MONSTER (PART 1)
TAJUK : MONSTER
GENRE : MISTERI / DRAMA
Aku tidak
sepatutnya menyimpan perasaan kepada dia. Aku tidak sepatutnya membiarkan diri
ku memasuki dunia dia. Ini tidak sepatutnya terjadi. Aku dan dia tak mungkin
dapat bersama kerana dunia kita berbeza. Selamat tinggal…
Aku
Iskandar. Aku hanya lah seorang miskin yang tinggal di kawasan pedalaman. Hidup
ku sentiasa dikelilingi samseng-samseng jalanan. Aku adalah salah seorang dari
mereka. Pergaduhan sehingga menyebabkan kematian, itu biasa bagi kami yang
berada di pedalaman. Ini lah hidup aku. Hidup seorang “Monster”.
Ibu ku
menangis teresak-esak melihat keadaan ku. Aku telah dipukul dengan teruk akibat
daripada pertempuran di antara samseng-samseng jalanan. “Ibu, jangan lah menangis lagi. Is okay lah.” pujuk aku. “Macam mana ibu tak menangis, kalau setiap
hari kamu dalam keadaan begini. Ibu risau.” balas Ibu ku. Aku tersenyum
lalu mengesat air mata ibu ku. “Ibu, Is
janji lepas ni Is akan jaga diri baik-baik. Is tak akan cedera lagi lepas ni.”
kata aku. “Ibu tak boleh tahan lagi
tengok kamu dalam keadaan macam ni. Ibu nak kamu keluar dari geng tu. Jangan
terlibat dengan mereka lagi.” arah Ibu ku. “Ibu, ini saja cara Is nak biaya hidup kita berdua.” kata aku. “Ibu boleh biaya hidup kita berdua dengan
menjual kuih ni. Ibu tak nak duit daripada hasil kamu. Kita tak tahu duit yang
kamu dapat tu datang daripada mana. Faham!” kata Ibu ku. “Ibu…” tak sempat aku berkata apa-apa,
Ibu ku menyampuk. “Ibu nak kamu
tinggalkan kehidupan kamu sebagai seorang samseng. Ibu nak kamu cari pekerjaan
yang lain. Pekerjaan yang lebih selamat.” arah Ibu ku. Aku hanya tersenyum
dan mendiamkan diri. Ibu ku terus menuju ke dalam biliknya untuk tidur. Aku
melihat jam tangan ku. Sudah pukul 11.45 malam. “Selamat malam, Ibu.” ucap ku. Aku terus keluar dari rumah. Aku
terus melangkah pergi dari situ.
“Abang, saya nak keluar dari geng.” kata
aku. Hilmi memandang aku dengan senyuman. “Kenapa
tiba-tiba? Apa alasannya?” tanya Hilmi yang merupakan ketua samseng di
situ. “Saya…cuma nak hidup macam orang
biasa.” balas aku. Hilmi berfikir sejenak. Hilmi terus berjalan ke arah
aku. Hilmi menepuk bahu ku. “Aku terima
permintaan kau. Tapi, kau tahu kan apa syarat untuk keluar daripada geng?”
kata Hilmi. “Saya tahu, abang.” balas
aku. Hilmi hanya tersenyum. “Korang
semua. Pukul dia. Dia nak keluar daripada geng. Dan, pasti kan korang tak pukul
dia kuat sangat. Kalau aku tahu korang pukul dia kuat-kuat, aku habis kan
korang, faham!!!” arah Hilmi. Aku memandang Hilmi. Hilmi hanya tersenyum.
Hilmi
menghulurkan sapu tangannya kepada ku. Aku mengambilnya. “Lepas ni, jangan lupakan aku. Kalau kau nak kan pertolongan, aku sedia
bantu kau.” kata Hilmi. “Terima
kasih, abang.” balas aku. Hilmi menepuk bahu ku. “Ibu kau sihat?” tanya Hilmi. “Dia
sihat.” balas aku. “Hem, bagus lah.
Dah lama aku tak jumpa Ibu kau. Teringin nak makan masakan dia lagi.” kata
Hilmi. “Bila-bila kalau abang nak, abang
boleh singgah. Ibu pun tak kisah.” balas aku. Hilmi menghulurkan sampul
yang berisi duit kepada aku. “Nah. Guna
kan dengan sebaik mungkin. Ini saja yang aku boleh tolong kau.” kata Hilmi.
“Abang, saya tak perlu kan duit ni. Saya
okay.” balas aku. “Ambil lah.
Lagipun, aku dah anggap kau macam adik kandung aku sendiri.” kata Hilmi.
Aku hanya mendiamkan diri. “Nah. Aku
pergi dulu. Jumpa lagi.” kata Hilmi sambil menyelitkan sampul duit itu ke
dalam beg aku. Aku hanya tersenyum.
