FROST
TAJUK : FROST
GENRE : AKSI / KOMEDI / FANTASI
Arghh!!!
Esok dah nak kena hantar skrip ni. Aku masih tak siap lagi. Macam mana ni?!
Huh, relax! Aku kena siapkan juga skrip ni. Grum!!! Bunyi guruh berdentum. Aku
memandang ke luar tingkap. Hujan turun dengan lebat. Aku termenung. Aku
teringin nak menikmati hidup ni dengan aman dan damai. Aku memandang komputer
riba ku. Aku mula sedar, aku tak akan pernah menikmati kehidupan seperti itu.
Aku terus menyambung pekerjaan ku.
“Dude, kau
dah siap dah skrip tu. Aku nak tengok.” kata En. Bakar. En. Bakar merupakan
penerbit filem SKIM Production. “Aku dah
siap dah. Kau tak nampak ke muka aku ni. Tak cukup tidur pun siapkan benda ni.”
kata aku. Aku menghulurkan skrip yang telah aku siapkan. “Baguslah. Ok, lepas ni ada meeting dengan krew-krew yang lain pukul
230 petang. Datang.” kata En. Bakar. “Ok,
bos.” balas aku. En. Bakar pun terus melangkah pergi dari situ. Huh, lebih
baik aku guna masa ni untuk berehat sebelum meeting tu. Aku pun terus menuju ke bilik rehat di situ.
Aku
terbangun. Aku melihat jam dinding yang tergantung di situ. Sudah pukul 2.50
petang. Aku terkejut. Aku terus bergegas menuju ke bilik mesyuarat. Aku terus
merempuh masuk. “Maafkan saya. Saya
lambat.” kata aku. En. Bakar dan yang lain terus memandang aku. Aku
terdiam. “Ha, apa lagi kau tunggu dekat
situ, masuk dan duduk sekarang.” arah En. Bakar. “Baik.” kata aku. Mesyuarat telah tamat tepat pukul 3.30 petang.
Semua mula melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. “Dude, kau tunggu sekejap. Aku nak cakap sikit dengan kau.” kata
En. Bakar kepada ku. Aku hanya mengangguk. Semua telah keluar dari bilik itu.
Hanya tinggal aku dan En. Bakar. “Dude,
aku rasa kau rehat lah selama dua minggu.” kata En. Bakar. “Tak apa bos. Aku tak nak rehat. Aku nak
kerja.” kata aku. “Aku tahu kau
memang pekerja yang rajin. Dah banyak skrip kau yang aku guna untuk filem aku
dan antaranya telah berjaya. So, aku cadangkan kau rehatlah. Ambil cuti selama
dua minggu.” kata En. Bakar. “Baiklah.
Aku ambil cuti lepas ni.” kata aku. En. Bakar tersenyum.
Tiket ada.
Beg dompet ada. Semua ada. Huh, hari ni aku cuti. Aku akan pergi ke Langkawi.
Akhirnya, aku dapat tenangkan diri selama dua minggu dekat sana. Alangkah
indahnya hari ini. Langkawi, here I come! Aku menuju ke sebuah tempat
penginapan yang telah aku tempah. “Kunci
bilik saya, cik.” minta aku. “Nombor
berapa ya encik?” tanya pekerja itu. “Nombor
29.” jawab aku. “Nah. Ini dia encik.”
kata pekerja itu sambil menghulurkan kunci bilik ku. “Terima kasih.” ucap aku. “Sama-sama.”
balas pekerja itu. Aku terus menuju ke bilik ku. Wow, nice view. Aku suka. Aku
meletakkan beg yang aku bawa. Aku terus mencapai kamera untuk dibawa bersama.
Aku melangkah keluar dari bilik ku. “Kenapa
tu?” bisik aku. Aku ternampak kelibat dua orang lelaki sedang bergaduh.
Terdapat juga seorang wanita di situ. Wajah wanita itu mulai resah dan takut.
Aku cuma menganggap ini mungkin kes rebut awek ni. Aku terus memalingkan
pandangan ku dan melangkah pergi dari situ. Aku bersiar-siar di tepi pantai dan
mengambil gambar pandangan di situ. Sungguh tenang sekali tempat ini. Tak rugi
aku ambil cuti dua minggu tu.
Aku menuju
ke bilik ku. Aku seperti melihat sesuatu yang aneh di hadapan bilik ku. Aku
mendekatinya. Itu kan lelaki yang bergaduh tadi? Apa yang dia buat dekat depan
bilik aku? Lelaki itu terlantar di atas lantai tidak menyedarkan diri. Aku cuba
untuk mengejutnya. “Woi, kau ok ke?
Woi?!” kata aku. Aku melihat tangan ku. Adakah ini darah?! Adakah dia
cedera atau sudah mati?! Aku mula ketakutan. Aku terus menyeluk poket ku untuk
mengambil telefon bimbit ku. Arghh! aku lupa. Aku cuma bawa kamera saja.
Telefon bimbit aku tidak membawanya. Aku terus masuk ke dalam bilik untuk
mengambil telefon bimbit ku. Aku ingin membuat panggilan telefon. Tiba-tiba,
wanita itu berada dalam bilik aku. “Apa…apa
kau buat dekat sini?!” tanya aku. Wanita itu hanya menangis dan menangis.
Aku mula risau. Aku tidak menghiraukan wanita itu lalu mencapai telefon bimbit
ku. Aku mendail nombor kecemasan. “Letakkan
handset tu sekarang. Kalau kau nak hidup.” kata lelaki itu sambil
mengacukan pistol di kepala ku. Aku berpeluh. Aku terus meletakkan telefon
bimbit ku. “Ikut aku.” arah lelaki
itu. Aku tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Aku hanya menurut
saja kata-kata lelaki itu. Lelaki itu menuju ke arah dapur di tempat penginapan
itu. Aku mengikutinya. Wanita itu juga mengikutinya. “Kamu berdua, masuk dalam tu. Sekarang!!!” arah lelaki itu. Peti
ais!!! Dia nak aku dengan wanita itu masuk dalam peti ais?! Saiz peti ais itu
sebesar bilik ku juga. Ia mampu memuatkan sepuluh orang sekurang-kurangnya. “Masuk!!!” jerit lelaki itu. Aku dan
wanita itu masuk ke dalam peti ais itu lalu dikurung dari luar. Kami berdua
telah dikurung. Ini mimpi ngeri buat diri ku.
Aku mula
kesejukan di situ. Aku sukar untuk bernafas. Wanita itu sudah mula tidak
menyedarkan diri. Aku terus menerpa wanita itu. “Wei, bangunlah. Wei!!!” jerit aku. Wanita itu tidak menyahut
panggilan aku. Aku mula risau. Adakah dia sudah mati? Aku terus berusaha untuk
mencari jalan keluar selagi aku mampu. Aku terus berdiri dan melihat ke kiri
dan ke kanan. Sepertinya tiada jalan keluar. Aku mulai pasrah. Aku seperti
telah berputus asa. Aku tidak mampu. Aku tidak boleh bernafas. Aku mula
terlelap. Mata ku terus tertutup.
Aku
terbangun. “Aku dekat mana?” bisik
aku. Aku melihat kiri dan kanan. Ini sepertinya hospital. “Kau dah sedar! Alhamdulillah.” kata En. Bakar. “Macam mana aku boleh ada dekat sini?”
tanya aku. “Ada orang jumpa kau dengan
seorang wanita dekat dalam peti ais.” jelas En. Bakar. “wanita tu, macam mana? Dia ok?” tanya aku lagi. “Wanita tu dah meninggal dunia.” jawab
En. Bakar. Aku terkejut. Aku kelu tidak berkata apa-apa. Aku melihat kalendar
di tepi ku. “Dah berapa lama aku dekat
sini?” tanya aku. “Kau berada dalam
koma selama 9 bulan.” kata En. Bakar. Aku hanya terdiam. “Tinggalkan aku sendirian.” kata aku.
En. Bakar hanya menurut kata-kata ku lalu keluar dari bilik pesakit. Aku
berfikir, macam mana aku boleh terselamat? 9 bulan? Apa yang dah jadi waktu
itu? Siapa lelaki itu? Siapa wanita itu? Terlalu banyak pertanyaan yang bermain
di fikiran ku sekarang. Aku terus terlelap.
Sebulan
sudah berlalu. Aku meneruskan kehidupan ku seperti biasa. Aku masih lagi
memikirkan tentang kejadian itu. Tapi, aku hanya menganggap itu adalah antara
perkara buruk yang terjadi pada ku. Aku harus melupakannya. Aku memulakan
pekerjaan ku seperti dulu. Aku masih lagi mencari rentak dalam menulis skrip
setelah sekian lama aku tidak menulis. Aku masih lagi ingin meneruskan
pekerjaan ku ini. Dengan cara ini sahaja aku boleh melupakan peristiwa hitam
yang telah terjadi padaku. Aku terus masuk ke dalam pejabat ku. Aku terdiam
seketika. “Siapa kau? Apa kau buat dekat
dalam pejabat aku ni?” aku terkejut. Seorang wanita sedang duduk di tempat
ku sambil menghadap komputer riba. Wanita itu memandang ku. “Kau tu siapa? Suka-suka hati saja masuk
pejabat aku. Lepas tu mengaku ni pejabat dia pula.” kata wanita itu. En.
Bakar masuk ke dalam ruangan pejabat ku. “Oh,
Dude. Kau dah sampai.” kata En. Bakar.
“Perkenalkan ini Gina. Dia lah yang
menggantikan tempat kau waktu kau terlantar dekat hospital.” jelas En.
Bakar. “Bos, macam mana ni? Kalau dia pun
dah ganti tempat aku, maknanya aku dah tak ada kerja lah.” kata aku. “Bos, kenapa bos tak pernah bagi tahu pasal
dia ni?” tanya Gina. “Sekejap. Bagi
aku jawab satu-satu dulu. Aku dah buat keputusan. Dude dan Gina akan bekerja
sama dalam penulisan skrip dalam SKIM Production.” jelas En. Bakar. “Apa dia!!!” jerit aku dan Gina
serentak. “Minta maaf bos tapi aku kerja
seorang diri. Aku tak perlukan pembantu.” kata aku. “Hei! Siapa kata aku pembantu kau. Minta maaf bos. Saya pun kerja
seorang diri. Saya tak perlukan dia.” kata Gina. “Sudah. Jangan bergaduh lagi. Ini keputusan aku, korang berdua kena
ikut sebab ini aahan daripada bos.” jelas En. Bakar. Kami memandang di
antara satu sama lain. Kami hanya mengeluh dengan keptusan En. Bakar.
“Hei! Mana kau mnghilang selama ni?”
tanya Gina. “Kau tak
payah sibuk hal aku boleh tak.” balas aku. “Memandangkan kita dah bekerja sama-sama, aku ada hak untuk ambil tahu
pasal kau.” kata Gina. Aku hanya teruskan berjalan tanpa menghiraukan Gina.
“Hei! Tunggu aku.” jerit Gina.
“Macam mana benda tu boleh hilang?!” jerit Azzim. “Benda tu
tak hilang. Saya tahu benda tu dekat siapa sekarang.” kata Joon. “Habis tu! Cepat la pergi ambil. Pastikan
benda tu ada depan mata aku esok pagi.” jelas Azzim. “Baik, Tuan.” balas Joon.
Hari
sudah senja. Aku pulang ke rumah. Aku terus mencapai alat kawalan jauh di atas
meja. TV pun terbuka. Aku duduk di atas sofa sambil menonton TV. Malam-malam ni
tak ada rancangan yang menarik untuk ditonton. Aku mula bosan. Aku menuju ke
dapur untuk mengambil air minuman. Aku berhenti. Aku ternampak berlian
berbentuk ais batu di atas meja dapur ku. “Apa
ni?” bisik aku. Aku mencapai berlian itu. Tok! Tok! Bunyi pintu rumah ku
diketuk dengan kuat. Aku terus menyeluk poket ku menyembunyikan berlian itu.
Aku menuju ke pintu lalu membukanya. Kelihatan seorang lelaki berbaju hitam
berdiri di hadapan ku. “Siapa kau? Kalau
kau nak jual barang dekat aku, maaf la. Aku tak nak beli.” kata aku.
Tiba-tiba lelaki itu terus menerjah aku masuk ke dalam rumah. Aku terjatuh. Aku
terus dibelasah oleh lelaki itu. “Mana
berlian tu?” tanya Joon. “Berlian
apa? Aku tak tahu lah.” balas aku. Aku dipukul lagi. “Mana berlian tu?!” jerit Joon. “Kau
siapa?! Berlian apa?! Aku tak tahu lah.” balas aku. Aku teringat sesuatu.
Adakah berlian yang aku jumpa di dapur tadi yang dia mahu kan? Aku rasa berlian
itu. “Sekejap!” jerit aku. “Kau nak berlian kan? Aku ada.” kata
aku. Aku menunjukkan berlian itu kepadanya. Lelaki itu perlahan-lahan mendekati
ku. Aku terus berdiri lalu memukul lelaki itu dengan kuat. Aku melarikan diri.
Lelaki itu mengejar ku. Aku masih meneruskan larian ku. Akhirnya, aku berjaya
melepaskan diri daripada lelaki itu. Aku melihat berlian itu dengan teliti. “Apa yang istimewa sangat tentang berlian
ni?” bisik aku.
“Bodoh!” jerit Azzim. “Maafkan saya, Tuan." kata Joon. “Kenapa lah kau bodoh sangat. Benda senang
kau buat susah!” kata Azzim. “Saya
akan cari lelaki tu sampai dapat.” kata Joon. “Woi, bengap! Aku nak berlian tu, bukan lelaki sampah tu.” jerit
Azzim. Joon hanya tunduk mendiamkan diri. “Aku
tak kira, esok pagi, aku nak kau bawa berlian tu depan mata aku, Kalau tidak,
kau tahu lah apa yang aku nak buat dekat kau. Faham!” jelas Azzim. “Baik, Tuan.” balas Joon.
“Sekejap!” kata Gina. Aku terus masuk ke dalam ruangan pejabat Gina. “Apa kau ni? Main terjah je.” kata Gina.
“Tolong aku.” kata aku. “Tolong apa, Dude?” balas Gina. Aku
terus menunjukkan berlian itu kepada Gina. “Wei!
Kau mencuri ke Dude?!” kata Gina terkejut. “Woi! Mulut tu jaga sikit. Aku tak curi lah. Aku jumpa dekat rumah
aku.” kata aku. “So? apa masalahnya
dengan aku?” balas Gina. Aku terus menjelaskan kejadian itu pada Gina. Gina
pun mendengar cerita aku.
“Apa kata kau bagi je berlian tu
dekat lelaki itu. Kan senang. Kau dah tak dalam bahaya.” jelas Gina. “Kau gila
ke? Aku tak kenal lelaki tu. Lepas tu nak nak ikut je cakap dia. Kalau aku kena
bunuh macam mana?” balas aku. Aku teringat sesuatu. Lelaki itu ada tatu kepala
harimau di tangan kirinya. Aku terkejut. Beberapa bulan yang lalu, lelaki yang
kurung aku dalam peti sejuk beku…mempunyai tatu yang sama di tangan kirinya.
Adakah itu lelaki yang sama yang telah menculik aku dulu?! Aku terus berfikir. “Wei! Kau ni! Mengelamun pula!” jerit
Gina. “Aku nak pergi hospital.” kata
aku.
Cik, tumpang tanya. Saya pernah
dirawat dekat hospital ini beberapa bulan yang lalu akibat koma. Saya nak tahu,
identiti pesakit yang datang sekali dengan saya waktu itu, boleh?” tanya aku. “Sekejap ya,
encik.” kata jururawat itu. “Encik
yang bernama Khairul Hazri Helmi kan.” kata jururawat itu. “Ya, saya Khairul Hazri.” balas aku. “Pesakit yang bersama dengan kamu waktu tu
namanya, Syakila Ibrahim. Dia dirawat di ruangan VIP. Jadi saya tak boleh
mendedahkan identiti dia sepenuhnya kepada encik. Minta maaf ya.” kata
jururawat itu. “Ok, terima kasih.”
balas aku. Aku terus beredar dari situ. “Kau
pernah dirawat dekat hospital ini sebab koma? Jadi, kau hilang selama ni sebab
kau sakit?” kata Gina. “Dah, jom
balik.” balas aku. “Dude, aku nak
tahu semuanya.” kata Gina. Aku memandang Gina. Kami saling berbalas
pandangan.
Akhirnya,
aku pun menceritakan kisah silam aku. Gina mula sedar dan terus meminta maaf
kepada aku. Aku hanya tersenyum. Sedang asyik kami bersembang, tiba-tiba
berlian itu mula bercahaya. Aku dan Gina terkejut. Aku mula kesejukan yang amat
sangat. Aku menggigil kesejukan. “Dude!
Kau ok ke? Dude!” jerit Gina. Gina terkejut melihat aku. “Rambut kau, Dude! Rambut kau! Warna putih!”
kata Gina. Aku terus melihat ke dalam cermin. Rambut aku berwarna putih.
Muka aku pucat dan lesu. Aku terkejut melihta cermin itu. Cermin itu mula
menjadi beku apabila aku memegangnya. “Dude!”
Gina mendekati ku. “Jangan dekat dengan
aku. Nanti aku bekukan kau!” kata aku. Gina kerisauan. Aku sukar untuk
bernafas lalu rebah ke atas lantai. “Dude!!!”
jerit Gina. Aku terus tidak menyedarkan diri.
Aku mula
membuka mata perlahan-lahan. Gina ada di samping aku. Aku terus bangun dari
katil dan melihat cermin. “Arghh! Rambut
aku dah jadi putih.” kata aku. “Wei!
Kau ni. Duduk lah dulu.” kata Gina. “Aku
dah tak kacak. Aku nampak macam atuk aku! Huwaa!!!” kata aku. “Alahai. Selama ni macam lah kau kacak
sangat.” usik Gina. Aku memandang sinis ke arah Gina. Gina hanya ketawa. “Macam mana sekarang? Kau dah rasa okay
sikit ke Dude?” tanya Gina. “Aku rasa
sejuk. Tapi aku okay.” balas aku. Gina tersenyum.
“Kau masih tak jumpa dia lagi!!!” jerit
Azzim. Joon mendiamkan diri. Azzim terus mencapai pistol di dalam lacinya lalu
mengacukan ke arah Joon. Joon masih tenang. “Aku
rasa ini penamat untuk kau, Joon.” kata Azzim. Joon memandang tepat ke arah
Azzim. Joon tersenyum. “Aku akan jadi
mimpi buruk kau selama kau masih hidup dalam dunia ni.” kata Joon tenang. “Mampus kau!” jerit Azzim. Akhirnya,
Azzim melepaskan tembakan tepat ke dahi Joon. Joon akhirnya rebah ke lantai. “Kau! Bereskan mayat dia.” kata Azzim. “Baik, Tuan.” balas pegawai keselamatan
itu.
Azzim
sedang bersedia untuk pulang ke rumah. Azzim tertidur di atas sofa di dalam
pejabatnya. “Aku dah datang!” bisik
Joon. Azzim terkejut. “Joon dah mati!”
jerit Azzim ketakutan. “Aku dah kata
dekat kau. Aku akan jadi mimpi buruk kau selama kau masih hidup dalam dunia
ni.” kata Joon. “Pergi! Pergi sana!
Jangan ganggu aku!” jerit Azzim. Joon terus merasuk tubuh badan Azzim. “Aku pinjam tubuh kau sekejap. Aku nak kan
berlian itu.” bisik Joon.
“Dude. Aku dah tahu siapa Syakila Ibrahim
tu.” kata Gina. “Siapa dia?” balas
aku. Gina terus mengambil barang-barangnya lalu menunjukkan kepada aku. “ Syakila Ibrahim adalah isteri kepada
seorang ahli korporat terkenal yang bernama Azzim Jailani. Dia juga merupakan
pewaris utama syarikat korporat milik Azzim Jailani.” jelas Gina. “Berlian itu? Kau tahu siapa punya?”
tanya aku. “Tak ada maklumat tentang
berlian itu.” balas Gina. “Tapi, aku
jumpa ini. Seseorang yang kita boleh jumpa dan tanya pasal benda ni.” kata
Gina lagi. “Siapa?” balas aku. “Intan Ibrahim. Kakak kepada Syakila
Ibrahim.” kata Gina.
“Wah! Kakak dia pun ada rumah besar
macam ni. Adik dia mesti ada lagi besarkan.” kata
Gina kagum. Aku hanya tersenyum. Aku terus menekan loceng rumah banglo itu.
Pintu gerbangnya dibuka. Kami pun masuk ke dalam rumah banglo itu. “Kami nak jumpa dengan Cik Intan Ibrahim.
Dia ada tak?” tanya aku. “Ya, saya.
Kenapa kamu berdua mencari saya?” balas Intan Ibrahim.
Kami
menceritakan semuanya pada Intan Ibrahim. “Lagi
satu, saya jumpa benda ni. Saya rasa ia milik adik Cik Intan, Syakila.”
kata aku. Aku terus menunjukkan kepadanya berlian itu. Intan Ibrahim terkejut. “Macam mana kamu ada benda ni?” tanya
Intan Ibrahim. “Saya jumpa.” balas
aku. “Kamu tak patut ada benda ni.”
kata Intan Ibrahim. “Apa yang tak kena
dengan benda ni?” tanya aku. “Dude!
Buka topi kau. Tunjuk dekat dia rambut kau.” kata Gina. Aku membuka topi
ku. Intan Ibrahim terdiam. “Kamu dah guna
benda tu kan?” kata Intan Ibrahim. “Guna?
Guna apa?” tanya aku. “Berlian itu
adalah benda yang berbahaya dan cukup kuat tenaganya. Berlian itu digelar
Frost.” kata Intan Ibrahim. “Saya
masih tak faham. Bahaya? Kuat?” tanya aku lagi. “Berlian itu mampu membuat kamu jadi kuat dan boleh membekukan apa
sahaja yang ada disekeliling kamu. Sebab itulah ia digelar Frost. Berlian ini
adalah pemberian nenek moyang keluarga kami. Warisan kami. Kami perlu
menjaganya daripada jatuh ke tangan yang tidak bertanggungjawab.” jelas
Intan Ibrahim. “Berlian ni memang ada
kuasa sakti ke?” tanya Gina. “Ya, ia
memang sakti. Suatu hari, suami adik saya, Azzim Jailani telah menjumpai
berlian itu. Dia ingin merampas berlian itu daripada adik saya. Akhirnya, Azzim
menculik adik saya.” kata Intan Ibrahim. “Kalau dah tahu Azzim yang menculik adik Cik Intan, kenapa tak buat
laporan polis?” tanya aku pelik. “Polis
tak ambil kisah pasal ni sebab polis berada di bawah kawalan Azzim. Jadi, polis
tak dapat berbuat apa-apa.” jelas Intan Ibrahim. “Tadi Cik Intan cakap berlian tu berbahaya. Bahaya apa?” tanya
Gina. “Apabila kuasa berlian itu dah
menyerap ke dalam tubuh badan seseorang, ia boleh membawa kepada ketidakwujudan
seseorang itu di dalam dunia ini.” jelas Intan Ibrahim. “Maksud Cik Intan?” tanya aku. “Apabila tiba masanya, memori kamu akan
hilang. Orang yang disekeliling kamu tidak akan mengenali kamu. Akhirnya, kamu
hanya lah jasad yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.” jelas Intan
Ibrahim. Aku hanya terdam mendengar kata-kata Intan Ibrahim itu. Sejujurnya aku
ketakutan.
Aku masih
lagi memikirkan perkara itu. Tapi, bila difikirkan balik, siapa yang peduli dan
menyedari kehadiran ku selama ini. Aku hanya tersenyum. “Wei, kau percaya ke cakap Intan Ibrahim tu? Aku tak percaya.” kata
Gina. Aku memandang wajah Gina. Aku tahu Gina hanya ingin membuat aku melupakan
perkara itu. Aku tahu, dia percayakan kata-kata Intan Ibrahim tadi. Aku terus
berjalan. Langkah Gina terhenti seketika. “Aku
akan sentiasa ingat dekat kau.” kata Gina. Aku berhenti seketika. Aku
menoleh ke arah Gina. “Aku sentiasa ada
untuk kau. Walaupun kita baru kenal, aku tak pernah anggap kau macam orang
luar. Aku gembira dapat kenal dengan kau, Dude.” kata Gina panjang lebar.
Aku tersenyum. Aku terus mendekat Gina. Aku menepuk bahu Gina. Gina mula
menitiskan air mata. “Terima kasih sebab
sudi menemani aku selama ni. Terima kasih juga sebab jadi kawan aku. Aku hargai
itu.” kata aku. Gina mengesat air matanya lalu tersenyum.
Dari jauh,
seorang lelaki sedang memerhatikan gerak geri Dude dan Gina. “Disini rupanya kau berada.” bisik
Azzim yang sudah dirasuk oleh Joon. Azzim memandang jauh kelibat Dude dan Gina
dengan pandangan sinis. “Aku patut bunuh
kau waktu tu.” bisik Azzim lagi.
Kring!
Kring! Bunyi telefon aku berdering. Nama Intan Ibrahim tertera di skrin. Aku
menjawab panggilan itu. “Helo.” kata
aku. “Tolong saya, Dude! Tolong!” jerit
Intan Ibrahim. Talian terputus. “Siapa
tu, Dude?” tanya Gina. “Cik Intan.
Dia dalam bahaya.” balas aku. Aku terus berlari menuju ke kediaman Intan
Ibrahim. “Dude! Tunggu!” jerit Gina.
Gina mengikuti aku.
Kediaman
Intan Ibrahim kelihatan gelap dan sepi. Pintu gerbangnya terbuka luas. Aku
memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah itu. “Gina, kau tunggu dekat sini. Biar aku yang masuk.” arah aku. Gina
hanya mengangguk tanda setuju. Aku pun masuk ke dalam rumah Intan Ibrahim.
Pintu rumahnya terbuka luas. Pegawai keselamatan rebah di atas lantai. “Helo! Cik Intan! Saya ni. Dude.” panggil
aku. Aku terkejut. Intan Ibrahim kelihtan terbaring di atas lantai. Dahinya
mempunyai kesan luka. “Cik Intan!
Bangun!” kata aku. “Dude, kau datang
juga akhirnya.” kata Azzim. “Kau!
Azzim Jailani.” kata aku. “Apa kau
dah buat dekat Cik Intan?!” jerit aku. “Joon.
That’s my name. Ingat nama tu.” kata Azzim. “Apa maksud kau? Siapa Joon?” tanya aku. “Ah! Mana berlian tu? Frost? Aku nak berlian tu.” kata Azzim. “Benda tu ada dekat sini.” kata aku. Aku
terus membuka topi ku. Azzim terkejut. “Apa
kau dah buat?! Kau dah guna benda tu? Kau dah rosak kan rancangan aku!!!”
jerit Azzim. Tubuh badan Azzim mula mengeluarkan asap hitam. Aku dapat rasakan
kegelapan di dalam diri Azzim. Azzim terus menerpa aku lalu memukul aku dengan
kuat. Aku rebah. Azzim cuba untuk menerpa aku lagi. Tiba-tiba, sesuatu telah
menghalang Azzim daripada memukul aku. Ketulan ais yang besar telah
menyelamatkan aku. Aku memulakan pertarungan ku dengan Azzim. Aku cuma ingin
menyelamatkan Intan Ibrahim. Azzim cuba untuk membunuh aku kerana inginkan
kekuasaan yang ada dalam tubuh badan aku. Tiba-tiba, kedengaran suara berbisik
di telinga ku. “Jangan takut dengan dia.
Hati dia. Hatinya penuh dengan kegelapan. Keluarkan dia dari kegelapan itu.”
bisik suara itu. Tubuh badan ku bercahaya. Aku terus menyentuh bahagian
pinggangnya. Aku menumbuk dadanya. Azzim menjerit kesakitan. Akhirnya, Joon
telah keluar daripada tubuh badan Azzim. Aku terkejut. Aku dapat melihat
kelibat Joon. Aku ternampak tatu kepala harimau di tangan kirinya. “Kau! Kau yang culik aku waktu itu.”
kata aku. Joon ketawa kecil. “Ingat nama aku.
Joon. Kita akan berjumpa lagi sebab…aku ialah mimpi buruk kau buat selamanya.” kata
Joon. Akhirnya, Joon menghilangkan diri. Aku lega. Semuanya telah selesai.
Intan Ibrahim menyedarkan diri. “Dude.” bisik
Intan Ibrahim. “Semua dah berakhir.”
kata aku.
Polis telah
menangkap Azzim Jailani dan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana
kesalahan membunuh. Intan Ibrahim pula hidup tenang selepas perkara itu
selesai.
Dua tahun kemudian…
“Dude!” Jerit Gina. “Ada apa?” balas aku. “Sini
lah.” kata Gina. Aku terus berjalan mendekati Gina. Tiba-tiba, aku terasa
pening yang amat sangat. Gina mendekati ku. “Kenapa
ni? Sakit ke? Tadi elok je.” kata Gina. “Oh,tak
ada apa-apa. Aku ok.” balas aku. Kami pun berjalan-jalan di sekitar taman
itu. “Gina, kita buat apa dekat sini?” tanya
aku. Gina memandang pelik wajah ku. “Kau
yang ajak aku datang sini. Kau tak ingat ke?” balas Gina. “Aku tak ingat. Pelik kan.” kata aku.
Gina terdiam. Gina terus mengukirkan senyuman di wajahnya. “Jom kita pergi makan. Lapar la.” kata Gina. “Ok, jom.” balas aku.
Gina
menelefon Intan Ibrahim. “Cik Intan boleh
kita berjumpa?” ajak Gina. Gina dan Intan Ibrahim pun berjumpa. “Dude. Adakah dia akan pergi buat
selamanya?” tanya Gina. “Dia dah mula
hilang ingatan ke?” balas Intan Ibrahim. Gina mula menitiskan air mata. “Nampaknya, dah tiba masanya untuk dia
pergi.” kata Intan Ibrahim. “Adakah
saya juga akan mula lupakan dia? lupakan semua kenangan bersama dia? Lupakan
tentang kehadiran dia?” tanya Gina. Intan Ibrahim mendekati Gina. “Sentiasa percaya bahawa dia wujud. Jika
kamu percaya, kamu tak akan pernah lupakan dia. Ingat. Percayalah.” kata
Intan Ibrahim. Gina memandang wajah Intan Ibrahim. Gina tersenyum.
Gina duduk
di sebelah ku. “Wei, kau buat apa
malam-malam dekat luar ni?” tanya Gina. “Aku
bosan. So, aku keluar sekejap. Tengok bintang. Dah lama tak tengok pemandangan
ni.” kata aku. “Aku percaya kan kau.
Aku percaya kau akan sentiasa ada di sisi aku.” kata Gina. “Ya, memang patut pun kau percaya dekat
aku.” usik aku sambil ketawa kecil. Kami terus memandang ke langit melihat
bintang-bintang. Tanpa aku sedar, aku mula menghilaangkan diri. Aku melihat
Gina. Aku tidak mengenali Gina. Siapa aku? Aku tidak ingat. Aku memandang Gina.
Gina menangis teresak-esak. Kenapa dia menangis? Aku tak tahu. Gina tidak dapat
melihat aku. Gina memandang ke langit dengan air mata membasahi pipinya. “Aku sentiasa percaya bahawa kau wujud.”
kata Gina. Akhirnya, Gina terus meninggalkan aku. Aku mula menyedari bahawa aku
hanya lah jasad yang tidak dapat dilihat.
Sebulan
telah berlalu, aku sudah mula terbiasa dengan kehidupan aku seperti ini. Aku
dapat melihat manusia tetapi mereka sebaliknya. Aku masih mencari gadis itu.
Gadis yang menangis waktu dia bersama aku. Aku ingin bertemu dengannya. Aku
berharap dapat bertemu dengannya.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment