JUST 18 : THE FINAL TEST


JUK : JUST 18 : THE FINAL TEST

GENRE : DRAMA / KOMEDI

            Manchester. Sudah seminggu juga aku berada di sini. Aku sudah mula merindukan rumah. Dalam fikiran ku, aku ingin pulang ke rumah sekarang juga. “Iskandar, sini sekejap.” panggil Kak Long. Aku terus melangkah keluar dari bilik ku. “Ya, kak. Ada apa?” tanya aku. “Macam mana? Jadi tak duduk terus dekat sini? Is kata nak bagi jawapan lepas Is duduk seminggu dekat sini. Hari ni dah genap seminggu dah. Jadi, macam mana?” balas Kak Long. Aku terdiam seketika. “Is nak balik.” jawab aku. Kak Long mula menunjukkan riak wajah seriusnya. “Is! Takkan Is nak balik sana lagi. Tak ada apa yang tinggal dekat sana dah. Tak ada siapa pun yang pedulikan Is. Sekurang-kurangnya Kak Long ada dekat sini ambil berat pasal Is.” balas Kak Long panjang lebar. “Is hargai apa yang Kak Long dah buat dekat Is selama ni. Kak Long sanggup menjaga Is tapi, di sini bukan tempat Is.” jawab aku. “Ayah dah buang Is, sama macam apa yang ayah dah buat dekat Kak Long. Is masih lagi sanggup nak balik sana.” kata Kak Long. “Ayah tak pernah buang Kak Long. Kak Long yang membuang diri sendiri. Kak Long lari dari kehidupan Kak Long yang asal. Kak Long, balik lah. Ikut Is balik.” kata aku. Kak Long terus masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa. Aku hanya terdiam.

            “Kak Long! Is nak berangkat dah ni.” panggil aku. Mana Kak Long? Aku  mencari cari kelibat Kak Long. Aku terkejut melihat Kak Long di ruang tamu. Aku tersenyum. “Kak Long ikut Is balik.” kata Kak Long. “Baguslah.” balas aku. “Lagi satu, jangan beritahu mak Kak Long pasal ni.” kata Kak Long. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

            “Ayah, Is dah balik.” kata aku. Wajah serius ditunjukkan oleh ayah aku. Kak Long memasuki ruangan pejabat ayah aku. “Ayah, Kak Long di sini.” kata Kak Long. “Apa perempuan ni buat dekat sini?” kata ayah aku. Aku terdiam. “Iskandar! Ayah hantar kau pergi sana supaya semua masalah dekat sini selesai tapi, kau pula bawa balik satu lagi masalah dekat sini.” tegas ayah aku. “Adakah kepulangan Kak Long selepas lima tahun, adalah masalah bagi ayah?!” kata aku. Kak Long memegang tangan ku dengan erat. Aku mengeluh. “Iskandar! Ayah ingat kau dah faham. Ayah tanya sekali lagi. Kau nak pindah atau pun nak kekal di sini?” tanya ayah ku. “Is, nak kekal dekat sini.” jawab aku dengan yakin. Kak Long mula menitiskan air mata. Tangan ku dipegang erat oleh Kak Long. “Baik lah kalau macam tu.” balas ayah ku. Aku terkejut dengan jawapan itu. Belum sempat aku membuka mulut, ayah ku pun berkata lagi, “Ayah tak pernah bersetuju dengan keputusan kau. Ayah tak pernah bersetuju kau kena tinggal dekat sini. Ingat itu. Kau secara rasminya telah menjadi lawan ayah. Dalam pertarungan ini, jangan fikir yang kau boleh menang kerana lawan kau adalah ayah.” tegas ayah ku. Aku memandang Kak Long. Kak Long masih lagi menangis teresak-esak. Aku hanya mampu mengeluh. Kenapa? Kenapa ayah buat Is macam ni?

            Semester 3 akhirnya menjelma. Semerter terakhir buat aku dan rakan ku di kelas pertama. Suasana pada hari ini sedikit sepi. Mungkin disebabkan masih dalam mood cuti sekolah. Aku faham. Blur. Aku keluar mengambil angin. Suasana cukup tenang. Aku menikmatinya. “Jauh termenung?” usik Zubaidah. Aku hanya tersenyum memandang Zubaidah. “Tenang kan dekat sini.” kata Zubaidah. Aku mengangguk. “Dah lama aku tak rasa tenang macam ni.” balas aku. Zubaidah memandang aku. “How’s your day? Best ke?” tanya Zubaidah. “Macam hari-hari biasa.” balas aku. “Hari-hari biasa? Boring la hidup kau ni.” kata Zubaidah. Aku ketawa kecil. “Tak nak tanya aku ke cuti aku macam mana?” kata Zubaidah. “Cuti kau macam mana?” tanya aku. “Lambat! Dah suruh baru nak tanya.” balas Zubaidah. Aku hanya ketawa melihat gelagatnya itu. “Hidup ni, tak semuanya mudah. Kalau semuanya mudah, lebih baik tak payah hidup kan.” kata Zubaidah. Aku memandang Zubaidah. Wajahnya agak serius. “Maksud kau?” tanya aku. Zubaidah hanya tersenyum melihat aku. “Teruskan hidup. Buat apa yang kau rasa patut kau buat. This is your life. Pilihan di tangan kau. Cuma sama ada pilihan tu betul atau salah. That’s it. Make a good choice.” kata Zubaidah. Aku hanya mendengar kata-kata nya. Kata-kata yang sungguh bermakna. Walaupun tersirat di sebaliknya. Zubaidah mula melangkah pergi. Aku hanya melihat Zubaidah pergi. Langkah Zubaidah terhenti. Zubaidah menoleh ke arah ku. “Ada satu persoalan dalam fikiran aku.” kata Zubaidah. Aku terus memandangnya. “Apa kesudahan cerita kau dengan Aqil? Gembira? Sebaliknya?” tanya Zubaidah. Aku tersenyum. “Tak semua cerita ada penamatnya. Itu yang aku tahu.” balas aku. Zubaidah hanya tersenyum lalu melangkah pergi dari situ.

            “Wei, aku cadangkan cuti sekolah ni, kita camping nak? Kita semua. Satu kelas.” kata Alwani teruja. “Nak!” jerit Nadiah. Semua memandang Nadiah. “Hehe, maaf la. Terjerit tadi. Teruja sangat.” kata Nadiah sambil ketawa kecil. Semua orang tersenyum melihat gelagat Nadiah. “So, Nadiah dah setuju. Yang lain?” tanya Alwani lagi. “Kita nak camping dekat mana?” tanya Arwidah. “Kalau nak lagi mencabar, dekat hutan la. Best sikit.” kata Alwani. “Hutan mana la kau nak bawa kita orang ni? Hutan hujan tropika?” perli Fatihah sambil ketawa. Semua ketawa apabila mendengar kata-kata Fatihah tadi. “Ok, jugak. Jumaat ni kita pergi. Ahad balik. Ok tak?” kata Farhah. “Setuju!” jerit Nadiah. Semua memandang Nadiah lagi. “Abaikan aku. Aku terjerit lagi.” kata Nadiah malu. “Woi!!! Kau buat apa tu?!” jerit Amani. Abdullah yang sedang tidur terjaga apabila terdengar jeritan itu. “Woi! Apehal kau jerit-jerit ni, Amani.” kata Syafiqah Ilyani. “Minta maaf. Teruskan perbualan korang. Aku ingat ada orang makan dalam kelas tadi.” kata Amani sambil ketawa. Kami semua memandang pelik Amani. “Apa yang kau pegang Amani?” tanya Aliah Shamira. Kelihatan Amani sedang memegang kuih bahulu di tangannya. “Hek Eleh! Kau yang makan. Hek Eleh!” kata Abdullah. Semua ketawa besar kerana gelagat Amani tadi. Amani hanya ketawa kecil. “So! Camping?” tanya Alwani lagi. “Setuju!!!” semua bersetuju dengan cadangan Alwani.

            Nik kelihatan sedang duduk berseorangan. Asyraf datang mendekati Nik. “Hei. Kau buat apa duduk sorang-sorang ni?” tanya Asyraf. “Saja.” balas Nik ringkas. Mereka berdua terdiam seketika. “Aku rasa macam aku terasing dalam kelas tu.” kata Nik. “Kau rasa terasing?” balas Asyraf. “Aku nak bersembang dengan korang tapi, aku tetap rasa terasing.” kata Nik. “Kau kena bersikap positif. Fikir positif. Insya Allah. Semua perkara yang kau buat, akan sentiasa positif.” kata Asyraf. Nik hanya memandang Asyraf tanpa berkata apa-apa. Asyraf tersenyum lalu melangkah pergi dari situ.

            “Apa! Is nak pindah?!” jerit Ana. Aku cuma mendiamkan diri. “Kenapa? Lagi sekali? Is baru balik sini selepas dua tahun Is menetap dekat Manchester. Kenapa, Is nak pergi lagi?” tanya Ana. “Pertarungan Is dengan ayah Is. Is tak akan pernah menang pertarungan itu. Ibarat pertarungan gajah dengan semut.” balas aku. “Tapi, kenapa sekarang? Kenapa tak sampai habis semester 3? Tak boleh ke Is pergi lepas habis semester 3?” kata Ana. “Is akur dengan keputusan ayah Is. Lagipun, Is tak ada hak untuk terus belajar dekat sekolah ni sebab Is bukan lagi pewaris utama.” balas aku. “Tak boleh. Ana tak izin kan Is pergi.” kata Ana. “Ini pilihan Is. Is rasa ini yang terbaik. Is minta maaf Ana.” balas aku. Aku terus melangkah pergi meninggalkan Ana. “Is!!! Is!!! Ana tak habis cakap lagi!!!” jerit Ana. Aku tidak menghiraukan Ana. Ini pilihan aku. Aku akan kembali ke Manchester.

            Tok! Tok! “Masuk.” arah ayah ku. Aku pun masuk ke ruangan pejabat ayah ku. “Is dah datang ayah.” kata aku. “Nampaknya, kita belum bertarung lagi, kau dah angkat bendera putih.” perli ayah ku. “Is sedar. Ini bukan tempat Is. Is tak layak untuk terus belajar dekat sekolah itu.” kata aku. “Bagus lah kau dah sedar.” kata ayah ku. Tok! Tok! bunyi pintu diketuk. “Masuk.” arah ayah ku. Nilam masuk ke ruangan pejabat ayah. “Ada apa ayah cari Nilam?” tanya Nilam. “Mulai hari ini, kau pewaris utama syarikat ini.” kata ayah ku. “Nilam? Kenapa bukan Iskandar?” kata Nilam pelik. Ayah ku mendiamkan diri. “Is yang suruh ayah serahkan saham tu dekat Kak Nilam.” celah aku. “Kau yang suruh?!” kata Nilam terkejut. “Ayah, Nilam tak boleh terima saham ni. Nilam nak jadi pewaris utama tapi bukan dengan cara mudah macam ni. This is not fair.” kata Nilam. “Jadi, kau nak tolak tawaran ni?” tanya ayah ku keliru. “Nilam nak dapatkan saham ni dengan usaha Nilam sendiri. Remember. This fight is not over yet.” kata Nilam tegas. Nilam terus melangkah keluar dari pejabat ayah. Aku hanya mendiamkan diri. “Iskandar. Kau kena ingat satu perkara. Jangan pernah pecahkan rahsia ini kepada Nilam. Dia tak perlu tahu. Kalau dia tahu, dia juga akan terima padahnya.” kata ayah ku. Aku memandang ayah ku. “Baik, ayah.” jawab aku resah.

            Hari ini adalah hari perkhemahan pelajar kelas pertama. Semua menunjukkan wajah yang ceria dan gembira. Mula-mula aku tak nak pun sertai perkhemahan ini. Aku malas. Akhirnya, aku pergi juga sebab aku rasa ini sahaja lah kenangan yang aku ada dengan mereka semua. “Putera! Aku ingat kau tak join.” terjah Asyraf. Aku hanya tersenyum memandang Asyraf. “Wah! Dah lama tak menerokai alam sekitar. Rindu rasanya.” celah Abdullah. “Pernah ke pergi meneroka? Macam tak je.” perli Asyraf. Aku ketawa kecil. “Aku saja je cakap macam tu. Saja nak bagi Aliah Shamira dengar.” bisik Abdullah. “Kepala hotak hang! Sekejap dengan Nilam. Sekejap dengan Aliah Shamira.” kata Asyraf. “Tak kan lah dah jatuh cinta dengan dua gadis kot.” celah aku. “Dah! Tak nak layan.” kata Abdullah. Kami ketawa kecil. Kami pun teruskan perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan.

            Kami semua pun memilih tempat untuk memasang khemah. Setelah selesai memasang khemah, kami semua pun berehat seketika sambil menjamu selera. “Dollah! Tolong ambilkan air.” arah Aliah Shamira. “Ambil la sendiri.” kata Abdullah. “Eleh! Aku pun tak ingin la kau yang tolong ambil kan.” balas Aliah Shamira. Zubaidah, Arwidah dan Natasha ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Aliah Shamira dan Abdullah. Asyraf sedang bersembang dengan Nik. Sepertinya nampak macam serius. “Macam mana sekarang? Kau dah ok? Semua berjalan dengan lancar ke?” tanya Asyraf. “Semuanya ok. Aku tak ada hal la.” balas Nik. “Aku nak minta maaf la kalau aku ada buat kau terasa selama ni. Aku mungkin tak sedar aku dah buat salah dengan kau.” kata Asyraf. “Aku pun nak minta maaf juga dekat kau. Aku tahu aku ada buat kau terasa selama ni. Aku minta maaf.” balas Nik. Mereka berdua akhirnya tersenyum riang. Sayfiqah Ilyani, Amani, Nadiah dan Nilam sedang khusyuk bercerita. “Aku memang takut giler la waktu tu. Aku lari dan lari tapi aku masih dekat tempat yang sama.” cerita Nilam. “Lepas tu apa jadi?” tanya Syafiqah Ilyani. “Lepas tu…hantu tu terkam aku!!!” terjah Nilam. “Opocot mak kau! Dah, tak nak dengar. Tukar cerita lain.” rayu Nadiah ketakutan. Mereka ketawa gembira. Melihat gelagat mereka semua telah membuat kan aku juga gembira. Shikin, Fatihah, Ana, Farhah, Alwani, Fatin dan Nabihah sedang asyik menyanyikan lagu sambil bergelak ketawa.

            Hari sudah gelap. Jam tepat menunjukkan pukul 11.00 malam. Mereka yang lain sudah pun tidur. Aku masih lagi berjaga. Aku bukan jenis yang tidur malam. Aku tak boleh nak melelapkan mata. Aku pun terus menuju ke kawasan unggun api. Aku termenung sendiri. “Buat apa duduk sorang-sorang dekat sini?” terjah Farhah. “Tak ada apa.” balas aku. Farhah pun duduk di hadapan ku. “Oppa, kenapa oppa macam pelik je sejak beberapa hari ni?” tanya Farhah hairan. “Oppa ok je.” balas aku. “Oppa tak ok kan? Kalau oppa nak cerita, cerita je lah dekat Paah. Paah boleh rahsiakan.” kata Farhah. “Pilihan. Arahan. Kita diberikan pilihan. Kita memilih apa yang terbaik untuk diri kita. Tapi, sebenarnya kita tak pernah diberikan pilihan. Pilihan itu adalah arahan yang harus kita patuhi. Kita tak boleh lari darinya. Paah rasa yang mana satu lebih baik. Pilihan atau arahan.” kata aku. “Maksud oppa? Paah tak faham.” balas Farhah. Aku memandangnya. Aku terus tersenyum. “Tak apa lah.” kata aku. Farhah memandang aku pelik. “Paah rasa, itu bergantung pada setiap pilihan yang diberikan oleh kita. Itu juga bergantung pada setiap arahan yang diarahkan untuk kita. Jadi, susah untuk menentukan yang mana satu lebih baik untuk kita.” jelas Farhah. Aku hanya tersenyum. “Oppa. Apa yang sebenarnya berlaku?” tanya Farhah. “Tak ada apa. Oppa cuma terfikir, hidup tak selalunya seperti yang kita mahukan. Itu saja.” balas aku. Farhah hanya memandang aku dengan penuh tanda tanya. Aku hanya mendiamkan diri.

