JUST 18 : THE BEGINNING
TAJUK : JUST 18 : JUST
BEGINNING
GENRE : DRAMA / KOMEDI /
MISTERI
Zaman persekolahan adalah satu perkara yang mungkin tidak
akan dapat dilupakan. Disinilah memori indah dan pahit tercipta. Pernah aku
terfikir, kenapa perlu lalui hari-hari indah dan pahit di sekolah. Aku sedar
bahawa pengalaman ini dapat mematangkan kita. Itulah sekolah. Aku Putera. Kini,
aku merupakan pelajar tingkatan enam. Apabila mengingat kembali masa lalu, aku
tersenyum. Ketika itu aku masih lagi berumur 16 tahun. Sepanjang dua tahun aku
berada di dalam kelas 4LK, aku sentiasa merungut dan lebih suka untuk
menyendiri. Situasi ini menyedarkan aku untuk menjadi lebih matang.
Aku kebosanan. Aku membelek telefon pintar ku. Telefon
aku berdering. Mesej masuk. “Putera, esok
datang SMKAB. Aku masuk form 6.” mesej daripada rakan ku, Akim. Aku
mengeluh. Aku masih ingin bercuti. Lagipun, aku tidak ada hati untuk kembali di
sekolah itu. Sudah lima tahun aku bersekolah di situ. Aku tak mahu. Bila
memikirkan kembali, lebih baik aku pergi sahaja dulu. Daripada duduk rumah
macam orang gelandangan. Aku membuat keputusan untuk pergi.
Tak ada apa pun yang berubah. Aku melihat sekeliling. “Putera!” jauh kedengaran seseorang
memanggil namaku. Akim dan Ikmar sudah sampai. “Korang ni nak daftar tingkatan enam ke atau nak berkelah.” aku
memerli rakanku. “Kau tak cakap pun kena
pakai baju kemeja. Aku pakai je lah apa-apa.” balas Akim. “Lagi satu, korang memang confirm ke nak
daftar tingkatan enam ni?” aku bertanya. “Ya. Kami dah fikir masak-masak. Kami nak masuk form 6.” kata
Ikmar. “Jangan risau Putera. Kita dah
janji nak sambung belajar sama-sama kan. Kita bertiga berpisah tiada.”
tambah Akim. Aku membalas kata-kat mereka dengan senyuman. Aku berasa senang
hati dengan kata-kata mereka.
Sembang!!! Mulut kata lain, hati kata lain. Aku berasa
tidak berpuas hati dengan sikap rakan ku. Aku ditinggalkan seorang diri di
sini. Mereka memutuskan untuk menyambung pelajaran di tempat lain. Akim memilih
untuk belajar di Consist College, Kuala Lumpur manakala Ikmar memilih UTM
sebagai tempat belajarnya. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Aku tak sanggup
lagi. Aku nak keluar daripada dewan ini. Aku nak balik. Lamunan aku terhenti
seketika. Cikgu Azzaha memanggil aku untuk tampil ke hadapan. Kenapa aku? Nak
luruh jantung aku dibuatnya. Aku pun melangkah ke hadapan. Cikgu Azzaha
menghulurkan mikrofon kepada ku. “Tolong
cikgu. Nama kamu?” kata Cikgu Azzaha. “Putera.”
aku menjawab. “Dari sekolah mana?”
tanya Cikgu Azzaha lagi. “Ahmad
Boestamam.” aku menjawab. “Bekas
pelajar sekolah ini rupanya. Kenapa cikgu tak pernah nampak kamu?” tanya
Cikgu Azzaha lagi. “Halimunan, Cikgu.”
jawab aku. Cikgu Azzaha tergelak kecil. “Sejak
bila sekolah Ahmad Boestamam jadi sekolah X-Men.” balas Cikgu Azzaha sambil
tersenyum. Aku hanya tersenyum. Aku pun tak menyangka akan memberikan jawapan Halimunan kepada cikgu. Gugup punya
pasal. Merepek la jawabnya. “Tegur
pelajar perempuan untuk membetulkan kerusi dan meja mereka.” arah Cikgu
Azzaha. Aku memandang ke hadapan. Aku tidak mempunyai keyakinan untuk menegur
pelajar perempuan. Tetapi, itu adalah arahan Cikgu Azzaha. Aku terus
melaksanakan arahan itu.
Apabila memikirkan kembali kejadian tadi, itulah pertama
kalinya aku mula berinteraksi dengan pelajar perempuan secara berhadapan.
Sebelum ini, aku hanyalah tunggul yang tidak mampu untuk mengeluarkan suara
dihadapan perempuan. Aku kelu. Sejak kejadian itu, aku mula berasa tenang dan
bebas. Sikap sebenar aku mula terserlah hari demi hari sejak aku mula
melangkahkan kaki ke alam tingkatan enam. Aku mula mengenali diri aku sendiri.
Pembahagian kelas telah bermula. Bahasa Melayu dan
Sejarah menjadi pilihan aku. 6R1 adalah kelas pilihan ku. Aku melihat
sekeliling. Banyak wajah baru di dalam kelas ini. Aku harap aku dapat
menyesuaikan diri di dalam kelas ini.
Mesti kamu semua berfikir cerita ini akan terus begini.
Klise. Apa kata aku buat pembaharuan dengan sedikit penambahan cerita rekaan.
Bermulanya kisah aku dan rakan-rakan aku di dalam sebuah sekolah elit di
Malaysia. Hanya pelajar kaya sahaja yang boleh mendaftar di sekolah ini.
Sekolah Menengah Tinggi King Edmund. Aku merupakan pelajar pertukaran dari Manchester,
United Kingdom. Aku dipindahkan ke sekolah ini kerana keinginan ayah aku. Aku
ditempatkan di kelas pertama. Kelas ini hanya untuk pelajar yang berstatus
pewaris utama dalam syarikat korporat di Malaysia. Senang cerita mereka semua
merupakan anak kepada ahli perniagaan yang berjaya.
Aiman Asyraf. Beliau adalah anak kepada Pengerusi
Syarikat NAVI Sdn.Bhd. Merupakan pewaris utama syarikat tersebut. Aliah
Shamira. Pewaris utama Syarikat FELCRA dan pemilik tanah utama di Felcra.
Fatihah Rozman pula anak kepada naib presiden Syarikat FELCRA. Abdullah Omar.
Kekayaannya melebihi segalanya. Walaupun masih muda, tetapi telah mempunyai
empat buah cawangan restoran di Sandakan, Sabah. Siti Zubaidah. Anak kepada Ketua
Polis Negara. Kekayaannya juga setanding dengan Abdullah. Zubaidah mempunyai perniagaan
sendiri di usia muda iaitu perniagaan barang-barang kosmetik dan kolagen.
Perniagaannya berjalan dengan lancar dan cukup terkenal di Asia. Alwani Zafirah
merupakan pewaris utama Syarikat Khairul & Co. Syarikat ini merupakan
syarikat terbesar di Perak. Nadiah Musaddeq pula merupakan puteri tunggal dan
satu-satunya pewaris utama untuk sebuah restoran yang terbesar di Asia
Tenggara.
Nurul Farhah. Pewaris utama Syarikat Cologne Beauty
Enterprise. Beliau juga merupakan model terkenal di Malaysia. Sering muncul di
kaca televisyen menjadi duta untuk produk yang dihasilkan oleh syarikat itu.
Nik Zulhimi pula seorang pewaris yang dikenali ramai. Genap umurnya 20 tahun,
dia akan memiliki saham terbesar dan menjadi pemilik untuk King Hotel. Fatin
Amira. Merupakan pewaris dan pemegang saham terbesar di syarikatnya. Dia sedang
mengusahakan sebuah yayasan kanak-kanak terbesar di Perak. Arwidah pula pewaris
utama sebuah stesen TV Media Prima di Malaysia. Merupakan rakan kongsi Abdullah
dalam membantu mengkomersialkan restoran kepunyaan Abdullah. Ashikin Mohd Zan
pula merupakan anak kepada Ketua Pendakwa Umum. Ashikin juga terkenal kerana
bapanya merupakan seorang yang hebat dalam bidang politik. Amani Izzati
merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara. Seorang yang mengikut peraturan dan
pewaris utama. Elmi Farhana pula merupakan pewaris utama sebuah Syarikat baharu
yang kian meningkat naik. Boleh dikatakan sebagai Orang Kaya Baru (OKB). Dia
juga semakin terkenal kerana sikap ramahnya.
Syafiqah Ilyani pewaris utama Genesis Hospital. Ayahnya
merupakan Ketua Pengarah Genesis Hospital dan seorang doktor yang berkebolehan.
Ayahnya pernah mengambil bahagian dalam satu pembedahan besar iaitu pembedahan
ke atas Perdana Menteri. Kejayaannya dalam pembedahan tersebut telah menaikkan
nama ayahnya dan Syafiqah sendiri. Natasha Azam merupakan pewaris utama dan
anak kepada Ketua Menteri. Ayahnya telah membuka Sekolah Menengah Tinggi King
Edmund sendiri. Hema Priya anak kepada pemilik Syarikat perlandangan di Perak.
Nabihah Athirah merupakan anak Pengarah Syarikat Automotif Berhad. Beliau
sentiasa membekalkan kenderaan import kepada semua syarikat besar di Malaysia.
Akhir sekali, Nilam Kencana, kakak aku sendiri yang merupakan pesaing dalam
perebutan saham terbesar Syarikat Harmaini Holdings. Aku dan Nilam sentiasa
bersaing untuk menjadi yang terbaik supaya saham dan syarikat menjadi milik
kami.
Aku melihat suasana di dalam kelas ku. Ya, semuanya
memang anak orang kaya. Tangan dihulurkan Asyraf kepada ku. “Selamat datang ke sekolah ini.” ucap
Asyraf. Aku pun menyambut tangannya dan bersalaman dengannya. “Terima kasih.” balas aku. Guru mula
melangkah masuk ke dalam kelas. Cikgu Noridah. Guru yang mengajar subjek World
History. “Selamat kembali ke sekolah
semua. Saya tahu kamu semua mesti tak akan belajar subjek saya waktu cuti
sekolah yang lepas. Semua sibuk dengan perniagaan masing-masing kan.
Terutamanya Farhah. Bila saya buka TV je, mesti ada muka kamu.” kata Cikgu
Noridah dengan nada menyindir. Farhah tergelak kecil. “Jadi, hari ini saya nak buat kuiz mengejut tentang World History.” kata
Cikgu Noridah sambil bercekak pinggang. “Cikgu!!!”
semua pelajar mengeluh. “Kami nak
jawab apa cikgu. Satu perkataan pun belum tentu dapat ditulis dalam kertas tu.”
kata Asyraf. “Tak kira. Semua kena
jawab juga kuiz ni.” balas Cikgu Noridah. Aku tak kisah dengan kuiz
tersebut. Aku tersenyum. Aku bukan boleh jawab pun soalan kuiz tu. Cikgu
Noridah memandang tepat ke arah ku. “Kamu
pelajar baru. Kamu adiknya Nilam kan?” tanya Cikgu Noridah. “Ya, saya.” jawab aku. “Kau, pernah bersekolah dekat sini kan? Aku
rasa aku pernah tengok kau.” kata Aliah Shamira. Aku hanya memberikan
senyuman kepadanya. “Aku dengar kau hanya
lah anak kepada Presiden Harmaini Holdings. Kau bukannya pewaris utama. Macam
mana kau boleh masuk dalam kelas ni?” tanya Nik dengan nada sinis. Aku
hanya mendiamkan diri. “Dah, kita nak
belajar pasal Sejarah Dunia bukannya Sejarah dia. Dah, memandangkan kamu tak
nak jawab soalan kuiz, kita buka buku muka surat 45.” balas Cikgu Noridah.
Aku menuju ke loker lalu membukanya. Dah lama aku tak
buka loker ni. Barang-barang aku pun masih ada lagi dalam ni. Tiba-tiba
Abdullah dan Asyraf menerpa dari belakang ku. “Putera. Sorang-sorang pula kau dekat sini.” kata Abdullah. “Jadi loker tidak bertuan ni milik kau
rupanya.” kata Asyraf. Aku hanya tersenyum. “Yang tadi tu, Nik. Dia memang macam tu sikit. Dia jenis cakap terus
terang. Kadang-kadang kata-kata dia tu boleh buat kita sakit hati. Sabar je lah
dengan dia.” kata Asyraf. “Aku tak
peduli pun dengan kata-kata dia. Aku ok je. Tak ada pun rasa tak puas hati.”
balas aku. “Putera, Nilam tu kakak kau
kan? Kau boleh tolong aku tak?” tanya Abdullah. “Tolong?” balas aku. “Aku
rasa aku dah jatuh cinta dekat Nilam lah. Aku serius ni. Siang malam aku asyik
memikirkan dia sampai terbawa-bawa mimpi tau. Kalau boleh tolong aku. Aku nak
rapat dengan dia boleh?” kata Abdullah. Asyraf menepuk belakang kepala
Abdullah. “Kenapa dengan kau ni?”
tanya Abdullah kesakitan. “Dah sedar?
Jiwang je kau ni.” balas Asyraf. Aku hanya tersenyum lalu berlalu pergi
dari situ. Asyraf mengikuti ku dari belakang. “Wei, tunggu lah. Aku tak habis cakap lagi ni.” jerit Abdullah.
Seminggu sudah berlalu. Aku sudah mula menyesuaikan diri
bersama dengan rakan sekelas ku yang lain. Asyraf dan Abdullah yang sentiasa
menjadi teman aku. Aku melihat sekeliling. Farhah dan Ana sedang asyik
menangkap gambar sendiri di belakang kelas. Dalam isitilah lain “Selfie.” Ashikin dan Fatihah asyik
bergaduh saja. Lepas tu, berbaik balik.
Suara Alwani masih lagi kedengaran di telinga ku. Setiap kata-kata yang
diucapkannya seperti tiada penghujungnya. Keasyikan aku melihat gelagat pelajar
dalam kelas ini terganggu. Aliah Shamira muncul di hadapan ku sambil memandang
aku. Kenapa dengan dia ni? Ada apa dekat muka aku. “Ya! Aku ingat kau. Kau kawannya Aqil kan? Akhirnya aku dapat cam muka
kau.” kata Aliah Shamira sambil tersenyum. Aqil adalah anak seorang jutawan
di Malaysia. Aqil juga pernah menjadi kawan baik aku. “Putera, kau kenal Aqil?” tanya Natasha. “Ya, aku kenal dia.” jawab aku. “Kau!
Kisah kau dalam sekolah ni semua orang tahu. Jadi, betul lah apa yang jadi
waktu tu kan?” tanya Arwidah. “Aku
rasa khabar angin tu memang betul.” sampuk Nik. Aku terus memandang ke arah
Nik. “Kau hilang hak kau sebagai pewaris
utama disebabkan kejadian itu kan?” balas Nik lagi. Aku berdiri. “Aku rasa kau tak ada hak untuk tahu pasal
kehidupan peribadi aku.” kata aku. Asyraf datang menghampiri aku dan Nik. “Perbualan dah tamat. Putera, jom rehat.”
kata Asyraf. “Jom, Putera. Aku lapar ni.”
balas Abdullah. Aku pun melangkah keluar dari kelas itu diikuti Asyraf dan
Abdullah.
Natasha datang menghampiri aku. “Putera. Aku nak tanya kau sikit boleh?” tanya Natasha. “Kalau pasal kau nak korek rahsia aku, lebih
baik tak payah tanya.” balas aku. Natasha terdiam. Natasha seperti sedang
mencapai sesuatu dari poket kirinya. “Nah.”
kata Natasha. Keratan akhbar tentang kes
yang terjadi dua tahun yang lalu ditunjukkan kepada ku. “Tolong. Aku Cuma nak tahu perkara sebenar
saja. Aku janji lepas ni aku tak akan ganggu kau.” rayu Natasha. “Kalau aku cerita kebenaran, mereka tak akan
pernah peduli. Sebab, kebenaran hanya boleh diluahkan oleh orang yang mulia
sahaja. Orang macam aku, tak akan ada peluang untuk menceritakan tentang
kebenaran.” balas aku. Aku terus bangun dari tempat duduk ku lalu beredar
dari situ.
“Ana kenal Putera
kan?” tanya Farhah. “Ya, Ana kenal.
Kenapa?” balas Ana. “Sejak dia
kembali ke sekolah ni kan, Paah asyik terdengar je pasal khabar angin tu.
Mula-mula malas nak ambil tahu, tapi dah lama-lama terasa nak tahu juga.”
kata Farhah. “Ana rasa lebih baik tak
payah tahu la Paah. Lagipun itu cerita dua tahun yang lalu. Tak ada apa yang
boleh diceritakan lagi.” balas Ana. “Ana!
Tolong lah. Nak tahu juga.” rayu Farhah. “Wei, lapar lah. Jom pergi kantin. Dah lama tak makan bihun sup.” ajak
Ana. “Jom.” balas Farhah yang terus
melupakan perbualan tadi.
“Kalau
melihat dari sudut lain, analisis SWOT boleh juga dikaitkan dengan diri kita
sendiri selain daripada perniagaan.” jelas Cikgu Raja Iskandar. Kring!!!
Loceng sudah berbunyi menandakan waktu pulang. “Cikgu Raja.” panggil aku. “Putera.
Tak balik lagi? Ada apa?” balas Cikgu Raja Iskandar.
Di sebuah restoran
berdekatan aku dan Cikgu Raja Iskandar berbual. “Saya nak minta tolong cikgu supaya pujuk ayah saya untuk hantar
kembali saya ke Manchester.” jelas aku. “Kenapa
tiba-tiba ni? Kamu kan baru saja mulakan persekolahan di sini seminggu yang
lalu. Lagipun, ini adalah tempat kamu mula-mula dididik sebagai pelajar.”
kata Cikgu Raja Iskandar. “Saya tak nak
berada di sini lagi. Saya ingatkan khabar angin tu sudah pun terkubur tetapi
sebaliknya…khabar angin ini masih berterusan.” balas aku. “Jadi, kamu membuat keputusan untuk lari
daripada masalah ini? Ini bukan Putera yang cikgu kenal.” balas Cikgu Raja
Iskandar. Aku menundukkan pandangan ku. “Kuat
kan semangat. Ingat, bukan kamu sahaja yang mempunyai masalah. Orang lain juga
ada masalah. Malahan lagi teruk daripada masalah kamu. Jadilah Putera yang
dulu. Cikgu minta diri dulu.” balas Cikgu Raja Iskandar lalu melangkah
pergi dari situ.
Abdullah tersenyum sendirian. “Woi, kau tengok apalah?” tanya Asyraf. “Hem, indahnya dunia ini. Aku adalah insan yang bertuah sebab dapat
melihat keindahan ciptaan tuhan ini secara berhadapan. Jarang dapat pemandangan
begini.” jelas Abdullah. Asyraf memandang ke arah pandangan Abdullah. “Pandang Nilam rupanya.” bisik Asyraf.
Asyraf mula menghayunkan tangannya lalu menampar wajah Abdullah. “Aduh!!! Sakit la!!!” jerit Abdullah. “Dah sedar dah dari lamunan mimpi indah kau
tu.” perli Asyraf. “Nasib baik Asyraf
yang tampar. Kalau dapat dekat aku tadi, hilang pipi kau.” perli Syafiqah
Ilyani. Asyraf tergelak. “Asyraf, sini
sekejap. Ada benda aku nak tanya dekat kau.” kata Syafiqah Ilyani. “Apa dia?” balas Asyraf. “Pasal Putera.” kata Syafiqah Ilyani.
“Kau tahu apa-apa
pasal Putera?” tanya Syafiqah Ilyani. “Kalau
kau nak tahu pasal Putera, kau tanya lah dia terus. Kenapa lah kau tanya aku.”
balas Asyraf. “Ala kau ni. Kau kan rapat
dengan dia. Mesti kau tahu punya pasal dia.” balas Amani. “Sudah-sudah la tu. Mind your own business
ok. Aku nak pergi. Bye.” kata Asyraf. “Wei,
Asyraf. Tunggu dulu.” kata Syafiqah Ilyani. Asyraf tidak mengendahkan
kata-kata mereka lalu pergi dari situ.
Asyraf berhenti seketika. Terdetik dalam hatinya ingin mengetahui rahsia
sebenar Putera. Asyraf mula mengambil langkah untuk menyiasat apa yang
sebenarnya telah terjadi.
Aku duduk bersendirian di E-Info. Melihat kiri dan kanan,
tiada siapapun yang berada di situ. Aku fokus kembali kepada apa yang aku
kerjakan tadi.Tiba-tiba, Ana dan Farhah muncul di hadapan ku. “Putera! Sorang je?” kata Farhah. Ana
hanya tersenyum. Aku tidak membalas pertanyaan tadi. “Aku tak ada masa nak terangkan pasal kisah silam aku.” kata aku. “Kami pun tak nak cakap pasal tu pun.”
