HEALER


TAJUK : HEALER

GENRE : MISTERI

            Orang lain menganggap yang hospital adalah sebuah tempat untuk menyelamatkan pesakit. Manakala, doktor pula dianggap sebagai penyembuh dan penyelamat bagi semua pesakit. Tapi, aku tak anggap begitu. Tiada istilah selamatkan pesakit di hospital dimana aku berada sekarang tetapi sebaliknya. Hospital adalah tempat jenayah…dan akan kekal begitu.

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja sebagai seorang doktor di negara kelahiranku. Selama lima tahun aku bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat, akhirnya aku boleh pulang ke Negara kelahiranku, Malaysia. Nama aku Ashaari Zahari atau lebih dikenali sebagai Dr. Ash. Tapi, mereka di Amerika menggelarkan diriku sebagai Dr. Healer.

Aku mula bekerja sebagai doktor pelatih ketika berumur 18 tahun. Ya, agak muda dan agak tak logik macam mana aku boleh jadi doktor pelatih ketika umurku masih muda. Hanya satu jawapan yang logik untuk menjawab pertanyaan ini iaitu...aku berkemampuan untuk menghafal dan mengingati semua perkara secara terperinci dengan baik. Aku juga telah menerima gelaran pelajar terpintar di dunia.

Huh…aku kena mula bekerja sebagai ketua bahagian pakar bedah di Zahari Sdn. Bhd. Hospital. Ya, ini hospital ayahku. Ayahku yang menyuruh aku untuk bekerja di sini. Tapi, itu tidak penting…yang penting sekarang adalah aku dianggap sebagai orang penting…tunggak utama dalam hospital ini dan bahagian pakar bedah.

“Hari ni, macam mana? Pesakit tu…adakah dia dah stabil?” Dr. Ash bertanya. “Pesakit tu…pengarah Lee suruh kami untuk tak melakukan apa-apa pembedahan ke atasnya. Itu apa yang diarahkan pengarah Lee.” Dr. Que menjawab. “Apakah pengarah Lee sudah gila!!! Maknanya…pesakit tu masih lagi tak dibedah???” Tengking Dr. Ash. “Iy...err…ya...Dr. Ash! Pesakit tu masih tak dibedah lagi.” Dr. Que menjawab dengan penuh kerisauan. “Macam mana kalau pesakit tu mati!!! Kau nak bertanggungjawab!!! Gila!!! Siapkan meja untuk pembedahan. Panggil team aku…sekarang!!!” tengking Dr. Ash lagi. “Tapi…Dr. Ash…err…pengarah Lee…” Dr. Que membantah dengan nada risau. “Aku yang layak buat keputusan ini…sebab aku yang ketuai bahagian pakar bedah ni…bukan pengarah Lee. Cepat!!!” Tegas Dr. Ash. “Baik Dr. Ash!” Dr. Que menjawab.

Pembedahan pun dilakukan terhadap pesakit itu. Pesakit tersebut menghadapi kecederaan di bahagian tulang belakang dan mengalami kebocoran di bahagian paru-parunya akibat daripada cubaan membunuh diri.

“Apa!!! Dr. Ash buat juga pembedahan tu???!!! Dia dah gila ke apa??? Hentikan pembedahan tu sekarang juga!!!” kata Pengarah Lee dengan nada marah. “Baik, pengarah Lee.” Jawab Dr. Que. Semua pegawai atasan di hospital itu masuk ke dalam ruang pembedahan dan memandang pelik kepada aku. Apa aku dah buat salah??? Lantas…pengarah Lee menjerit…Hentikan sekarang juga Dr. Ash!!!” terjah Pengarah Lee. Aku hanya memandang kembali pengarah Lee dengan pandangan tidak berpuas hati. Aku kembali fokus dengan pembedahanku dan mengabaikan arahan pengarah Lee. Dr. Zahari…ayahku pula masuk ke dalam ruangan pembedahan lalu berkata…”Lebih baik kau hentikan pembedahan ni kalau kau tak nak kehilangan lessen kedoktoran kau. Kalau kau masih berdegil…kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada pekerjaan kau dan gelaran kau sebagai seorang doktor.” kata ayahku.

            Aku tergamam…dan serta merta aku berhenti daripada melakukan pembedahan. Aku terpaku dengan kata-kata ayahku sendiri yang selama ini akau anggap sebagai idolaku sendiri. Sikap ayahku yang lemah lembut dan bertanggungjwab dalam semua perkara berubah kepada seorang yang keras hati dan menakutkan.

Pesakit tersebut telah pun meninggal dunia ketika pembedahan disebabkan aku. Aku tidak meneruskan pembedahan yang telah aku jalankan. Apa yang aku pelik, kenapa mereka tak mahu aku untuk menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ada yang tak beres. Aku kena cari tahu. Tiba-tiba, Dr. Que memanggil ku.

“Dr. Ash…Dr. Zahari nak berjumpa dengan doktor.” kata Dr. Que. Aku hanya mendiamkan diri lalu bangkit daripada tempat yang aku duduki. Aku pun masuk ke dalam ruangan bilik Dr. Zahari. “Kau tahu tak, apa yang kau buat tadi tu boleh membuat hospital ini rugi dan juga akan ditimpa masalah yang kau takkan boleh bayangkan.” kata Dr. Zahari. “Apa masalah yang akan melanda hospital ini jika aku hanya cuba untuk menyelamatkan pesakit aku? Jujur aku cakap…aku dah tak kenal kau lagi sejak kejadian tadi. Kau seolah-olah bukan seperti ayah ku yang aku kenal.” Dr. Ash menjawab. Aku minta maaf…tapi…selama ni kau kenal aku ke? Jawapannya…Tak!!! Kau tak pernah kenal aku selama ini. Apa yang kau lihat tadi adalah diri aku yang sebenar.” marah Dr. Zahari. Kau bukan ayah aku!!!” kata Dr. Ash. Aku terus melangkah keluar daripada ruangan Dr. Zahari. Aku masih lagi tidak mempercayai dengan sikap ayahku yang berubah secara mendadak. Aku hanya ingin tahu apa masalah yang akan melanda hospital ini jika aku terus melakukan pembedahan itu. Aku pun mula menyiasat identiti pesakit tersebut.

            “Ketua jururawat Rohayah, saya nak maklumat tentang pesakit yang meninggal ketika pembedahan tadi.” Dr. Ash bertanya. Maafkan saya Dr. Ash…tapi…saya diarahkan supaya merahsiakan maklumat itu daripada Dr. Ash sendiri.” jawab ketua jururawat Rohayah.

Ini semakin pelik…kenapa perlu merahsiakan daripada aku sedangkan pesakit tersebut adalah pesakit aku sendiri. Aku buntu. Aku kena juga cari tahu pasal perkara ini. Hari ini dah genap sebulan aku bekerja di hospital milik ayahku sendiri. Hari yang biasa. Tiada apa yang pelik berlaku. Tapi aku masih lagi menyiasat tentang perkara tersebut yang terjadi awal bulan lepas. Tanpa khabar…anak seorang jutawan dan juga pemilik syarikat Gnonium Enterprise iaitu Harris Roslee telah melawat Zahari Hospital. Aku melihat sekeliling…mereka semua tunduk hormat kepada Harris Roslee. Aku tak pernah kenal lelaki ini secara dekat…paling tidak pun hanya melihat lelaki ini di kaca TV kerana dia merupakan usahawan termuda yang paling berjaya.

“Dr. Ash!!! Tunduk hormat cepat!!!” kata Dr. Que kepada Dr. Ash. “Perlu ke???” tanya Dr. Ash dengan nada sinis. Harris Roslee mendekatiku lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. Aku menyambut salamnya kembali. “Dr. Healer…aku banyak dengar pasal kau dekat Amerika. Kau memang seorang yang terkenal.” kata Harris Roslee. “Ya, aku memang terkenal dekat sana.” jawab Dr. Ash dengan bangganya. “Hahaha!!! Kau memang seorang yang jujur…aku suka cara kau. Apa-apa pun…gembira dapat berjumpa dengan kau, Dr. Healer.” Harris Roslee membalas dengan gelak ketawa. Aku hanya tersenyum tanpa kata-kata. Siapa lelaki ini??? Apakah hubungan Gnomium Enterprise dengan Zahari Hospital??? Terlalu banyak pertanyaan yang bermain dalam fikiran aku.

Hari ini aku hanya memikirkan tentang kes sebulan yang lalu. Semakin lama, semakin aku ingin membongkarkan rahsia di sebalik cerita ini. Aku terfikir, perlukah aku berjaga sehingga lewat malam pada hari ini? Dalam masa yang sama, aku boleh mencari jawapan di sebalik kekeliruan yang membelenggu aku selama ini. Sedang asyik memikirkan tentang kes tersebut, kedengaran suara sedang memanggil namaku dari jauh. “Ash!!!” Siapa yang memanggil namaku? Aku mencapai cermin mata di dalam poket ku lalu memakainya. Oh, dia rupanya. Kelihatan jelas wajahnya ku tatap dari jauh. Aku tersenyum. Dia datang ke arah ku. Dia adalah seorang wanita yang ku kenal di Amerika. Namanya Farah Aqilah. Dia adalah rakan sekerja ku di Amerika sebagai doktor pelatih. Kini, dia adalah pewaris syarikat yang dikendalikan oleh ayahnya.

“Lama tak jumpa, Ash.” kata Farah Aqilah. “Hem, betul tu…lama tak jumpa.” jawab Dr. Ash dengan senyuman. “Awak sekarang dah sombong. Tak nak call saya pun sejak akhir-akhir ni.” sindir Farah Aqilah. “Oh, maaflah…saya sibuk sikit kebelakangan ni. Hem, macam mana kalau saya belanja awak makan? Awak belum mesti belum makan lagi kan? Jom, saya belanja.” Kata Dr. Ash. “Ok, boleh. Kita boleh sembang-sembang. Dah lama tak sembang dengan awak. Wah, seronoknya!” kata Farah Aqilah dengan teruja.

Dr. Zahari dan Pengarah Lee sedang berbincang dengan serius sekali. “Macam mana perkembangan sekarang? Ada apa-apa perubahan?” tanya Dr. Zahari. “Setakat ini tak ada papa-apa yang terjadi. Semuanya berjalan macam biasa.” Tapi, yang saya risau…anak Dr. Zahari…Dr. Ash…dia macam tahu sesuatu.” jawab Pengarah Lee dengan resah. “Dr. Ash masih mentah. Aku sendiri yang akan uruskan dia. Kau jangan risau.” kata Dr. Zahari.

Aku berbual panjang dengan Farah Aqilah di sebuah restoran terdekat di sekitar kawasan hospital. “Ha! Apa yang awak buat dekat hospital ni?” saya rasa awak dah tak bekerja sebagai doktor kan?” tanya Dr. Ash. “Oh…saya sebenarnya teman abang saya. Dia ada kerja dekat sini.” jawab Farah Aqilah. “Oh, siapa…abang awak?” tanya Dr. Ash lagi. “Harris Roslee.” jawab Farah Aqilah. Harris Roslee…dia kan lelaki yang aku jumpa pagi tadi. “Kenapa? Awak kenal dia ke? Hem, tak pelik lah kalau awak kenal dia. Dia kan selalu keluar TV.” kata Farah Aqilah. “Hem, saya jumpa dengan dia pagi tadi. Segak orangnya.” balas Dr. Ash. “Oh, dah berjumpa. Baguslah kalau macam tu.” kata Farah Aqilah. “Apa yang bagus?” tanya Dr. Ash. “Abang saya tu pilih kawan tau. Dia cuma kawan dengan orang yang bajet bagus je.” So, baguslah.” jawab Farah Aqilah. Aku terdiam seketika. Harris Roslee…nama itu asyik bermain dalam fikiran ku.

Jam menunjukkan tepat 12.30 tengah malam. Aku memulakan operasi. Aku menyelongkar semua dokumen tentang Zahari Hospital. Tiada apa yang pelik. Aku masuk ke dalam bilik yang menyimpan semua dokumen dan maklumat tentang pesakit di hospital ini. Aku mencari maklumat tentang pesakit yang pernah aku rawat sebulan yang lalu. Tiada rekod tentang pesakit tersebut. Apakah yang berlaku, aku tak pasti. Tiba-tiba aku merasakan seperti dipukul dari belakang. Aku mula rasa pening dan akhirnya rebah.

Apa yang terjadi semalam? Macam mana aku boleh berada di dalam bilik rumah aku? Rasanya semalam aku ada di hospital. Aku mula melangkah keluar dari bilik ku. Aku menuju terus ke dapur lalu mencapai gelas yang berdekatan. Belum sempat aku menuang air ke dalam gelas, ada yang memanggil namaku. “Dr. Ash!!” Dr. Que??? Macam mana Dr. Que boleh ada dalam rumah aku? “ Apa yang kau buat dekat sini? Tak pernah kau datang sini tanpa izin aku?” tanya Dr. Ash. “Saya…diarahkan oleh Dr. Zahari untuk menjaga Dr. Ash mulai hari ni.” jawab Dr. Que. Dr. Zahari…ayah aku…kenapa dia? Adakah ayah aku yang bawa aku pulang ke rumah semalam? Lantas aku melihat tepat ke mata Dr. Que. “Kau! Kau tahu apa yang jadi semalam? Macam mana aku boleh ada dekat rumah? Sedangkan aku ada dekat hospital semalam? Apa…kau yang pukul kepala aku semalam? tanya Dr. Ash. “Apa yang Dr. Ash merepek ni? Saya baru je sampai 10 minit yang lalu. Bila masanya saya pukul kepala Dr. Ash? Dr. Ash kena pukul ke?” balas Dr. Que dengan nada keresahan. “Entah. Aku pun tak pasti. Aku kena pukul ke semalam?” jawab Dr. Ash kebingungan. “Dah aku nak siap pergi kerja.” tambah Dr. Ash. “Tunggu saya Dr. Ash.” kata Dr. Que.

Aku masih lagi memikirkan perkara yang terjadi semalam. Macam mana aku boleh sampai ke rumah? Adakah perkara ini ada kaitan dengan ayah saya, Dr. Zahari? Saya tak pasti. Dari jauh, kelihatan kelibat Farah Aqilah. “Ash!” jerit Farah Aqilah. Aku pun terus mendekatinya. “Awak buat apa dekat sini? bukan ke abang awak dah selesaikan kerja dia semalam?” tanya Dr. Ash. “Kenapa? Tak suka ke saya ada dekat sini? balas Farah Aqilah menyindir. “Ke situ pula perginya. Saya lagi suka, Cuma pelik je.” jawab Dr. Ash. “Saya Pengarah bahagian Pediatrik di hospital ni sekarang. Nampaknya kita bekerja dalam bangunan yang sama lepas ni.” kata Farah Aqilah. “Hem, dah jadi bos sekarang. Lepas ni mesti sibuk kan? Haha.” kata Dr. Ash. Tiba-tiba muncul Harris Roslee di hadapanku. “Nampaknya kamu berdua dah kenal satu sama lain.” sampuk Harris Roslee. “Oh, abang Harris.” balas Farah Aqilah dengan nada terkejut. “Dr. Healer. Nice to meet you again.” kata Harris Roslee. “Ya, senang bertemu dengan kau lagi.” jawab Dr. Ash. “I like your style. Selalunya kalau mereka Nampak aku, mereka akan terus tunduk hormat macam aku nak makan mereka semua je. Haha.” jelas Harris Roslee. “Abang Harris yang buat diorang takut dulu.” sampuk Farah Aqilah. “Ya lah Farah. Ok, aku pergi dulu Dr. Healer. Abang pergi dulu. Bye. Ha…lagi satu, Dr. Healer…tolong jaga adik aku.” kata Harris Roslee. Insya allah, aku akan.” jawab Dr. Ash. “Jom, pergi makan Ash. Saya belanja.” ajak Farah Aqilah. “Ok.” balas Dr. Ash.

Harris Roslee bertemu dengan Pengarah Lee dan Dr. Zahari di ruangan pejabat. “Lama tak jumpa, Pengarah Lee. Semalam saya tak sempat nak berjumpa dengan Pengarah Lee. Saya sibuk sikit.” kata Harris Roslee. “Tak jadi masalah, Tuan Harris.” kata Pengarah Lee. “Dr. Zahari…saya nak bincangkan sesuatu…pasal semalam.” kata Harris Roslee. “Semalam…saya dah selesaikan sendiri.” kata Dr. Zahari. “Baguslah. Lebih baik kau jaga anak kau, kalau kau tak nak rugi.” kata Harris Roslee dengan nada sinis. “Baik Tuan Harris.” Jawab Dr. Zahari. “Lagi satu, perempuan tu…macam mana? Bagi tak dia makan ubat tu?” tanya Harris Roslee. “Oh, saya dah lakukan apa yang Tuan Harris suruh lakukan.” jawab Pengarah Lee. “Ingat! Kalau perempuan tu buat hal…saya akan cari kau dulu…Pengarah Lee.” kata Harris Roslee mengugut. “Sampai bila lagi Tuan Harris nak simpan perempuan tu? Macam mana kalau ada orang lain tahu?” tanya Pengarah Lee keresahan. “Benda takkan ada orang tahu kalau kau tak buka mulut, ok.” kata Harris Roslee dengan tenang. “Tapi…kalau orang lain tahu pasal ni…bersiap sedialah kau untuk pergi dari dunia ni selamanya.” tambah Harris Roslee.

“Macam mana awak boleh dapat naik pangkat jadi pengarah bahagian pediatrik?” tanya Dr. Ash. “Abang saya yang dapatkan jawatan ni untuk saya. Lagipun bagus juga sebab saya pun tak minat bekerja di syarikat tu. Bosan sangat.” jawab Farah Aqilah. Bunyi telefon bordering kedengaran. Dr. Que menelefon ku. Aku menjawab telefon ku. “Hello Dr. Ash. Ada kecemasan di hospital!!! Tolong datang sekarang. Tak ada doktor yang bertugas sekarang!!!” kata Dr. Que. “Baik, aku datang sekarang. Tunggu aku.” jawab Dr. Ash. Aku meletakkan telefon. “ Awak…saya terpaksa pergi dulu. Ada kecemasan dekat hospital. Awak tak kisahkan kalau saya tinggalkan awak dekat sini?” kata Dr. Ash. “Oh, ok. Saya tak apa-apa. Jaga diri.” balas Farah Aqilah. Aku pun senyum kepadanya dan lantas aku bergegas menuju ke kereta ku.

Pengarah Lee berada di sebuah banglo mewah di belakang bukit. Dia berjumpa dengan perempuan itu untuk memberikan ubat kepadanya. “Natasha…kamu kena makan ubat ni supaya cepat sembuh.” pujuk Pengarah Lee. Natasha hanya melihat Pengarah Lee dengan penuh kebencian. “Kau memang kejam.” kata Natasha. “Aku Cuma ikut arahan.” kata Pengarah Lee. “Sampai bila kau nak ikut arahan orang lain? Sekali kau dah terjebak dengan Harris Roslee, susah untuk kau keluar dari kekejaman dia.” ujar Natasha. “Aku tinggalkan ubat ni dekat sini. Pastikan kau makan ubat ni. Aku balik dulu.” kata Pengarah Lee mengendahkan kata-kata Natasha sebelum itu. Pengarah Lee terus meninggalkan bilik dengan segera. Pengarah Lee terus menutup pintu bilik tanpa menoleh ke belakang. “Jaga dia.” jelas Pengarah Lee kepada pembantu rumah di bangle mewah tersebut. “Baik.” balas pembantu rumah tersebut.

Selepas pembedahan, Dr. Ash terus menuju ke bilik rehat bersama dengan Dr. Que. “Dr. Ash, saya nak cakap sikit boleh?” tanya Dr. Que cemas. “Apa dia?” balas Dr. Ash. “Kenapa Dr. Ash terlalu fokus sangat dengan kes sebulan yang lalu? Kalau saya jadi Dr. Ash, saya akan abaikan je apa yang jadi.” tanya Dr. Que. “Aku tak boleh lepaskan kes tu macam tu je. Ada yang tak kena dengan kes tu.” balas Dr. Ash. “Nah.” kata Dr. Que sambil menghulur sesuatu kepada Dr. Ash. “Apakah ini?” tanya Dr. Ash. “Saya Cuma nak tolong Dr. Ash je. Ni dokumen tentang pesakit yang bernama Abu Rahman Hassan. Pesakit yang Dr. Ash sedang siasat sebulan lalu.” jawab Dr. Que. Dr. Ash terus membuka dokumen tersebut. “Natasha?” tanya Dr. Ash dengan penuh tanda tanya. “Ya, Natasha ialah satu-satunya anak tunggal Abu Rahman Hassan.” jawab Dr. Que. “Kau tahu dekat mana dia sekarang?” tanya Dr. Ash lagi. “Itu yang saya nak tahu…dekat mana Natasha?” kata Dr. Que. “Apa maksud kau?” tanya Dr. Ash. “Natasha menghilangkan diri selepas kejadian sebulan yang lalu. Dia tak dijumpai lagi selepas itu.” kata Dr. Que. “Terima kasih, Que.” ucap Dr. Ash. Dr. Ash terus bergegas keluar dari bilik rehat tersebut meninggalkan Que. “Akhirnya…selama ni dia tak pernah nak ucapkan terima kasih dekat aku.” bisik Dr. Que sambil tersenyum.

Pembantu rumah di bangle mewah cemas. Dia cuba untuk menelefon Pengarah Lee. “Pengarah Lee…Natasha dah hilang.” kata pembantu rumah tersebut. Pengarah Lee tergamam tanpa kata-kata. gagang telefon dilepaskan Pengarah Lee. “Ini tak boleh jadi…aku kena cari dia sebelum Harris Roslee tahu.” bisik Pengarah Lee.

Dr. Ash menuju ke sesuatu tempat dengan keretanya. Dia memandu dengan laju. Tiba-tiba seorang wanita cuba untuk menghalang kereta yang dipandu oleh Dr. Ash. Dr. Ash terkejut lantas bertindak untuk menekan brek. Dalam hati, Dr. Ash bertanya…”siapa dia?” Wanita it uterus menuju ke arah Dr. Ash dan meminta pertolongan Dr. Ash. “Tolong saya. Awak kena tolong saya.” kata wanita itu. Tanpa berkata-kata, Dr. Ash membantu wanita itu. “Pegang kuat-kuat.” kata Dr. Ash. Dr. Ash terus memecut laju pergi jauh dari kawasan itu.

Di sebuah tempat yang kosong tanpa penghuni…Dr. Ash dan wanita itu bersembunyi. “Siapa awak? Siapa kejar awak? Kenapa awka lari?” tanya Dr. Ash. “Nama saya Natasha.” jawab wanita itu. Dr. Ash teringat sesuatu…dalam dokumen itu…terdapat nama Natasha di dalam dokumen itu. “Awak anak kepada Abu Rahman Hassan?” tanya Dr. Ash dengan yakinnya. Natasha terkejut. “Macam mana awak tahu? Awak siapa?” tanya Natasha dengan nada keresahan. “Jangan risau. Saya bukan orang jahat.” kata Dr. Ash. “Saya pernah menjadi doktor yang bertanggungjawab merawat ayah awak, Abu Rahman Hassan. Maafkan saya sebab saya tak dapat nak selamatkan ayah awak. tambah Dr. Ash. “Awak! Kenapa awak tak cuba untuk selamatkan ayah saya! Kenapa?!” marah Natasha. Dr. Ash hanya diam sambil menundukkan kepala. Natasha mula mengalirkan air mata. “Ayah saya meninggal dunia dengan cara yang tidak adil.” kata Natasha sambil menangis teresak-esak. “Saya nak tahu, apa yang ayah awak dah buat sampai pembedahan yang saya lakukan tak boleh diteruskan.” kata Dr. Ash. “Ayah saya telah mengetahui satu rahsia di antara Gnomium Enterprise dan Zahari Hospital.” kata Natasha. Dr. Ash semakin fokus mendengar.

“Aku dah cakap. Kau ni tak reti ke nak jaga perempuan tu.!!! Kalau Harris Roslee tahu tentang ni macam mana?!” jerit Dr. Zahari. “Sa…say…err…saya…” tidak sempat Pengarah Lee berkata-kata,kedengaran bunyi pintu dihempas dengan kuat. Dr. Zahari dan Pengarah Lee terkejut. “Malangnya aku dah tahu pasal ni.” kata Harris Roslee.

“Ayah saya telah mendengar perbualan di antara Harris Roslee dengan Dr. Zahari. Mereka telah melakukan penyelewengan wang syarikat Gnomium Enterprise dan Zahari Hospital.” jelas Natasha. “Penyelewengan wang syarikat?” bisik Dr. Ash. “Harris Roslee…adalah pembunuh.” kata Natasha lagi. “A…ap…apa!!! Apa yang awak merepek ni? Saya tak faham.” kata Dr. Ash dengan nada terkejut. “Ayah Harris Roslee, Zamzani Ahmad tahu tentang perbuatan anaknya itu. Zamzani Ahmad mengugut Harris Roslee untuk membuat pengakuan tentang kesalahan yang telah dilakukannya. Tapi, Harris Roslee tidak berpuas hati lalu membunuh ayahnya sendiri dengan bantuan Dr. Zahari.” jelas Natasha. Dr. Ash terkejut dengan kenyataan yang telah dia dengar daripada Natasha. “Ayah saya lari selepas mendengar perkara itu. Pengarah Lee ternampak dan mengejar ayah saya. Ayah saya lari sehingga ke bahagian bumbung bangunan. Ayah saya tergelincir lalu jatuh dari tingkat atas. Harris Roslee memberi arahan supaya jangan selamatkan ayah saya. Akhirnya mereka membiarkan  ayah saya mati macam tu saja.” kata Natasha sambil menangis. “Macam mana awak boleh terlibat?” tanya Dr. Ash. “Saya terdengar perbualan mereka tentang rancangan untuk membiarkan ayah saya mati tanpa menerima rawatan pembedahan.” jawab Natasha. “Tolong saya…tolong…saya merayu…selamatkan saya” rayu Natasha teresak-esak. Dr. Ash hanya mendiamkan diri. Dr. Ash memandang tepat mata Natasha lalu berkata, “Saya akan lindungi awak walau apa pun yang berlaku. Awak jangan risau. Kebenaran harus ditegakkan.” Dr. Ash tersenyum. “Terima kasih, Dr. Ash. Terima kasih.” ucap Natasha sambil menangis.

“Awak tinggal dekat sini buat sementara waktu. Sini adalah tempat yang paling selamat.” kata Dr. Ash. “Rumah siapa ni?” tanya Natasha. ”Rumah saya.” jawab Dr. Ash. Natasha menuju ke ruang tamu. Natasha melabuhkan punggung ke atas sofa. Dr. Ash menuju ke dapur. “Tunggu situ, saya buatkan makanan untuk awak.” kata Dr. Ash. Natasha hanya mengangguk. Dr. Ash telah menyiapkan makanan. Dia menuju ke ruang tamu untuk memanggil Natasha menjamu selera. Langkah Dr. Ash terhenti seketika. “Dah tidur rupanya.” bisik Dr. Ash. Dr. Ash masuk ke dalam ruangan bilik tidurnya lalu mencapai selimut di atas katil. Dr. Ash kembali ke ruang tamu bersama selimut lalu menyelimutkan Natasha. Dr. Ash tersenyum melihat Natasha. “Semoga mimpi yang indah.” bisik Dr. Ash. Dr. Ash pun melangkah pergi dari situ.

“Masuk.” kata Dr. Zahari. Dr. Ash terus meluru masuk dengan senyuman terukir di wajahnya. “Lama kita tak berjumpa…Ayah.” kata Dr. Ash. “Kenapa kau datang sini? Tak ada kerja nak buat?” tanya Dr. Zahari. “Saja. Suka-suka. Lagipun, dah lama kita tak lepak sama-sama lepas kejadian tu.” jawab Dr. Ash. “Macam mana kalau kita keluar makan lepas ni. Bukan sebagai ketua dan anak buahnya, tapi sebagai…anak dan ayah.” ajak Dr. Ash. “Aku sibuk.” jawab Dr. Zahari. “Hem, bila fikir balik…dulu kita memang rapat. Huh, sekarang…ok lah kalau tak boleh. Aku keluar dulu.” kata Dr. Ash. Bunyi pintu dihempas dengan perlahan. Dr. Zahari terdiam apabila mendengar kata-kata Dr. Ash. Dr. Zahari mula terbayangkan detik-detik manis bersama Dr. Ash ketika dia masih kecil. Dr. Zahari tersenyum seketika. Khayalan Dr. Zahari terhenti apabila telefon pejabatnya berdering. “Hello, kenapa? Apa?! Baik, aku datang sekarang.” Dr. Zahari meletakkan gagang telefon lantas keluar dari ruangan pejabatnya.

Dr. Ash melihat sesuatu. Keadaan agak tegang di ruangan hadapan hospital. “Apa yang terjadi?” bisik Dr. Ash. “Pengarah Lee…hilang!!! Macam mana dia boleh hilang? Cepat cari tahu dekat mana dia berada sekarang!” jerit Dr. Zahari. “Baik Dr. Zahari.” balas Ketua jururawat Rohayah. Kelihatan Harris Roslee dari jauh sedang mendekati Dr. Zahari. “Apa yang Harris Roslee buat dekat sini?” bisik Dr. Ash sekali lagi. “Ikut aku.” kata Harris Roslee kepada Dr. Zahari. Dr. Zahari terkejut dengan kehadiran Harris Roslee. “Ba…baik.” balas Dr. Zahari. Dr. Ash terus mengambil peluang tersebut untuk memasuki ruangan Dr. Zahari.

Dr. Ash sedang mencari sesuatu yang boleh dijadikan bahan bukti untuk kes sebulan yang lalu. Dr. Ash akhirnya terjumpa pendrive yang diletakkan dengan kemas di dalam sebuah kotak kaca. Dr. Ash membuka dan meneliti kandungan pendrive tersebut. Bingo! Di dalam pendrive tersebut mempunyain senarai nama staf-staf yang terlibat dengan kes penyelewengan wang syarikat. Selepas mendapat tahu tentang itu, Dr. Ash bergegas keluar dari ruangan pejabat Dr. Zahari.

“Natasha, saya jumpa bukti yang boleh bantu awak dalam hal ini.” jelas Dr. Ash. “Terima kasih Dr. Ash. Awak dah banyak tolong saya. Saya hargainya.” ucap Natasha. “Ya, sama-sama. Lagipun saya dah berjanji nak lindungi awak.” kata Dr. Ash. “Maafkan saya sebab selama ni saya banyak menyusahkan awak.” kata Natasha. “Tak, awak tak susahkan saya pun.” kata Dr. Ash. “Kenapa awak sanggup tolong saya?” tanya Natasha. “Saya suka. Saya suka tolong awak.” jawab Dr. Ash. “Maksud awak?” tanya Natasha lagi. “Awak. Semuanya kerana awak. Saya menghulurkan bantuan kerana awak. Just you.” jawab Dr. Ash. Natasha masih tidak memahami kata-kata yang diluahkan oleh Dr. Ash. Natasha hanya memandang Dr. Ash dengan senyuman. “Saya harap saya dapat jadi penyembuh luka awak…yang selama ni awak alami.” tambah Dr. Ash. Kata-kata Dr. Ash telah membuat Natasha terpaku. Natasha mula memahami kata-kata Dr. Ash. Dr. Ash bangun dari tempat duduknya lalu melangkah pergi.

Langkah Dr. Ash terhenti seketika. Riak wajah Dr. Ash berubah. “Farah!” bisik Dr. Ash. Farah Aqilah berdiri di hadapan pintu rumah Dr. Ash. Farah Aqilah telah melihat semuanya. “Siapa permpuan tu?” tanya Farah Aqilah. Dr. Ash hanya terdiam. “Farah, masuk dulu. Biar aku terangkan semuanya.” kata Dr. Ash. Farah Aqilah terus masuk ke dalam rumah tanpa ragu-ragu. Dr. Ash akhirnya menceritakan semuanya kepada Farah Aqilah. Farah Aqilah seperti tidak mempercayainya. “Abang Harris…seorang pembunuh? Abang Harris yang menyebabkan kematian papa?” Farah Aqilah masih tidak mempercayainya. “Tak mungkin. Ash, awak percaya ke cakap perempuan ni? Saya tak percaya.” kata Farah Aqilah dengan nada tidak puas hati. Farah Aqilah terus meluru keluar dari rumah tanpa menoleh ke belakang. “Dr. Ash, boleh ke Farah simpan rahsia ni?” tanya Natasha. “Saya percayakan dia.” kata Dr. Ash.

Dr. Zahari berada dalam ketakutan. Dr. Zahari teringat kembali perjumpaannya dengan Harris Roslee satu jam yang lalu. Harris Roslee berkata kepada Dr. Zahari bahawa Pengarah Lee sudah meninggalkan dunia ini buat selamanya. Harris Roslee telah membunuh Pengarah Lee kerana tidak berpuas hati dengan kejanya. Harris Roslee memberi amaran kepada Dr. Zahari untuk mencari Natasha sampai jumpa. Jika tidak…selamat tinggal dunia. Dr. Zahari terus menelefon seseorang untuk membantunya mencari Natasha. “Hello, cari perempuan tu sampai dapat.” arah Dr. Zahari kepada seseorang.

“Abang Harris. Abang dari mana tadi?” tanya Farah Aqilah. “Kenapa ni? Ada masalah ke? Nampak serius je.” balas Harris Roslee. “Tak ada apa-apa. Farah cuma nak tahu je abang dari mana tadi. Tak apa lah. Farah masuk bilik dulu.” kata Farah Aqilah dengan tegas. “Pelik betul dia hari ni.” bisik Harris Roslee.

Dr. Que menekan loceng rumah Dr. Ash. “Macam tak ada orang je.” bisik Dr. Que. Dr. Que terkejut. “Sejak bila Dr. Ash berambut panjang ni.” bisik Dr. Que lagi. “Hem, kau buat apa dekat depan rumah aku Que?” datang Dr. Ash bertanya. “Dr. Ash…dekat luar…siapa dekat dalam???” tanya Dr. Que keliru. Dr. Ash hanya mendiamkan diri. Dr. Ash melihat tepat ke mata Dr. Que. “Pedulikan apa yang saya tanya tadi.” kata Dr. Que ketakutan. “Hem, ada apa?” tanya Dr. Ash. “Dr. Zahari nak jumpa dengan Dr. Ash. Hari juga. Dia kata dia tak ada masa dah.” kata Dr. Que. “Tak ada masa dah? Meaning?” tanya Dr. Ash lagi. “entah la Dr. Ash. Saya cuma mengikut arahan. Ok, saya balik dulu.” kata Dr. Que. Riak wajah Dr. Ash berubah.

Kedengaran bunyi pintu diketuk. “Masuk.” ajak Dr. Zahari. Dr. Ash masuk ke ruangan pejabat Dr. Zahari. “Ya, ada apa kau nak jumpa aku?” tanya Dr. Ash. “Duduk.” arah Dr. Zahari. Dr. Ash melabuhkan punggungnya di tempat duduk tanpa berkata apa-apa. “Ash...aku cadangkan kau untuk menjawat jawatan Pengarah bahagian pakar bedah.” kata Dr. Zahari. “Bukankah jawatan tu dipegang oleh Pengarah Lee? Mana Pengarah Lee? Aku dengar dia dah menghilangkan diri.” balas Dr. Ash. “Ikut saja arahan aku.” arah Dr. Zahari. “Baik, aku terima jawatan ini. Kalau tak ada apa-apa lagi, aku keluar dulu.” kata Dr. Ash. Kedengaran bunyi pintu ditutup dengan rapat. Dr. Zahari masih lagi dengan riak wajah yang risau.

Dr. Ash menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Dr. Ash tidak menghiraukan panggilan itu. Kali kedua telefon bimbitnya berdering. Dr. Ash menjawab panggilan itu. “Hello. Siapa ni?” tanya Dr. Ash. “Kalau kau nak Natasha selamat, kau harus ikut semua arahan aku.” jawab orang yang tidak dikenalinya itu. “Siapa kau?! Macam mana kau tahu…Natasha!!!” balas Dr. Ash. “Natasha ada bersama dengan aku. Kau jangan risau. Aku tak akan apa-apakan dia selagi kau ikut arahan aku.” kata orang itu. “Aku…ikut cakap kau. Apa dia?” balas Dr. Ash. “Berikan maklumat yang kau dah ambil dari ruangan pejabat Dr. Zahari.” kata orang itu. “Macam mana kau tahu aku…” balas Dr. Ash. “Kau bagi maklumat tu sendiri, tempatnya di mana kali pertama kau dan Natasha berjumpa dahulu.” arah orang itu. “Tempat tu…tempat aku bawa lari Natasha…macam mana…baiklah. Saya datang.” kata Dr. Ash. “Good boy. Aku tunggu malam ni.” kata orang itu. Panggilan dimatikan. Dr. Ash terus bergegas ke rumahnya untuk mengambil maklumat itu.

Waktu menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Dr. Ash telah sampai ke tempat di mana Natasha disembunyikan. Dr. Ash melangkah keluar dari kereta. Dr. Ash terus menuju ke dalam bangunan kosong itu. Terdapat seorang lelaki yang mengenakan jaket dan topi hitam. Wajahnya tidak kelihatan. Dr. Ash mencari Natasha. Tiada kelibat Natasha di situ. “Kenapa? Cari perempuan tu ke? Jangan risau, dia ada dengan aku.” kata lelaki itu. “Dekat mana Natasha? Aku akan bagi maklumat ni kalau kau beritahu aku dekat mana Natasha.” kata Dr. Ash. “Dia ada dekat alamat ini.” kata lelaki itu sambil memberikan sebuah alamat. “Nah, ambil.” kata Dr. Ash sambil memberikan pendrive kepada lelaki itu. Dr. Ash terus meluru ke keretanya dan memandu menuju ke alamat itu.

Dr. Ash memberhentikan keretanya. Dr. Ash ragu-ragu. Alamat itu menunjukkan sebuah rumah banglo mewah yang terletak di tepi laut. Dr. Ash melangkah keluar dari keretanya. Tiba-tiba, kedengaran suara Dr. Zahari. “Ash. Kau dah datang.” kata Dr. Zahari. Dr. Ash terkejut. “Ayah!” kata Dr. Ash. Muncul kelibat seorang lelaki dari belakang Dr. Zahari. Dr. Ash sekali lagi terkejut. “Kau…Harris Roslee.” kata Dr. Ash. “Hai, Dr. Healer. Selamat datang ke dunia Harris Roslee.” kata Harris Roslee. “Mana Natasha?” tanya Dr. Ash. “Rileks, dia selamat. Ada dekat dalam.” jawab Harris Roslee. “Memandangkan kau dah pun terima jawatan Pengarah tu, kau…automatik berada dalam genggaman aku.” tambah Harris Roslee. “Apa yang kau merepek ni?” kata Dr. Ash. “Mulai hari ni, kau kena bekerja dengan aku.” kata Harris Roslee. “Aku takkan bekerja dengan kau, Pembunuh.” balas Dr. Ash. “Kau akan bekerja dengan aku walaupun kau menolak sebab tugas kau cuma jaga Natasha daripada pecah rahsia. Itu saja.” kata Harris Roslee. Dr. Ash terdiam seketika. “Kenapa? Berminat? Kau mesti berminat punya sebab dapat menjaga wanita yang kau cintai. Betul tak? Hahaha!!! Syaratnya, kau kena jaga mulut kau. Jangan beritahu siapa-siap pasal ni, kalau tidak…kau dan Natasha…selamat tinggal dunia.” tambah Harris Roslee. “Aku akan hancurkan kau dengan tangan aku sendiri kalau kau berani apa-apakan Natasha.” kata Dr. Ash. “So, kau setuju?” tanya Harris Roslee. “Aku akan jaga dia.” jawab Dr. Ash. “Macam tu lah Dr. Healer. Ok, silakan masuk ke dalam. Jumpa lah dengan kekasih idaman kau tu. Aku pergi dulu.” kata Harris Roslee. Harris Roslee terus melangkah pergi. “Ingat. Jangan pernah bermain dengan api. Berjaga-jaga. Sentiasa berjaga-jaga.” kata Dr. Zahari. Dr. Ash memandang Dr. Zahari dengan penuh kemarahan. Dr. Zahri melangkah pergi.

“Natasha! Natasha!” jerit Dr. Ash. Dr. Ash menuju ke bilik utama di tingkat atas. Natasha sedang duduk di atas katil sambil menangis teresak-esak. Dr. Ash terus menuju ke arah Natasha. Natasha terkejut dengan kehadiran Dr. Ash. Natasha terus memeluk tubuh Dr. Ash. “Saya takut.” kata Natasha. “Saya ada dekat sini. Jangan risau.” kata Dr. Ash. Natasha terus menangis. “Maafkan saya sebab tak tepati janji saya untuk lindungi awak.” kata Dr. Ash. “Saya tak akan benarkan sesiapa pun menyakiti awak lepas ni. Saya akan sentiasa berada di sisi awak.” tambah Dr. Ash.

“Saya akan bawa awak keluar dari sini. Saya ada rancangan.” kata Dr. Ash. “Bahaya dekat luar sana. Saya tak nak awak jadi apa-apa.” kata Natasha. “Jangan risau. Saya ok.” kata Dr. Ash. “Saya pergi hospital dulu. Saya akan kembali lagi ke sini untuk bawa awak keluar dari sini.” tambah Dr. Ash. “Jaga diri dan terima kasih.” ucap Natasha. Dr. Ash hanya tersenyum. Dr. Ash pun melangkah pergi.

“Macam mana dengan pejabat baru ni? puas hati?” tanya Dr. Zahari. Dr. Ash hanya mendiamkan diri. “Kalau macam tu, aku keluar dulu.” kata Dr. Zahari. “Ayah.” ucap Dr. Ash. Langkah Dr. Zahri terhenti. Dr. Zahari memandang wajah Dr. Ash. “Tolong hentikan semua ni. Ash merayu. Tolong. Ash cakap macam ni sebagai anak kandung ayah. Hentikan. Cukup sampai sini saja.” rayu Dr. Ash. “Sekali kita dah melangkah masuk ke dalam dunia ni, selamanya kita akan tetap di sini. Tiada lagi cahaya yang boleh membantu kita untuk keluar dari dunia ni.” kata Dr. Zahari. “Ayah silap. Masih ada cahaya walaupun tidak terlalu terang. Kita masih boleh keluar dari dunia ni.” kata Dr. Ash dengan yakin. Dr. Zahari mendiamkan diri dan melangkah keluar dari ruangan pejabat Dr. Ash.

“Dr. Que, aku nak pinjam telefon kau sekejap. Aku nak buat panggilan. Telefon bimbit aku tertinggal.” kata Dr. Ash. “Nah, Dr. Ash.” kata Dr. Que sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Dr. Ash. Dr. Ash membelek-belek telefon bimbit Dr. Que. Dr. Ash terkejut. “Bila masa Que telefon aku semalam. Masanya…waktu ni aku terima panggilan daripada lelaki misteri tu.” bisik Dr. Ash. “Kau, ikut aku.” kata Dr. Ash. “Ke mana Dr. Ash? Dr. Ash tak buat panggilan pun lagi.” kata Dr. Que. “Ikut sajalah.” arah Dr. Ash. “Ok.” jawab Dr. Que. Mereka menuju ke ruangan pejabat Dr. Ash. Dr. Ash terus mengunci pintu dan bertindak agresif ke atas Dr. Que. “Siapa kau? Macam mana kau boleh tahu Natasha ada dekat rumah aku?” kata Dr. Ash dengan nada marah. Riak wajah Dr. Que berubah. Dr, Que tersenyum. “Hebat betul kau ni. Sekejap saja kau tahu. Ya, aku yang ugut kau semalam. Aku yang culik Natasha. Macam mana kau tahu? Aku sentiasa ikut kau ke mana saja. Itu tugas aku.” kata Dr. Que. Dr. Ash begitu marah. Dia merasakan dia sudah dikhianati oleh rakan sendiri. “Tak guna.” kata Dr. Ash. Dr. Que mencapai sesuatu dari poket seluarnya. Dr. Que menyuntik dirinya sendiri dengan racun. Dr. Ash terkejut dengan perbuatan Dr. Que. Lantas Dr. Ash terus menyambut Dr. Que yang rebah ke lantai. “Kenapa kau buat benda bodoh ni?!” kata Dr. Ash. “Aku dah diketahui…oleh kau.” kata Dr. Que. Akhirnya, Dr. Que tidak menyedarkan diri. Dr. Ash terus membawa Dr. Que ke ruangan pembedahan.

“Tuan Harris, Dr. Que meninggal dunia ketika jalani pembedahan.” kata Dr. Zahari. “Huh, nampaknya aku kena cari orang baru.” kata Harris Roslee.

Dr. Ash terdiam seketika. Dia masih lagi tidak percaya dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. “Aku mesti selamatkan Natasha hari ini juga.” bisik Dr. Ash.

Dr. Ash menuju ke arah Ketua Jururawat Rohayah. “Puan Rohayah…saya perlukan pertolongan Puan.” kata Dr. Ash. “Saya tak pasti apa yang terjadi tapi, saya akan tolong Dr. Ash.” balas Ketua Jururawat Rohayah.

Kereta yang dipandu Dr. Ash berhenti di hadapan banglo mewah tersebut. Dr. Ash melangkah keluar dari kereta. Dua orang pengawal keselamatan dibelasah oleh Dr. Ash. Ketua Jururawat Rohayah terpaku selepas melihat aksi Dr. Ash. “Jom, Puan Rohayah.” kata Dr. Ash. “Oh…baiklah.” balas Ketua Jururawat Rohayah. Mereka menuju ke bilik Natasha. “Ash. Awak…” kata Natasha. “Saya dah janji nak bawa awak keluar dari sini.” kata Dr. Ash tersenyum. “Kita dah tak ada masa Dr. Ash.” sampuk Ketua Jururawat Rohayah. Dr. Ash terus menarik tangan Natasha untuk membawanya keluar. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan meluru masuk dan memukul Dr. Ash. Dr. Ash rebah. “Ash! Bangun Ash!” kata Natasha. “Ikut Puan Rohayah keluar sekarang!” arah Dr. Ash. “Mari Natasha. Kita kena keluar dari sini.” kata Ketua Jururawat Rohayah. Natasha terus ditarik oleh Ketua Jururawat Rohayah. Mereka akhirnya menuju ke kereta. Ketua Jururawat Rohayah terus memandu laju kereta itu. Dr. Ash masih bergelut dengan pengawal keselamatan itu. Akhirnya, Dr. Ash berjaya menewaskan pengawal keselamatan tersebut. Dr. Ash menuju keluar dari banglo tersebut. “Kau nak pergi mana Dr. Healer?” suara Harris Roslee kedengaran dari belakangnya. Harris Roslee memacukan pistol ke arah Dr. Ash. “Aku rasa di sinilah pengakhirannya. Siapa di antara kita yang paling hebat. Aku tak akan biarkan aku jatuh seorang diri. Aku kena bawa teman sekali. Teman itu adalah kau, Dr. Healer.” kata Harris Roslee. “Aku akan jatuhkan kau. Waktu itu, tiada siapa yang akan sambut kau walaupun sesaat.” balas Dr. Ash.

Farah Aqilah cuba membuat panggilan. “Kenapa Ash tak jawab ni?” kata Farah Aqilah. “Kenapa aku rasa tak sedap hati?” bisik Farah Aqilah. Dr. Zahari menuju ke arah Farah Aqilah. “Saya nak minta tolong sesuatu dengan kamu, Farah.” kata Dr. Zahari. “Apa dia?” balas Farah Aqilah kebingungan. Dr. Zahari menghulurkan pendrive kepada Farah Aqilah. “Semuanya ada dalam tu. Tolong serahkannya kepada pihak polis. Hanya percayakan seorang sahaja. Detektif Farouk. Serahkan padanya.” kata Dr. Zahari. Dr. Zahari pun terus beredar dari situ. Farah Aqilah terdiam seketika. “Adakah ini…kebenarannya?” bisik Farah Aqilah.

Pistol Harris Roslee dicampak dari tangannya. Dr. Ash dan Harris Roslee beradu tenaga. Mereka saling berbalas tumbukan. Akhirnya Harris Roslee mencapai pistol miliknya lalu melepaskan tembakan tepat ke arah Dr. Ash. Dr. Ash tidak sempat mengelak tembakan itu. Dr. Ash rebah ke tanah. Penglihatan Dr. Ash mula kabur. Harris Roslee menuju ke arah Dr. Ash lalu mengacukan pistol kepada Dr. Ash. “Goodbye, Dr. Healer.” ucap Harris Roslee. Belum sempat Harris Roslee menarik picu pistolnya, dia mula rebah. Harris Roslee ditembak dari belakang oleh pihak polis. Harris Roslee tidak sedarkan diri. Akhirnya, Dr. Ash juga tidak sedarkan diri.

Berita di kaca televisyen melaporkan tentang kebenaran disebalik semua yang berlaku sebelum ini. Dr. Ash terlantar di hospital. Dia mula sedarkan diri. Dia melihat ke sisinya. Natasha berada di situ. “Awak dah sedar.” kata Natasha sambil mengalirkan air mata. Farah Aqilah dan Ketua Jururawat Rohayah juga berada di situ. “Syukurlah kamu dah selamat.” kata Ketua Jururawat Rohayah. “Apa yang dah jadi?” tanya Dr. Ash. “Ayah awak, Dr. Zahari yang membongkarkan semuanya. Dr. Zahari telah ditangkap. Abang saya…masih dalam keadaan koma.” kata Farah Aqilah. “Baguslah kalau macam tu. Farah, saya minta maaf sebab dah sakitkan hati awak. Abang awak…” kata Dr. Ash. “Abang saya dah buat salah. Memang patut dia terima hukumannya.” balas Farah Aqilah. “Saya keluar dulu.” sambung Farah Aqilah. Ketua Jururawat Rohayah juga menuju keluar dari bilik itu. “Natasha, awak tak apa-apakan?” tanya Dr. Ash. “Saya ok.” jawab Natasha. “Lepas ni, apa yang awak nak buat?” tanya Dr. Ash lagi. “Saya tak fikirkannya lagi. Puan Rohayah kata dia nak jadikan saya anak angkatnya.” balas Natasha. “Hem, macam mana kalau…awak jadi permaisuri saya?” kata Dr. Ash. “Apa maksud awak?” tanya Natasha kebingungan. “Saya…ingin menjadi pelindung awak buat selamanya. Saya ingin menghabiskan sepanjang hayat saya bersama awak kerana…saya cintakan awak.” ucap Dr. Ash. Natasha terdiam seketika. “Saya akan jadi permaisuri awak buat selamanya kerana…saya juga mencintai awak.” balas Natasha. Dr. Ash tersenyum riang.

“Abang Harris, Farah harap…abang akan jadi manusia yang lebih baik lepas ni.” bisik Farah Aqilah. Farah Aqilah terus mengalirkan air mata. Farah Aqilah menuju keluar dari wad Harris Roslee.

Akhirnya, Dr. Ash dan Natasha melangsungkan perkahwinan nya. Farah Aqilah berpindah ke Amerika Syarikat dan membuka sebuah perniagaan di sana. Harris Roslee meringkuk di dalam penjara seumur hidupnya. Dr. Zahari mula menyedari kesilapannya dan dibebaskan dari penjara selepas 3 tahun. Dr. Ash menjadi pewaris kepada Zahari Hospital. Dr. Zahari menubuhkan sebuah klinik kecil di sebuah kampung dan melakukan amal kebajikan kepada penduduk kampung tersebut. Apa pun yang berlaku selama ini, jadikanlah sebagai pengajaran. Yang lepas biarkan berlalu. Yang patut kita fikirkan adalah apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

 

<TAMAT>

Comments

Popular Posts