            Pagi yang cerah. Sungguh menyegarkan. Aku berjaga sampai ke pagi. Mereka yang lain sudah pun bersiap untuk aktiviti pagi mereka. Ada yang bersarapan. Ada juga yang bersenam dan bersembang. Selepas bersiap, aku kembali di kawasan unggun api. Aku duduk di situ melihat keindahan alam. “Putera! Teman kita orang sekejap. Pergi masuk hutan.” ajak Arwidah. “Buat apa?” balas aku. “Ada kerja nak buat sikit.” kata Zubaidah. “Ok.” balas aku. Kami pun berjalan menuju ke dalam hutan. “Aku cadang nak masuk hutan sebab nak cari bahan baru untuk produk aku. Mana la tahu, jumpa yang unik sikit.” kata Zubaidah. “Berapa banyak produk kau nak jual ni, Zubaidah? Tak bebankan kau ke?” kata aku. “Aku suka buat kerja ni.” balas Zubaidah. “Tu lah. Bila dah suka dengan sesuatu perkara, macam ni lah jadinya. Sanggup buat apa sahaja.” celah Arwidah. “Sekurang-kurangnya benda yang aku suka boleh buat duit.” kata Zubaidah sambil ketawa. “Eleh! Kau dah cukup kaya dah. Kau nak duit lagi buat apa lah.” usik Arwidah. Zubaidah dan aku hanya ketawa mendengar kata-kata Arwidah.

            Kami pulang ke tapak perkhemahan. Keadaan agak kelam kabut. “Wei! Apa jadi?” tanya Arwidah. “Tasha. Dia hilang.” kata Amani. Kami terkejut. “Wei. Tolong! Tasha hilang! Putera!” rayu Aliah Shamira. Asyraf dan Abdullah datang mendekati kami. “Putera, jom. Kita kena cari Tasha.” ajak Asyraf. “Ok.” balas aku. “Wei! Aku ikut.” jerit Alwani. “Dollah, kau stay dekat sini dengan Nik. Tengok-tengok kan diorang.” arah Asyraf. Aku, Asyraf dan Alwani terus bergerak mencari Natasha.

            Hari semakin senja. Kami masih lagi tidak menemukan Natasha. Asyraf dan Alwani kembali ke tapak perkhemahan. Aku juga ingin kembali ke sana. Tiba-tiba, seseorang menerpa aku dari belakang. “Putera!” bisik Natasha. Aku terkejut. “Kau buat apa dekat sini? Kau tahu tak kami risau pasal kau.” kata aku. Natasha hanya mendiamkan diri. Kami berjalan perlahan menuju ke tapak perkhemahan. “Putera. Aku takut.” kata Natasha. “Kenapa? Kenapa kau takut?” balas aku. “Aqil. Dia dah balik.” kata Natasha. Langkah ku terhenti seketika. Aku terdiam. “Aku takut dengan kehadiran dia, akan mengubah segalanya.” jelas Natasha. “Tak akan ada yang berubah.” kata aku. “Manusia berubah. Itu aku pasti.” balas Natasha. Aku hanya mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah Natasha. “Kenapa kau menghilangkan diri tadi?” tanya aku. “Aku cuma nak ruang untuk aku berfikir.” balas Natasha. “Fikir pasal dia?” kata aku. “Kau rasa dia dah berubah ke?” tanya Natasha. “Manusia berubah. Itu kau pasti.” balas aku. Natasha terdiam seketika. Aku terus maju menuju ke tapak perkhemahan.

            Semua terkejut dan merasa lega dengan kepulangan Natasha. “Kau pergi mana?! Puas kami cari kau tau.” kata Aliah Shamira. “Kalau nak pergi pun, bagitau la dulu cik adik oii.” celah Syafiqah Ilyani. “Kau pergi mana? Macam mana kau boleh balik dengan Putera?” tanya Alwani. Natasha mendiamkan diri. “Dah. Yang penting sekarang ni Tasha dah balik.” kata Arwidah. Zubaidah mendekati ku. “Terima kasih.” ucap Zubaidah. Aku hanya senyum kembali. Zubaidah terus melangkah pergi. Ana menerpa ku dari belakang. “Ana ingat Is pun tak balik dah tadi.” kata Ana. “Is dah balik.” balas aku. “Ana rasa macam Is dah pergi.” kata Ana. “Pergi mana?” tanya aku. “Manchester.” balas Ana ringkas. Aku hanya mendiamkan diri. “Betul ke Is tetap dengan keputusan Is untuk pergi?” tanya Ana. “Minta maaf, Ana.” balas aku. Ana hanya mendiamkan diri.

            Akhirnya, kami pun pulang ke rumah. Banyak peristiwa yang menarik dan tak dijangka berlaku ketika perkhemahan itu. Aku rasa, itulah kenangan yang indah buat diri ku. Aku sedang memandu kereta ku. Aku berhenti di sebuah restoran berdekatan. Tiba-tiba, seseorang menerpa ku dari belakang. “Putera Iskandar kan.” kata lelaki itu. “Ya, saya. Awak siapa ya?” balas aku. “Saya detektif Arif. Ada sesuatu yang perlu kamu tahu.” kata detektif Arif. “Apa dia?” tanya aku. “Ayah kamu, dia menghilangkan diri.” kata detektif Arif. Aku terkejut. Aku tak mampu berkata apa-apa buat seketika. “Bila?” tanya aku ringkas. “Sejak dua hari yang lalu.” kata detektif Arif. Aku hanya memandang detektif Arif. “Baiklah. Terima kasih atas maklumat itu.” kata aku tenang. “Saya minta diri dulu.” kata detektif Arif. Detektif itu pun terus melangkah pergi dari situ. Aku terus meluru ke arah kereta ku. Aku memandu menuju ke rumah ku. Aku sudah sampai di rumah ku. Terdapat seorang lelaki sedang memerhatikan rumah ku itu. “Macam kenal? Dia!” bisik aku. Aku terkejut. Dia muncul kembali. Aku keluar daripada kereta ku lalu berjalan seperti biasa. Seperti tiada apa yang telah berlaku. Aku masuk ke dalam rumah ku. Kenapa kau muncul kembali? Apa yang kau nak kali ni? Banyak persoalan yang timbul di fikiran ku.

            Cuti seminggu. Aku akan pergi ke Manchester untuk melawat Kak Long di sana. Sebenarnya aku tak ingin pergi tapi, aku risau dengan keadaan Kak Long. Adakah dia sihat di sana? Aku telah sampai di Manchester. Kak Long sedang menunggu ku di lapangan terbang. “Is! Kak Long gembira dapat jumpa dengan Is. Kak Long ingat Is tak datang.” kata Kak Long gembira. “Memang niat asalnya tak nak datang pun.” perli aku. Kak Long hanya tersenyum. “Hari ni kita balik rumah Mak Kak Long.” kata Kak Long. “Kenapa dekat sana? Kenapa tak balik rumah Kak Long je?” balas aku. “Jangan risau. Kak Long ada dengan Is.” kata Kak Long. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

            “Mak! Siti dah balik.” panggil Kak Long. Puan Ruhaya. Dia adalah ibu kepada kakak ku. Puan Ruhaya memandang sinis ke arah ku. “Kenapa kau bawa balik budak ni?” kata Puan Ruhaya sinis. “Mak. Dia kan baru sampai. Jangan mulakan, ok.” kata Kak Long. “Mak tak cakap apa pun. Mak cuma tanya je.” balas Puan Ruhaya. “Dah, Is pergi masuk bilik, kemas baju semua. Lepas tu, ikut Kak Long ok.” kata Kak Long. Aku hanya mengangguk. Aku terus menuju ke bilik ku. “Jangan ingat kau duduk rumah ni, kau boleh senang-lenang.” kata Puan Ruhaya. “Mak!” celah Kak Long. Aku tidak mempedulikan kata-katanya itu. Aku terus menuju ke bilik ku.

            “Macam mana family dekat sana? Sihat?” tanya Kak Long. “Semua sihat.” balas aku. “Ayah?” tanya Kak Long ringkas. “Kak Long. Is nak tangguh pindah Manchester hujung bulan ni.” kata aku. “Kenapa pula? Ayah bagi ke?” balas Kak Long. “Ayah menghilangkan diri.” kata aku. Kak Long terkejut. “Family dekat sana tahu tak pasal ni? Nilam?” tanya Kak Long. “Semua dah tahu. Tapi kami buat macam biasa je. Sekarang ni, tiada siapa yang uruskan syarikat ayah. Boleh tak Kak Long uruskan syarikat tu buat sementara waktu ni?” kata aku. “Kak Long tak janji. Kak Long cuba.” kata Kak Long. “Thanks.” balas aku. “Is ada syak apa-apa ke pasal ni?” tanya Kak Long lagi. “Lelaki tu. Dia muncul balik.” balas aku. Kak Long terdiam seketika. Kelihatan wajahnya resah.