Aku menuju
ke rumah ku. Aku asyik melihat sampul duit yang aku pegang ketika itu. Aku
meletak kan kembali sampul duit itu ke dalam beg aku. Tiba-tiba, aku melihat
ramai orang sedang mengerumuni kawasan rumah ku. Aku tertanya-tanya apa yang
sedang berlaku? Aku meluru ke arah rumah ku. Aku terkejut. Aku melihat rumah ku
sudah hangus dijilat api. Tiada apa lagi yang tinggal. Aku teringat dengan Ibu
ku. Aku terus meluru masuk ke rumah yang sudah terbakar itu. “Ibu!!! Ibu!!!” jerit aku. “Maaf, kamu Iskandar, anaknya Fatihah Rozman
kan?” tanya detektif Danish. “Mana
Ibu saya, Tuan?” tanya aku risau. “Minta
maaf, Iskandar. Ibu kamu dah meninggal dunia akibat daripada kebakaran itu.”
kata detektif Danish. Aku melutut. Aku seperti tidak percaya bahawa ibu ku
sudah tiada. Air mata mula menitis ke pipi ku. “Macam mana boleh jadi macam ni, Tuan?” tanya aku. “Kami masih menyiasat punca kejadian ini.
Jadi, sila ikut kami ke balai untuk mendapatkan keterangan lanjut.” kata
detektif Danish. Aku terus mengikut detektif Danish ke balai. Aku melihat
sesuatu. Aku mencapainya. Ia adalah serantai kalung. Siapa punya ni? Tak pernah
nampak pun. Aku terus menyimpan kalung itu ke dalam poket ku.
Seminggu
sudah berlalu. Aku menjalani hidup ku macam biasa. Aku sudah tidak bersama
dengan geng. Aku melakukan beberapa pekerjaan untuk menampung hidup ku. “Hei!” jerit Hilmi. Aku memandang ke
arah Hilmi. Aku tersenyum. “Macam mana
kau sekarang? Sihat?” tanya Hilmi. “Saya
okay, abang. Sihat.” balas aku. “Jom,
aku belanja makan. Kau mesti penat kan.” ajak Hilmi. Aku membalas dengan
senyuman.
“Cukup tak duit yang aku bagi dekat kau
minggu lepas?” tanya Hilmi. “Lebih
dari cukup, abang.” balas aku. “Oh,
bagus lah kalau macam tu. Tapi, kalau tak cukup beritahu aku. Aku boleh tambah
kan.” kata Hilmi. “Oh, tak apa abang.
Saya okay.” balas aku. “Huh, kau ni
baik sangat lah. Bagus juga lah kau keluar dari geng. Kau tak sesuai berada
dalam kelompok tu.” gurau Hilmi ketawa. Aku juga ketawa kecil mendengar
gurauan Hilmi. Seseorang sedang melangkah masuk ke dalam kedai makan. Orang nya
segak. Berbaju kot hitam. Sepertinya orang kaya. Dia meluru ke arah ku. “Maafkan saya. Boleh saya berbicara dengan
Iskandar sekejap?” kata orang itu. Mana dia tahu aku adalah Iskandar? Aku
merasa pelik. Hilmi memandang lelaki itu dari atas ke bawah. “Oh, boleh. Silakan.” kata Hilmi sambil
tersenyum. “Nampaknya macam orang kaya. Try
lah. Mana lah tahu kau boleh dapat sikit duit dia.” bisik Hilmi ketawa. Aku
hanya ketawa. Hilmi terus melangkah keluar dari situ. “Kamu anaknya Fatihah Rozman kan?” tanya lelaki itu. “Encik siapa?” tanya aku. “Oh, saya Abdullah. Pengarah syarikat ZHERO
Enterprise.” balas Encik Abdullah. “Apa
yang encik nak?” tanya aku lagi. “Saya
bersimpati dengan kehilangan kamu.” balas Encik Abdullah. “Maafkan saya. Encik siapa? Kenapa encik
berkata seperti itu?” tanya aku pelik. “Saya
ayah kamu.” kata Encik Abdullah. Aku terdiam seketika. Terkejut aku apabila
mendengar encik Abdullah berkata seperti itu. “Apa yang encik merepek ni?” kata aku. “Saya adalah ayah kandung kamu. Akhirnya saya dapat berjumpa dengan
kamu.” kata Encik Abdullah. Aku masih tidak dapat menerima kata-kata encik
Abdullah itu. “Kalau betul encik adalah
ayah saya, saya tak boleh terima encik sebagai ayah saya.” kata aku. “Maafkan ayah. Ayah tahu yang ayah bersalah.
Ayah dah tinggalkan kamu dan ibu kamu berdua. Tolong izinkan ayah untuk menebus
kesilapan ayah yang dulu.” kata Encik Abdullah. “Maafkan saya. Saya nak balik.” kata aku. “Tinggal dengan ayah. Ayah akan buat apa saja untuk kamu.” kata
Encik Abdullah. Aku hanya pergi meninggalkan encik Abdullah seorang diri. Aku
terus mengajak Hilmi pulang sekali.
“Apa!!! Lelaki tadi, ayah kau.” jerit
Hilmi. “Ya, abang.” balas aku. “Wah, terbaik lah. Itu berita baik untuk
kau. Kau tak payah lah bersusah payah cari duit lepas ni.” kata Hilmi. “Ini bukan soal duit. Saya lebih rela tak
berduit daripada tinggal dengan orang macam tu.” kata aku. Wajah Hilmi
berubah. “Kau. Aku tak nak kau susah
macam sekarang. Jadi, aku cadangkan kau tinggal dengan ayah kau. Demi kebaikan
kau. Aku nasihat kau bukan sebagai ketua kau tapi sebagai abang kau.” kata
Hilmi. Hilmi tersenyum. Aku membalas senyuman nya.
Entah
apa yang buat aku berubah fikiran. Aku terima pelawaan ayah ku untuk tinggal
bersama dengannya. Aku dan ayah ku menuju ke kediamannya. Cukup indah dan
cantik. Kediaman ayah ku ibarat istana. Aku mula tersenyum sendiri. Kami sudah
sampai. Ayah ku menjemput aku masuk ke dalam rumahnya. Aku mula melangkah masuk
ke dalam rumahnya. “Awak dah balik.”
kedengaran suara seorang perempuan dari arah ruang tamu. “Ya, saya dah balik.” balas Encik Abdullah. Dia adalah isteri
kepada Encik Abdullah, Puan Amani. Aku memandang tepat ke arah Puan Amani. “Oh, perkenalkan ini adalah anak saya, Iskandar.”
kata Encik Abdullah. Puan Amani terkejut. “Kenapa
awak bawa balik anak perempuan tu?” kata Puan Amani. Encik Abdullah
terdiam. Seorang gadis tinggi lampai sedang menuruni anak tangga. Pakaiannya
seperti seorang selebriti sahaja. Gadis itu menghentikan langkahnya. Dia
memandang aku pelik. “Papa, siapa yang
papa bawa balik ni?” tanya Farhah yang merupakan anak kepada Encik
Abdullah. “Perkenalkan, dia adalah abang
kamu, Iskandar.” balas Encik Abdullah. “Ah,
tak nak tahu. Farhah nak pergi dulu. Dah lambat. Bye.” kata Farhah. Farhah
terus meluru ke arah kereta nya lalu pergi dari situ. “Kamu pergi lah masuk bilik dulu.” arah Encik Abdullah. Aku terus
menuju ke bilik ku. “Sekejap. Siapa kata
saya benarkan dia tinggal dengan kita?” marah Puan Amani. Aku memandang
sinis wajah Puan Amani. “Boleh saya masuk
bilik sekarang? Saya nak mandi.” kata aku. Puan Amani tidak memandang aku
dan tidak menjawab soalan ku tadi. Aku terus meluru masuk ke dalam bilik ku.
Puan Amani juga terus meluru ke biliknya. “Amani!
Tunggu!” jerit Encik Abdullah.
Farhah
sedang asyik memandu keretanya. “Apa
maksud papa tadi? Lelaki tadi, abang Farhah. Sejak bila pulak! Aku ada satu je
abang. Itu pun tak boleh diharap.” bisik Farhah. Farhah membuat panggilan. “Abang, Farhah nak jumpa sekejap. Dekat
tempat biasa.” ajak Farhah.
Di sebuah
kafe, Farhah dan abangnya berjumpa. “Abang,
tadi dekat rumah kan, papa bawa balik sorang lelaki ni. Nama dia…tak ingat la
pulak. Tapi, papa kata lelaki tu abang Farhah. Pelik lah. Merepek je.” kata
Farhah. Asyraf merupakan abang kandung Farhah. Asyraf terdiam seketika. Riak
wajahnya serius. “Abang! Apa ni? Farhah
cakap sorang-sorang ke?” rajuk Farhah. “Merepek
je lah papa tu. Papa gurau je tu.” balas Asyraf. “Hem, tak ada function betul lah jumpa abang dekat sini. Ingat kan
boleh dapat jawapan. Ishh!!! Dah, Farhah nak pergi dulu. Ada shooting. Bye,
jumpa dekat rumah malam ni.” kata Farhah. “Bye. Hati-hati.” balas Asyraf. Riak wajah Asyraf kembali serius. “Papa dah jumpa ke anak dia? Macam mana boleh
jadi macam ni?” bisik Asyraf.
Dua tahun yang lalu, Asyraf dapat
tahu bahawa ayahnya mempunyai isteri yang lain selain ibunya. Asyraf mula
menyiasat di mana keberadaan isteri ayahnya itu. Asyraf dapat menjejaki lokasi isteri
ayahnya. Dari situ juga lah Asyraf mengenali Iskandar. Dia dapat tahu bahawa
Iskandar merupakan anak kepada ayahnya. Asyraf juga mengetahui tentang Iskandar
yang merupakan seorang samseng jalanan di situ. Dia merasa tidak nyaman dan
selamat. Jadi, dia merahsiakan hal itu daripada Encik Abdullah dan Puan Amani.
Mereka semua berkumpul di ruang
tamu. Aku juga berada di ruang tamu. Aku melihat wajah mereka semua. Asyraf.
Merupakan CEO syarikat ZHERO Enterprise. Dia memandang aku dengan pandangan
biasa. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu. Puan Amani pula memandang aku
dengan penuh rasa marah. Farhah pula sedang membelek-belek telefon bimbitnya.
Dia merupakan seorang pelakon drama TV. Aku tak pernah nampak muka dia sebab
aku tak ada masa nak tonton TV. Encik Abdullah terus melabuhkan punggungnya ke
sofa. “Tujuan papa kumpul kamu semua
dekat sini adalah untuk memperkenalkan Iskandar kepada semua.” kata Encik
Abdullah. “Sebelum tu Farhah nak tanya.
Kenapa papa kata dia ni abang Farhah?” tanya Farhah. Akhirnya, Encik
Abdullah menceritakan semuanya. Kisah silamnya. Farhah agak terkejut dan tidak
percaya dengan semua itu. “Cukup!”
kata Puan Amani. Semua orang terdiam. “Wow,
such a surprise.” kata Asyraf. Seseorang sedang menuju ke arah ruang tamu. “Oh, Widah. Bila kamu sampai?” tanya
Puan Amani. “Baru saja, auntie.”
balas Widah. “Hai, kak Widah.” sapa
Farhah. “Hai.” balas Widah. Keadaan
yang tegang kembali ceria. Widah merupakan tunang kepada Asyraf. Tak lama lagi
mereka akan berkahwin. Asyraf memandang ke arah ku. Aku memandang kembali ke
arahnya. Kami bertentang mata.
“Awak,
err…awak…hem…maaf saya kekok. Saya nak sembang tapi tak tahu nak sembang apa.
Maaf ya.” kata Farhah. Aku memandang wajah
Farhah. “Tak payah sembang. Aku tak ada
mood. Aku nak tidur.” balas aku. “Ishh!!!
Sombong betul. Whatever.” kata Farhah. Asyraf muncul di hadapan ku. “Kenapa kau datang sini? Kau nak ambil
kesempatan dekat papa ke? Sebab dia berharta?” kata Asyraf. “Hem, mungkin.” balas aku. “Lebih baik kau pergi dari sini. Untuk
kebaikan semua.” kata Asyraf. “Gembira
berjumpa dengan kau lagi.” balas aku lalu melangkah pergi dari situ. Aku
dan Asyraf pernah berjumpa dua tahun yang lalu. Aku menyelamatkan nya daripada
dipukul sekumpulan samseng. Bila difikirkan balik, kenapa lah aku selamatkan
dia. Aku tersenyum sendiri.
Alwani berlari ke sidang media
kerana dia menyangkakan dia sudah terlewat. Tiba-tiba, Alwani terlanggar aku. “Maafkan saya. Saya dah lambat.” ucap
Alwani. Aku memandang wajah Alwani. Dia merupakan PD untuk sebuah stesen TV.
Alwani membalas pandangan ku. “Awak dah
terlambat kan. Silakan.” kata aku. Alwani terus melepaskan pandangannya dan
berlari menuju ke sidang media itu. “Mana
lah kau pergi. Nasib baik tak start lagi tau.” kata PD Azim. “Maafkan saya, bos.” balas Alwani. Alwani
terkejut. “Bos, dia ke…orangnya?!” kata
Alwani. “Kenapa? Kau kenal ke?” tanya
PD Azim. “Arghh! Kenapa lah nasib aku
malang sangat hari ni.” bisik Alwani. “Apa
yang malangnya? Kau ada buat apa-apa salah ke dekat CEO baru tu?” kata PD
Azim. “Oh, tak ada apa apa.” balas
Alwani tersenyum. Hari ini merupakan sidang media untuk memperkenalkan ahli
jawatankuasa terbaru untuk syarikat ZHERO Enterprise. Asyraf telah dinaikkan
pangkat menjawat jawatan Pengarah Syarikat ini manakala aku akan menjawat
jawatan CEO syarikat ini.
Alwani dan PD Azim menemu ramah aku
khas untuk rancangan stesen TV mereka. Alwani menunduk malu dan tidak berani
memandang ke arah ku kerana kejadian pagi tadi. Aku hanya tersenyum melihat
gelagatnya. “Woi, macam mana kau nak temu
ramah dia kalau kau tak pandang wajah dia.” bisik PD Azim. “Maaf, bos.” balas Alwani. ”Maafkan saya. Dia ni memang macam ni.
Pemalu sikit orangnya.” gurau PD Azim. Aku hanya tersenyum. Alwani mula
memandang wajah ku. Sesi temu ramah pun bermula.
“Maafkan
saya.” panggil aku. “Ya, saya. Ada apa, Encik Iskandar?” balas Alwani. “Saya nak minta tolong awak boleh?”
tanya aku. “Kalau saya boleh bantu, saya
bantu.” balas Alwani. “Great! Nah, ni
kad saya. Tepat pukul 9.00 malam, call saya.” kata aku. Aku terus melangkah
pergi dari situ. “Sekejap, kenapa aku
yang kena call dia? Wah, penuh dengan tipu muslihat dia ni. Mesti dia nak
ungkit pasal tadi. Ah, apa-apa je lah.” bisik Alwani. “Woi, kau tercegat apa lagi dekat situ. Jom lah. Dah lambat dah ni.” jerit
PD Azim. “Maaf, bos. saya datang.” balas
Alwani. Dia pun meluru pergi dari situ.
Aku menuju ke dapur. Aku melihat
terlalu banyak pinggan mangkuk yang tidak dibasuh. Aku terus membasuh pinggan
mangkuk itu memandangkan aku tidak ada apa-apa untuk dilakukan. Farhah melangkah
ke dapur. Farhah memandang pelik ke arah aku. Perlahan-lahan dia menuju ke arah
ku. Dia memandang aku. Aku membalas pandangannya. “Apa?” tanya aku ringkas. Farhah menundukkan pandangannya lalu
mencapai gelas di situ. “Tak…err…tak ada
apa-apa…” gagap Farhah. Aku masih tidak mengalihkan pandangan ku
terhadapnya. “Apa!!! Salah ke aku pandang
kau?!” jerit Farhah. Aku memandang keras terhadapnya. Sekali lagi Farhah
menundukkan pandangannya. “Maaf.”
ucap Farhah malu. Dia pun terus berlari pergi dari situ. Apakah? Masalah mental
betul anak dara seorang ni. Aku menyambung kerja ku. Telefon bimbit ku
berbunyi. Panggilan daripada Alwani. Aku menjawab panggilan itu.
“Maaf
saya lambat.” kata Alwani. “Hem, tak apa. Jom.” balas aku. “Benda apa yang Encik Iskandar nak saya
tolong?” tanya Alwani. “Sejujurnya,
saya tak suka orang panggil saya Encik.” balas aku. “Maafkan saya, Encik…maksud saya…” gugup Alwani. “Panggil je apa-apa, saya tak kisah.” kata
aku. “Apa-apa je lah. Hem, apa yang awak
nak saya tolong?” tanya Alwani. “Masa
awak interview saya pagi tadi, saya ternampak dekat buku awak ada terselit
artikel pasal kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Awak tahu apa-apa pasal
kejadian tu?” tanya aku. “Oh, artikel
tu. Saya yang bertanggungjawab menyiarkan tentang kejadian tu dekat stesen TV.
Kenapa?” balas Alwani. “Saya anak
kepada mangsa kebakaran itu.” jelas aku.
“Awak? Tapi, bukan ke awak anaknya…Encik Abdullah?” tanya Alwani pelik. Aku
hanya tersenyum. “Banyak yang Encik
Abdullah dah rahsiakan dekat semua orang tentang saya.” kata aku. “Apa maksud awak?” tanya Alwani. “Tolong saya siasat tentang kejadian tu,
boleh?” kata aku. “Awak nak saya
siasat tentang kejadian tu? Saya cuma PD je. Saya bukan penyiasat.” balas
Alwani. “Memandangkan awak
bertanggungjawab dalam menyiarkan kejadian tu dekat stesen TV, saya yakin awak
mesti tahu sedikit tentang kejadian itu.” kata aku. “Maafkan saya. Saya tak dapat nak membantu.” balas Alwani. Aku
mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukan ke arahnya. Alwani terkejut. Dia
memejamkan matanya dengan rapat. “Perlu
ke saya ugut awak macam ni supaya awak tolong saya?” gertak aku. “Tolong, jangan apa-apa kan saya.” rayu
Alwani. Aku menyimpan kembali pistol ku. Alwani berasa lega walaupun masih ada
sedikit rasa takut dalam dirinya. “Awak
dah gila ke?!” jerit Alwani. Aku memandang tepat mata Alwani. “Maafkan saya. Saya terlalu memaksa. Saya
pergi dulu.” kata aku. Aku pun melangkah pergi dari situ. “Tunggu! Saya akan tolong awak.” kata
Alwani. Aku tersenyum. Aku pun pergi dari situ.
“Abang
Asyraf! Ada nampak headset Farhah tak?” tanya
Farhah. “Tak ada.” balas Asyraf. “Ala! Takkan lah hilang kot.” jerit
Farhah. “Tak payah cari lah. Nanti abang
beli baru.” balas Asyraf. “Eii, bila
nak belinya. Orang nak guna sekarang. Arghh!!!” jerit Farhah. Asyraf hanya
tersenyum. Farhah terserempak dengan aku di tangga. Farhah masih lagi
memikirkan kejadian semalam di dapur. Dia tidak memandang aku sambil menaiki
anak tangga menuju ke biliknya. Tiba-tiba, aku terdengar perbualan Puan Amani
dengan seseorang di talian. “Macam mana
boleh tak ada?! Kau dah check dekat balai? Tak jumpa juga?! Kalung tu?!”
tanya Puan Amani risau. Kalung? Aku teringat kembali pasal kalung yang aku
jumpa di kawasan rumah ku. Adakah? “Pastikan,
kau cari sampai jumpa kalung tu. Kalau tidak kau tak akan dapat apa yang kau
nak, faham!!!” marah Puan Amani. Aku merasa pelik. Adakah Puan Amani
mempunyai kaitan dalam hal ini? Adakah kalung yang aku jumpa itu benda yang
dicari Puan Amani? Aku rungsing. Aku terkejut. Asyraf sudah berada di hadapan
ku. “Apa?!” jerit aku. “Apa kau buat dekat sini? Dekat depan bilik
mama aku? Ada apa-apa hal ke?” tanya Asyraf. “Entah.” balas aku ringkas. Aku terus melangkah pergi dari situ. “Kau! Jauhkan diri daripada mama aku.” arah
Asyraf. Aku hanya mendiamkan diri lalu melabuhkan punggung ku ke atas sofa.
“Pelik
awak ajak saya keluar makan hari ni. Selalunya bila saya ajak, awak susah nak
ikut.” kata Widah. “Hari ni saya belanja awak. Saya minta maaf kalau sebelum ni saya sibuk
sampai saya tak ada masa nak layan awak. Lagipun awak tunang saya kan.”
balas Asyraf. “Baguslah kalau macam tu.
Saya tak kisah. Saya tahu awak sibuk. Maklumlah, orang penting syarikat kan.”
kata Widah. Asyraf tersenyum. “Hem, macam
mana dengan CEO baru tu? Okay? Abang awak kan?” tanya Widah. Riak wajah
Asyraf terus berubah. Asyraf seperti sedang memikirkan sesuatu. Asyraf teringat
kembali. Dua minggu ketika kejadian berlaku, Asyraf berada di tempat kejadian.
Puan Amani telah mengetahui lokasi Fatihah Rozman dan Iskandar tinggal. Dia
terus menuju ke tempat tinggal mereka. Asyraf dapat tahu perkara itu. Dia terus
menuju ke sana. Asyraf berada di dalam kereta sambil melihat dari jauh bahawa
Puan Amani dan Puan Fatihah sedang bertengkar. Puan Amani menampar wajah Puan
Fatihah dengan kuat. Asyraf terkejut melihat keadaan itu. Selepas itu, Puan
Amani terus melangkah pergi dari situ. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbaju
gelap masuk ke dalam rumah Puan Fatihah. Asyraf meneliti dari dalam kereta.
Lelaki itu keluar dari rumah tersebut. Kedengaran Puan Fatihah menjerit
ketakutan. Asyraf berlari ke arah rumah itu. Tiba-tiba, rumah itu meletup lalu
terbakar. Asyraf terkejut dengan kejadian itu. Dia menoleh kebelakang. Lelaki
itu masih di situ. Asyraf mengejar lelaki itu. Dia berjaya mengecam wajah
lelaki itu. Lelaki itu adalah Hisyam. Dia merupakan bodyguard Puan Amani.
Asyraf terlepas lelaki itu. Dia terfikir, adakah Puan Amani yang menyebabkan
kejadian itu berlaku? Sejak itu, dia cuba untuk merahsiakan tentang perkara itu
sehingga dia mendapat bukti yang kukuh tentang kejadian itu.
“Awak
okay tak? Sejak dari tadi, awak diam je.” tanya
Widah. “Saya okay. Maafkan saya sebab
kita terpaksa balik awal. Saya ada hal lain.” balas Asyraf. “Oh, tak apa. Saya okay.” kata Widah.
Asyraf tersenyum.
Asyraf melangkah masuk ke dalam
balai polis. “Hei, lama tak jumpa.”
sapa Detektif Danish. Asyraf membalas dengan senyuman. Di kafe berdekatan
dengan balai polis, Asyraf berbual dengan detektif Danish. “Kau macam mana? Sihat?” tanya detektif Danish. “Aku okay.” balas Asyraf. “Kau datang jumpa aku sebab kes dua minggu
lepas, bukan?” kata detektif Danish. “Kau
dah dapat apa-apa maklumat ke?” tanya Asyraf. “Buat masa ni, lelaki yang kau nampak tu, telah menghilangkan diri.
Kami tak dapat nak jejak dia sekarang. Kau yakin ke yang dia adalah pekerja
Puan Amani?” kata detektif Danish. “Aku
yakin. Aku selalu nampak dia sebelum kejadian tu berlaku. Tapi, lepas kejadian
tu, aku tak nampak dia kerja dengan mama aku lagi.” jelas Asyraf. “Sampai bila kau nak aku diamkan pasal benda
ni? Aku rasa macam aku ni polis tak guna. Anak mangsa, Iskandar. Aku dengar dia
dah jadi CEO baru syarikat kau kan. Dia abang kau, kan?” kata detektif
Danish. “Buat masa ni, kau diam je. Bila
tiba masanya, baru kau bertindak. Pasal Iskandar, biar aku uruskan.” balas
Asyraf. “Kalau dia tahu macam mana? Dia
tu bekas gangster. Bahaya. Kau tahu tak berapa kali dia dah masuk lokap sebab
bergaduh. Aku risaukan kau sekeluarga.” balas detektif Danish. “Kau tak perlu risau.” balas Asyraf.
Mesyuarat sedang diadakan. Asyraf
dan Iskandar dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pembentangan
Iskandar lebih mendapatkan perhatian berbanding pembentangan Asyraf. Encik
Abdullah memuji Iskandar di hadapan ramai. Asyraf agak cemburu dengan Iskandar.
Asyraf tersenyum sendiri. Mesyuarat telah pun tamat. Tinggal Asyraf dan
Iskandar sahaja di dalam bilik itu. “Apa
yang kau nak dengan keluarga aku?” tanya Asyraf. Aku terdiam. “Kau nak harta, aku boleh bagi. Dengan
syarat kau berambus dari keluarga aku.” kata Asyraf. Aku mengetap bibirku
lalu menghentakkan meja dengan kuat. Aku memandang Asyraf dengan pandangan
sinis. “Kau nak tahu apa yang aku nak
kan?” kata aku. Asyraf memandang wajah aku. “Aku nak tahu kenapa mama kau datang ke rumah aku sebelum kejadian
berlaku. Dan, aku nak tahu apa yang kau buat dekat situ ketika kejadian
berlaku.” jelas aku. Asyraf terkejut. Mana dia tahu semua tu? “Kenapa? Terkejut. Terkejut aku tahu pasal
tu?” kata aku. Asyraf berdiri. “Jangan
pernah ganggu keluarga aku. Ini amaran.” gertak Asyraf. Asyraf terus melangkah
pergi dari bilik itu.
“Kenapa
awak belanja saya makan hari ni?” tanya
Alwani. “Terima kasih sebab tolong saya
dan saya minta maaf pasal sikap saya kemarin.” balas aku. “Tak ada apa lah.” kata Alwani. Alwani
telah menyiasat tentang kejadian itu dengan bertanyakan kepada beberapa orang
saksi di kawasan perumahan itu. Hasilnya, salah seorang penduduk telah
menyaksikan kejadian itu. “Kenapa awak
tolong saya?” tanya aku. “Kenapa?
Sebab awak dah gertak saya.” gurau Alwani. “Kenapa awak setuju untuk tolong saya? Awak tak takut dengan saya?” tanya
aku lagi. “Daripada pandangan mata awak,
saya rasa awak amat memerlukan pertolongan daripada saya.” balas Alwani. “Ya, saya amat memerlukan pertolongan
daripada awak.” kata aku. “Saya ada
satu soalan. Awak percaya dekat saya?” tanya Alwani. “Tak.” jawab aku ringkas. “Kalau
tak, kenapa awak minta tolong daripada saya?” tanya Alwani. “Tak pasti.” balas aku. Alwani memandang
pelik. “Makanlah.” kata aku sambil
tersenyum. Alwani membalas senyuman ku.
Farhah telah selesai pengambaran
dramanya. Aku memandangnya dari jauh. Farhah ternampak aku. Dia terkejut
melihat aku. Aku melambaikan tangan ke arahnya. “Apa yang kau nak?” tanya Farhah. “Papa kau suruh aku jemput kau dekat sini.” balas aku. “Kenapa papa suruh kau? Kenapa tak suruh
abang Asyraf je?” balas Farhah. “Kau
ingat aku nak sangat. Lagipun, inilah masanya aku tunjukkan kasih sayang aku dekat adik aku seorang ni.” perli
aku. “Ishh, sejak bila kau anggap aku
adik kau? Setahu aku tak pernah.” balas Farhah. “Kau nak balik tak nak? Kalau tak nak, aku pergi dulu.” kata aku. “Ya, sekejap. Aku nak ambil barang aku.”
balas Farhah. “Apa pekerjaan kau sebelum
kau datang sini dengan papa?” tanya Farhah. “Tak nak jawab.” balas aku. Farhah memandang sinis terhadap aku. “Macam mana papa boleh jumpa kau?” tanya
Farhah lagi. “Tanya papa kau sendiri.”
balas aku. “Kau kenal abang Asyraf ke
sebelum ni? Korang macam kenal je.” tanya Farhah lagi. Lampu isyarat
menunjukkan lampu merah. Aku memberhentikan kereta. Aku memandang Farhah. “Dah berapa lama kau simpan soalan ni untuk
ditanyakan dekat aku?” balas aku. “Huh,
dah lah. Tak nak tanya dah.” rajuk Farhah. Lampu merah bertukar menjadi
hijau. Aku kembali memandu. “Bukan selalu
aku dapat peluang tanya semua soalan ni dekat kau.” kata Farhah. “Kau akan tahu jawapannya bila tiba
masanya.” balas aku. “Maksud?”
tanya Farhah pelik. Tak sempat aku menjawab soalan Farhah itu, tembakan dihalakan
ke arah aku dan Farhah. Aku memandang cermin sisi kereta. Seorang lelaki sedang
mengacukan pistolnya ke arah kereta aku. “Siapa
tu?! Dia…pegang pistol!!! Aku nak call polis.” jerit Farhah. “Tunduk.” arah aku. Farhah menundukkan
kepalanya. Tembakan dilepaskan lagi sebanyak tiga kali berturut-turut. Farhah
ketakutan. Aku memberhentikan kereta lalu membuka pintu kereta. Farhah menarik
lengan ku. “Kau nak pergi mana tu? Bahaya
lah!!!” kata Farhah. Aku tidak mengendahkan kata-kata Farhah. Aku terus
meluru keluar lalu mencapai pistol ku. Aku melepaskan tembakan sebanyak lima
kali ke arah lelaki itu. Lelaki itu rebah lalu memberhentikan keretanya. Lelaki
itu telah terkena tembakan di lengannya. Aku membuka pintu keretanya. “Siapa kau?! Apa yang kau nak?!” tanya
aku. Aku mengacukan pistol tepat ke dahinya. “Bunuh aku.” arah lelaki itu. Akhirnya, lelaki itu dilaporkan
kepada polis.
Alwani datang menghampiri aku. “Awak okay?” tanya Alwani. “Saya okay. Macam mana? Dah dapat maklumat
lelaki itu?” tanya aku. “Namanya
Hisyam. Dia pernah bekerja sebagai bodyguard Puan Amani. Dan, dia pernah muncul
sewaktu kejadian itu.” jelas Alwani. Riak wajah aku berubah serta merta.
Adakah Puan Amani yang menyuruh lelaki itu membunuh aku? Aku tidak pasti. “Awak macam mana?” tanya Alwani. ”Saya ditahan sebab saya mempunyai sepucuk
pistol.” balas aku. “Habis tu, macam
mana sekarang?” tanya Alwani risau. Aku hanya tersenyum. Encik Abdullah
melangkah masuk ke balai. “Ayah ingat kau
dah tinggalkan kerja kau tu.” kata Encik Abdullah kesal. “Papa! Jangan salahkan abang Is. Abang Is
dah selamatkan Farhah. Papa kena berterima kasih.” kata Farhah. “Hem, baiklah. Ayah akan ikat jamin kamu.
Asyraf, pastikan kejadian ini tak dihebohkan dekat media dan orang awam.” arah
Encik Abdullah. “Baik, papa.” balas
Asyraf. Encik Abdullah dan Asyraf berlalu pergi dari situ. “Saya pergi dulu. Apa-apa nanti, call saya atau saya call awak.” kata
Alwani. “Okay.” balas aku. Alwani
terus melangkah pergi. “Terima kasih.”
ucap Farhah. Aku hanya tersenyum. “Betul
ke kau ni bekas gangster dulu?” tanya Farhah. “Kalau betul, apa yang kau nak buat lepas ni? Lari daripada aku?”
balas aku. “Aku tak lari dan aku tak
kisah. Just, aku minta kau untuk jaga aku sebagai adik kau. Jalankan
tanggungjawab kau sebagai abang kepada aku.” jelas Farhah. Aku berdiri. Aku
tersenyum ke arahnya. Farhah membalas senyuman ku kembali.
“Asyraf,
lelaki yang ditangkap tadi adalah Hisyam. Orang yang kita cari selama ni.” kata detektif Danish. “Kau
dah soal siasat dia? Kenapa dia cuba untuk bunuh Iskandar?” tanya Asyraf. “Dia tak jawab langsung soalan aku. Satu je
perkataan yang keluar dari mulut dia. Bunuh Aku.” jelas detektif Danish. “Ada yang tak kena.” bisik Asyraf. “Asyraf, aku rasa dah tiba masanya aku buka
balik kes kebakaran tu. Dan, aku harap kau tak lindungi mama kau disebabkan kes
ini. Aku pasti mama kau ada kena mengena dengan kes ni.” kata detektif
Danish. “Baiklah. Kau buatlah kerja kau
sebagai seorang polis. Aku akan cuba untuk dapatkan bukti lagi untuk selesaikan
kes ni.” balas Asyraf. “Baguslah
kalau macam tu.” kata detektif Danish.
“Awak.
Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan awak. Tentang kes tu.” kata Alwani. “Hem,
baiklah.” balas aku. “Selepas saya
teliti balik, saya rasa saya kenal dengan mak awak.” kata Alwani. “Kenal? Macam mana awak boleh kenal?”
tanya aku. “Sejujurnya, dua hari sebelum
kejadian tu berlaku, saya dan krew stesen TV ada datang ke kawasan rumah awak.
Kami datang ke sana sebab mak awak telefon kami. Dia kata dia nak mendedahkan
sesuatu.” jelas Alwani. “Apa yang mak
saya nak dedahkan?” tanya aku. “Pasal
ayah awak. Dia kata, dia nak ayah awak kembali ke rumah dan jaga awak. Dia
risaukan awak sebab awak terlibat dengan gangster. Dia mengharapkan ayah awak
dapat mengubah nasib awak.” kata Alwani. “Rakaman tu? Awak ada simpan lagi?” tanya aku lagi. “Kami tak pernah siarkan rakaman tu dekat TV
sebab ada yang menghalangnya. Bos kami tak benarkan.” kata Alwani. Aku
terdiam. “Tapi, selepas saya dapat tahu
mak awak terlibat dalam kebakaran lalu meninggal dunia, saya terus tunjukkan
rakaman tu dekat Encik Abdullah. Dari situ lah, ayah awak dapat tahu dekat mana
awak tinggal.” kata Alwani. “Apa
alasan bos awak tak benarkan rakaman tu disiarkan?” tanya aku. “Bos saya cuma mengikut arahan. Saya dapat
tahu yang Puan Amani yang larang bos saya untuk siarkan di TV.” kata
Alwani. “Macam mana Puan Amani tahu pasal
tu?” tanya aku. “Saya tak pasti.”
balas Alwani. Aku mendiamkan diri dan memikirkan sesuatu. Apa yang Puan Amani
tahu? Adakah dia dalang di sebalik kes ini?
Aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku melihat ke arah ruang tamu. Aku memandang Puan Amani. Aku merenungnya. Puan
Amani membalas renungan ku. Aku membalasnya dengan senyuman lalu melangkah
pergi ke arah bilik ku. Aku masih lagi memikirkan kata-kata Alwani tadi. Aku
masih lagi mengesyaki Puan Amani dalam kes itu. Tok! Tok! Pintu bilik ku
diketuk dari luar. “Boleh ayah masuk?”
tanya Encik Abdullah. “Masuklah.”
balas aku. Encik Abdullah menuju ke arah ku. “Iskandar, kamu tak apa-apa?” tanya Encik Abdullah. “Saya okay.” jawab ku ringkas. “Maafkan ayah. Ayah telah bersikap dingin
dengan kamu di balai tadi.” kata Encik Abdullah. Aku hanya membalas dengan
senyuman. “Baiklah, jom. Makan malam dah
siap. Jom kita makan.” ajak Encik Abdullah. “Okay.” balas aku. Encik Abdullah menepuk bahu ku lalu keluar dari
bilik ku.
Comments
Post a Comment