12TH SECRET (PART 1)

TAJUK : 12TH SECRET
GENRE :MISTERI / JENAYAH
      Seorang budak lelaki berumur 12 tahun telah ditangkap pihak polis atas kesalahan membunuh. Ibu bapa budak lelaki itu telah ditikam dengan sebilah pisau oleh anaknya sendiri. Walau bagaimanapun, budak lelaki itu tidak mengaku kesalahannya. Bukti telah menunjukkan bahawa budak lelaki itulah pelakunya. Akhirnya, budak lelaki itu telah dihantar ke juvana untuk hukuman lanjut.
      Kes ini dikatakan telah menjadi perhatian ramai pihak. Ada yang percaya dengan perbuatan budak lelaki itu dan ada yang sebaliknya. Sepanjang hukuman budak lelai itu dijalankan, budak lelaki itu sering pengsan dan telah dihantar ke hospital sebanyak lapan kali dalam masa satu bulan. Hal yang paling mengejutkan bahawa doktor mengesahkan budak lelaki itu menghidap penyakit Dissosiative Identity Disorder (DID) atau lebih diketahui sebagai penyakit dua identiti atau lebih. Disebabkan budak lelaki itu telah menjalani hukuman selama satu bulan, pihak polis tidak ingin membuka kes itu kembali. Pihak polis merasakan bahawa masyarakat akan memandang rendah terhadap kredibiliti dan tugas yang dijalankan oleh pihak polis. Mereka berpendapat bahawa kes yang sudah ditutup dianggap sudah selesai. Akhirnya, budak lelaki itu tetap dihantar ke juvana untuk meneruskan hukumannya. Dia diletakkan di bilik berasingan jauh daripada orang lain.
      10 tahun berlalu…
“Budak lelaki tu dah dibebaskan?!” kata Ika terkejut. “Ya, lebih kurang dua tahun yang lalu, dia telah dibebaskan.” balas polis petugas itu. “Okay, terima kasih ya.” kata Ika lalu melangkah pergi dari situ. “Dua tahun yang lepas? Tak sangka pula dia akan dibebaskan seawal itu?” bisik Ika. Ika teringat sesuatu. Dia kembali kepada polis petugas itu. “Maaf, encik. Saya nak tanya. Waktu budak lelaki itu dibebaskan, ada sesiapa tak datang jemput dia?” tanya Ika. “Ya, ada. Seorang perempuan kaya datang menjemputnya. Tapi, saya tak rasa perempuan itu adalah keluarganya.” balas polis petugas itu. Ika mula berfikir. Ika mengeluarkan sekeping gambar. “Adakah perempuan ini yang datang menjemput dia dua tahun yang lalu?” tanya Ika sambil menunjukkan gambar itu. “Ya tak salah lagi. Perempuan ni lah.” balas polis petugas itu. “Okay, terima kasih ya.” ucap Ika lalu pergi dari situ. Dia terus bergegas ke rumah perempuan kaya itu.
      Ika menelefon seseorang. “Hello, Siti. Kau dah jumpa apa yang aku nak?” tanya Ika. “Dah jumpa.” balas Siti. “Nanti aku balik office, kau bagi dekat aku. Jangan bagi dekat orang lain.” kata Ika. “Wei, Ika. Lebih baik kau lepaskan perempuan tu. Aku tak rasa kau boleh menang kes ni. Lagipun, kes budak lelaki tu dengan kes perempuan tu tak ada kena mengena pun.” kata Siti panjang lebar. “Kalau tak ada kena mengena, kenapa perempuan tu datang jemput budak lelaki dekat juvana?” balas Ika. “Apa?! Perempuan tu jemput budak tu?” kata Siti terkejut. “Dah, aku letak telefon dulu, sebab aku tengah memandu ni. Apa-apa hal contact aku, okay.” kata Ika. “Okay, bye.” balas Siti lalu menamatkan panggilan itu.
      Ika tiba di hadapan rumah perempuan itu. Dia membunyikan loceng rumah itu. Seorang lelaki keluar dari rumah. “Kamu lagi! Maafkan saya. Kali ni tak boleh. Dia mesti tak nak jumpa kamu lagi. Lebih baik kamu balik.” kata Afiq yang merupakan bodyguard kepada perempuan kaya itu. “Maafkan saya. Awak tak boleh halang saya. Saya detektif.” balas Ika. Afiq terdiam. “Suruh dia masuk.” arah perempuan itu. Afiq menggaru kepalanya lalu mengizinkannya masuk. “Cik Juliana. Lama tak jumpa.” kata Ika. Cik Juliana hanya tersenyum sinis.
     “Wah! Makin besar rumah ni.Mungkin sebab saya dah lama tak datang sini kan.” perli Ika. “Apa tujuannya? Just straight to the point.” kata Cik Juliana. “Okay lah. Saya teruskan saja tujuan saya ke sini.” balas Ika. “Silakan.” kata Cik Juliana. “Cik Juliana kenal dengan budak lelaki ni?” tanya Ika sambil menunjukkan sekeping gambar kepadanya. “Tak. Saya tak kenal.” balas Cik Juliana tenang. “Budak lelaki ini disabitkan kesalahan membunuh 10 tahun yang lalu ketika dia berumur 12 tahun.” kata Ika. “So? Apa yang kamu nak sampaikan sebenarnya?” tanya Cik Juliana. “Kes Cik Juliana dengan kes budak lelaki ini adalah kes 10 tahun yang lalu. Ia juga berlaku pada hari yang sama. Waktu kejadian juga hampir sama.” jelas Ika. Cik Juliana tersenyum sinis. “Hanya disebabkan waktu dan harinya, kamu kata kes ini mungkin ada kaitan dengan saya?” tanya Cik Juliana. “Cik Juliana tertinggal sesuatu di rumah budak lelaki itu.” kata Ika lalu menunjukkan seutas kalung berlian kepada Cik Juliana. “Kami dah lakukan ujian ke atas kalung ini. Pasukan forensik mengesahkan bahawa terdapat cap jari Cik Juliana pada kalung ini.” kata Ika. “Sekarang ni, kamu nak kata yang kalung tu milik saya?” perli Cik Juliana. “Adakah Cik Juliana pernah ke rumah budak lelaki itu pada hari kejadian?” tanya Ika. Cik Juliana hanya mampu tersenyum pahit. “Kes ni dah selesai. Kalau kamu membongkarnya lagi, kamu akan memalukan seluruh anggota polis yang pernah terlibat dalam kes ini. Mereka akan dianggap tidak cekap dalam menyelesaikan sesuatu kes.” jelas Cik Juliana. Ika tersenyum. “Cik Juliana tak tahu ke bahawa kes ini telah dibuka semula selepas kalung ini ditemui?” kata Ika. Cik Julian terdiam. Riak wajahnya berubah. “Saya akan dapatkan waran tangkap dan kembali ke sini lagi. Waktu itu, saya akan gari tangan Cik Juliana. Saya pergi dulu.” ugut Ika lalu pergi dari situ. Cik Juliana geram dengan situasi itu. Dia tidak tahu ingin melakukan apa lagi.
      “Macam mana? Dapat informasi apa-apa tak?” tanya Siti. “Dapat. Okay. Sekarang kita akan buka kes 10 tahun yang lalu.” kata Ika. “Kes yang mana? Kes pembunuhan atau kes rompakan?” tanya Siti. “Kedua-duanya.” balas Ika. “Apa?! Kau dah gila ke? Kita mana boleh pegang dua kes dalam masa yang sama?!” kata Siti terkejut. “Kedua-dua kes ada kaitan. Aku pasti tentang itu. Yang lain tak bagi tahu lagi ke pasal kalung tu dekat kau?” tanya Ika. “Bagi tahu apa? Kalung?” balas Siti pelik. “Kalung milik Cik Juliana ditemui di rumah budak kecil itu.” jelas Ika. Siti terdiam. “Ha! benda yang kau suruh aku cari tu. Sekejap, aku ambil.” kata Siti lalu mencari fail di atas mejanya. Siti menghulurkan fail itu kepada Ika. “Ini fail kes pembunuhan 10 tahun yang lalu. Susah aku nak dapatkan benda ni. Manakala, fail kes rompakan itu tidak lengkap kerana penyiasatan tidak dilakukan dengan baik.” jelas Siti. Ika membaca isi kandungan fail itu. Kes Cik Juliana adalah kes rompakan yang berlaku di rumahnya. Kes itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat apabila suspek dapat ditangkap. Tetapi, pasukan penyiasatan ketika itu menemui bukti baru yang menunjukkan bahawa rompakan itu telah dirancang oleh Cik Juliana sendiri. Cik Juliana merancang hal itu kerana ingin mendapatkan wang perlindungan daripada pihak bank. Pihak penyiasatan tidak dapat berbuat apa-apa apabila Cik Juliana disokong kuat oleh ketua polis pada ketika itu. Ketua pasukan penyiasatan juga telah menyuruh anak buahnya untuk menutup kes itu segera. Kes budak kecil itu pula adalah kes pembunuhan ahli keluarganya. Dikatakan bahawa budak kecil itu telah menikam ibu bapanya dengan sebilah pisau ketika mengalami masalah DID (dual Identity) pada ketika itu. Tetapi, kebenaran tentang penyakit DID yang dialami oleh budak kecil itu tidak disebarkan kepada umum.
      “Saya Izzat. Detektif baru yang akan bekerjasama dengan pasukan penyiasatan mulai hari ini. Sila beri tunjuk ajar.” ucap Izzat. Siti dan Ika memandang pelik ke arah Izzat. “Zaman bila perkenalkan diri macam tu. Zmaan sekarang tak ada dah nak perkenalkan diri.” perli Siti. “Maafkan saya.” ucap Izzat. “Lurus betul budak baru ni.” perli Siti lagi. Kapten Iskandar datang menuju ke arah pasukan penyiasatan. “Mulai hari ini, dia akan bekerjasama dengan kamu berdua memandangkan dua ahli sebelumnya telah dipindahkan.” kata Kapten Iskandar yang merupakan Ketua bagi setiap pasukan di daerah itu. “Okay, Kapten.” balas Ika. Kapten Iskandar memandang serius. “Semoga berjaya.” ucap Kapten Iskandar kepada Ika dan Siti. Ika memandang pelik ke arah Kapten Iskandar. Dia pun terus berlalu pergi dari situ. Kapten Iskandar memang tidak bersetuju dengan pilihan kes yang dibuat pasukan penyiasatan tetapi dia tiada pilihan lain lagi. Dia ingin mencabar pasukan penyiasatan itu sama ada mereka mampu untuk menghadapinya atau tidak.
      Cik Juliana menuju ke sebuah rumah lama di kaki bukit. Dia masuk ke dalam rumah itu. Cik Juliana duduk di hadapan seorang remaja lelaki di situ. Wajah remaja lelaki itu pucat dan lemah. “Nampaknya permainan telah dimulakan lagi. Pihak polis dah buka kes 10 tahun yang laluitu kembali. Aku ingatkan kita berdua akan hidup aman selepas 10 tahun tetapi, lain pula yang jadinya.” kata Cik Juliana. “Kalau nak hidup aman, ceritakan semuanya. Cerita apa yang pernah terjadi 10 tahun yang lalu.” ugut remaja lelaki itu. “Nazim! Kau rasa dengan beritahu hal sebenar kepada pihak polis akan mengubah segalanya? Tak akan. Kau tetap seorang pembunuh.” kata Cik Juliana. “Habis tu, kau pula buakn pembunuh?” perli Nazim. Cik Juliana terdiam. “Aku memang pembunuh tapi, kau adalah syaitan betopengkan malaikat!” kata Nazim. Cik Juliana geram. Dia menampar wajah Nazim dengan kuat. “Kau patut bersyukur aku yang jaga kau selama ni. Kau patut bersyukur!!!” jerit Cik Juliana geram. Nazim ketawa terbahak-bahak. “Kau jaga ke budak ni?” perli Nazim. Cik Juliana memandang pelik. “Adakah identiti keduanya telah muncul?” bisik Cik Juliana. Nazim memandang Cik Juliana dengan pandangan yang tajam. “Selama dua tahun ni, kau hanya mengurung Nazim di rumah buruk ni. Kau fikir dia akan bersyukur dan berterima kasih kepada kau?!” kata Nazim. “Kau bukan Nazim. Kau tak sepatutnya muncul. Sebab kau, Nazim membunuh!” kata Cik Juliana terkejut. Identiti kedua Nazim lah yang telah membunuh keluarganya ketika itu. Identiti ini muncul buat pertama kalinya 10 tahun yang lalu. “Kau tak layak jaga dia. Walaupun adik beradik tiri, kau tetap tak layak menjaganya.” perli Nazim. Cik Juliana terus mencapai jarum suntikan di atas meja lalu menyuntik lengan Nazim. Nazim mula pengsan. “Walau macam mana pun, kau tetap adik aku.” bisik Cik Juliana.
      “Izzat! Kau pergi ke alamat ni. Tanya pasal kes 10 tahun yang lalu. Cari saksi di sana. Pastikan kau dapat informasi.” arah Siti. “Okay! Saya pergi dulu.” balas Izzat. Izzat pun terus menuju ke keretanya. Dia membelek-belek kertas yang tertulis sebuah alamat. Riak wajahnya berubah. Dia terus membuang kertas itu ke dalam tong sampah. Ika melihat perbuatan Izzat. Ika terus mengikuti Izzat dari belakang.
      Identiti Izzat semakin diragui. Ika melihat bahawa Izzat sedang menuju ke ibu pejabat balai polis. Izzat datang ke sana untuk bertemu dengan ketua polis daerah itu. Ika cuba untuk mendengar perbualan mereka. “Mereka dah mula siasat kes itu. Sekarang ni mereka nak mula cari saksi di daerah ini.” kata Izzat. “Kalau macam tu, biarkan mereka menyiasatnya. Kamu pun perlu dapatkan kepercayaan mereka. Pura-pura tolong mereka siasat kes itu. Lepas tu, cari jalan macam mana nak tutup kes itu buat selamanya.” balas Ketua Hong Kee Han yang merupakan ketua polis daerah itu. “Itu kan Hong Kee Han? Ketua polis daerah ini? Dia juga adalah detektif yang pernah handle kes 10 tahun yang lalu. Kenapa dia nak tutup kes itu?” bisik Ika pelik. Ika merasakan ada yang tidak kena. Dia bergegas kembali ke bandar.
      “Siti! Kita kena bergerak cepat! Tolong cari maklumat tentang ketua polis daerah pasal kes ini.” arah Ika. “Kenapa ni? Ada yang tidak kena ke?” tanya Siti. “Cari je! Aku nak sekarang!” kata Ika. “Amboi! Aku ketua pasukan ke, kau yang ketua pasukan?” perli Siti. “Tolong, Siti!” rayu Ika. “Sekejap!” balas Siti. Siti mula mnecari maklumat itu. “Dah jumpa! Ketua Hong Kee Han pernah handle kes 10 tahun yang lalu. Dia jugalah yang selesaikan kes itu. Kerana kecemerlangannya, dia dinaikkan pangkat.” kata Siti. “Kecemerlangan kepala hotak dia. Dia bersubahat dengan Cik Juliana untuk selesaikan kes itu dengan cepat. Pasti Cik Juliana dah rasuah dia waktu itu.” kata Ika. “Ada bukti? Kalau tak ada bukti, kita tak boleh bertindak. Lagipun, susah kita nak berhadapan dengan dia sekarang. Dia pun ada sokongan yang kuat.” balas Siti. “Jadi, kita kena cari bukti kukuh tentang kes ini. Pertama sekali, kita kena cari budak lelaki tu.” kata Ika. “Kau kata budak lelaki itu pernah dijemput Cik Juliana dua tahun yang lalu di juvana kan?” kata Siti. “Ya. Dan yang pastinya, budak lelaki itu ada dengan Cik Juliana.” balas Ika. Ika dan Siti pun berangkat menuju ke rumah Cik Juliana.

<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts