JUST 18 : RED HERRING
TAJUK : JUST 18 : RED HERRING
GENRE : DRAMA / KOMEDI / MISTERI
Semester 2
sudah bermula. Perkara lalu sudah dilupakan. Peluang untuk mencipta kisah
baharu. Kembali ke sekolah selepas cuti semester selama sebulan. Aku diberi
peluang kedua oleh ayahku untuk menebus kembali kesilapan aku. Ayah aku akan
memberikan hak sebagai pewaris utama jika aku berusaha untuk mendapatkannya. Sepatutnya
aku tidak layak untuk berada di kelas pertama kerana aku bukanlah pewaris
utama. Tapi, aku diberi peluang untuk berada di kelas pertama atas permintaan
ayah aku. Aku mencapai sikat lalu menyisir rambutku dengan kemas. Welcome to
the world, Putera. Itu apa yang diucapkan di dalam hati aku.
Kelas
pertama tahun ini. “Apa khabar semua.”
ucap cikgu Raja Iskandar. “Khabar baik,
cikgu.” semua membalas. Macam tadika dah aku tengok kelas ni. “Mulai hari ini, saat ini, kamu dah menjadi
pelajar paling senior dalam sekolah ini. Selepas ini, akan muncul pelajar
baharu yang akan menjadi junior kamu.” kata cikgu Raja Iskandar. “So, macam mana periksa semester 1, ok?”
tanya cikgu Raja Iskandar. Semua pelajar mendiamkan diri. “Rasa macam ditusuk-tusuk cikgu soalan dia.”
kata Zubaidah. “Kalau saya tak mampu
untuk bertahan juga, saya nak kahwin je lah cikgu.” tambah Zubaidah. “Kau dah kenapa Bedah, demam.” balas
Natasha. “Bedah kau nak kahwin dengan
siapa? Dollah?” usik Alia Shamira. Wajah Abdullah kemerahan. “Eii, tolong sikit. Dollah! Setakat restoran
je banyak buat apa. Aku nak banglo. Dua biji banglo atas nama aku.” kata
Zubaidah. Mereka semua ketawa terbahak-bahak. “Bedah ni dah gatal nak kahwin ni. Hahaha!!!” kata Cikgu Raja
Iskandar samil ketawa. “Gurau je.”
kata Cikgu Raja Iskandar lagi. “Periksa
hari tu, saya nak menangis pun ada cikgu.” kata Fatihah. “Kamu ni. Ini baru semester satu. Ada dua
lagi semester kamu kena hadapi tau. Kalau semester satu pun dah rupa macam
belacan, macam manalah nak hadapi semester 2 ni.” kata cikgu Raja Iskandar.
“Cikgu ni.” keluh Farhah. “Dah, sambung pelajaran kita.” kata
cikgu Raja Iskandar.
Dalam hidup,
kita mesti akan ada pesaing. Bagi aku, semester 2 lebih banyak pesaing yang
hadir dalam hidup aku. Aku mula melihat, kawan mula menjadi lawan. Itu yang aku
rasakan.
Nik. Adakah
dia ingin menjadi lawan ku? Apakah kelebihan yang aku ada sehingga membuatkan
dia cemburu? Aku tak pasti. Tapi, perubahan sikapnya terserlah. Bukan aku
sahaja yang perasan tentang perkara ini bahkan semua pelajar dalam kelas
pertama mula tidak suka dengan sikapnya. Dia adalah anak kepada pengusaha King
Hotel yang berjaya. Aku rasa dengan kemegahan yang dia ada, sikapnya itu tidak
mengejutkan aku sama sekali. Bukan Nik sahaja, tetapi pelajar kelas pertama
juga mempunyai masalah dan tekanan masing-masing. Aku tidak tahu. Sikap setiap
pelajar kelas pertama mula menampakkan perubahannya.
KES 1
“Kau
rasa, apa yang dia buat tu betul ke?” tanya
Asyraf kepada aku. “Aku tak tahu. Apa
yang dia buat, itu tak ada kena mengena dengan aku.” balas aku. “Aish, aku tahu kau pun tak selesa dengan
sikap dia.” kata Asyraf. “Ya, aku tak
selesa dengan sikap dia. Tapi, aku tak tahu kenapa dia bersikap macam tu.
Mungkin dia cuma nakkan perhatian. Itu je.” balas aku. “Aku pun tak tahu. Tapi rasa sakit hati ni, Allah saja yang tahu.” kata
Asyraf. “Ok, apa kita nak buat? Diam atau
cakap dekat dia terus pasal ni?” tanya aku. “Kalau diam sakit hati, kalau beritahu dia, dia terima ke apa yang kita
cakap?” balas Asyraf. Aku hanya terdiam. “Patut ke kita biarkan dia terus berperangai macam tu?” kata aku. “Ini bukan pasal kita. Ini pasal semua.
Semua pelajar kelas pertama. Aku tahu ada yang tak suka dengan sikap dia.”
kata Asyraf. “Kita akan cakap tapi, lepas
kita pastikan dulu apa masalahnya.” balas aku. Asyraf hanya mendiamkan
diri.
“Lepas ni kedudukan meja tak payah tukar.
Ini tak selesa. Itu tak selesa. Aku malas nak fikir pasal korang dah.”
tegur Nik. Aku dan Asyraf memandang wajah masing-masing. Dah mula dah.
Melenting pula dia ni. Aku berkata dalam hati aku. Aku melihat wajah pelajar
lain. Zubaidah muka dia memang macam tak kisah pun. Malas nak layan. Aliah
Shamira. Wajahnya jelas kelihatan agak bengang. Arwidah seperti dijangka memang
tidak suka sebab dia dengan Nik selalu bergaduh. Fatihah, Ashikin dan Farhah
seperti tidak mengambil peduli dengan kata-kata Nik. Nilam masih lagi fokus
membaca buku. Syafiqah Ilyani dan Natasha nampak macam tenang tetapi sebenarnya
tidak. Amani dan Fatin juga seperti mengendahkan kata-kata Nik. Nadiah dan Ana
seperti tidak mendengar kata yang dilontarkan Nik tadi. Alwani dan Nabihah
sibuk bersembang. Asyraf hanya tersenyum sinis. Abdullah…tidur. Itulah reaksi
mereka apabila Nik mula melenting. Itu sajalah wajah yang ditunjukkan oleh
mereka. Aku dan Asyraf memutuskan untuk menanyakan soalan kepada setiap orang
daripada mereka. Kami ingin melihat reaksi dan jawapan mereka. Itu saja yang
penting.
Soalan
demi soalan telah ditanyakan kepada mereka. Ada yang selesa memberikan pendapat
mereka. Ada yang mendiamkan diri. Ada juga yang tidur. Abdullah. Hampeh.
Akhirnya, kami membuat keputusan untuk membicarakan tentang ini. Aku dan Asyraf
menunggu masa yang sesuai dalam membincangkan perkara ini.
Telefon
bimbit ku berbunyi menandakan mesej masuk. Nik Whatsapp aku. Aku pun membaca
mesejnya. Aku mula cuba untuk memahaminya memandangkan dia berada dalam keadaan
begitu. Tapi, mampu ke aku memahami dia? Aku tidak tahu. Tapi, aku tetap akan
cuba untuk memahami dia. Kisahnya membuatkan aku mula faham kenapa dengan
sikapnya. Aku tahu itu.
Nik tidak
hadir ke sekolah hari ini. “Aku rasa ini
masa yang sesuai untuk membicarakan hal ini.” kata Asyraf. Aku hanya
mengangguk. Asyraf pun terus maju ke hadapan lalu berkata, “Aku minta kerjasama semua, kita selesaikan perkara ini.” Mereka
yang sedang asyik bersembang terus mendiamkan diri. Mereka hanya fokus kepada
Asyraf. “Korang ok tak dengan sikap Nik?”
tanya Asyraf. Semua masih lagi mendiamkan diri. “Apa pendapat korang tentang Nik?” tanya Asyraf lagi. “Aku
benci dia.” tegas Arwidah. “Aku tak
suka dia.” kata Aliah Shamira. “Dia
suka menyampuk cakap orang.” kata Natasha. “Yang penting, dia annoying.” sambung Syafiqah Ilyani. “Ok lah. Dengan sikap dia tu, mengganggu tak
konsenterasi korang?” tanya Asyraf. “Aku
rasa tak ganggu pun. Itu dah sikap dia.” kata Zubaidah. “Sebenarnya dia tu nak perhatian kita je.
Sebab tu dia macam tu. So, sabar je lah dengan dia.” kata Natasha. “Jadi, perkara ni dah settle kan? Tak ada
dah rasa tak puas hati dengan dia kan? So, kita semua sabar je dengan sikap
dia. Harap dia sedar dengan sikap dia tu.” kata Asyraf. Aku memandang yang
lain. Ya, mereka masih lagi menyembunyikan sesuatu. Aku tidak pasti apakah itu.
Aku Cuma berharap sikap Nik boleh berubah dan tidak lagi timbul masalah
ketidakpuasan hati di antara pelajar kelas pertama.
KES 2
Ratini is back.
Dia pernah menjadi pelajar kelas pertama pada tahun yang lalu. Dia berpindah ke
sekolah yang lain atas sebab-sebab tertentu. Aku tak pasti kenapa dia boleh
kembali ke sekolah ini. Wajah cikgu Noridah agak tegang. Aku hanya buat tak
tahu tentang itu. “Saya tak suka orang
yang berbohong ni. Kamu buat apa dekat sekolah sana. Cikgu sana cakap kamu
datang sekali saja. Lepas tu tak datang dah.” jerit cikgu Noridah. Ratini
hanya diam tanpa berkata apa-apa. “Lagi
satu. Kamu kata lain dekat saya. Kamu kata assignment Pengajian Am kamu dah
buat separuh dekat saya. Tapi cikgu Soleha kata kamu cakap tak buat lagi
assignment Pengajian Am kamu. Mana satu betul?!” jerit cikgu Noridah. “Saya…say…saya…” Ratini tidak mampu
untuk berkata apa-apa. “Kamu jangan
bohong saya lagi. Saya ada bukti yang kamu tak datang sekolah sana sebulan.
Kamu langsung tak datang pun. Cikgu dekat sana dah cakap dengan saya dah. Tak
usah nak berbohong dengan saya.” jelas cikgu Noridah lagi. Kami semua hanya
diam tanpa berkata apa-apa. Aku hanya tidak mempedulikan kata-kata cikgu
Noridah sebaliknya hanya fokus kepada pembacaan ku. Dalam hati aku, lepas satu
masalah, satu lagi masalah timbul. “Lepas
ni, kita buat study group. Ok, bergerak sekarang dekat kumpulan masing-masing.
Ratini abaikan. Biar dia sorang-sorang dekat situ.” jelas cikgu Noridah.
Kami bergerak ke kumpulan masing-masing. Aku tidak tahu. Adakah aku perlu
berasa kasihan dengan Ratini ataupun tidak. Terdetik dalam hati aku, itu bukan
masalah aku. Dia dah buat masalah.So, itu masalah dia. Aku memutuskan tidak
ambil peduli tentangnya lagi.
Giliran
cikgu Soleha pula masuk ke dalam kelas. Reaksinya tidak berubah walaupun aku
tahu cikgu Soleha sedang marah. Cikgu Soleha masih lagi boleh bersabar dengan
hal itu. “Cikgu cuma boleh cakap dekat
kamu Ratini, kalau kamu betul-betul nak belajar, kamu kena berusaha. Dalam masa
yang singkat ni, cikgu tak boleh nak fokus dekat kamu saja. Yang lain kalau
boleh bantu Ratini. Ratini, minta tolong diorang, tapi kalau Ratini diam tak
nak minta tolong dekat kamu semua, kamu tak payah tolong Ratini.” jelas
Cikgu Soleha. Aku hanya mengangguk tanda setuju walaupun aku sebenarnya tidak
fokus dengan apa yang cikgu Soleha katakan tadi. LOL.
Kami
ditugaskan untuk berada dalam kumpulan masing-masing. Aku berada dalam kumpulan
yang sama dengan Arwidah, Syafiqah Ilyani dan Fatihah. “Wei, kesian tadi Ratini. Cikgu Noridah cakap direct je dekat dia
tadi.” kata Syafiqah Ilyani. “Memang la kesian tapi, yang aku tak pasti
betul ke apa yang dia cakap atau dia menipu je?” kata Arwidah. “Aku pun tak pasti. Aku dah agak dah akan
jadi macam ni kalau dia datang balik sekolah ni.” kata Syafiqah Ilyani. “Apa yang aku dengar dekat bilik guru,
Ratini tak pernah pergi sekolah sana pun sebulan. Dia cuma datang sekali je
waktu nak pendaftaran.” kata Arwidah. “Pendapat
aku lah, kalau dah susah sangat kan, berhenti je lah. Kalau aku jadi dia aku
berhenti sekolah je. Tak tahan aku dengar kata-kata cikgu Noridah tu.” kata
Syafiqah Ilyani. “Aku pun tak boleh nak
kata apa-apa, sebab aku tak tahu apa yang betul.” celah Fatihah. “Huh, kenapalah benda ni jadi hari ni.”
kata aku. “Kenapa Putera?” tanya
Fatihah. “Tak ada lah. Aku tak tahu nak
kesian kan dia atau pun nak buat tak peduli je. Aku tak boleh. Aku dah kenal
dia selama lima tahun. Tapi, adakah aku harus mempercayai dia dan terus
menyokong dia?” kata aku lagi. “Uih,
dah lima tahun kenal. Ada jodoh nih.” usik Syafiqah Ilyani sambil ketawa.
Aku nak ketawa tapi tak mampu apabila mendengar gurauan Syafiqah Ilyani tadi.
Aku hanya tersenyum. “Hem, memandangkan
kau dah kenal dia lama kan, aku cadangkan kau nasihat dia. Apa yang terbaik
buat dia.” kata Syafiqah Ilyani lagi. “Aku
setuju.” angguk Arwidah tanda setuju.
“Putera, petang ni nak study apa ya?”
tanya Ashikin. “Apa yang Shikin nak
study? Aku ikut je.” balas aku. “Kesian
kan dekat Ratini tadi.” celah Nadiah. Cerita ni lagi. Cerita ni tak akan
habis selagi kami tidak mengetahui kebenarannya. Aku mula teringat dengan kisah
lalu ku. Aku mula merasainya. Sekarang baru aku tahu apa yang mereka fikirkan
selagi kebenaran tentang diriku tidak terungkap. Walaupun kebenaran terungkap,
mereka tetap tidak ingin mempercayai kebenaran kerana mereka sudah terbiasa
dengan khabar angin. Aku mula mengasihani Ratini. Ya, aku pernah rasa apa yang
dia rasa dulu. “Putera.” panggil
Ashikin. Lamunan aku terhenti apabila terdengar panggilannya. “Kau fikir apa Putera? Termenung jauh
nampak.” kata Ashikin. “Oh, tak ada
apa-apa. Minta maaf la ya.” balas aku. “Wei,
Putera. Pintu ni nak hias macam mana eh?” tanya Nadiah yang dari tadi
membelek pintu kelas. “Nadiah nak buat
macam mana?” tanya aku kembali. “Aku
cadang nak buat bunga Dandelion dekat pintu ni.” kata Nadiah. “Aku rasa teruskan je lah dengan idea Nadiah
tu. Ok dah idea tu.” balas aku. Nadiah tersenyum.
Daripada
jauh kedengaran suara sedang memanggil-manggil nama aku dan Ashikin. “Putera! Shikin!” panggil Ana. “Ha, nak study apa ni?” tanya Ana. “Macam tak je. Tolong Nadiah hias kelas je
lah.” kata Ashikin. Aku dan Ana hanya mengangguk tanda setuju. Pengakhiran
cerita Ratini ialah dia berhenti sekolah.
KES 3
Keadaan
menjadi sangat tegang. Dalam masa dua minggu lagi sahaja, assignment perlu
dihantar. Semua pelajar kelas pertama mula menunjukkan sikap yang agresif dan
putus asa. Ditambah pula dengan keputusan Semester satu yang sudah diumumkan
minggu lalu. Mereka mula berputus asa. Dalam minggu ini juga guru yang mengajar
kelas pertama sentiasa bersikap dingin dengan kami semua. Tekanan di mana-mana.
Cikgu Soleha antara cikgu yang mula bersikap dingin. Ditambah pula dengan kes
Hema Priya.
Cikgu Soleha
melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah yang cukup tegang. “Hema, kamu kata dekat cikgu yang kamu pergi
medical check up hari tu.” kata cikgu Soleha dengan nada marah. Hema Priya
mendiamkan diri. “Ayah kamu ada datang
sekolah hari tu beritahu tentang sikap kamu. Lebih baik kamu mengaku. Kamu
sebenarnya tak pergi medical check up tapi kamu pergi dating dengan boyfriend
kamu. Betul tak?” marah cikgu Soleha. Hema menundukkan kepalanya. “Kamu tahu tak kamu dah tipu cikgu. Cikgu
marah dekat kamu sebab kamu dah tipu cikgu. Cikgu tak boleh terima orang tipu
cikgu.” jerit cikgu Soleha. Dalam hati aku, kenapa lah dia buat masalah
dekat sini. Sejujurnya aku sudah mengetahuinya tapi aku tidak ingin masuk
campur urusan orang lain. Dia sudah menimbulkan masalah. Jadi, pandai-pandai
lah dia settlekan. Tapi aku tak tahu pula akan jadi begini. Kalau lah aku
memberitahu hal yang sebenar kepada cikgu Soleha dan cikgu Noridah. Aku mula
rasa menyesal merahsiakan perkara ini daripada cikgu dan pelajar kelas pertama.
Selepas kejadian itu, aku hanya buat tak tahu sahaja tentang hal itu.
Kadang-kadang aku rasa macam aku sudah mengkhianati rakan-rakan ku dan cikgu ku
kerana aku tidak memberitahu hal yang sebenar. Aku cuma tidak ingin mengambil
kisah tentanng hal orang lain. Jadi aku buat keputusan untuk mendiamkan diri.
Selepas itu,
Hema Priya terus berpindah ke sekolah lain. Tidak sampai seminggu, Hema Priya
kembali ke sekolah ini. Alhamdulillah keadaan terus kembali seperti biasa.
Ketegangan semakin berkurangan.
KES 4
Hari ini
merupakan trial exam untuk mata pelajaran Pengajian Am. Tiada persiapan yang
dilakukan oleh aku. Belajar pun saat-saat akhir. Dalam fikiran aku, buat saja
lah. Asal berisi kertas soalan tu sudah. Peperiksaan bermula. Aku mencapai pen
itu lalu membuka kertas soalan. Mental breakdown. Aku menyerah. Aku tak tahu
soalan ni. Positif Putera, positive. Akhirnya aku menjawab soalan dengan agak
tenang. Walaupun aku risau, aku tetap menjawab soalan itu dengan yakin. Aku
menuju ke arah Farhah. Farhah mengajak aku untuk belajar bersama dengannya.
Kelihatan wajah Farhah agak lesu dan tidak bermaya. “Kau dah kenapa, Paah? Demam ke? Tadi elok je.” tanya aku. Farhah
mendiamkan diri. Dia menundukkan kepalanya. Aku diam lalu membuka buku
Pengajian Perniagaan. Aku tak nak tanya lagi lah. Aku terus fokus pada
pembacaan ku. “Paah rasa Paah gagal la
Pengajian Am. Paah salah media.” kata Farhah dengan nada sedih. “Tak gagal la Paah. Jangan fikir macam tu.
Be positive.” kata aku. “Paah tak
yakin boleh lulus. Gagal. Mesti gagal.” kata Farhah lagi. “Paah, rileks. Paah tak gagal. Kan ada
soalan struktur dengan soalan esei. Boleh lulus lah.” kata aku lagi. “Tapi soalan esei Paah jawab yang susah
punya.” kata Farhah. Farhah seperti ingin mengalirkan air matanya. Farhah
menekup mukanya. Aku ni bukan lah reti pujuk orang. Bukan tak reti, tak berapa
gemar nak pujuk memujuk ni. Disebabkan dia adalah sahabat aku, aku cuba untuk
membuatkan dia melupakan perkara itu. Akhirnya aku berhasil membuat Farhah
senyum kembali. Aku tak tahu macam mana aku buat tapi itulah hasilnya. Aku cuma
tak mahu melihat orang lain rasa sedih terutamanya rakan sekelas ku di kelas
pertama ini.
Ana menangis
selepas peperiksaan tamat. Aku cuma berfikir untuk tidak mengambil kisah
tentangnya. Dalam hati ingin memujuk tetapi biarkanlah dia menangis puas-puas.
Aku tak nak kacau. Aku terserempak dengan Ana di tepi dewan. “Is, Ana rasa Ana tak boleh teruskan lagi.
Ana nak berhenti.” kata Ana. Aku terdiam seketika. “Dah masuk semester dua. Kenapa baru terfikir nak berhenti? Kenapa tak teruskan
je?” tanya aku. “Ana tak boleh.
Tengok result semester satu Ana pun dah tahu. Ana tak boleh. Better Ana
berhenti.” kata Ana. “Apa yang Ana
nak buat bila dah berhenti nanti?” tanya aku. “Ana nak kerja. Ana nak tolong family Ana. Selama ni Ana hanya
menyusahkan family Ana je.” jawab Ana. “Ana
rasa dengan berhenti, Ana dapat tolong family Ana? Ana salah. Ana dah dapat
peluang ni. Ana dah dapat masuk kelas pertama. Kelas yang hanya mampu pewaris
utama sahaja yang boleh masuk. Ana dah jadi pewaris utama. Lagipun Ana dah
sampai ke peringkat ini. Kita sudah hampir dengan penghujungnya.” kata aku.
“Ana cuma tak nak disebabkan Ana, family
Ana tak boleh meneruskan kejayaan yang telah dikecapinya.” kata Ana kesal. “Hidup kita sentiasa akan ada cabaran. Itu
tidak dinafikan lagi. Setiap cabaran menguji kita sama ada kita kuat
menghadapinya atau tidak. Itu saja. Teruskan perjalanan Ana. Jangan berhenti
sekerat jalan. Jangan berpatah balik. Maju ke hadapan.” kata aku. “Terima kasih Is. Terima kasih sebab memberi
semangat dekat Ana. Insya Allah Ana boleh.” balas Ana. Aku hanya tersenyum.
Peperiksaan ditunda pada hari ini.
Nasib baik. “Putera, jom belajar dengan
Paah. Sejarah Paah lemah sangat.” ajak Farhah. “Ok. No problem.” jawab aku. Aku melihat sekeliling. Semua sedang
fokus dalam mata pelajaran sejarah. Aku tersenyum. Suasana ini membuatkan aku
lebih bersemangat untuk belajar. Ada juga rasa tercabar kerana pesaing ada di
mana-mana. Mampukah aku? Mampukah aku berada di atas? Mampukah aku mengatasi
mereka? Itu semua bergantung pada ku sendiri. Taktik apa yang patut aku gunakan
untuk menang. Senjata apa yang patut aku gunakan untuk tewaskan mereka. Aku
harus pilih. Pilihan di tangan aku.
Hari demi hari sudah berlalu. Dua
minggu lagi, peperiksaan sebenar akan bermula. Teknik menjawab dijalankan
sepanjang minggu ini. Agak tertekan tetapi apa kan daya, dah nak periksa. Tok!
Tok! Bunyi ketukan pintu kedengaran. “Masuk.”
kata ayah ku. Aku terus melangkahkan kaki ke dalam ruangan pejabat ayahku. “Duduk.” arah ayahku lagi. Aku terus
mengikut arahan ayahku. “Ada apa ayah
panggil Is?” tanya aku. Ayah ku memandang wajahku lama. “Ayah nak kamu kembali ke Manchester.
Sambung pelajaran kamu di sana.” kata ayah aku. “Apa yang ayah cakap ni? Kenapa? Is tak nak kembali dekat Manchester.
Dua tahun Is dekat sana, Is tak nak pergi sana balik.” kata aku. “Ikut saja apa yang ayah suruh.” tegas
ayah ku. Aku hanya terdiam sahaja. “Sekurang-kurangnya
tolong berikan alasan yang kukuh kenapa Is kena pergi sana balik?” kata aku.
Ayah ku bangun dari tempat duduknya. Ayah ku melihat ke luar tingkap
pejabatnya. “Itu kehendak ayah. Ayah nak
kamu pergi sana. Itu saja sebabnya.” kata ayah ku. Aku hanya mendiamkan
diri. Aku memandang wajah ayah ku. “Baiklah.
Is ikut cakap ayah. Is pergi.” kata aku. Ayah ku memandang wajah ku. “Bagus.” kata ayah ku. Ayah ku mencapai
surat di atas mejanya. “Nah.” kata
ayah ku sambil menghulurkan surat itu kepada ku. Aku terus membaca isi
kandungan surat itu. “Itu adalah surat
penyerahan untuk kamu sebagai pewaris utama syarikat ini. Kamu dah menerima
surat itu. Turunkan tandatangan di situ.” kata ayah ku. “Tapi kenapa syarat-syarat menjadi pewaris
utama macam ni?” kata aku. “Ikut saja
syarat itu. Lagipun, kamu dah setuju untuk pergi ke Manchester.” kata ayah
ku. “10 tahun. Is kena menetap dekat sana
selama 10 tahun. Kenapa perlu 10 tahun?” kata aku. “Itu saja untuk hari ini. Keputusan telah dibuat. Ayah ada kerja. Kamu
boleh pulang sekarang.” kata ayah ku. “Baik.
Is pergi dulu.” kata aku. Aku tidak melawan. Aku terus melangkahkan kaki
pergi dari ruangan pejabat ayah ku itu.
Aku membelek surat itu. Aku masih
lagi tidak menurunkan tandatangan di situ. Aku tak sanggup. Aku berhajat untuk
berbincang dengan ayah ku lagi. Kedengaran bunyi kereta dari luar rumah. Ayah
ku sudah pulang. Aku menunggu masa yang sesuai untuk berbincang dengannya.
Tepat pukul 10.00 malam, aku menuju
ke bilik ayah ku. “Assalamualaikum ayah.
Ayah dah tidur ke?” tanya aku. “Masuklah.”
arah ayahku. “Ayah, Is nak bincang pasal
pagi tadi.” kata aku. “Dah
tandatangan ke surat tu? Kalau dah, bagi dekat ayah.” kata ayah ku. “Is tak nak pergi, ayah.” jelas aku.
Ayah ku terdiam. Jelas terpancar di wajahnya, penuh dengan kekesalan. “Is tetap dengan keputusan ni. Is tak nak
pergi. Maafkan Is, ayah.” kata aku.
“Baiklah. Lupakan pasal menjadi pewaris
utama. Kamu sudah terlepas peluang itu.” kata ayah ku. “Is tak kisah kalau tak dapat jadi pewaris utama tu. Is memang tak
layak.” kata aku. “Tapi, kamu tetap
akan pergi ke Manchester. Itu bukan pilihan. Itu arahan.” kata ayah ku. Aku
berasa amat kesal. “Kamu sudah memilih
untuk tidak menjadi pewaris utama. Tapi, kamu tak boleh memilih sama ada kamu
nak kekal di sini atau pergi dari sini.” kata ayah ku. “Kenapa, ayah? Kenapa?!” tanya aku. “Bagi ayah, keselamatan kamu lebih penting.” kata ayah ku. Ayah ku
pun terus berlalu pergi keluar dari biliknya itu. Aku hanya mengeluh.
Peperiksaan semester dua telah
bermula. Aku masih lagi dibuai dengan perkara itu. Aku kena pergi ke Manchester
setelah selesai semester dua. Aku memandang wajah rakan-rakan sekelas ku. Apa
aku mampu untuk melupakan setiap kenangan aku dengan mereka. Aku tidak tahu.
Kenapa harus aku pergi. Mengingatkan kembali kata-kata ayah ku itu, itu bukan
pilihan, tapi arahan. Aku tiada peluang untuk kekal di sini. Aku tak boleh
begini. Fokus. Aku terus menuju ke arah dewan peperiksaan. Aku harap, hari ku
akan menjadi lebih baik selepas ini.
Satu lagi perkara yang timbul di
fikiran ku. Aku harus pergi ke Manchester, demi keselamatan aku? Apakah
maksudnya. Aku tidak tahu. Pening kepala aku.
Aku sudah berada di lapangan
terbang. Tetapi kaki ku tidak mampu untuk bergerak. Aku tak sanggup. Masanya
semakin hampir. Walaupun berat hati ini untuk pergi, aku cuba untuk menguatkan
diri ini melangkah pergi dari sini. Aku tetap akan mencari tahu. Kenapa
keselamatan aku menjadi penyebab utama untuk pergi ke Manchester. Apakah rahsia
di sebaliknya?
Comments
Post a Comment