12TH SECRET (PART 2)

TAJUK : 12TH SECRET

GENRE :MISTERI / JENAYAH
      Ika dan Siti tiba di kediaman Cik Juliana. “Kamu lagi! Mungkin hari tu Cik Juliana baik hati bagi jumpa tapi kali ni, minta maaf.” kata Afiq. “Kau siapa nak halang kami?!” jerit Ika. “Dapatkan waran tangkap dulu baru boleh jumpa saya.” kata Cik Juliana. “Dua tahun lalu, Cik Juliana ada datang menjemput seseorang di juvana. Adakah dia budak lelaki itu?” tanya Siti. “Saya kata dapatkan waran tangkap dulu baru boleh berjumpa dengan saya. Sudah! Halau mereka!” arah Cik Juliana. Cik Juliana terus melangkah masuk ke dalam rumah. “Adakah budak lelaki itu adalah ahli keluarga awak?!” tanya Ika. Langkah Cik Juliana terhenti. “Jangan ganggu saya! Pergi!” jerit Cik Juliana. Afiq pun menghalau Siti dan Ika pergi dari situ.
      “Selamat pagi, semua!” ucap Izzat. Ika dan Siti terdiam. “Kenapa ni? Semua macam tak ada mood je.” kata Izzat. “Kau kenal ketua polis daerah, Hong Kee Han?” tanya Ika. “Ketua Hong Kee Han? Mestilah kenal. Siapa yang tak kenal. Siapa yang tak kenal ketua.” balas Izzat. “Kenapa kau jumpa dia semalam? Kenapa tak pergi siasat penduduk dekat daerah sana?” tanya Ika. Izzat terdiam. “Saya…saya pergi siasat lah.” balas Izzat gagap. “Apa tujuan kau?” tanya Siti. “Tujuan apa?” tanya Izzat risau. “Jangan cuba untuk halang penyiasatan kami. Aku bagi amaran dekat kau.” kata Ika. “Apa yang kau cakap!” sampuk Kapten Iskandar. Ika dan Siti terdiam. “Kalau tak nak dia halang penyiasatan kamu berdua, hentikan siasatan secepat mungkin.” ugut Kapten Iskandar. “Kapten! Kenapa kapten cakap macam ni?!” tanya Siti. “Aku dah bagi amaran. Kau tak nak dengar. Aku biarkan saja kamu berdua buat siasatan tapi sekarang tidak lagi. Tutup kes ini.” kata Kapten Iskandar. “Saya akan tetap teruskan siasatan. Walaupun saya tahu saya akan dipecat selepas kes ini tamat, sekurang-kurangnya, saya rasa lega dapat sumbat penjahat sebenar ke dalam penjara. Jadi, sebelum sya dipecat, saya akan tangkap semua yang terlibat dalam kes ini.” balas Ika. Kapten Iskandar memandang tepat ke arah Siti. “Maaf kapten. Sebagai ketua pasukan penyiasatan, saya setuju dengan kata-kata anak buah saya.” kata Siti. “Okay. Kamu yang mulakan semuanya. Jangan menyesal.” kata Kapten Iskandar. “Tidak! Kami akan mengakhirinya. Itulah yang sebenarnya.” balas Ika. Kapten Iskandar terdiam. Izzat hanya berdiri di situ dalam keadaan risau. Kapten Iskandar pun berlalu pergi dari situ.
      Ketua polis daerah datang bertemu dengan Cik Juliana. “Macam mana ni Cik Juliana? Mereka dah tahu pasal kita. Detektif yang saya hantar untuk tamatkan kes tu pun dah diketahui.” kata Ketua Hong Kee Han.  Cik Juliana seperti sedang memikirkan sesuatu. “Tetapi, mereka masih tiada bukti kukuh. Kalau mereka ada bukti, pasti mereka dah dapatkan waran tangkap untuk menahan saya.” kata Cik Juliana. “Betul juga. Lega saya. Kalau macam tu, kita kena tutup kes ini secepat yang mungkin sebelum mereka mendapatkan bukti.” balas Ketua Hong Kee Han. “Ya! Itu sudah semestinya.” kata Cik Juliana.
      “Ada apa lagi dekat sini? Pergilah balik dekat tempat asal kau.” perli Siti. “Maafkan saya, ketua. Saya bersalah.” kata Izzat menyesal. “Menyesal pun tak guna. Kami tak tahu sama ada kami boleh percayakan kau lagi atau tak.” balas Siti. “Saya ceritakan semuanya.  Saya rasa apa yang saya tahu boleh membantu kes ini.” kata Izzat. Ika dan Siti memandang di antara satu sama lain. Mereka berdua mengubah pandangannya ke arah Izzat. “Macam mana? Saya sedia membantu.” kata Izzat. “Kalau macam tu, tolong kami.” balas Ika. Izzat tersenyum.
      “Ketua Hong Kee Han pada ketika itu memang memerlukan duit untuk menampung hidupnya. Jadi, Cik Juliana lah yang memberikan wang kepadanya dengan syarat dia dapat menutup kes itu dengan baik. Cik Juliana tidak ingin terlibat dengan kes itu. Ketua Hong Kee Han pun terus menghapuskan bukti mengaitkan dirinya. Jadi, kes itu serta merta disahkan telah selesai.” jelas Izzat. “Kau tahu apa hubungan Cik Juliana dengan budak lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh itu?” tanya Ika. “Saya tak pasti. Tapi, saya rasa dua tahun yang lalu, ketika saya masih bekerja bersama Ketua Hong Kee Han, Cik Juliana pernah datang ke sana.”kata Izzat. “Datang? Dia datang untuk berjumpa dengan Ketua Hong Kee Han?” tanya Siti. ”Ya. Tapi, waktu itu, dia tidak berseorangan. Dia datang bersama dengan seorang remaja lelaki. Umurnya dalam lingkungan 18 tahun.” jelas Izzat. Siti dan Ika memandang sesama sendiri. “Kau kenal remaj lelaki itu?” tanya Ika. “Tak.” balas Izzat ringkas. “Sah! Remaja lelaki itu adalah budak lelaki 10 tahun yang lalu.” kata Ika yakin.
      Izzat diarahkan untuk berpura-pura masih berada di pihak Cik Juliana. Jadi, dia akan mula mendapatkan bukti daripada penyamaran itu. Siti pula perlu mendapatkan saksi untuk menyokong bukti yang mereka ada. Ika pula akan berhadapan dengan Cik Juliana. Dia akan cuba untuk berjumpa dengan Cik Juliana sekali lagi. Pada ketika itu, Cik Juliana ingin menuju ke suatu tempat. Jadi, Ika memilih untuk mengekorinya daripada belakang. Mereka tiba di sebuah rumah lama dimana Nazim disembunyikan. Ika pelik dengan keadaan rumah itu. “Kenapa dia datang ke rumah ini?” bisik Ika. Tanpa membuang masa, Ika pergi memeriksa keadaan rumah itu dengan berhati-hati. Dia melihat terdapat pintu belakang yang sedang terbuka luas. Ika terus masuk ke dalam rumah tersebut. Dengan langkah yang perlahan, Ika menjumpai pakaian lelaki di dalam sebuah bilik. “Arghh!!! Mana dia!!!” jerit Cik Juliana. Ika terkejut mendengar teriakan yang kuat dari dalam rumah itu. Bunyi pintu belakang tertutup dengan kuat. Ika perasan dengan situasi itu. Sepertinya ada orang sedang melarikan diri. Ika pun terus keluar dari rumah itu lalu ternampak seorang lelaki sedang berlari ke dalam hutan. Ika terus mengejarnya. “Mana dia? Mana dia pergi?!” jerit Cik Juliana. “Maafkan saya, Cik Juliana. Saya dah terlepas jejak dia.” kata Afiq. “Bodoh! Tak boleh diharap!” jerit Cik Juliana. Afiq hanya menunduk. “Aku tak kira! Kau kena cari sampai dapat!” arah Cik Juliana. “Baik!” balas Afiq lalu bergegas pergi dari situ.
      Ika yang mengejar Nazim sejak dari tadi berjaya menangkapnya. “Tolong lepaskan saya. Tolong jangan ganggu saya lagi.” rayu Nazim. “Kamu kan budak lelaki itu? Betul kan?” tanya Ika. “Nazim mendiamkan diri. Tiba-tiba, dia ketawa terbahak-bahak. “Tolong berhenti! Jangan pernah ganggu budak ni lagi. Orang yang kau cari bukan dia. Tapi aku.” kata Nazim yang telah berubah identiti. “Apa yang kamu merepek ni?” tanya Ika pelik. Ika tidak pernah tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh Nazim, kerana penyakitnya itu tidak pernah direkodkan sejak 10 tahun lalu. Nazim menolak Ika dengan kuat. Ika rebah ke tanah. “Aku pernah membunuh. Aku tak ragu-ragu untuk membunuh lagi.” ugut Nazim. Ika berada di dalam bahaya. Nazim mencapai batu berdekatan dengannya. Nazim ingin menghayunkan batu yang berada di tangannya itu tetapi gagal. Afiq datang menghalang Nazim. Nazim amat marah. Dia terus menghayunkan batu itu tepat ke kepala Afiq. Akhirnya, Afiq rebah ke tanah. Nazim mula mencari-cari sesuatu di poket Afiq. Ketika itu, Ika telah menghantar mesej kepada Siti dan Izzat untuk datang ke tempat itu. Nazim menjumpai sepucuk pistol di bahagian belakang Afiq. Nazim mula mengacukan pistol ke arah Ika. “ Apa yang terjadi sebenarnya?” tanya Ika. Nazim tersenyum sinis. “Apa yang terjadi 10 tahun yang lalu?” tanya Ika lagi. “Aku cuma ingin melindungi Nazim dari orang macam kau. Waktu itu, ayah Nazim datang bertemu dengan Cik Juliana. Nazim juga berada di situ. Nazim mendengar rancangan Cik Juliana dan ayahnya untuk buat satu rompakan demi mendapatkan wang perlindungan daripada pihak bank. Ayah Nazim lah yang telah merompak rumah Cik Juliana atas arahannya sendiri. Tetapi, sayangnya ibu Nazim mengetahui semuanya. Disebabkan mereka takut rahsia akan terbongkar, Cik Juliana telah menghasut ayah Nazim untuk membunuh isterinya sendiri. Mereka pulang ke rumah. Cik Juliana juga ada di situ waktu itu. Ayah Nazim cuba untuk membunuh isterinya tetapi aku berjaya menghalangnya. Aku telah membunuh ayah Nazim.” jelas Nazim. “Apa yang terjadi selepas itu?” tanya Ika. “Cik Juliana cuba menyerang aku tetapi aku berjaya mengelak. Dia mencapai pisau yang telah aku jatuhkan tadi lalu menikam ibu Nazim. Selepas itu, aku pengsan. Sedar saja, aku sudah dituduh sebagai pembunuh keluarga aku.” kata Nazim lagi. “Apa hubungan kau dengan Cik Juliana?” tanya Ika. “Nazim dan Cik Juliana adalah adik beradik tiri.” balas Nazim. “Terima kasih. Saya telah merakam semuanya. Akhirnya, saya dapat bukti kukuh untuk menangkap perempuan itu.” kata Ika. Nazim agak marah. Nazim cuba untuk menyerang Ika tetapi gagal. Izzat telah melepaskan tembakan. Nazim rebah ke tanah. “Kau okay?” tanya Siti. Ika hanya mengangguk. “Jangan risau. Cik Juliana telah ditahan di kaki bukit.” kata Siti. “Ketua Hong Kee Han telah mengaku bersalah. Dia juga telah ditahan.” kata Izzat. Nazim telah dibawa ke hospital untuk dirawat. Kini, dia berada dalam keadaan kritikal.
      Mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Cik Juliana atas kesalahan membunuh 10 tahun yang lalu. Nazim pula dimasukkan ke hospital untuk merawat penyakitnya itu. Doktor berkata identiti keduanya muncul apabila Nazim memerlukan pertolongannya. Identiti keduanya itu dianggap merbahaya dan boleh mengancam nyawa orang lain. Disebabkan stres dan penuh perasaan takut, Nazim mula menghadapi penyakit itu. Nazim terpaksa ditahan di hospital sehingga dia betul-betul sembuh. Ketua Hong Kee Han pula dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa pada 10 tahun yang lalu.Akhirnya, kes itu telah diselesaikan. Pasukan penyiasatan diberikan penghargaan tetapi mereka tetap dianggap telah melanggar protokol dengan membuka kes yang sudah ditutup 10 tahun yang lalu. Hal ini telah memalukan pihak polis kerana sebelumnya mereka telah menangkap orang yang salah. Tetapi, mereka tetap gembira kerana berjaya memecahkan sebuah rahsia yang sudah lama tidak terungkap.
<TAMAT>

Comments

Popular Posts