SECRET DOOR (EPISODE 1)

TAJUK : SECRET DOOR
GENRE : MISTERI
      Ramai yang mengatakan bahawa apabila rumah yang using tidak lagi diduduki oleh sesiapa, akan ada penunggu di dalamnya. Tetapi, berbeza pula rumah usang yang diduduki oleh seorang remja lelaki ini. Remaja ini telah menetap di rumah usang itu selama lima tahun. Sebelumnya, rumah itu tiada penghuninya sejak berakhir abad ke-10. Gambaran rumah itu sepertinya rumah mewah yang kukuh dibina di padang besar. Hanya terdapat sebuah rumah sahaja di situ. Rumah itu besarnya seperti sebuah istana lama yang pernah diduduki oleh seorang kaya pada abad ke-10. Ramai yang mengatakan rumah itu ada penunggunya kerana terdapat pembunuhan yang pernah berlaku di situ. Tetapi, remaja lelaki yang menetap di situ tidak menghiraukan kata-kata orang lain. Selama remaja itu tinggal di situ, dia tidak pernah menceritakan keadaan di dalam rumah itu kepada orang lain. Dia tetap hidup seperti orang lain. Wajahnya juga tenang seperti tiada apa yang berlaku di rumah itu. Lagipun, rumah itu jauh daripada orang lain. Hanya terdapat sebuah rumah saja di situ. Jadi, tak ramai yang mengetahui keadaan remaja dan rumah itu. Ramai juga yang mengatakan bahawa di dalam rumah itu terdapat sebuah pintu yang dikunci dengan rantai. Di sebalik pintu itulah terjadinya pembunuhan misteri itu. Ramai yang bertanya kepada remaja itu, adakah dia pernah membuka pintu misteri itu? Tetapi remaj itu membalas bahawa tiada pintu misteri yang dikunci di dalam rumah itu seperti yang diceritakan oleh orang lain. Bagaimanakah keadaan rumah itu? Adakah benar ada penunggu seperti yang dikatakan orang ramai? Adakah benar terjadinya pembunuhan di situ? Jika benar, mengapa remaja lelaki itu berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku di situ? Banyak rahsia yang masih belum diungkapkan tentang rumah usang itu.
      Sejak lima tahun yang lalu, remaja lelaki yang bernama Addy telah menetap di rumah using itu. Dia berpindah di situ sejak keluarganya meninggal dunia akibat kebakaran. Sewaktu itu, dia baru sahaja berumur 18 tahun. Disebabkan dia sukar untuk menemukan tempat tinggal, dia memilih untuk menetap di rumah using itu. Lagipun, rumah itu tidak pernah dimiliki oleh sesiapa sejak abad ke-10. Jadi, tiada yang menjual atau membeli rumah itu. Addy terus memilih untuk tinggal disitu. Pada mulanya, ramai yang menasihati Addy agar tidak menetap di rumah itu, tetapi Addy tidak mengendahkan kata-kata orang lain dan tetap dengan pendiriannya untuk tinggal di rumah itu. Orang ramai merasakan bahawa Addy tidak akan selamat apabila tinggal di situ. Tetapi, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, malahan tahun demi tahun, Addy tetap tidak menimpa musibah seperti yang dianggap orang lain. Riak wajah Addy tetap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Orang ramai mula hilang kepercayaan tentang wujudnya penunggu di situ. Orang ramai mula tertanya-tanya adakah benar perkara buruk pernah terjadi di dalam rumah itu? Setiap persoalan itu hanya Addy seorang sahaja yang tahu.
      Seperti biasa Addy bersiap untuk berangkat ke kolej. Dia sudah bangun seawall jam 5.30 pagi. Dial ah yang menyediakan sarapan sendiri setiap pagi memandangkan dia tinggal seorang diri di dalam rumah itu. Kadang-kadang, Addy juga boleh sesat di dalam rumahnya itu kerana terlalu besar untuknya tinggal seorang diri. Kring!!! Jam loceng berbunyi. Jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi. Addy mencapai sekeping roti kosong lalu diletakkan di atas pinggan. Dia membawa pinggan berisi roti itu ke ruangan bawah tanah. Sepertinya roti itu bukanlah sarapan untuknya. Ruangan bawah tanah yang berselirat jalannya mampu membuatkan orang lain tersesat tetapi Addy seperti sudah tahu jalannya. Dia seperti sudah pakar dengan keadaan bawah tanah itu. Addy mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke tempat yang ingin ditujuinya. Di hadapannya terdapat sebuah pintu besar yang telah dirantai dengan ketat. Addy mencapai kunci di dalam poketnya lalu membuka kunci mangga itu. Dia membuka ikatan rantai di pintu itu lalu diletakkan di bawah kakinya. Dia menolak pintunya perlahan-lahan. Dia masuk ke dalam bilik itu selangkah lalu meletakkan pinggan berisi sekeping roti itu di atas lantai. “makan.” kata Addy perlahan. Satu bunyi aneh kedengaran bergema di dalam ruangan bilik itu. Bunyinya seperti sedang meraung. Sertinya ada seseorang di dalam ruangan bilik itu. Riak wajah Addy tenang. Dia sama sekali tidak ketakutan. “Nak apa lagi? Makanlah apa yang ada.” kata Addy. Sekali lagi bunyi meraung itu kedengaran. Kali ini lebih kuat. Addy hanya mengeluh lalu melangkah ke luar dari bilik itu. Addy menutup pintu itu perlahan. Sedang pintu itu ditutup, satu jelingan mata berwarna putih memandang Addy. Addy hanya mengendahkannya lalu mengunci pintu itu seperti sedia kala. Addy terus melangkah pergi dari situ. Tepat jam jam 8.00 pagi, dia terus berangkat ke kolejnya. Siapakah yang berada di disebalik pintu itu? Adakah ia manusia atau sebaliknya? Jadi, benarlah ada pintu rahsia yang dikunci di dalam rumah itu. Tetapi, benarkah cerita orang ramai bahawa bilik itulah berlakunya kejadian pembunuhan? Kenyataannya masih tidak dapat diketahui.
      Di kolej, Addy tidak mempunyai ramai kawan kerana sikap Addy yang lebih suka menyendiri daripada berkawan. Lagipun, orang disekelilingnya menganggap Addy adalah seorang yang pelik. Dia tidak pernah bersembang dengan sesiapa. Dia lebih suka berdiam diri daripada berkata-kata. Agak jarang sekali untuk dia berkata-kata malah sukar juga untuk orang lain mendengarkan suaranya. Kadang-kadang, bila orang lain bertanya kepadanya, dia lebih suka untuk mengangguk dan menggelengkan kepalanya. Kadang-kadang juga dia akan menjawab seperti “Ya” atau “tak tahu”. Itulah diri Addy di kolej. Dia ditakuti orang ramai kerana dia tinggal rumah usang itu. Dia juga kerap ditanya orang lain tentang keadaan rumah itu. Boleh dikatakan, semua orang kenal akan dirinya. “Hei! Kau asyik duduk sorang-sorang je. Tak bosan ke?” tanya Daniel. Daniel merupakan sahabat karib Addy. Hanya Daniel yan faham dengan keadaan Addy. Daniel cukup mengenali Addy. Daniel adalah salah seorang yang pernah masuk ke dalam rumah usang itu. Tetapi, Daniel tidak mengetahui tentang rahsia di dalam rumah itu. Lagipun, Daniel tidak kisah dengan rahsia itu. Addy memandang Daniel lalu tersenyum. “Lebih baik duduk seorang diri. Itu lebih baik.” balas Addy. “Tak best la kau ni. Macam ni lah. Hari ni aku nak lepak rumah kau boleh?” tanya Daniel. Addy memandang Daniel. “Kau tak takut ke?” tanya Addy. “Alahai, kenapa aku nak takut? Aku bukan lepak sorang-sorang pun. Aku lepak dengan kau.” balas Daniel. “Suka hati kau lah.” kata Addy. “Great! Malam ni aku datang, okay?!” balas Daniel sambil menunjukkan ibu jarinya tanda setuju.
      Daniel telah tiba di rumah Addy. Dia meletakkan keretanya di depan rumah itu. Dia keluar dari keretanya. Tiba-tiba, Daniel terdengar bunyi meraung di dalam rumah itu. Seperti biasa, Daniel hanya membuat tak tahu sahaja tentang hal itu. Daniel pun terus masuk ke dalam rumah Addy. “Addy! Aku dah sampai.” panggil Daniel. Addy datang ke arah Daniel. “Awalnya kau sampai? Baru pukul 7.30 malam. Selalunya pukul 9.00 malam kau datang.” kata Addy. “Alahai, salah ke aku datang awal. Lagipun, best la rumah kau ni. Besar.” kata Daniel gembira. “Kalau best kenapa tak tinggal dengan aku je dekat sini?” kata Addy. Riak wajah Daniel berubah. Daniel memandang Addy. “Kalau aku tinggal dekat sini, aku kena tahu semuanya tentang rumah ni.” balas Daniel. Addy hanya tersenyum. Daniel memandang Addy lalu tersenyum. Daniel ketawa kecil. “Tapi, aku tak nak lah tinggal dekat sini. Nanti aku bosan.” kata Daniel. Addy ketawa kecil. “Suka hati kau lah.” balas Addy. “Aku nak tengok TV. Buat air cepat untuk aku.” arah Daniel lalu duduk di atas sofa. “Okay, sekejap. Aku ke dapur dulu.” kata Addy lalu pergi ke dapur. Setelah Addy pergi, wajah Daniel yang riang berubah menjadi serius. Sepertinya Daniel mengetahui sesuatu tentang rumah itu. Mungkin sebab itulah dia sering ke rumah Addy kerana ingin membongkar kebenaran tentang rumah itu.

<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts