SECRET DOOR (PART 2)

TAJUK : SECRET DOOR

GENRE : MISTERI
      Keadaan di bilik bawah tanah agak bising. Pintu besar yang dikunci itu diketuk dengan kuat. Suasana menjadi riuh rendah. Addy dan Daniel yang berada di ruang tamu sedang asyik menonton televisyen. Addy terdengar suara itu. Addy terus mencapai alat kawalan jauh lalu menguatkan suara televisyen itu. Daniel memandang Addy. Addy terdiam. “Kuat lagi, boleh?” tanya Daniel. Addy ketawa kecil. “Tak boleh.” balas Addy. Daniel hanya ketawa lalu menonton televisyen. Hakikatnya, Daniel juga mendengar suara raungan itu tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri.
      Hari sudah pagi. Addy terbangun dari tidurnya. Dia sedar, semalam dia dan Daniel menonton televisyen lalu tertidur di atas sofa. Addy terkejut. Dia melihat bahawa Daniel tiada di atas sofa. Addy terus mencari Daniel. Kelihatan keretanya masih ada di halaman rumahnya. Dia meluru ke dapur. Addy ternampak Daniel sedang membuka pintu bilik bawah tanah itu. Addy menerpa ke arah Daniel lalu menolaknya ke dinding. “Kau buat apa?!” jerit Addy. “Hei, rileks bro.Aku tak ada buat apa-apa. Aku cuma nak tutup pintu ni je. Sebab tadi lepas aku keluar daripada tandas aku nampak pintu ni terbuka luas.” jelas Daniel. Addy kembali tenang. “Maafkan aku.” ucap Addy. “It’s okay, bro. Aku tahu selama ni kau memang tutup rapat pintu ni. Aku cuma nak tolong je.” kata Daniel tersenyum. Addy membalas kembali senyumannya.
      Addy dan Daniel sedang menuju ke pintu hadapan. Ady membuka pintu untuk Daniel. “Okay! Jumpa esok. Aku balik dulu.” kata Daniel. “Okay. Hati-hati jalan tu.” balas Addy. Tiba-tiba seorang gadis sedang berdiri di hadapan Daniel. Daniel terkejut dengan kehadiran gadis itu. Addy mendekati gadis itu. “Ya, awak cari siapa?” tanya Addy. “Maaflah buat korang terkejut tadi. Saya nak jumpa dengan Muhammad Addy Malik? Dia ada?” tanya gadis itu. “Dialah Addy.” balas Daniel. “Oh, maaf menganggu. Saya harap awak benarkan saya untuk masuk ke dalam rumah ni.” kata gadis itu. “Siapa awak? Kenapa tiba-tiba kata nak masuk rumah saya?” tanya Addy pelik. “Saya Syazana. Saya seorang wartawan.” balas Syazana. “Sekejap?! Wartawan?! Awak nak buat apa? Awak nak siasat tentang rumah ni? Lepas tu siarkan dekat TV? Macam tu?” tanya Addy. “Tolong saya. Ini saja cerita yang boleh buat saya selamatkan kerjaya saya sebagai wartawan.” balas Syazana. “Lebih baik balik. Saya tak benarkan awak masuk ke dalam rumah saya.” kata Addy. Addy terus masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu rumahnya. Syazana mengeluh. “Aku dah agak. Mesti dia tak bagi aku masuk. Sakitnya hati. Jauh-jauh aku datang sini.” bisik Syazana. “Kalau kau dah tahu dia tak akan bagi kau masuk, kenapa masih datang sini?” tanya Daniel. Syazana terkejut. “Kau dengar apa yang aku cakap tadi?” tanya Syazana. Daniel ketawa kecil. “Dengarlah. Berbisik macam bukan berbisik.” perli Daniel. “Kau? Kau tahu apa-apa pasal rumah ni?” tanya Syazana. Daniel mendiamkan diri lalu tersenyum. “Kau tengok aku ni macam tahu apa-apa ke?” perli Daniel. Syazana geram. “Dah lah. Aku balik dulu.” kata Syazana. “Rahsia tidak perlu diungkapkan. Kerana rahsia, akan terbongkar juga akhirnya.” kata Daniel. Syazana memandang Daniel. Daniel hanya tersenyum.
      Addy terus menuju ke ruangan bawah tanah. Seperti biasa dia membuka pintu rahsia itu. Dia menolak pintu itu dengan kuat. Addy agak marah. “Keluar!” kata Addy. Suasana sunyi sepi. “Keluar sekarang!!!” jerit Addy. Suasana masih lagi sunyi. Addy mengangkat bangku yang berada di sebelahnya lalu membalingnya dengan kuat. “Keluar!!!” jerit Addy sekuat hatinya. Tiba-tiba, bunyi raungan kedengaran begitu kuat. Sesuatu datang menghampirinya. Gambarannya seperti manusia tetapi pergerakannya adalah merangkak. Kepala botak licin dan tiada bulu kening. Matanya kelihatan putih sepenuhnya. Susuk tubuhnya agak kurus. Addy terus mendekati makhluk itu. “Lepaskan aku!” kata Addy. Raungan makhluk itu semakin kuat. Addy mencekik leher makhluk itu dengan perasaan marah. “Kau tak guna! Kau kata akan lindungi aku tapi sebenarnya kau hanya mempergunakan aku.” kata Addy. Makhluk itu meraung kesakitan. Addy melepaskan tangannya dari genggaman makhluk itu. Addy kembali tenang. “Mulai saat ini, kau akan tetap dikurung dalam bilik ini, seperti dulu. Tanpa makanan. Tanpa minuman.” kata Addy. Makhluk itu meraung sedikit kuat. Addy terus melangkah keluar dari bilik itu. Addy terus mengunci dan merantai pintu itu.
      Seminggu telah berlalu. Addy tidak menghadirkan dirinya ke kolej. Addy membuat keputusan untuk berpindah ke rumah lain. Addy terus mengemas bajunya dan melipat masuk ke dalam begnya. Tiba-tiba, bunyi loceng rumahnya berbunyi. Addy terus membuka pintu rumahnya. Setelah pintu itu terbuka, Syazana terus meluru masuk ke dalam rumah Addy. “Apa yang kau buat ni?!” jerit Addy terkejut. “Aku tak ada peluang untuk masuk ke dalam rumah ini jika aku minta izin daripada kau. Aku terpaksa.” kata Syazana. “Keluar! Keluar sekarang!!!” jerit Addy sambil menarik tangan Syazana. Syazana meleraikan genggaman tangan Addy dari pergelangan tangannya. “Aku nak tahu pasal rumah ni. Ini saja cerita yang boleh aku siarkan supaya aku tak dipecat.” kata Syazana. Addy terdiam. “Aku tak peduli pasal kau. Aku cuma nak kau keluar dari rumah aku, sekarang!!!” jerit Addy. Syazana mengendahkan kata-kata Addy lalu terus mengeluarkan kamera videonya. Syazana terus merakam suasana rumah itu. Addy berniat menghentikannya tetapi dia sudah terlambat. Syazana telah meluru masuk ke dalam pintu bilik bawah tanah. Addy terus mengejar Syazana. “Jangan masuk dalam tu!” larang Addy. “Boleh kautolong aku tunjuk arah jalan ni?” minta Syazana yang mengendahkan kata-kata Addy tadi. “Aku dah tak nak marah kau. Cuma aku nak kau dengar nasihat aku. Tak baik untuk kau masuk ke dalam tu. Tolong hentikan.” jelas Addy. “Kenapa? Aku dah agak. Mesti ada sesuatu dalam rumah ni.” kata Syazana. Addy mendiamkan diri. “Aku tak akan masuk ke dalam tu tapi dengan syarat kau ceritakan semuanya dekat aku pasal rahsia rumah ni.” kata Syazana. “Okay, aku beritahu kau semuanya.” balas Addy. Addy dan Syazana pun menuju ke ruang tamu. “Kita keluar dulu.” kata Addy. “Apa dia? Kenapa nak keluar pula?” tanya Syazana pelik. “Aku akan cerita tapi bukan dekat sini.” kata Addy. “Okay, jom, kita keluar.” balas Syazana. Addy  dan Syazana menuju ke hadapan pintu rumahnya. Addy terus meolak Syazana keluar dari rumahnya lalu mengunci pintu segera. “Woi!!! Kau!!! Buka pintu ni!!” jerit Syazana kesal. Addy tidak mengendahkan Syazana yang berada di luar rumahnya. Akhirnya, Syazana mengalah lalu pergi dari situ.
      Addy telah siap mengemas barangnya. Dia ingin keluar menuju ke keretanya. Dia meletakkan barangnya di dalam kereta. Tiba-tiba, Daniel muncul di hadapannya. Daniel memandang Addy dengan serius. “Kunci rumah tu sebelum kau keluar.” kata Daniel. Addy terkejut. Addy terus menyerang Daniel. “Apa yang kau tahu?” tanya Addy. “Lega bila kau buat keputusan untuk keluar dari rumah ini.” kata Daniel. “Jawab pertanyaan aku!” balas Addy. “Aku tahu semuanya. Aku akan tolong kau.” kata Daniel. Tiba-tiba, bunyi raungan yang kuat kedengaran di luar rumah. Daniel meluru masuk ke dalam rumah itu. Addy mengikutinya. Daniel seperti sudah arif dengan jalan ke ruangan bawah tanah. Daniel berlari menuju ke bilim rahsia. Addy merasa pelik. “Macam mana kau tahu tentang bilik ini?” tanya Addy. Daniel menyeluk poket Addy mengambil kunci. Daniel membuka kunci pintu yang dirantai itu. Addy teridam kerana terkejut bahawa Daniel tahu yag mana satu kunci untuk membuka pintu itu. Pintu telah terbuka. Daniel masuk ke dalam bilik itu. Addy pun mengikuti Daniel masuk ke dalam bilik itu. “Aku dah balik. Mana kau?” tanya Daniel. “Apa? Dah balik?” bisik Addy. Makhluk it uterus menerpa keluar dari kegelapan bilik itu. Makhluk itu terus menunjukkan rupanya yang sebenar. “Daniel, kau tak boleh lihat wajahnya, nanti kau akan berada dalam bahaya.” kata Addy. “Aku dah pernah lihat wajah sebenarnya.” balas Daniel. “Apa maksud kau?” tanya Addy. “Dia pernah berjanji untuk melindungi aku.” kata Daniel. Makhluk it uterus mendekati Daniel. Makhluk itu seperti ingin menyerangnya. Daniel terus menyuluh lampu ke arahnya. Makhluk itu berhenti lalu bertempiaran lari kerana kesakitan. Makhluk itu tidak boleh terkena cahaya. Itu adalah kelemahannya. Addy memandang Daniel dengan penuh tanda tanya. “Kalau dia pernah berjanji untuk melindungi kau, maknanya kau pernah tinggal di rumah ni.” kata Addy. “Tak! Aku tak pernah tinggal di rumah ini.” balas Daniel. Addy memandang pelik. “Aku pernah masuk ke dalam rumah ini beberapa kali ketika aku masih berumur tujuh tahun. Tempat ini sudah seperti tempat bermain aku sehinggalah aku terkurung di dalam rumah ini selama sehari. Semasa aku terkurung di dalam rumah ini,aku menjumpai bilik rahsia ini.Aku membukanya lalu menjumpaimakhluk ini. Dia pernah berjanji untuk melindungi aku jika aku ingin menjadi kawannya. Aku bersetuju. Akhirnya, dia menunjukkan aku jalan keluar dari sini. Sejak hari itulah, aku sentiasa datang bermain dengannya.” jelas Daniel. “Apa yang jadi selepas itu?” tanya Addy. “Setahun sudah berlalu. Aku mula dijauhi oleh orang lain. Tiada siapa yang ingin berkawan dengan aku. Aku mula mengesyaki sesuatu. Aku tidak didekati oleh orang lain kerana makhluk itu. Makhluk itu tidak ingin ada sesiapa yang merampas kawannya. Sesiapa yang berkawan dengan aku, akan dibunuh. Sejak itulah, aku menguncinya disini dan aku pergi meninggalkan rumah ini. Kini, dia ingin membunuh aku kerana aku berkawan dengan kau.” jelas Daniel. “Apa sebabnya?” tanya Addy. “Jika ada sesiapa yang mendampingi kau, dia akan lemah. Dia menyerap segala tenaga kau untuk terus hidup.” kata Daniel. Makhluk itu mula menyerang lagi. Daniel sekali lagi menyuluh lampu ke arahnya. “Kau dah semakin lemah. Sudah tiba masanya, kau pergi dari dunia ini.” kata Daniel. Makhluk itu meraung dengan kuat. Daniel menghulurkan kunci khas kepada Addy. “Apa ni?” tanya Addy. “Kau tak boleh kuncinya dengan kunci lama. Kau perlukan kunci baru. Dengan itu, dia akan cuba untuk mencari tuan baru.” kata Daniel. Addy terdiam. “Jika kau perasan, terdapat beberapa kunci di pintu itu. Salah satunya milik aku. Kuncinya sekarang.” kata Daniel. Addy terus melangkah keluar dari bilik itu lalu mencapai kunci baharu itu. Addy terkejut melihat Daniel masih berada di dalam bilik itu. “Apa yang kau buat tu? Cepat keluar!” kata Addy. “Kunci sekarang.” arah Daniel lalu menutup pintu itu. Addy mengetuk pintu itu dengan kuat. Addy tidak mempunyai pilihan lain. Addy terus mengunci pintu itu dengan kunci baharu. Daniel dan makhluk itu memandang sesama sendiri. Daniel menerpa makhluk itu, sama juga makhluk itu menyerang Daniel. Seperti keadaannya, Daniel sudah ditumpaskan oleh makhluk itu. Addy tiada pilihan lain lagi selain melarikan diri. Addy telah sampai ke pintu hadapan rumahnya. Addy membukanya lalu terkejut. Syazana berada di hadapannya. Addy terus menutup pintu itu lalu menguncinya. “Wei, kenapa ni?” tanya Syazana. Addy tidak mengendahkan kata-kata Syazana lalu menarik tangannya menuju ke keretanya. “Kenapa ni?” tanya Syazana pelik. Akhirnya, Addy dan Syazana pergi dari situ. Syazana yang tidak mengetahui apa-apa hanya mendiamkan diri. Setelah Addy menjauh dari rumah itu, keadaannya semakin lemah. Syazana terus menghantarnya ke hospital. Addy dirawat di hospital selama dua minggu. Setelah Addy sedar, dia menceritakan segalanya kepada Syazana. Addy menyuruh Syazana menyiarkan rahisa rumah itu di kaca televisyen. Dengan bantuan pihak penerbit, cerita itu disiarkan melalui sebuah rancangan khas dokumentari.
      Sebulan telah berlalu. Selepas cerita itu disiarkan, ramai yang menganggap cerita itu benar dan ada juga yang tidak percaya. yang percaya dengan cerita itu tidak berani untuk melangkah ke rumah itu manakala yang tidak prcaya, mereka akan pergi ke rumah itu dan menyiasatnya sendiri. Tetapi malangnya, ramai yang pergi menyiasat disana hilang dan tidak ditemukan lagi. Setelah ramai berita tentang kehilangan beberapa orang di rumah itu, kawasan itu mula ditutup oleh pihak kerajaan dan dijadikan sebagai kawasan larangan. Segala rahsia telah dibongkarkan tetapi masih ada satu lagi rahisa yang masih belum diketahui. Dari mana datangnya makhluk itu? Bagaimana makhluk itu boleh hidup berabad lamanya? Tiada siapa yang tahu tentang rahsia itu.
<TAMAT>

Comments

Popular Posts