengar. Ha, macam mana? Tahu dah siapa perempuan tu?” tanya Jasmin. “Nama dia Farhah.” kata Airil. Airil menjelaskan semuanya kepada Jasmin. Jasmin mendengarnya dengan baik. “I nak pergi jumpa perempuan tu. You jaga dia baik-baik okay.” kata Jasmin. “Baik.” balas Airil.
      Jasmin memandang Farhah dari jauh. Jasmin melambai-lambai Farhah dari jauh. Farhah pelik. Jasmin mendekati Farhah. “Farhah kan?” tanya Jasmin. “Ya, saya. Siapa ya?” tanya Farhah. “Jasmin. I kawan Muqri.” jawab Jasmin. “Saya tak nak dengar apa-apa. Maafkan saya.” kata Farhah. “Dia cintakan you.” kata Jasmin. Farhah terdiam seketika. “Dia cintakan you. Tapi dia tak boleh nak luahkan.” kata Jasmin. “Kenapa awak beritahu semua ni?” tanya Farhah. “Cuba you faham dia. Cuba faham situasi dia. Selama ni, you cuma kisah pasal perasaan you. Perasaan dia? Buang perasaan marah you dekat dia. I tahu you pun cintakan dia. Saya pergi dulu.” kata Jasmin lalu melangkah pergi dari situ. Farhah terdiam seketika. Aqmal mendekatinya. “Kau okay?” tanya Aqmal. Farhah mendiamkan diri. “Lupakan perkara tu. Jangan fikir sangat.” kata Aqmal. Farhah hanya tersenyum.
      Seminggu sudah berlalu. Muqri masih tidak hadir ke pejabat. Farhah mencari-cari kelibat Muqri. Tiba-tiba, Farhah mendapat mesej. “Saya nak jumpa awak. Dekat tempat parking.” itu yang tertulis di mesej itu. “Siapa ni? Aku tak kenal la.” bisik Farhah. Farhah terkejut. Dia memandang dengan teliti. “From Muqri” ayat ini tertulis di bawah sekali. Farhah terus menuju tempat yang ingin ditujuinya. Farhah sudah sampai ke tempat parking. Farhah menunggunya di sana.
      Muqri sedang bersiap-siap untuk bertemu dengan Farhah. Dia ingin keluar daripada keretanya. Tiba-tiba, dia mula rasa sakit lagi. Dia cuba untuk bertahan. Tapi, dia tak mampu. Dia tidak ingin Farhah mengetahui tentang penyakitnya. Dia cuba untuk menguatkan dirinya. “Tuan tak apa-apa?” tanya Airil. “Saya okay.” balas Muqri. “Tuan, saya rasa Tuan perlu tangguhkan dulu perjumpaan ini. Tuan tak berapa sihat.” kata Airil. “Tak boleh. Hari ni saya akan tunaikan janji saya.” balas Muqri. Muqri terus keluar daripada kereta. Dia cuba untuk bertahan. Dia ternampak Farhah daripada jauh. Dia perlu berjalan mendekati Farhah. Malangnya, jarak antara dia dan Farhah agak jauh. Dia tidak berputus asa. Dia cuba untuk melangkah mendekati Farhah. Farhah pula asyik melihat jam tangannya. Farhah sepertinya berputus asa. Farhah ingin kembali ke pejabatnya. Muqri terus berusaha mendekati Farhah. “Tak. Jangan pergi.” bisik Muqri. Muqri terus melangkah ke hadapan dengan lebih laju. Tiba-tiba, dia rebah ke lantai. Farhah mula melangkah pergi. Langkah yang diambil Farhah agak perlahan. Dia masih berharap bahawa Muqri akan datang. “Saya dah datang.” kata Muqri. Langkah Farhah terhenti. Farhah menoleh ke belakang. Farhah tersenyum. Farhah mula mengalirkan air mata. Muqri tersenyum.Wajah Muqri nampak pucat dan lesu. Farhah mula mendekatinya. Akhirnya, Muqri tidak dapat bertahan lagi lalu rebah ke lantai. Langkah Farhah terhenti. Farhah terkejut. Dia terus meluru ke arah Muqri. “Muqri!!! Bangun!!! Muqri!!! Tolong!!!” jerit Farhah kerisauan. Airil berlari menuju ke arah Muqri dan Farhah. Airil pun terus mengangkat Muqri lalu menuju ke keretanya. Farhah juga memasuki kereta itu. Airil memandu kereta itu menuju ke hospital.
      Muqri terpaksa menjalani pembedahan. Farhah risau dengan keadaan Muqri. Farhah tidak berhenti menangis. Akhirnya, Airil menceritakan segala-galanya kepada Farhah. Farhah menyesal dengan apa yang terjadi. Dia rasa bersalah. Dia mula menyalahkan dirinya sendiri. Dato Ramli dan Datin Amisah muncul lalu bertanyakan tentang Muqri. Airil hanya mampu untuk menenangkan mereka. Datin Amisah mula mengalirkan air mata. Suasana agak sedih di perkarangan hospital. Mereka menunggu keputusan pembedahan itu.
Setahun kemudian…
      “Wei, cepat lah.” ajak Shikin. “Ya, sekejap. Aku datang ni.” balas Farhah. “Nampaknya you datang.” kata Jasmin. Farhah hanya tersenyum. Aqmal keluar daripada kereta. “Okay, jom.” ajak Aqmal. Mereka melawat kubur Muqri. Muqri telah disahkan meninggal dunia selepas pembedahan. Dia tidak dapat diselamatkan. Mereka semua berdoa dengan penuh perhatian. Mereka mendoakan kesejahteraan Muqri.
     Jasmin mendekati Farhah. “Airil, I nak cakap sekejap dengan Farhah.” kata Jasmin. “Baik, Cik Jasmin. Saya tunggu dekat kereta.” balas Airil lalu melangkah pergi ke keretanya. “You macam mana sekarang? Lama tak dengar khabar you.” kata Jasmin. “Saya macam biasa.” balas Farhah. “I minta maaf sebab tak beritahu hal yang sebenarnya kepada you.” kata Jasmin. “Tak ada apalah.” balas Farhah. “Baiklah, I pergi dulu.” kata Jasmin. Farhah hanya tersenyum. Jasmin melangkah pergi dari situ. Aqmal datang mendekati Farhah. “Awak, kami nak balik dah ni. Jom.” ajak Aqmal. Farhah hanya mengangguk. Itulah kisah mereka. Setiap kisah tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan. Tetapi disebalik kesedihan pasti akan timbul kebahagiaan.


<TAMAT>

Comments

Popular Posts