EMPLOYEE OF THE YEAR (EPISODE 2)

TAJUK : EMPLOYEE OF THE YEAR
GENRE : DRAMA
      Selepas sebulan berlalu, Iskandar telah kembali seperti dahulu. Dia kembali melakukan pekerjaan sampingan seperti sebelumnya. Iskandar merasakan bahawa bekerja seperti dahulu lebih mudah daripada bekerja di syarikat besar. Dia tidak merungut jika dia tidak dapat pekerjaan yang bagus tetapi dia amat bersyukur bahawa dia masih lagi sihat dan mampu untuk melakukan semua pekerjaan. Setahun sudah berlalu. Walaupun projek yang dikendalikan bahagian ITD sudah berjaya mendapatkan kontrak, projek itu akhirnya telah diberikan kepada bahagian lain untuk menyelesaikannya. Bahagian ITD tidak bertahan lama dan bahagian itu telah pun ditutup. Kak Juliana pula telah diberikan pilihan sama ada diberhentikan atau meletak jawatan. Kak Juliana lebih memilih untuk meletak jawatan. Kak Sue dan Kee Han pula masih dikekalkan bekerja di bahagian masing-masing.
      “Is! Aku balik dulu. Kau jagalah depan ni.” kata bos kedai runcit itu. “Okay, Bos!” balas Is lalu menuju ke kaunter depan. Iskandar juga bekerja di kedai runcit sebagai pekerjaan sambilannya. Dia melakukan pekerjaan ini pada waktu malam sahaja. Sudah lebih lima bulan juga Iskandar bekerja di situ. Juga boleh dikatakan sudah setahun lima bulan Iskandar tidak memiliki pekerjaan tetap sejak diberhentikan dari syarikat itu. Iskandar mula mengelamun. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket. Iskandar merenung skrin telefon bimbitnya itu sehingga skrin telefon bimbit itu berubah menjadi gelap. Iskandar seperti sedang memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, deringan telefon bimbit Iskandar berbunyi. Iskandar terkejut. Dia bangkit dari lamunannya itu. Dia terus menjawab panggilan itu. “Hello?” sapa Iskandar. “Assalamualaikum, Is. Boleh jumpa tak?” tanya suara di dalam panggilan itu. “Waalaikumsalam. Siapa ya?” tanya Iskandar pelik. “Ni Kak Jue lah. Maaf lah call tiba-tiba. Boleh jumpa tak ni?” balas Kak Juliana. “Oh, Kak Jue rupanya. Bila nak jumpe? Dekat mana? Ada apa?” tanya Iskandar. “Kita jumpa esok pagi lah. Is tahu kan restoran depan bank tu? Kita jumpa sana.” kata Kak Juliana. “Oh, okay Kak Jue. Esok Is datang.” balas Iskandar. “Okay.” ucap Kak Juliana lalu menamatkan panggilan itu. Iskandar terfikir. Kenapa tiba-tiba Kak Juliana nak berjumpa dengannya?
      Mereka berdua telah sampai di tempat pertemuan mereka. “Lama tak jumpa Kak Jue. Sihat?” tanya Iskandar. “Kak Jue sihat. Is buat apa sekarang? Masih kerja sambilan lagi ke?” balas Kak Juliana. “Ya, kak. Is masih buat kerja sambilan macam dulu. Ada apa Kak Jue nak jumpa Is ni?” tanya Iskandar. “Sebenarnya Kak Jue ada benda nak bincang dengan Is ni.” kata Kak Juliana. “Apa dia?” tanya Iskandar. “Nak kerja tak?” tanya Kak Juliana. “Kerja? Kerja apa?” balas Iskandar. “Kak Jue ada kerja dekat syarikat kecil ni. Staf syarikat tu hanya ada tiga orang saja. Pengurus dengan staf lagi satu tu nak berhenti. Jadi, Pengurus syarikat tu serahkan syarikat tu dekat Kak Jue untuk dikendalikan. Lagipun, syarikat tu pun tak berjalan dengan baik. So, Kak Jue nak rekrut orang baru. Kak Jue nak mula daripada bawah. Is, nak jadi partner Kak Jue?” jelas Kak Juliana. Iskandar mendiamkan diri memikirkan jawapannya. “Boleh jalan ke kak Jue?” tanya Iskandar ragu-ragu. “Jangan risau. Itu kita fikir kemudian. Lagipun, Kak Jue dah panggil dua orang lagi untuk bantu kita naik kan nama syarikat kecil ni.” balas Kak Juliana. “Okay. Is join kak Jue. Hem, nak tahu, siapa lagi dua orang tu?” tanya Iskandar. Kak Juliana hanya tersenyum.
      “Tak sangka kita dapat jumpa lagi kan..” kata Kee Han. “Jue, betul ke kau nak handle syarikat kecil tu?” tanya Kak Sue. “Ya, Kak Sue. Insya allah boleh.” balas Kak Juliana. “Kak Jue ni memang suka ambil risiko. Kalau tak, bukan kak Jue namanya.” perli Kee Han. Iskandar ketawa kecil. “Ha, perli Kak Jue. Nanti Kak Jue tinggal Kee Han tepi jalan nanti baru tahu.” usik Kak Juliana. “Sorry Kak Jue. Kee Han saja usik. Jangan lah marah.” kata Kee Han. Kak Sue dan Iskandar ketawa kecil melihat gelagat Kak Juliana dan Kee Han. Mereka telah sampai ke destinasi. Mereka berempat keluar daripada kereta. Terdapat sebuah bangunan rumah kedai di hadapannya. Keadaannya agak buruk tetapi masih elok untuk digunakan. “Kak Jue, ni ke tempatnya?” tanya Kee Han. “Ya, ini lah tempatnya. Pejabat kita tingkat atas. Kecil sikit lah tempat ni. Harap semua selesa.” balas Kak Juliana. “Okay lah. Tak kisah lah tempatnya macam mana, yang penting kita dapat kerja dengan aman.” kata Kak Sue. “Selesa ke?” tanya Kee Han. Semua memandang wajah Kee Han. “Kau nak ni ke ni?” perli Kak Sue sambil menunjukkan penampar dan penumbuk. “Kak Jue, tengok Kak Sue. Asyik nak tumbuk saya saja kerjanya. Kak Sue masuk wrestling sana lah.” perli Kee Han lalu ketawa terbahak-bahak. “Dia ni. Perli pula.” balas Kak Sue. Kak Juliana hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Kak Juliana mencari-cari kelibat Iskandar. Dia tiada di kawasan itu. “Eh, mana Is? Daripada tadi dia senyap. Sekarang dah hilang?” tanya Kak Juliana pelik. “Ya lah. Mana Is?” balas Kak Sue pelik. Kee Han mula ketakutan. “Is dekat sini! Naik lah.” jerit Iskandar yang sudah berada di dalam bangunan itu. “Haiyoo, saya ingat you sudah hilang. Lega.” kata Kee Han. Mereka ketawa kecil. “Dah jom.” ajak Kak Juliana. Mereka pun naik ke pejabat mereka. Keadaan sepertinya agak kosong. Kawasan syarikat itu pun agak gelap. lampu pula sudah rosak. Mereka pun terus bekerjasama membersihkan pejabat mereka itu. Dalam masa dua hari, mereka berjaya menjadikan pejabat yang kosong itu menjadi sebuah pejabat yang cantik dan bersih. Nama syarikat kecil itu pula telah ditukar kepada ONE Holdings.
      Mereka mula mengedarkan iklan dan risalah tentang syarikat mereka itu. Mereka bercadang ingin menambah staf syarikat itu. Seminggu sudah berlalu. Masih tiada yang datang untuk ditemu duga. Mereka seprti sudah berputus asa. “Kak Jue? Yakin ke ada orang datang hari ni?” tanya Iskandar. “Mesti ada punya lah.” balas Kak Juliana. “Kak Jue, saya rasakan lebih baik kita pergi makan dulu.” kata Kee Han. “Ya, lah. Jue, makan dulu lah. Lepas makan baru sambung.” celah Kak Sue. Iskandar memegang perutnya seperti sedang kelaparan. “Jue tak lapar lagi lah Kak Sue. Kita stay lagi satu jam. Kalau tak ada juga, kita pergi makan.” balas Kak Juliana. “Betul ke tak lapar?” tanya Kee Han. “Tak.” balas Kak Juliana. Tiba-tiba, bunyi perut Kak Juliana berbunyi. Semua memandang Kak Juliana. Mereka menggelengkan kepala. “Jom, kita pergi makan.” ajak Kak Juliana yang akhirnya mengalah. Mereka bertiga bersorak kegembiraan. Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu pejabat mereka. Mereka terdiam seketika. Mereka memandang wajah sesama sendiri. “Masuk.” arah Kak Juliana. “Saya nak interview untuk kerja dekat sini.” kata seorang gadis berbangsa cina itu. “Awak diterima.” kata Kak Juliana. Semua memadang Kak Juliana. Gadis cina itu pelik. Dia tidak sangka akan semudah itu. “Yeah! Tahniah! Awak diterima.” sorak Kee Han. Semua orang bertepuk tangan. “Sekarang, jom makan. You, orang baru ikut sekali.” ajak Kak Juliana. “Tadi kata tak lapar.” perli Iskandar. Mereka semua hanya ketawa kecil. Akhirnya, gadis cina itu diterima bekerja sebagai staf ONE Holdings.
      Di restoran berdekatan, mereka menjamu selera. “Nama you apa?” tanya Kak Juliana. “Nama saya Ong.” kata gadis cina itu. “Selamat datang, Ong.” ucap Kak Sue. Ong hanya tersenyum. “You ada pengalaman bekerja ke?” tanya Kee Han. “Ada. Saya pernah kerja dekat syarikat NY Company dekat Shah Alam. Saya kerja dua tahun lebih lepas tu saya berhenti.” jelas Ong. “Kenapa berhenti? Apa sebabnya?” tanya Iskandar. “Family saya semua kena pindah sini. Itu yang saya berhenti.” balas Ong. “Okay, apa-apa pun, tahniah sebab dapat kerja ni. Kak Jue harap Ong dapat lah tolong kami semua dalam menaikkan nama syarikat ONE Holdings ni.” kata Kak Juliana. “Saya akan buat yang terbaik.” balas Ong. Mereka pun terus menamatkan perbualan lalu menjamu selera.
      Mereka berlima bekerja dengan baik. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh demi nama baik syarikat itu. Segala suka dan duka mereka telah lalui bersama. Tetapi, mereka tidak pernah merungut dan terus maju ke hadapan. Hasilnya, setahun selepas itu, ONE Holdings mula berada di puncak kejayaan. Mereka mula berpindah ke bangunan yang lebih besar. Di situlah, mereka mula mengendalikan projek yang lebih menguntungkan. Bisnes mereka semakin hari semakin maju. Syarikat mereka juga mula berkembang baik. Orang ramai mula mengenali ONE Holdings. Prestasi mereka agak baik sehingga telah menempah nama di seluruh Malaysia. ONE Holdins telah menjadi sebuah syarikat besar yang cukup menguntungkan. Nama ONE Holdings mula disebut-sebut di kaca televisyen dan telah terpampang di akhbar dan majalah. Masyarakat merasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ONE Holdings walaupun hanya mempunyai lima orang staf sahaja. Itulah yang membuatkan ONE Holdings sebagai syarikat terbaik tahun itu. Selepas empat tahun mereka berusaha, akhirnya mereka berjaya.
      CEO syarikat ITS Corporation mula bersikap tidak berpuas hati. “ONE Holdings? Sejak bila syarikat ni boleh maju? Kamu tahu, syarikat ni dah banyak rugikan syarikat kita. Banyak klien kita lari pergi dekat ONE Holdings dengan alasan syarikat mereka lebih menguntungkan daripada kita.” marah CEO Bahari. Semua ahli lembaga hanya mendiamkan diri. Mereka menundukkan wajah mereka dengan rasa malu. “Kenapa diam? Kamu semua sendiri tahu, syarikat kita adalah nombor satu di Malaysia. Kita dah pegang rekod tu selama 10 tahun. Takkan lah kamu semua nak tengok saja status nombor satu syarikat kita diambil oleh syarikat lain?!” jerit CEO Bahari. “Maafkan kami, Tuan. Kami janji akan melakukan yang terbaik.” kata Pengurus besar. “Cakap saja tak guna. Buktikan. Saya nak prestasi syarikat ni dipulihkan secepat yang mungkin. Faham!!!” arah CEO Bahari. “Faham, Tuan!” angguk mereka semua. “Bersurai.” arah CEO Bahari. Mereka semua pun terus keluar daripada ruang mesyuarat itu.
      “ONE Holdings, ada surat. Nah, suratnya.” kata Nazim sambil menghulurkan surat itu. Kak Juliana mengambil surat itu. “Dah lama kau tak datang sini? Pergi mana?” tanya Kak Juliana. “Kenapa? Kak Jue rindu saya ke?” usik Nazim. “Dah, pergi main jauh-jauh sana. Orang tanya dia buat-buat gatal pula.” perli Kak Juliana. “Eleh, orang pun nak pergi dah. Okay lah kak. Bunga mawar kembang berbunga, Nazim pergi dulu ya.” usik Nazim lalu pergi dari situ. “Macam-macam lah Nazim ni.” bisik Kak Juliana sambil membelek-belek surat itu. “Surat apa ni?” bisik Kak Juliana. Dia pun membuka surat itu lalu membacanya. Kak Juliana terkejut. Kak Juliana terus berlari menuju ke tingkat atas. “Wei, korang. Tengok ni.” kata Kak Juliana sambil menunjukkan surat itu. Mereka semua terkejut kecuali Ong. “Kenapa? Kenapa semua orang terkejut?” tanya Ong pelik. “ITS Corporation nak rekrut kita jadi pekerja mereka?!” jerit Kee Han. “Tapi, kenapa? Kenapa tiba-tiba?” tanya Kak Sue. “Mungkin sebab CEO tak nak syarikat dia  bersaing dengan syarikat kita.” jelas Iskandar. Semua memandang Iskandar. “Itu andaian Is lah. Mungkin.” kata Iskandar. “Ada betul apa yang Is cakap. Kemungkinan sebab itu.” balas Kak Juliana. “Kita tolak? Atau terima?” tanya Kee Han. “Kita tolak.” balas Kak Juliana. “Kak Sue setuju.” kata Kak Sue. Iskandar hanya mengangguk tanda setuju. “Sekejap? ITS Corporation? CEO? Apa ni? Saya tak faham.” tanya Ong pelik. Semua orang memandang wajah Ong. “Apa-apa pun, kita tak boleh ada apa-apa hubungan pun dengan ITS Corporation.” kata Kak Juliana. “Okay lah. Walaupun saya tak faham tapi, saya buat-buat faham saja lah.” kata Ong. “Nampaknya, perang telah bermula.” kata Iskandar. “Ya, inilah peluang kita kena kan mereka balik.” balas Kak Juliana.
      “Apa!!! Mereka tolak tawaran kita?!” jerit CEO Bahari. “Saya rasa itu tak akan menjadi, Tuan.” kata pengurus besar. “Okay. Kalau ini yang mereka mahukan, kita buat cara kita. Hantar orang kita siasat tentang ONE Holdings. Kita kena dapatkan informasi tentang syarikat itu.” arah CEO Bahari. “Baik, Tuan.” balas pengurus atasan.
      Suasana dalam pejabat ONE Holdings riuh rendah seperti biasa. Mereka bekerja sambil bergelak ketawa. Suasana ceria sentiasa hadir di dalam pejabat mereka. Tiba-tiba, seorang perempuan datang mendekati mereka. “Minta maaf. Saya nak minta kerja dekat sini? Dengan siapa saya boleh berjumpa?” tanya perempuan itu. Kak Juliana terkejut. Dia seperti mengenali perempuan itu. “Jumpa dengan Kak Sue. Pergi interview dengan dia.” kata Iskandar. “Tak. Kali ni, biar kita semua interview dia.” celah Kak Juliana.
      Mereka semua sedang meneliti identiti perempuan itu. Perempuan itu mula mengenalkan dirinya kepada mereka. Kak Juliana memandang pelik perempuan itu. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena. “Okay, terima kasih. Pasal keputusan temuduga ni, nanti kami beritahu. Buat masa ni, Fatin boleh balik dulu.” kata Kak Sue. “Okay, kalau macam tu, saya balik dulu.” balas Fatin lalu pergi dari situ. “Ada something yang tak kena. Kenapa dia nak kerja dekat sini?” kata Kak Juliana. “Maksud kak Jue apa?” tanya Iskandar. “Dia staf ITS Corporation.” kata Kak Juliana. Semua orang terkejut. “Apa?! Macam mana kau boleh kenal dia?” tanya Kak Sue. “Jue pernah nampak dia dekat syarikat tu waktu Jue kerja dekat ITS Corporation.” balas Kak Juliana. “Kalau macam tu, kita tak boleh ambil dia bekerja. Sebab kita tak tahu sama ada dia berpihak kepada kita atau mereka.” kata Kee Han. “Betul tu. Mana tahu, CEO sengaja hantar dia dekat sini sebab nak siasat tentang kita. Lebih baik tak payah terima.” kata Kak Sue. Kak Juliana memandang Ong. “Saya ikut semua orang. Kalau semua orang tak nak terima, saya setuju.” kata Ong. Iskandar hanya mendiamkan diri. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. “Is? Macam mana keputusan Is?” tanya Kak Juliana. Iskandar memandang Kak Juliana. “Terima dia bekerja.” jawab Iskandar. Semua orang terkejut. “Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita tak tahu sama ada CEO yang hantar dia atau dia sendiri yang ingin bekerja dekat sini. Kita kena ambil tahu tentang hal ni.” kata Iskandar. “Okay, baik. Kita terima dia bekerja dekat sini. Sambil tu, kita perhatikan dia. Perhatikan segala gerak geri dia selama dia bekerja dekat sini.” kata Kak Juliana. Akhirnya, mereka terpaksa akur dengan keputusan itu dan menerimanya. “Okay, kita kena bekerjasama dalam hal ni.” kata Kak Sue. “Kita panggil bahagian penyiasatan syarikat sekali bantu kita.” kata Kee Han. “Siapa yang nak bantu kita?” tanya Kak Sue. “Kalai. Dia kan ketua bahagian audit,” kata Kak Juliana. “Okay, kita panggil Kalai kerja dengan kita buat sementara waktu ni. Dia boleh tolong kita.” kata Iskandar. Semua mengangguk. “Okay, nampaknya, perang dah bermula. Kita tunjukkan apa yang kita ada dekat ITS Corporation.” kata Kak Juliana. Kak Sue dan Kee Han mula bersemangat. Ong menepuk tangan tanda setuju. Iskandar pula hanya tersenyum. Adakah benar dakwaan mereka tentang itu? Mereka tidak tahu. Tetapi, mereka akan siasat.

<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts