HENRY : THE LOST SOUL
TAJUK : HENRY
GENRE : FANTASI / DRAMA
Aku bukanlah seorang adiwira yang sentiasa akan cuba
menyelamatkan keadaan. Aku hanyalah insane biasa yang menjalani rutin kehidupan
seperti manusia lain. Bagi aku, walaupun aku mempunyai anugerah luar biasa, aku
tiada hak untuk masuk campur urusan orang lain. Aku hanya inginkan kehidupan
yang normal. Aku bukanlah sesiapa.
Aku Henry. Aku
adalah seorang manusia biasa. Ynag membezakan aku dengan mereka ialah aku
mempunyai keupayaan luar biasa yang tak dapat dibayangkan oleh orang lain. Aku
mampu untuk meramalkan masa depan orang lain tetapi aku tidak mampu untuk
melihat masa depan ku sendiri. Kekuatanku juga melebihi orang lain. Aku juga
boleh melihat dan berinteraksi dengan roh-roh yang sudah mati. Bagaimana aku
boleh mendapatkan kebolehan luar biasa ini? Dahulunya, aku sepatutnya sudah
mati di dalam kandungan ibu ku akibat daripada kemalangan. Tetapi, terdapat roh
jahat yang terdesak memerlukan jiwa seseorang untuk terus kekal di dunia telah
mengambil sebahagian jiwa aku. Sebagai gantinya, separuh jiwa roh jahat itu
telah diberikan kepada aku. Aku masih hidup manakala ibu ku meninggal dunia.
Roh-roh yang sudah mati mengatakan aku ini tidak ubah seperti mayat hidup. Aku
hidup dengan jiwa roh jahat selama ini. Tetapi, aku merasakan bahawa aku adalah
seorang manusia biasa. Roh-roh yang sudah mati mengatakan jika aku ingin
kembali menjadi seorang manusia biasa, aku perlu mendapatkan kembali jiwa ku
yang hilang. Sejak itu, aku mula mencari roh jahat yang pernah mengambil jiwa
ku dulu.
Aku merupakan
seorang pemilik syarikat besar. Syarikat itu diwarisi untuk aku oelh keluarga
ku. Tetapi, aku tidak berminat untuk menguruskan syarikat itu. Jadi, aku telah
meberikan kepada orang yang aku percaya iaitu Encik Will. Dia pernah memegang
jawatan setiausaha syarikat dan sentiasa membantu keluarga ku menguruskan
syarikat. Dialah antara orang penting dan paling dipercayai oleh keluaraga ku.
Kini, Encik Will yang menguruskan syarikat itu. Aku pula hanya duduk di rumah
dan kadang-kadang aku pergi ke luar negara bercuti. Dalam jangka masa itu juga,
aku mencari roh jahat itu. Aku berniat untuk mendapatkan kembali jiwa ku yang
hilang. Kini, umurku sudah mencecah 28 tahun. Aku sudah mencari roh jahat itu
selama 3 tahun tetapi aku masih lagi tidak menjumpainya. Seperti biasa, aku
sekali lagi pergi bercuti ke luar negara. Boelh dikatakan aku banyak
menghabiskan masa bercuti di luar negara berbanding di negara sendiri. Sambil
bercuti, sambil aku mencari. “Hoi, lama
tak jumpa.” kata Jack. Henry tersenyum. “Aku
dah pergi jauh pun kau masih lagi ikut aku.” balas Henry. Jack juga
tersenyum. “Nak buat macam mana,
terpaksa.” kata Jack. Henry memandang Jack dengan senyuman sinis. Jack sama
seperti aku. Dia juga boleh dikatakan seperti mayat hidup. Cuma dia sudah hidup
lebih daripada 100 tahun. Separuh jiwanya juga telah diambil oleh roh jahat.
Sejak dia mengetahui tentang kewujudan aku, dia sentiasa mengikuti aku walau di
mana sahaja aku berada. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti kedudukan roh
jahat yang mengambil jiwanya itu. “Apa
kata kau cari sendiri. Tak ada gunanya kau ikut aku ke sana sini. Aku bukan
boleh cari pun.” kata Henry. “Nampaknya,
kau tak tahu lagi pasal tu.” balas Jack. “Pasal apa?” tanya Henry pelik. Jack tersenyum. “Kita saling memerlukan. Cari tahu sendiri
pasal perkara itu.” kata Jack. Henry memandang pelik. Jack terus
menghilangkan diri. “Cara kau pergi pun
nak dramatik. Ingat aku tak boleh buat macam kau.” bisik Henry. Henry masih
lagi memikirkan kata-kata Jack tadi. “Kita
saling memerlukan? Apa maksudnya?” bisik Henry.
Seorang gadis
bernama Anna sedang menuju ke tempat kerjanya. Dia merupakan pekerja kilang.
Dia bekerja di situ hanya kerana ingin mengisi masa lapangnya sementara menuggu
panggilan untuk sambung belajar ke university. Dia tinggal bersama dengan
ayahnya dan merupakan seorang yang hidup bersederhana. Anna bergegas ke tempat
kerjanya. Tiba-tiba, hujan lebat. Anna lupa untuk membawa payung bersamanya.
Anna terpaksa berlindung di bawah bumbung. Dia memerhatikan jam tangannya.
Seseorang menghulurkan payung kepada Anna. Anna memandang lelaki itu. Henry
hanya tersenyum. “Awak dah lambat. Cepat
pergi.” kata Henry. “Terima kasih.” ucap
Anna lalu pergi dari situ. Dalam hati, Anna ingin mengenali lelaki itu tetapi
masa tidak mengizinkannya. Dia pun terus bergegas menuju ke tempat kerjanya.
Henry terus memandang Anna. Dia dapat melihat masa depan Anna. “Siapa awak? Kenapa saya ada dalam masa
depan awak?” bisik Henry. Banyak persoalan dan tanda tanya yang tak dapat
diungkapkan oleh Henry.
Anna asyik
memerhatikan payung yang diberikan oleh Henry kepadanya. “Siapa dia? Kenapa saya rasa macam nak tahu saja pasal dia?” bisik
Anna. Dia berniat untuk mencari Henryselepas waktu bekerja. Dia ingin
memulangkan payung itu kepada Henry. “Harap
saya dapat jumpa awak lagi.” kata Anna sambil memerhatikan payung itu.
“Kita
saling memerlukan.”
kata-kata Jack tadi masih lagi difikirkan oleh Henry. “Apa maksud dia?” bisik Henry. Riak wajah Henry berubah. “Adakah?” bisik Henry. Henry terus
bergegas untuk menemui Jack. Dia terus keluar dari rumahnya. Henry masih lagi
menunggu Jack di hadapan rumahnya. Jack akhirnya muncul. “Apa yang kau nak?” tanya Jack. “Kita
saling memerlukan. Adakah maksud kau yang kau boleh melihat masa depan aku?” tanya
Henry. “Kenapa kau berfikir seperti itu?”
tanya Jack. “Aku boleh melihat masa
depan kau.” balas Henry. Jack terkejut. “Akhirnya,
aku menemukan orang yang betul. Aku pun boleh melihat masa depan kau.” kata
Jack. “Jadi, selama ni kau memang
berharap yang aku boleh melihat masa depan kau?” tanya Henry. “Ya. Disebabkan kita tak boleh melihat masa
depan kita sendiri, agak sukar untuk menemukan roh jahat itu.” kata Jack. “Betul juga. Disebabkan kita boleh melihat
masa depan orang lain, aku boleh melihat masa depan kau.” balas Henry. “Kita kena saling membantu.” kata Jack. “Tetapi, kita tak boleh dedahkan masa depan
orang lain. Kalau kita buat macam tu, bahaya akan menanti kita.” jelas
Henry. Jack terdiam. “Macam ni lah. Kau
buat apa yang kau patut buat dengan menggunakan masa depan aku. Aku pula akan
buat apa yang patut.” kata Jack. Henry hanya mengangguk tanda setuju. “Kenapa kau bertekad nak berjumpa dengan roh
jahat itu?” tanya Henry. “Ada urusan
penting yang aku perlu selesaikan dengan dia.” balas Jack. Henry hanya
mendiamkan diri. Jack terus berlalu pergi dari situ.
Anna berdiri di hadapan kedai kek berdekatan. Dia sepertinya
sedang menunggu kehadiran Henry. Tangan kanannya sedang memegang payung yang
diberikan oleh Henry. Dia berniat untuk memulangkan kembali payung itu kepada
Henry. Dalam masa yang sama, dia berharap Henry akan muncul di hadapannya
sekali lagi. Hakikatnya, pada ketika itu Henry sedang memerhatikan Anna
daripada jauh. Anna langsung tidak perasan dengan kehadiran Henry ketika itu.
Sebenarnya, Henry sudah lama memerhatikan Anna selepas dia dapat melihat masa
depan Anna. Di dalam masa depan Anna, Henry juga berada di situ. Henry melihat
bahawa dia sedang bersama dengan Anna. Terdapat banyak persoalan yang tak dapat
diungkapkan oleh Henry sendiri. “Nak
pergi jumpa dia ke tak?” bisik Henry. Dia memandang wajah Anna sekali lagi.
Anna amat berharap dapat berjumpa dengan Henry di situ. “Okay! Aku buat-buat terserempak dengan dia saja.” bisik Henry lalu
menarik nafas. Henry masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Dia tidak mampu
untuk melangkah mendekati Anna. “Pergi
sajalah. Tunggu apa lagi?” bisik Jack. Henry terkejut. Jack tersenyum. “Sejak bila kau ada dekat sini?” tanya
Henry. “Tak payah tahu lah. Yang penting
sekarang ni kau kena cari tahu pasal gadis tu.” balas Jack. Henry memandang
Jack. Jack tersenyum lagi lalu pergi dari situ. Henry menoleh ke arah Anna.
Anna sudah tiada di situ. Henry mengeluh.
Keesokan harinya,
Anna sekali lagi menunggu Henry di tempat yang sama. Seperti biasa Henry
memerhatikan Anna daripada jauh. Henry bertekad untuk bertemu dengan Anna pada
hari itu. Dia pun mula melangkah menuju ke arah Anna. Tiba-tiba, kepala Henry
terasa sakit. Dia mula rebah ke lantai. Henry memandang Anna. Dia mula melihat
masa depan Anna. Dia melihat bahawa Anna rebah di pangkuan Henry berlumuran
darah. Henry pada ketika itu sedang menangis tersesak-esak. Henry mula merasa
sakit yang amat sangat. Henry mula menitiskan air mata. Jarang sekali dia
mengalami perasaan seperti ini. Masa depan Anna terus bermain di fikiran Henry.
Anna yang sudah lama menunggu telah melangkah pergi dari situ. Henry tidak
sempat menegurnya. Anna semakin jauh dari pandangannya. Henry masih lagi
menahan sakit. Dia tidak mampu untuk berdiri waktu itu. Akhirnya, Anna telah
hilang dari pandangannya. Mata Henry mula tertutup. Henry rebah ke lantai.
Henry membuka
matanya. Dia berada di rumahnya. Jack juga berada di situ. “Kau buat apa dekat sini? Kau ke yang bawa aku balik?” tanya Henry.
“Kau tak apa-apa?” kata Jack. Henry
mendiamkan diri. “Kau rasa sakit yang
amat sangat apabila kau melihat masa depan Anna kan?” kata Jack. Henry
memandang Jack. “Kau pernah merasainya
juga kan?” tanya Henry. Jack hanya mendiamkan diri. “Kalau kau dah okay, ikut aku sekarang. Aku tahu dekat mana roh jahat
tu.” kata Jack. Henry terkejut lalu bergegas mengikuti Jack.
Henry dan Jack
memasuki sebuah kelab malam. Bunyi muzik terlalu kuat dan bilangan orang yang
berada disitu terlalu ramai. Agak sukar untuk Henry dan Jack mencari di tempat
itu. Tiba-tiba, roh jahat itu muncul di hadapan Jack. Jack terus mengejarnya.
Henry perasan dengan situasi itu. Dia pun mengikuti Jack. Sedang mereka berdua
mengejar roh jahat itu, suasana berubah menjadi suram. muzik telah dihentikan.
Pergerakan orang ramai juga mula terhenti. Seorang remaja lelaki muncul di
hadapan mereka berdua. Remaja lelaki itu tersenyum. Jack dan Henry hanya mampu
memandang remaja lelaki itu. “Lupakan
semua yang kamu nak daripada roh jahat itu. Tak akan ada yang berubah.” kata
remaja lelaki yang bernama Jimmy itu. “Kenapa
kau muncul lagi? Kau dah janji tak akan ganggu aku lagi.” kata Jack. “Aku memang sudah berjanji yang aku tak akan
ganggu hidup kamu lagi, Jack. Tapi, aku perlu membetulkan perkara ini. Jangan
pernah menggunakan Henry dalam menyelesaikan hal kamu dengan roh jahat itu.” kata
Jimmy. “Apa maksud kau?” tanya Henry.
Jack hanya mendiamkan diri. “Kamu berdua
sudah ditakdirkan untuk hidup seperti ini. Hiduplah dengan tenang sampai tiba
masa yang sesuai.” jelas Jimmy. Henry memandang Jack. Jack mula menitiskan
air matanya. Roh seorang gadis muncul dihadapan Jack. “Jack, lupakan semuanya. Lupakan saya. Teruskan hidup. Saya nak tengok
awak hidup bahagia.” kata Seri. Jack tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya
memandang Seri sambil menangis di hadapannya. Seri terus menghilangkan diri.
Jimmy juga terus berlalu pergi dari situ. Bunyi muzik kembali seperti biasa.
Suasana menjadi riuh sekali lagi. Jack hanya berdiri disitu. Henry memandang
Jack dari jauh.
Henry sedang duduk
santai di sebuah taman. Suasana malam agak sejuk. Henry masih lagi memikirkan
tentang perkara yang terjadi tadi. Seorang wanita muncul di hadapan Henry. “Apa yang dikatakan Jimmy memmang betul.
Belum masanya untuk kamu berhadapan dengan roh jahat itu. Buat masa ini,
hiduplah dengan tenang.” kata Cik Luna. Henry memandang Cik Luna dengan
penuh tanda tanya. Cik Luna merupakan penjaga jiwa yang hilang. Apabila ada
seseorang yang kehilangan jiwanya, Cik Luna lah yang akan membantu mereka dan
menjaganya. Cik Luna juga boleh menghukum mereka jika mereka melanggar
peraturan atau melakukan kesalahan. “Jack?
Apa yang pernah terjadi pada Jack? Betul ke dia hanya menggunakan saya supaya
dia dapat menyelesaikan sesuatu yang penting dengan roh jahat itu?” tanya
Henry. “Jack. 100 tahun dulu, dia juga
seperti kamu. Dia ingin menjadi manusia biasa. Satu hari, dia dapat tahu
tentang cara untuk menjadi manusia biasa daripada roh yang sudah mati. Sejak
itu lah, dia mula menjejak roh jahat itu.” jelas Cik Luna. “Apa yang jadi selepas itu? Dia berjaya?” tanya
Henry lagi. “Jack tak berjaya. Malah lagi
teruk, gadis yang dicintainya menjadi mangsa. Gadis itu telah terbunuh ketika
ingin menyelamatkan Jack daripada roh jahat itu.” jelas Cik Luna. “Gadis? Roh yang saya nampak tadi adalah
gadis yang Cik Luna cakap itu kan?” tanya Henry. “Ya, dialah gadis itu. Kamu melihatnya. Kamu melihat masa depan kamu
melalui Anna. Itulah nasib kamu jika kamu meneruskan perkara ini. Tiada apa
yang berubah jika kamu menjadi manusia biasa. Kamu tetap akan merasakan
keperitan dan kesedihan di dalam hidup kamu.” kata Cik Luna. Henry
mendiamkan diri. “Apa yang Jack igin
selesaikan dengan roh jahat itu?” tanya Henry. “Sesuatu yang peribadi. Dia ingin membunuhnya.” balas Cik Luna. “Boleh ke orang macam kami membunuhnya?” tanya
Henry. Cik Luna tersenyum. “Boleh. Tapi
kamu tak akan mampu. Jiwa kamu berada di dalam roh jahat. Jiwa roh jahat berada
di dalam tubuh kamu. Kamu berdua adalah satu. Jika kamu membunuhnya, kamu juga
akan terbunuh.” jelas Cik Luna. Henry memikirkan sesuatu. “Dia ingin mengeluarkan jiwa aku di dalam
roh jahat itu. Dan meninggalkan jiwanya sahaja di dalam roh jahat itu. Dia
hanya ingin mati bersama dengan roh jahat itu tanpa membahayakan nyawa aku. Itu
niat sebenarnya.” kata Henry. Cik Luna hanya tersenyum. “Kamu masih boleh buat keputusan sendiri.
Itu semua bergantung kepada kamu.” kata Cik Luna. Henry tersenyum pahit.
Cik Luna hanya memandang Henry lalu menghilangkan diri. Henry mula menitiskan
air matanya. Adakah dia masih ingin menjadi manusia biasa atau sebaliknya?
Adakah dia mampu untuk mengubah nasibnya dan nasib Anna? Semuanya bergantung
kepada keputusan yang dilakukannya.
Comments
Post a Comment