EMPLOYEE OF THE YEAR (FINAL EPISODE)
TAJUK : EMPLOYEE OF THE YEAR
GENRE : DRAMA
Buat masa ini, keadaan
agak stabil. Masih tiada apa-apa yang berlaku. Pekerja baru ONE Holdings itu
juga masih lagi tidak menunjukkan sikap yang pelik. Ong ditugaskan untuk
memerhatikan segala gerak geri pekerja baru itu. Walau di mana saja pekerja
baru itu berada, Ong pasti akan sentiasa mengikutinya. Di pejabat, semua orang
sibuk menjalankan tugas masing-masing. Pekerja baru itu mula bangun dari tempat
duduknya. Dia menuju ke kafeteria berdekatan. Dia membancuh secawan kopi
untuknya. “Bancuh untuk saya sekali leh.”
terjah Ong. “You nak ke? Nah, ambil lah
saya punya ni. Saya buat yang lain.” balas Fatin sambil menghulurkan kopi
itu kepada Ong. Fatin terus menbancuh kopi yang lain untuknya. Mata Ong terus
memerhati Fatin. “Kenapa? Ada apa-apa
dekat muka saya ke?” tanya Fatin. “Tak
ada apa-apa.” balas Ong. “So, kenapa
pandang macam tu?” tanya Fatin. Ong terdiam seketika. Matanya terus
memerhatikan Fatin. “Kalau dibandingkan
dengan saya, kulit saya lagi putih leh.” perli Ong. Fatin terdiam. Dia
pelik selepas mendengar kata-kata Ong itu. “Saya
pergi dulu. Banyak kerja nak kena buat. Dan thank you untuk kopi.” kata Ong
lalu pergi dari situ. Fatin hanya menggeleng kepala.
Kak Juliana memanggil
Ong. “Macam mana? Ada apa-apa yang pelik
tak tentang pekerja baru tu?” tanya Kak Juliana. “Tak ada leh. Rasanya, dia memang betul mahu kerja dekat sini. Sebab
dia tak ada buat benda-benda pelik pun.” balas Ong. “Ya ke?” tanya Kak Juliana tidak berpuas hati. “Habis tu, macam mana? Nak saya teruskan atau hentikan saja?” tanya
Ong. Kak Juliana mendiamkan diri memikirkan sesuatu. “Tak apa. Buat masa ni, perhatikan dulu. Kalau tak ada apa yang pelik
berlaku, kita hentikan je, okay.” arah Kak Juliana. “Okay.” balas Ong.
“Kak Jue! Ketua Audit dah sampai.” kata Kee Han. Semua orang mula berdiri. Ketua Audit iaitu
Kalai melangkah masuk ke dalam syarikat. “Kalai!
Lama tak jumpa.” kata Kak Sue. “Hai,
Kak Sue. Hai, semua.” sapa Kalai. “Sihat
Kalai?” tanya Kak Juliana. “Saya
sihat, Kak Jue.” balas Kalai. “Kalai
sudah datang. Yeah!!!” kata Kee Han sambil menepuk tangan. “Sangat seronok ini orang leh.” kata
Ong. “Sekejap. Is pun kerja dekat sini
kan?” tanya Kalai. “Ya, kenapa?”
balas Kak Juliana. “Mana dia?” tanya
Kalai. Mereka berlima mencari kelibat Iskandar. “Mana Fatin?” tanya Kak Sue apabila tersedar bahawa dia tidak
berada di situ. Semua orang memandang sesama sendiri. Keadaan yang tenang
bertukar menjadi kelam kabut. Semua orang mula mencari-cari kelibat Fatin. “Ong! Pergi cari dekat kafeteria.” arah
Kak Juliana. Ong mengangguk lalu menuju ke kafeteria. “Sue dengan Kee Han pergi cari Is.” kata kak Sue. “Okay. Biar Jue dengan Kalai cari Fatin.”
balas Kak Juliana. Semua orang mula berpecah. Nazim yang baru saja muncul pelik
dengan keadaan itu. “Kenapa ni? Diorang
buat game treasure hunt ke apa?” bisik Nazim. Nazim hanya berdiri sambil
memegang bungkusan yang hendak dihantar kepada Kak Juliana. “Kak Sue! Ada apa?” tanya Nazim. “Busy!” balas Kak Sue lalu pergi dari situ. Nazim terdiam. “Kee Han!” panggil Nazim. Kee Han hanya
berlalu pergi dari situ mengendahkan Nazim. “Ha,
tolong.” kata Kak Juliana kepada Nazim. “Tolong
apa, kak?” tanya Nazim. “Tolong cari,
cepat!” arah Kak Juliana lalu pergi dari situ. “Cari apa? Ikut je lah.” bisik Nazim lalu mula mencari seperti yang
diarahkan Kak Juliana. Tiba-tiba, langkah semua orang terhenti. Fatin mula
melangkah masuk ke dalam syarikat. “Pergi
mana?” tanya Kak Juliana. “Rehat la.
Korang tak rehat ke?” balas Fatin. Semua orang memandang sesama sendiri.
Nazim masih lagi mencari. “Kamu buat
apa?” tanya Ong. “Tolong cari. Kak
Jue suruh.” balas Nazim. Semua orang memandang Nazim. “Balik lah. Dah jumpa dah.” kata Kak Sue. Nazim merasa pelik. “Nah.” balas Nazim sambil menghulurkan
bungkusan itu kepada Kak Juliana. Nazim menggaru kepalanya. “Tadi kata suruh cari. Sekarang suruh balik.
Pelik betul lah orang dalam syarikat ni.” bisik Nazim lalu pergi dari situ.
“Saya balik pejabat dulu lah.” kata
Fatin lalu menuju ke pejabatnya. Ong mengikuti Fatin dari belakang. “Fatin dah jumpa. Mana Is?” tanya Kee
Han. “Ya lah. Mana dia? Hari ni tak
nampak batang hidung pun.” kata Kak Sue. “Dia ke mana?” tanya Kalai. Kak Juliana hanya mendiamkan diri. “Dah, jom masuk kerja balik.” arah Kak
Juliana. Semua orang pun kembali ke pejabat.
Iskandar sedang berada
di sebuah restoran. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Iskandar dan Ibunya
terpaksa berpindah kerana mereka gagal untuk membayar sewa rumahnya. Ibunya
ingin kembali ke kampung halamannya. Iskandar masih lagi ingin bekerja di situ
tetapi, dia tidak sanggup untuk meninggalkan ibunya seorang diri. Dia pernah
menceritakan hal itu kepada Kak Juliana tetapi Kak Juliana tidak mahu Iskandar
berhenti begitu saja selepas apa yang mereka telah lakukan sepanjang beberapa
tahun itu. Kak Juliana tak ingin kekurangan rakan sekerja. Baginya, mereka
telah sama-sama bersusah payah membangunkan syarikat ONE Holdings itu. Kak
Juliana memberikan masa untuk Iskandar berfikir. Walaupun Iskandar bekerja di
sebuah syarikat yang boleh dikatakan berjaya tetapi, gajinya tetap tidak mampu
untuk menampung kos perbelanjaan hidupnya dan Ibunya. Kadang-kadang, dia merasa
putus asa. Dia cuma mengharapkan nasib menyebelahinya.
Hari ini sudah masuk
hari kedua. Iskandar masih lagi tidak muncul. Kak Juliana mencari-cari kelibat
Iskandar. Kelibatnya tiada di mana-mana. “Kak
Jue! Saya ada nampak.” terjah Ong. Kak Juliana terkejut. “Nampak apa?” tanya Kak Juliana. “Dia ada buat sesuatu yang mencurigakan.”
balas Ong. “Apa yang you nampak? Dia buat
apa?” tanya Kak Juliana. Ong memandang Kak Juliana. Mereka salaing
berpandangan.
Semua orang dipanggil
ke dalam bilik mesyuarat. Wajah semua orang agak serius. Fatin memandang ke
kiri dan ke kanan. “Kenapa serius sangat
ni.” kata Fatin. “Apa yang kau buat
dekat bilik fail?” tanya Kak Juliana. “Cari
fail lah.” balas Fatin. Semua orang memandang wajah Fatin. “Tapi saya nampak kamu tak cari fail pun.”
celah Ong. Wajah Fatin mula pucat. “Jujur.
Apa yang kau buat dalam bilik tu? Kau tengah copy apa dalam pendrive?”
tanya Kak Juliana. Fatin terkejut. Dia mula berpeluh. “Aku tahu kau guna komputer dalam bilik tu. Ong kata kau tengah copy
sesuatu? Betul ke?” tanya Kak Juliana lagi. Fatin mula menggeletar. Dia
seperti ketakutan. Tiba-tiba, terdapat bunyi sesuatu sedang terjatuh. Fatin
mula menggelabah. Fatin ingin mencapai benda yang terjatuh dari poketnya itu
tetapi, Kee Han terlebih dahulu mencapainya. “Kak Jue! Ada pendrive jatuh dari poket dia.” kata Kee Han. Kak
Juliana mencapai pendrive itu. “Kalai,
tolong tengok apa isi pendrive ni.” arah Kak Juliana. “Okay.” balas Kalai lalu memeriksa isi kandungan pendrive itu.
Kalai terkejut dengan apa yang ada di dalam pendrive itu. “Kak Jue, nampaknya sangkaan kita betul.” kata Kalai. “Siapa yang arahkan kau buat macam ni?”
tanya Kak Juliana. Fatin hanya mendiamkan diri. Telefon bimbit Kak Juliana
berbunyi. Kak Juliana menjwab panggilan itu. “Hello?” sapa Kak Juliana. “Kak
Jue! Is ni. Pasal Kak Fatin. Jangan percaya dia. CEO Bahari dari syarikat ITS
Corporation yang rancang semua ni. Dia hantar Kak Fatin untuk selidik tentang
syarikat ONE Holdings.” kata Iskandar. Kak Juliana tersenyum. Akhirnya,
kebenaran terungkap juga. “Terima kasih,
Is. Nampaknya, Is pun dah buat keputusan.” kata Kak Juliana. “Is kekal dengan ONE Holdings.” balas Iskandar.
Kak Juliana hanya tersenyum. Kak Juliana menamatkan panggilan itu. Mereka
memandang sesama sendiri. “Cepat cakap.
Kau orangnya CEO kan?” tanya Kak Sue. Fatin seperti tidak dapat berkata
apa-apa. Dia gugup dan ketakutan. Tiba-tiba, telefon bimbit Fatin berbunyi.
Fatin tidak berani untuk menjawabnya. “Kenapa
tak jawab? Jawab lah.” kata Kak Juliana. Fatin memberanikan diri untuk
menjawab panggilan itu. Kak Juliana merampas telefon bimbitnya lalu menjawab
panggilan itu. “Hello! Macam mana? Dah
dapat?” terpa CEO Bahari. Kak Juliana mendiamkan diri. “Hello? Dengar tak ni?” kata CEO Bahari pelik. “Nampaknya, tuan yang rancang semua ni.” kata Kak Juliana. CEO
Bahari terkejut. “Siapa ni?” tanya
CEO Bahari. “Tak kan dah tak kenal. Ni
Juliana. Bekas staf ITS Corporation bahagian ITD.” balas Kak Juliana. “Kamu?! Biar betul?! Kenapa kamu?!”
tanya CEO Bahari pelik. “Ya, saya lah
orang itu. Dunia ni sentiasa berputar. Kadang-kadang kita berada dekat bawah,
kadang-kadang kita berada dekat atas. Sekarang, saya berada dekat atas. Selepas
ni, Tuan pula yang akan berada dekat bawah.” perli Kak Juliana. CEO Bahari
mula ketakutan. “Kamu rasa kamu dapat
tundukkan saya?” kata CEO Bahari. “Bukti
dah ada. Ketua Audit sendiri yang melihat bukti tu. Sekarang, Bahagian Audit
sedang menuju ke sana bersama dengan salah seorang staf saya.” balas Kak
Juliana. CEO Bahari mula merasa geram. Dia terus menamatkan panggilan itu. “Saya minta maaf tapi, saya terpaksa menahan
kamu buat sementara sebab kamu telah melanggar peraturan syarikat.” kata
Kalai. Fatin terdiam. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dia hanya
mengikuti Kalai dan pasrah dengan apa yang berlaku. “Terima kasih, Kalai. Semoga kita dapat jumpa lagi.” kata Kak
Juliana. “Okay. Kita akan jumpa lagi.” balas
Kalai. “Jaga diri, Kalai.” ucap Kak
Sue. Kee Han dan Ong melambai tangannya ke arah Kalai. Kalai membalas lambaian
tangan mereka lalu pergi dari situ. “Is
kekal dengan kita?” tanya Kak Sue. “Nampaknya
macam tu lah.” balas Kak Juliana. “Horray!!!”
jerit Kee Han sambil menepuk tangannya. Ong hanya memandang Kee Han pelik.
Mereka semua tersenyum juga akhirnya.
Bahagian Audit yang
diiringi Iskandar telah sampai di syarikat ITS Corporation. Mereka mula
menyiasat tentang syarikat itu. Selepas penyiasatan dilakukan, ternyata bukan
satu kesalahan yang telah dilakukan tetapi terdapat beberapa kesalahan lain
yang pernah mereka lakukan. Akhirnya, syarikat ITS Corporation mula jatuh.
Inilah pengakhiran buat syarikat ITS Corporation yang merupakan syarikat nombor
satu di Malaysia. Selepas kejadian itu, syarikat ONE Holdings terus bersaing
untuk mendapatkan status nombor satu di Malaysia. Staf syarikat itu mula
bertambah bilangannya. Dalam masa beberapa tahun, mereka berusaha untuk menjadi
yang terbaik dan akhirnya, mereka berjaya. Iskandar tetap bersama dengan ONE
Holdings. Syarikat telah membantu Iskandar dalam menyelesaikan segala
hutang-hutang yang ditanggung Iskandar dan Ibunya. Kee Han, Kak Sue dan Ong
juga masih kekal di syarikat itu. Kini, mereka memegang jwatan yang tinggi di
dalam syarikat itu. Kak Juliana pula telah memegang jawatan CEO di syarikat
itu. Dia lah CEO wanita pertama yang berjaya membangunkan syarikat sendiri
dengan bantuan rakan sekerjanya. Mereka berlima telah menjadi seperti sebuah
keluarga dan sahabat yang sentiasa bersama tidak kira susah ataupun senang.
Mereka sentiasa meluangkan masa bersama-sama walaupun mereka sibuk dengan
pekerjaan mereka. Persahabatan mereka akan tetap berkekalan walau apa pun yang
terjadi.
Ada yang rasa bila
mereka sudah berada di atas, mereka akan selamanya di atas. Tetapi, mereka lupa
bahawa orang yang di bawah sentiasa berusaha untuk mengambil tempat mereka di
atas. Itulah lumrah kehidupan. Tiada yang kekal di dunia ini.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment