TWO WORLDS (EPISODE 2)
TAJUK : TWO WORLDS
GENRE : MISTERI / DRAMA
EPISOD 2 : RAHSIA YANG TAK TERUNGKAP
Kanak-kanak hilang
yang telah kembali disoal siasat oleh pihak polis sambil ditemani ahli keluarga
mereka. Sepanjang soal siasat dilakukan, tiada siapa yang berani menceritakan
hal yang sebenar kepada pihak polis. Mereka ketakutan. Tiba giliran Arash,
seorang budak berumur tujuh tahun yang juga mengalami hal pelik itu untuk
disoal siasat. Seperti biasa, Arash juga seperti kanak-kanak yang lain. Dia
tetap mendiamkan diri. Ayah Arash yang berada di sisi nya memujuk Arash untuk
menceritakan semuanya tetapi Arash tetap berdiam diri. Detektif Zul yang hanya
melihat daripada luar mula tidak berpuas hati. Dia mula menerjah masuk ke dalam
bilik soal siasat itu. “Cerita semuanya!
Cerita apa yang kamu alami selama dua minggu ini. Aku nak tahu.” desak
Detektif Zul. Ayah Arash tidak berpuas hati dengan sikap Detektif Zul. Mereka
mula bertengkar sambil dihalang rakan setugasnya yang berada disitu. “Ada cahaya…yang mengikuti…saya.” kata
Arash. Mereka terdiam seketika. “Cahaya
itu…panas. Saya terus berlari. Tapi, cahaya itu…tetap mengikuti saya,
sehinggalah…” kata-kata Arash terhenti.
“Apa? Sehingga apa? Cakap!” jerit Detektif Zul. “Apa ni! Kau tak boleh paksa anak aku macam ni!” balas ayah Arash.
Detektif Zul tidak mengendahkan kata-kata ayah Arash. “Sehinggalah…dia ambil saya.” kata Arash ketakutan. “Siapa? Siapa yang ambil kamu?” tanya
Detektif Zul. Tiba-tiba, Arash mula sesak nafas. Keadaannya tidak menentu lalu
pengsan. “Arash! Bangun nak!” kata ayah Arash risau. Detektif Zul terkejut
dengan keadaan itu. Situasi menjadi kelam kabut. Akhirnya, Arash dihnatar ke
hospital.
TAHUN 2017…Arash
kini telah berumur 21 tahun. Dia mula menjalani kehidupannya seperti biasa.
Walaupun apa yang terjadi padanya 14 tahun yang lalu masih kekal di ingatannya,
dia berniat untuk meneruskan kehidupannya tanpa dihantui oleh kisah lalunya.
Ayahnya pula telah meninggal dunia empat tahun lalu akibat daripada sakit
jantung. Kini, Arash menyambung pelajarannya di sebuah kolej.
Arash sentiasa
bersendiri. Dia pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Seorang gadis muncul di
hadapannya. Langkah Arash terhenti. Mereka saling berpandangan.
“Awak macam mana?” tanya Sarah. Arash
mendiamkan diri. “Tak ada apa yang nak
diceritakan dan diluahkan lagi. Saya cuma nak teruskan hidup seperti orang
biasa.” kata Arash. Sarah terdiam. “Awak
ingat empat tahun lalu, waktu kita berdua berada di pusat khas?” tanya
Sarah. Arash memandang Sarah. “Saya tak
nak cerita pasal tu.” kata Arash. Arash terus melangkah pergi. “Waktu itu, hanya kita berdua sahaja yang
dibebaskan dari pusat khas itu. Yang lain, masih berada di sana.” kata
Sarah. “Hentikan. Hentikan semuanya.”
arah Arash. “Saya…nampak dia. Dia ada di
luar sana. Rakan yang bersama kita ketika di pusat khas.” kata Sarah. Arash
terkejut. Dia memandang Sarah dengan pandangan serius. “Saya balik dulu.” balas Arash lalu melangkah pergi dari situ. “Saya yakin, awak pun nampak dia.” kata
Sarah. langkah Arash terhenti. “Awak rasa
perkara ni dah berakhir?” tanya Sarah. Arash mengenggam tangannya dengan
kuat. “Walau sejauh mana pun kita
berlari…menjauhkan diri…perkara tu tak akan berakhir selagi rahsia disebaliknya
belum terungkap.” jelas Sarah. Arash masih mendiamkan diri. “Kita berdua pernah lalui perkara itu.
Kejadian 14 tahun yang lalu. Hanya kita yang tahu apa yang berlaku ketika itu.”
kata Sarah. Mereka berdua saling berpandangan.
Sarah juga antara kanak-kanak yang hilang 14 tahun yang lalu.
Dia juga telah kembali dua minggu selepas itu. Dia mengenali Arash sejak
kejadian itu berlaku. Ketika mereka berumur 17 tahun, pihak atasan telah
berpakat dengan para saintis untuk mengumpul kanak-kanak yang pernah mengalami
kejadian itu di sebuah pusat khas. Dari situlah mulanya perkenalan di antara
Arash dan Sarah. Program pusat khas ini bertujuan untuk mengetahui rahsia tentang kejadian pada
tahun 2003. Mereka berniat untuk menggunakan memori mangsa untuk menjalankan
eksperimen. Dari situlah bermulanya pelbagai kejadian yang tidak
disangka-sangka akan berlaku kepada Arash dan Sarah.
<BERSAMBUNG>
Comments
Post a Comment