kata Farhah. Ana masih lagi mendiamkan diri. “Baguslah kalau macam tu.” balas aku. “Rajin nya kau study. Lepas ni boleh lah ajar aku kan.” kata Farhah
lagi. Aku mendiamkan diri lagi. Farhah melihat ke arah ku lalu melihat ke arah
Ana. “Wei, say something! Takkan aku
sorang je yang cakap dekat sini.” kata Farhah lagi. “Is, lama tak jumpa.” akhirnya Ana bersuara. Aku hanya fokus kepada
pembelajaran ku tanpa mengendahkan kata Ana tadi. “Ana, minta maaf.” ucap Ana. Aku terdiam seketika. “Ana harap Is dapat maafkan Ana.” kata
Ana lagi. Farhah memandang pelik terhadap reaksi aku dan Ana. “Jom Paah. Ana nak balik ni.” ajak Ana. “Ok.” balas Farhah. Mereka pun akhirnya
melangkah pergi dari situ. Aku tidak memandang ke arah mereka walalupun sesaat.
Aku masih lagi merasakan bahawa diri ini tidak berguna.
Hari ini, program untuk para pelajar diadakan di King
Hotel. Program ini diadakan khas untuk semua pelajar Sekolah Menengah Tinggi
King Edmund. “Wah, nyaman nya suasana
disini.” kata Alwani. “Kan, macam
dekat overseas pulak.” balas Fatin. “Untung
lah. Boyfriend kau punya hotel kan.” usik Alwani. “Nik! Boyfriend aku! tolong sikit.” kata Fatin. “Saja mengusik.” balas Alwani. “Wani, jom ke sana. Dekat pantai tu. Dekat
sana macam best je.” celah Nabihah. Alwani dan Fatin pun terus menuju ke
pantai bersama Nabihah. Aku, Asyraf dan Abdullah duduk di kawasan kolam renang.
Kami menikmati udara nyaman sambil minum kopi. Nik hadir dan bergabung dengan
kami semua. “Macam mana, best tak?”
tanya Nik. “Terbaik lah Nik. Ini tempat
terbaik untuk tenangkan fikiran.” kata Abdullah. “Baguslah kalau macam tu.” balas Nik. “Putera, kau ok?” tanya Nik lagi. “Aku ok. Tak ada masalah.” balas aku. Asyraf hanya mendiamkan diri.
Dia tidak berani untuk berkata apa-apa. Dia cuma ingin mendengar perbualan
mereka. “Kalau kau stres, aku cadangkan
kau pergilah dekat kolam renang sana.” kata Nik sambil tersenyum. Aku
terdiam seketika. Tiba-tiba aku berasa tidak berpuas hati dengan kata-kata Nik
tadi. Asyraf mengesyaki sesuatu. “Apa
yang kau tahu?” tanya aku. “Aku tahu
semuanya.” balas Nik. “Aku rasa lebih
baik kau pergi dari sini.” kata aku. “Kenapa?
takut rahsia terbongkar dekat depan diorang semua.” kata Nik. “Mula-mula aku rasa cerita tu palsu. Tapi,
sekarang aku yakin bahawa cerita itu adalah benar.” kata Nik lagi. Asyraf
masih lagi mendiamkan diri melihat reaksi aku dan Nik. “Kau, tak tahu cerita sebenar. Jadi, jangan masuk campur urusan aku.” kata
aku. “Cerita benar atau cerita fantasi,
yang mana kau rasa akan menarik perhatian orang ramai?” tanya Nik. “Di antara drama dan aksi, yang mana pilihan
genre yang disukai penonton?” tanya Nik lagi. “Jawapannya, jelas lagi bersuluh, cerita fantasi dan aksi. Itu yang
paling disukai ramai. Mereka tak suka dengan fakta, tapi mereka suka dengan
mitos. Sama lah macam kisah kau ni. Walaupun kebenaran dah terungkap, orang
ramai masih lagi mempercayai mitos daripada fakta.” kata Nik. Aku berdiri
lalu menumbuk wajah Nik. Asyraf tidak menghentikan aku. Dia hanya duduk terdiam
disitu. Abdullah cuba untuk meleraikan pergaduhan tetapi dia tidak mampu. Aku
dan Nik berbalas tumbukan di kawasan kolam renang. Abdullah meminta pertolongan
orang lain. Akhirnya, Asyraf mengambil tindakan dengan menjatuhkan diri ke
dalam kolam renang. Aku terkejut dengan perbuatannya itu. Aku berhenti bergaduh
dengan Nik lalu cuba untuk menyelamatkan Asyraf. Tapi sayangnya, aku tidak
mampu berbuat begitu. Aku teringat dengan kisah lalu ku.
Dua tahun yang lalu…
Aku dan Aqil berkawan
rapat. Aku dan dia sentiasa bersama. Di sebuah hotel, kami dan rakan-rakan yang
lain menghabiskan waktu di situ. Tiba-tiba, aku bergaduh dengan seorang lagi
rakan aku disebabkan salah faham. Aqil cuba untuk meleraikan pergaduhan itu lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Aqil
terjatuh disebabkan aku. Aku tidak sengaja menolak Aqil ke dalam kolam renang.
Aku tidak berbuat apa-apa dan hanya melihat sahaja. Aqil hampir sahaja mati di
situ tetapi salah seorang rakan aku telah menyelamatkan dia. Aqil dibawa ke
hospital. Aku hadirkan diri aku di hospital untuk menemui Aqil, tetapi aku
tidak berbuat begitu. Aku terus pergi dari situ tanpa berjumpa dengan Aqil. Di
sekolah, khabar angin mengatakan aku sengaja menolak Aqil ke dalam kolam renang
dan membiarkan Aqil lemas. Setelah kejadian itu berlaku, ramai yang memandang
hina diri aku ini. Ayah ku menasihati aku supaya pergi menyambung pelajaran ke
Manchester. Aku dihantar ke sana. Selepas aku pergi, pelajar di sekolah berkata
aku cuba untuk melarikan diri daripada masalah yang telah aku timbulkan.
Akhirnya, ayah aku menarik balik hak pewaris utama Syarikat Harmaini Holdings
daripada aku dan memberikannya kepada kakak aku, Nilam. Selepas dua tahun,
kebenaran telah diungkapkan tetapi mereka masih lagi mempercayai khabar angin
daripada kebenaran.
Aku terus terjun ke dalam kolam renang dan melupakan
semua yang pernah terjadi kepada diriku. Aku terus memegang erat Asyraf dan
menyelamatkannya daripada mati lemas. Aku berjaya menyelamatkan Asyraf. Asyraf
tersenyum. “Kau boleh senyum lagi dalam
situasi macam ni.” kata aku. “Maafkan
aku. Aku rasa ini je caranya untuk bebaskan kau daripada masalah lampau kau
tu.” balas Asyraf. “Asyraf minta
tolong aku buat macam ni dekat kau.” celah Nik. Aku terdiam seketika. Aku
tersenyum. Akhirnya aku sedar apa yang telah berlaku tadi. “Dollah pun terlibat sama ke?” tanya aku sambil memandang Abdullah.
“Dia hanya akan merosakkan plan kita
orang je kalau dia join.” kata Asyraf. “Aku
punyalah risau, korang buat aku macam ni. Huh, korang ni. Lepas ni tak nak
tolong dah.” kata Abdullah. Kami ketawa besar. Akhirnya, aku sedar. Apa
yang telah berlaku dua tahun lalu ialah dugaan bagi ku. Jadi, lihatlah
kebelakang dengan penuh kepuasan dan pandanglah ke hadapan dengan penuh
keyakinan.
“Is, Ana nak cakap
sikit boleh?” tanya Ana. “Hem, apa
dia?” kata aku. “Ana nak minta maaf
kalau…” tidak sempat Ana menghabiskan ayatnya, aku mencelah. “Is tak salahkan Ana. Is tak pernah salahkan
Ana. Jadi, jangan minta maaf dengan Is sebab Ana tak pernah buat salah dengan
Is. Itu cuma salah faham.” kata aku. “Tapi,
Ana rasa bersalah sangat.” kata Ana. “Ana
tak patut salahkan Is tanpa mengetahui perkara yang sebenar dua tahun lalu.”
tambah Ana. “Benda dah lepas. Jadikan
perkara lalu sebagai pengajaran untuk kita.” balas aku. Ana tersenyum. Aku
membalas senyumannya kembali.
Hari ini adalah hari penting buat kami semua. Peperiksaan besar telah
bermula. Semester 1 adalah perkara yang paling kami takuti. Aku hanya berserah
kepada takdir. Apa yang telah aku usahakan selama ini aku harap berbaloi.
Selangkah untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Akhirnya, peperiksaan telah
bermula.
Kisah ini tidak berhenti di sini. Semester 2 akan lebih mencabar buat
diriku dan rakan sekelas ku.
<AKAN BERSAMBUNG>
Comments
Post a Comment