            Cuti seminggu sudah tamat. Aku kembali ke sekolah untuk meneruskan pelajaran ku. Aku sepertinya tiada mood untuk belajar sekarang. Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara ini tapi, aku tak boleh. Aku banyak mendiamkan diri dalam kelas. Aku tak banyak bercakap. “Is? Sejak akhir-akhir ni kenapa Is diam? Is dah tak macam dulu dah.” kata Ana. Aku memandang Ana. “Is cuma perlukan waktu untuk berfikir. Itu sahaja.” balas aku. “Is yakin Is ok?” tanya Ana. Aku hanya senyum kembali kepadanya. “Is. Beritahu Ana hal yang sebenarnya.” kata Ana. Aku menundukkan pandangan ku. “Is akan beritahu Ana semuanya tapi, bukan sekarang. Is minta maaf.” balas aku. Ana hanya mendiamkan diri. “Baik. Kalau Is dah bersedia, cerita semuanya dekat Ana.” kata Ana. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

            “Wei! Tadi aku nampak Aqil dekat luar. Dia datang.” kata Aliah Shamira. “Aqil? Datang? Buat apa? Bukan ke dia dah menetap dekat luar negara?” kata Arwidah. Natasha diam tanpa berkata apa-apa. Aku terus keluar dari kelas itu. Aku terfikir. Perlu ke aku cari dia? Atau biarkan sahaja? Persoalan timbul di fikiran ku. Aku hanya mengabaikan persoalan itu. Aku terus menuju ke tandas. “Dah lama tak jumpa, kawan lama.” ucap Aqil. Aku menoleh ke belakang. Aku tersenyum seketika. Aqil mendekati ku. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku. Aku menyambut tangannya. Kami saling berpandangan. “Gembira berjumpa dengan kau lagi.” kata Aqil. “Aku pun sama.” balas aku. Aku tidak tahu sama ada hubungan aku dengan Aqil sudah kembali seperti asal ataupun sebaliknya. Tapi aku rasa, lebih baik begini. Aku tidak ingin tahu seperti apa hubungan ku dengan Aqil. Biarkan persoalan itu terus bermain di fikiran kami. Itu yang terbaik.

            “Mengenai Putera. Saya rasa, kita tak boleh kekalkan dia lagi dalam sekolah ni. Dia bukan lah pewaris utama. Dia tak layak berada dalam kelas pertama.” kata Pengetua. “Ini sekolah. Semua orang berhak untuk bersekolah dan menimba ilmu di sekolah. Kenapa kita kena kaitkan status seseorang dengan perkara ini?” kata Cikgu Raja Iskandar. “Ini sekolah tinggi King Edmund. Sekolah bertaraf antarabangsa. Lagipun, sudah menjadi tradisi kita bahawa hanya pewaris utama sahaja yang boleh bersekolah di sini.” jelas Pengetua. “Kalau itu yang puan nak, saya hanya mengikut arahan. Tapi, saya tak pasti sama ada saya boleh hormat keputusan puan ini.” kata Cikgu Raja Iskandar. Cikgu Raja Iskandar terus keluar dari ruangan pejabat Pengetua.

            “Macam mana dengan Aqil? Kau dah jumpa dia?” tanya Natasha. “Dah. Kami dah berjumpa.” jawab aku. “Dia macam mana? Sihat?” tanya Natasha. “Dia ada dekat perpustakaan. Pergilah jumpa dia.” balas aku. Natasha hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum kembali kepada ku.

            “Oppa, ok ke? Paah tengok oppa dah macam orang lain dah. Ini bukan oppa yang Paah kenal. Paah takut nak tegur oppa. Oppa ada problem ke?” tanya Farhah. Aku hanya mendiamkan diri. “Paah rasa oppa dah lain ke?” tanya aku. Farhah mengangguk tanda setuju. “Oppa minta maaf kalau oppa dah buat Paah takut dan buat Paah rasa tak selesa dengan oppa. Oppa minta maaf.” kata aku. “It’s okay. Share la dengan Paah. Oppa janganlah pendam sorang-sorang.” kata Farhah. “Oppa…” Aku menceritakan semuanya kepada Farhah. Aku lega bila aku sudah meluahkan semuanya. Aku lega. Aku pun membuat keputusan. Aku bersedia untuk menceritakan hal sebenar kepada Ana. Hal ini membuat aku lebih bersemangat untuk terus menghadapi cabaran hidup ku ini. Aku bersedia untuk menghadapi Ujian Terakhir ku…

<AKAN BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts