TWO WORLDS (EPISODE 1)
TAJUK : TWO WORLDS
GENRE : MISTERI / DRAMA
EPISOD 1 : KES MISTERI
Aku tak pernah
menyangka aku akan menjalani kehidupan yang sebegini. Sejak kejadian itu, hidup
aku berubah. Detik-detik cemas yang aku lalui selama ini telah menghantui aku.
Sehingga sekarang, tiada siapa tahu tentang kejadian itu. Kenapa kejadian itu
berlaku? Siapa dalang di sebaliknya? Sehingga kini, aku hidup di dalam
ketakutan.
TAHUN 2003…Cuaca pada
ketika itu amat sejuk dan dipenuhi kabus. Secara tiba-tiba, cuaca menjadi tidak
menentu. Arash pulang dari sekolah. Seperti biasa, dia menunggu kehadiran
ayahnya untuk menjemputnya. Pada mulanya, dia ingin pulang ke rumah dengan
berjalan kaki kerana rumahnya berada berdekatan dengan kawasan sekolah. Tetapi
disebabkan cuaca yang semakin memburuk, dia terpaksa menunggu ayahnya. Arash
merasa kesejukan. Dia memandang ke langit. Kabus menutupi awan di langit. Arash
terkejut. “Salji?” bisik Arash. Dia
merasa gembira seketika tetapi dalam masa yang sama dia pelik dengan keadaan
itu. “Negara kita boleh turun salji?”
bisik Arash pelik. Walaupun dia baru berumur tujuh tahun , tetapi dia adalah
yang terpandai di sekolahnya. Jadi, dia tidak menyangka akan turun salji di
negaranya. Dia memandang ke langit sekali lagi. Senyuman di wajahnya berubah
menjadi serius. Terdapat cahaya terang memancar dari atas langit. Cahaya itu
terasa panas. Arash mula berpeluh. Dia ketakutan. Tanpa berfikir panjang, dia
berlari jauh dari situ. Tetapi, cahaya itu tetap mengikutinya. Air matanya mula
mengalir. “Ayah! Ayah!” jerit Arash
seorang diri. Dia berlari sekuat hati. Dia cuma berharap tiada perkara buruk
yang akan berlaku kepada dirinya. Air matanya dikesat. Dia masih meneruskan
larian walaupun panas yang dirasakannya seperti boleh membakar dirinya. Kakinya
mula lemah. Dia tersungkur jatuh. Dia menangis lagi. “Ayah!!!” jerit Arash. Cahaya itu hilang dari pandangan. Kelibat
Arash juga tiada disitu.
Berita tentang
kehilangan kanak-kanak di seluruh dunia telah tersebar meluas. Ibu bapa dan
penjga mula berkumpul di hadapan balai polis. Mereka ingin melaporkan tentang
kehilangan anak mereka. Menurut laporan di seluruh dunia, semua kanak-kanak di
dunia telah menghilangkan diri tanpa diketahui sebabnya. Detektif Zul tidak
tenang. Dia memikirkan adiknya yang berumur 10 tahun. Adiknya juga telah
menghilangkan diri. Dia risau. Dia melihat situasi dibalai polis itu. Ada ahli
keluarga yang menangis berharap anaknya tidak apa-apa. Detektif Zul tidak dapat
berbuat apa-apa selain melihat sahaja situasi itu.
Mesyuarat diadakan
diantara anggota polis. Mereka tidak yakin untuk menyiasat kes itu kerana
jumlah kanak-kanak yang hilang terlalu banyak. Mereka tidak mampu untuk
mengendalikan kes itu dalam masa yang singkat. Detektif Zul bangun dari tempat
duduknya. “Izinkan saya untuk menyiasat kes
ini.” Rayu detektif Zul. Mereka semua terdiam. “Maafkan saya tetapi kes ini
bukan di atas kemampuan kita. Kita kena serahkan kes ini kepada pihak yang
lebih berkemampuan.” balas Kapten Ridzuan. “Tak!
Saya nak siasat sendiri kes ini. Saya mohon.” kata Detektif Zul. Kapten
Ridzuan terdiam seketika. Suasana berubah menjadi sunyi. Semua orang memandang
Detektif Zul.
Kapten telah memberikan
kes itu kepada Detektif Zul untuk dia selesaikannya. Dia juga akan
bertanggungjawab jika terdapat hal buruk berlaku ketika penyiasatan
berlangsung. Akhirnya, dia memulakan penyiasatan. Fokusnya adalah adiknya yang
hilang. Sudah hampir dua minggu penyiasatan dijalankan, tetapi masih tiada
hasil yang baik ditemui. Pihak atasan meluahkan rasa tidak yakin terhadap pihak
polis yang mengendalikan kes itu. Pihak atasan meminta pihak polis untuk
menyerahkan kes itu kepada pihak yang lebih berkemampuan. Detektif Zul tidak
dapat berbuat apa-apa selain menyerahkan kes itu kepada pihak atasan.
Dua hari selepas itu,
kanak-kanak yang dilaporkan hilang telah kembali. Tetapi, hanya separuh
daripada kanak-kanak yang hilang telah kembali. Selebihnya, masih hilang. Adik
Detektif Zul juga masih hilang. Dia merasa tida tenang dan tidak berpuas hati.
Dia bertindak terburu-buru ingin mencari adiknya itu. Walaupun ramai yang
menghalangnya, dia tetap ingin mencari adiknya itu.
<BERSAMBUNG>
Comments
Post a Comment