BE MY PRINCE
TAJUK : BE MY PRINCE
GENRE : ROMANTIK / KOMEDI
Semua
pasti menyangka bahwa hidup aku sungguh menyenangkan. Dari segi luaran, memang
menyenangkan. Tapi, dari segi dalaman, hanya aku yang dapat merasainya.
Aku Rayyan.
Aku seorang atlet sukan renang. Kenapa aku menceburi bidang sukan renang?
Kenapa tidak sukan yang lain? Jawapan aku, aku suka kan air. Bagi aku, air
adalah jiwa aku. Aku dapat ketenangan apabila berada di dalam air. Sebab itulah
aku menceburi sukan renang. Tiada sebab lain lagi.
Ramai wartawan
mengerumuni Rayyan. Hari ini adalah hari penuh bersejarah baginya kerana Rayyan
telah mendapat pingat emas bagi acara renang kuak lentang pada kejohanan
pra-olimpik. “Hari ini pingat emas
menjadi milik kamu sekali lagi. Selepas ini, apa sasaran kamu dalam sukan
olimpik akan datang?” tanya salah seorang wartawan di situ. “Saya akan berdiri di atas podium ini pada
sukan olimpik akan datang.” jawab Rayyan. Rayyan terus menuju ke bilik
persalinan. “Tiga tahun kamu menceburi
bidang ini, adakah keluarga kamu gembira dengan pencapaian kamu selama ini?” tanya
salah seorang wartawan. Langkah Rayyan terhenti. Rayyan memandang tepat ke arah
kamera. “Papa…suka?” perli Rayyan
sambil tersenyum. Rayyan terus berlalu pergi dari situ.
Encik
Baharun sedang menonton televisyen. “Papa…suka?”
kata Rayyan dari kaca televisyen. Encik Baharun terus menutup televisyen itu. “Huh…Budak tu, tak matang betul.” kata
Encik Baharun sendiri. “Siapa yang tak
matang, Tuan.” tanya Encik Azam yang merupakan setiausaha Encik Baharun dan
juga sahabat karibnya. “Anak bertuah tu
lah. Mentang-mentang dah jadi selebriti.” kata Encik Baharun. Encik Azam
ketawa kecil. “Bagus apa dia jadi
selebriti.” usik Encik Azam yang sedang menuangkan air kopi untuk Encik
Baharun. Encik Baharun memandang tajam Encik Azam. Encik Azam hanya ketawa
melihat reaksi Encik Baharun. “Kalau dia
nak kolam besar, aku boleh buat lah untuk dia. Hari-hari dia boleh mandi.
Daripada mandi dekat depan kamera macam tu. Tak malu ke?” perli Encik
Baharun. “Tuan, tu bukan mandi. Tu sukan
renang namanya.” balas Encik Azam sambil ketawa. “Samalah tu. Berenang tu kan mandi. Huh, apa-apa je lah.” kata
Encik Baharun. “Tuan, kereta dah siap.
Kita boleh berangkat sekarang.” jelas Encik Azam. “Ok, jom.” balas Encik Baharun.
“Wei,
kau tak nak sambung belajar ke?” tanya
Amer yang merupakan rakan seperjuangan Rayyan dalam sukan renang. “Kau sendiri? Tak nak sambung ke?” tanya
Rayyan kembali. “Aku sambung belajar.
Dekat sekolah berasrama penuh.” jawab Amer. “Sekolah berasrama penuh? Habis, macam mana dengan karier kau?”
tanya Rayyan lagi. “Aku fikir nak
habiskan pelajaran aku dulu. Lepas tu baru aku fokus dekat sukan renang ni.
Senang cerita, aku nak rehat.” balas Amer. “Dekat mana sekolah tu?” tanya Rayyan. “Dekat Kluang. Apa kata kaun ikut aku belajar dekat sana. Nak?”
kata Amer. “Tengok lah dulu macam mana.
Aku tak confirm lagi.” balas Rayyan. “Ok,
kalau kau ubah fikiran kau, call aku. Aku try dapatkan tempat untuk kau dekat
sana, ok.” kata Amer. Rayyan hanya mengangguk.
Rayyan pulang ke rumahnya hari ini.
Dia terpaksa berehat selama lapan bulan kerana kecederaan dalaman. “Rayyan, apa kata kau kerja dengan papa
daripada duduk rumah tak ada buat apa-apa.” cadang Encik Baharun. “Dah berapa kali Rayyan cakap, Rayyan tak
nak kerja dekat syarikat papa. Rayyan tak minat.” jelas Rayyan. “Cuba dulu, baru tahu minat ke tak minat.”
kata Encik Baharun. “Rayyan tetap dengan
pendirian Rayyan. Tak nak. Muktamad. Titik.” balas Rayyan. “Huh, susah betul la nak pujuk budak bertuah
ni. Okay, kita buat perjanjian. Cuba sibukkan diri kau dengan sesuatu perkara
seperti bekerja ke apa ke tapi kalau papa tengok Rayyan masih duduk lepak dekat
rumah ni, Rayyan kena kerja dengan papa. Deal?” kata Encik Baharun sambil
tersenyum. “Deal.” jawab Rayyan
ringkas. Rayyan pun berlalu pergi menuju ke biliknya. “Kenapa lah abang paksa anak kita tu kerja dengan abang. Abang pun tahu
kan yang dia tu pemalas orangnya.” kata Puan Hayati. “Abang buat macam tu sebab abang nak ubah sikap dia yang pemalas tu.
Abang tak yakin dia akan ikut perjanjian tu.” kata encik Baharun.
Esoknya…”Papa! Rayyan nak sekolah.” kata Rayyan. Suasana menjadi sunyi
sepi. Encik Baharun dan Puan Hayati memandang tepat ke arah Rayyan. Gelas yang
dipegang Encik Baharun hampir terjatuh. Rika wajah terkejut terpampang di wajah
Encik Baharun dan Puan Hayati. “Papa?
Mama? Kenapa pandang Rayyan macam tu?” tanya Rayyan. Encik Baharun dan Puan
Hayati saling berpandangan. “Betul ke ni
anak kita, abang? Macam tak percaya je?” bisik Puan Hayati. “Awak tak
percaya. Saya lagi lah tak percaya.” bisik Encik Baharun. “Alhamdulillah. Ini baru lah anak mama.” kata Puan Hayati. “Jadi, Rayyan boleh pergi kan?” kata
Rayyan. “Rayyan nak sekolah kan. Itu
benda baik. So, mama izinkan.” balas Puan Hayati. “Okay, esok papa daftarkan Rayyan dekat sekolah…” kata-kata Encik
Baharun disampuk oleh Rayyan. “Rayyan nak
sekolah dekat Kluang. Sekolah berasrama penuh.” kata Rayyan penuh yakin.
Suasana menjadi sunyi sepi sekali lagi. “Biar
betul budak ni? Nak lari rumah ke apa ni? Macam nak lari je.Tak nak kerja
dengan aku lah tu.” bisik Encik Baharun. “Baik, pergilah sambung belajar dekat sana. Papa dan Mama izinkan.”
jelas Encik Baharun. Rayyan dan Puan Hayati hanya tersenyum.
Rayyan sudah sampai di sekolah
berasrama penuh di Kluang. Dia tidak menyangka bahawa dia akan membuat
keputusan ini. Lagipun, Rayyan tertarik dengan sekolah ini kerana mempunyai
rekod kejuaraan dalam semua bidang sukan. Jadi, Rayyan mengambil peluang ini untuk
meningkatkan lagi kemahirannya dalam sukan renang. “Wei, macam mana? Ok tak? Kau boleh terima ke sekolah ni?” tanya
Amer. “Aku cuba.” balas Rayyan.
Rayyan terus menuju ke biliknya. “Bilik
No.7 dekat mana?” tanya Rayyan. “Bilik
No.7 dekat depan tu. New guy?” balas pelajar itu. “Ya.” kata Rayyan. “Kau ni
Rayyan kan? Atlet renang?” tanya pelajar itu sambil memandang dengan penuh
teliti. Rayyan hanya tersenyum tanda setuju. “Nice to meet you, bro.” kata pelajar itu sambil menghulurkan
tangan untuk bersalaman. Rayyan menyambut tangannya. “Aku harap kau boleh pulihkan reputasi sukan renang sekolah ni suatu
hari nanti.” kata pelajar itu. “Aku
pun harap begitu.” balas Rayyan.
Di kelas. Hana merupakan pelajar
pintar dan cantik di dalam kelas. Dia adalah gadis yang peramah dan sentiasa
ceria. Senyumannya yang manis boleh mencairkan hati ramai lelaki. Tapi, cinta
bukan lah perkara yang dia cari tetapi dia berharap suatu hari nanti akan ada
cinta yang datang mencarinya. “Hana!” panggil
seorang lelaki. Namanya Adam. Adam merupakan kawan baik Hana. Adam sentiasa
berada di sisi Hana tak kira susah ataupun senang. Adam sentiasa akan membantu.
Boleh dikatakan Adam adalah lelaki yang baik budi pekerti dan prihatin tentang
keadaan Hana. Perasaan Hana kepada Adam adalah lebih daripada seorang kawan.
Tapi, dia fikir bahawa berdiam diri lebih baik daripada bersuara kerana dia
tidak ingin kehilangan sahabat karibnya. “Adam.
Duduk lah.” balas Hana. “Kenapa Adam
jarang nampak Hana dekat dalam kelas sejak dua hari ni?” tanya Adam. “Hana tak sihat sikit. Tu yang Hana tak
masuk kelas dua hari ni.” jawab Hana. Adam meletakkan tangannya ke dahi Hana.
Jantung Hana berdegup kencang. Seperti nak meletup rasanya. Tapi, Hana cuba untuk
mengawal perasaannya. “Macam panas lagi
je. Dah pergi klinik? Dah makan ubat? Sejak bila sakit?” tanya Adam. “Sakit dari hari jumaat hari tu. Hana dah
makan ubat dah. Klinik? Hana tak suka pergi klinik. Lagipun, demam biasa je ni.”
balas Hana. “Kenapa tak pergi klinik?
Kalau sakit Hana makin teruk macam mana? Kenapa tak beritahu Adam yang Hana
sakit?” tanya Adam lagi. Hana tersenyum gembira. “Hana okay. Hana cuma tak nak susahkan Adam je.” balas Hana. “Lepas ni, ikut Adam.” kata Adam. “Pergi mana?” tanya Hana. “Sembuhkan penyakit Hana lah.” jawab
Adam. “Maksud Adam ikut ke klinik?” tanya
Hana. “Jangan risau, doktor tak bunuh
orang.” perli Adam. Walaupun berat untuk Hana menerima pelawaan itu,
akhirnya Hana bersetuju. Lagipun, jarang dia mendapat peluang seperti ini
berdua-duaan dengan Adam.
Adam dan Hana menuju ke arah tempat
letak kereta. Pap!!! Kertas-kertas bertaburan. Dokumen berselerak. “Maaf. Maafkan saya.” kata Hana. Rayyan
memandang sinis ke arah Hana. “Tak nak
tolong kutip ke?” perli Rayyan. Hana terus tunduk lalu mengutip kertas dan
dokumen yang berselerak di atas lantai. Adam membantu Hana. Rayyan masih
memandang Hana dengan pandangan sinis. Adam memandang Rayyan. “Kau, Rayyan. Perenang Negara. Tak sangka
kau bersekolah dekat sini.” kata Adam. “Nah,
ini dia. Saya minta maaf sangat-sangat pasal tadi.” kata Hana kesal. Rayyan
masih mendiamkan diri sambil memandang Adam. “Lain kali belikan cermin mata untuk awek kau ni. Aku rasa mata dia
problem.” perli Rayyan. Perasaan kesal Hana bertukar menjadi marah. “Oh, anyway. Maaf mu diterima.” kata
Rayyan. Rayyan terus beredar dari situ.
“Eii,
geram betul dengan mamat tadi tu. Rasa macam nak tonyoh-tonyoh je mulut dia
dengan cili. Biar dia rasa pedasnya macam mana.” kata Hana. Adam hanya tersenyum. “Biarkan dia.” kata Adam. “Okay.”
balas Hana. “Macam mana? Klinik okay kan?
Nak Adam bawa Hana pergi melawat hospital pulak ke?” perli Adam sambil
ketawa kecil. Hana membuat mimik muka merajuk. “Saja je perli Hana.” kata Hana. “Bergurau. Bukan selalu.” balas Adam. Mereka ketawa kecil.
Di kelas. “Wei, itu lah mamat yang aku cakap dekat kau. Dia ahli sukan renang.
Badan dia ketak-ketak, beb.” kata Aqilah yang merupakan room mate Hana. Hana
memandang ke arah lelaki yang ditunjuk oleh Aqilah. Hana terkejut. “Kenapalah dia dalam kelas ni.” bisik Hana.
“Okay. Sekarang ni, tugas kamu semua
adalah untuk menyiapkan assignment ini sebelum tarikh akhir penghantarannya.
Assignment ni perlu dilakukan secara berpasangan. Pasangan kamu telah
disediakan dan kamu semua boleh check nama kamu dekat papan kenyataan di hadapn
bilik guru. Okay, kelas bersurai.” jelas guru itu.
Hana mencari namanya. Dia
diletakkan dalam kumpulan 5 bersama dengan…”Rayyan!!!”
jerit Hana. “Ya, saya Rayyan.”
balas Rayyan dari arah belakangnya. Farhana menunduk malu. Dia terkedu dan tak
mampu untuk memandang mata Rayyan. Rayyan memandang Hana seperti sedang mencari
sesuatu. “Apa yang awak tengok?” kata
Hana. “You have a beautiful eyes.” kata
Rayyan. Hana terkedu dengan kata-kata Rayyan. “Awak tak payah perli saya. Saya tak rabun lah.” kata Hana. “Saya tak cakap apa-apa. Awak yang cakap
rabun.” balas Rayyan sambil tersenyum. Rayyan memandang tetap ke arah mata
Hana. Jantung Hana berdegup dengan kencang. “Tak
nak ketepi ke? Saya pun nak tengok nama saya juga dekat papan kenyataan ni.”
perli Rayyan. Hana terus melangkah pergi tanpa menoleh kembali ke belakang. “Hana!” jerit Rayyan. Langkah Hana
terhenti seketika. “Lepas ni kita jumpa
lagi.” kata Rayyan. Hana terus berlari pergi jauh dari situ.
Di kompleks sukan renang. “Saya bertekad untuk mengharumkan nama baik
sekolah ini melalui sukan renang.” kata Rayyan penuh yakin. “Maafkan saya tapi, saya rasa kamu masih
berehat kerana tercedera. Saya tak nak ambil apa-apa risiko terhadap tahap
kecergasan kamu. Datang balik ke sini bila kamu dah sembuh sepenuhnya.” jelas
jurulatih itu. Rayyan berasa sangat kesal. “Coach,
tak boleh ke kalau coach bagi dia peluang?” rayu Amer. “Saya buat semua ni sebab saya ambil berat tentang kamu. Jaga kesihatan
kamu dulu. Itu paling penting.” kata jurulatih. “Baiklah. Saya akan kembali bila saya dah sembuh. Tapi, izinkan saya
untuk menggunakan kompleks ini pada waktu malam. Saya sangat memerlukannya.”
kata Rayyan. “Silakan.” balas
jurulatih itu ringkas.
Rayyan berseorangan di kompleks
sukan renang. Rayyan masih lagi berenang walaupun sudah lewat malam. Rayyan
fokus dengan renangan nya itu. Tiba-tiba, Rayyan mula memikirkan tentang
perkara itu. Dia menangis seorang diri. Dia sentiasa akan menangis seorang diri
apabila waktu malam. Itulah yang akan dia lakukan setiap malam.
Rayyan menunggu Hana di gelanggang
bola keranjang. Hana memasuki gelanggang itu. “Hai.” lambai Rayyan kepada Hana. Hana tidak melayan Rayyan dan
hanya mendekatinya. “Ada apa awak nak
jumpa saya ni?” tanya Hana. Rayyan menghulurkan fail kepada Hana. “Nah. Memandangkan kita dalam satu group,
saya nak jadi ketua kumpulan ni.” kata Rayyan santai. “Apa? Awak jadi ketua kumpulan? Macam tak boleh percaya je?” balas
Hana. Rayyan tersenyum. “Awak macam
setuju saya jadi ketua kumpulan. So, dalam fail tu ada homework sikit untuk
awak. Awak kena selesaikan dalam masa dua hari ni. Boleh?” kata Rayyan.
Hana mengeluh. “Siapa kata saya setuju
awak jadi ketua? Ini kan kerja berkumpulan, patutnya kita buat…” kata-kata
Hana terhenti. “Awak buat. Saya check.
Easy. Saya ada kerja. Awak pun ada kerja.” sampuk Rayyan. “Tak boleh macam ni. Kita kena bahagikan
tugas jugak.” kata Hana. “Oh, sorry.
Saya sibuk. Jumpa petang nanti. Kita pergi makan.” kata Rayyan. “Tak nak.” balas Hana. Rayyan hanya
tersenyum riang lalu melangkah pergi dari gelanggang itu. “Eii!!! Sakitnya hati. Mentang-mentang selebriti. Huh, sabar Hana.
Sabar.” bisik Hana dalam hati.
Hana masih lagi memikirkan tentang
assignment yang perlu dia lakukan seorang diri tanpa bantuan Rayyan. Semakin
dia memikirkannya, semakin membuatkan dia sakit hati. Adam muncul di hadapan
Hana. “Hana! Jom pergi makan. Adam lapar
la.” ajak Adam. “Okay, jom.”
balas Hana. Hana teringat kembali. Rayyan ada mengajak Hana untuk makan
bersama. “Ah! Tak penting pun. Lagipun,
kalau pergi jumpa dia pun, kerja dia perli aku je.” bisik Hana. Akhirnya,
Hana dan Adam pergi ke kafe terdekat untuk menjamu selera.
Sedang asyik menjamu selera
bersama, Rayyan muncul di hadapan mereka. “Sedap
makan.” kata Rayyan. Hana dan Adam memandang Rayyan. Rayyan hanya membalas
dengan senyuman. “Kita ada kerja nak buat
sekarang. Ikut saya. Adam kan. Aku pinjam awek kau sekejap.” kata Rayyan
sambil tersenyum. Rayyan menarik tangan Hana lalu membawanya keluar dari kafe
itu. Adam hanya melihat dengan pandangan sinis. Adam sepertinya sakit hati.
Adam tidak sanggup melihat Rayyan memegang tangan Hana. Akhirnya, Adam
membiarkan mereka pergi. “Apa awak ni?!
Saya kan tengah makan.” marah Hana. “Maafkan
saya tapi, kita ada kerja nak buat sekarang. Nanti malam ajak lah boyfriend kau
sambung makan balik.” perli Rayyan. “Apa
yang penting sangat ni? Cepat cakap.” kata Hana. “Ikut aku.” arah Rayyan. Hana hanya mengikuti langkah Rayyan.
“Awak
tarik saya keluar dari kafe tadi semata-mata nak ajak saya teman awak
shopping?!” kata Hana marah. “Jarang saya dapat shopping macam ni.
Akhirnya impian saya dah tercapai.” kata Rayyan. “Impian awak?” tanya Hana. “Impian
saya. Shopping dengan perempuan cantik macam awak.” kata Rayyan tersenyum.
Senyuman Rayyan membuatkan jantung Hana berdegup kencang. Ini kali kedua
jantungnya berdegup kencang apabila Rayyan memandangnya dengan senyuman “Huh! Hana. Come back to reality. Jangan lah
aku ada perasaan dekat lelaki macam ni.” bisik Hana. “Hana! Awak pilih satu. Saya belanja.” kata Rayyan. “Apa? Awak belanja?” tanya Hana pelik. “Saya belanja, awak bayar.” kata Rayyan
ketawa. “Hem, lawak lama lah.” kata Hana.
Dalam hati, Hana hampir ketawa walaupun itu adalah punch line yang tak lawak. Tiba-tiba, Rayyan memegang erat tangan
Hana. “Jadi, ini lah sikap awak
sebenarnya.” kata seorang gadis kepada Rayyan. Riak wajah Rayyan berubah
menjadi serius. “Awak boleh buat, kenapa
saya tak boleh kan.” perli Rayyan. “Rayyan.
Saya dah menyesal dengan perbuatan saya selama ni. Saya sedar bahawa saya hanya
mencintai awak.” kata gadis itu. “Saya
pun menyesal sebab mengenali awak.” kata Rayyan. Hana hanya melihat babak
itu tanpa mengetahui apa-apa. “Siapa
perempuan sebelah awak?” tanya gadis itu. “Dia adalah kehidupan saya.” kata Rayyan. Rayyan pergi meninggalkan
gadis itu sambil memegang erat tangan Hana. Gadis itu mengalirkan air mata.
Hana masih memikirkan perkara yang
berlaku petang tadi. “Dia adalah
kehidupan saya.” kata-kata Rayyan sentiasa berulang-ulang di fikirannya. “Ah! Dia bukannya serius pun. Dia buat semua
tu sebab nak buat perempuan tu jealous je.” bisik Hana. “Apa yang kau fikirkan ni?” tanya
Aqilah. “Tak ada apa lah. Saya risau
pasal assignment ni.” kata Hana. “Kenapa?
Rayyan tak tolong kau buat assignment ke?” tanya Aqilah. Hana hanya
mendiamkan diri. “Dah. Aku nak tidur.
Selamat malam.” ucap Hana lalu melelapkan mata. Aqilah hanya memandangnya
pasrah. “Tidur lah kau. Aku pun nak
tidur.” kata Aqilah dengan nada merajuk.
Assigment sudah disiapkan oleh
semua pelajar. Rayyan akhirnya membantu Hana dalam menyiapkan assignment
mereka. “Jom, saya belanja awak makan.”
ajak Rayyan. “Awak belanja, saya bayar
ke?” perli Hana. Rayyan tersenyum. “Saya
belanja. Saya bayar, awak makan.” kata Rayyan. Hana tersenyum. Adam
mendekati Hana dan Rayyan. Adam mengukir senyumannya. “Rayyan, aku nak cakap berdua dengan Hana sekejap.” kata Adam. “Okay, silakan.” balas Rayyan lalu
melangkah pergi dari situ. “Malam esok,
Adam datang jemput Hana. Adam nak bawa Hana ke satu tempat.” kata Adam. “Wah! Macam special je ni. Okay, Hana
tunggu.” balas Hana sambil tersenyum.
“Rayyan,
saya nak tanya sikit. Siapa perempuan hari tu?” tanya Hana. “Masa
silam saya.” jawab Rayyan ringkas. “Ok.”
kata Hana. “Nama dia Marlia. Dia pernah
menjadi kekasih saya. Saya ingat dia mencintai saya tapi tak. Dia ada lelaki
lain.” jelas Rayyan. “Tujuan awak
bawa saya pergi shopping hari tu sebab nak buat dia jealous kan?” kata
Hana. “Kan saya pernah cakap. Itu impian
saya. Impian saya untuk shopping bersama dengan perempuan cantik iaitu awak.”
balas Rayyan. “Hem, tak ada impian lain
ke selain impian tu?” perli Hana. “Makan
lah. Sejuk nanti makanan tu.” kata Rayyan mengubah topik perbualan. Hana
pun terus menjamu selera. Hana dan Rayyan berjalan menuju kembali ke asrama.
Tiba-tiba, Marlia datang menerpa Rayyan. “Rayyan!
Saya nak bercakap dengan awak.” kata Marlia. Rayyan memandang Hana. “Saya balik dulu.” kata Hana lalu
melangkah pergi dari situ. “Kenapa awak
tak pernah beritahu pasal penyakit awak tu?” tanya Marlia. “Awak tak perlu tahu pun.” balas Rayyan.
“Penyakit awak masih boleh diubati.
Pergilah ke hospital. Itu je yang saya minta daripada awak. Saya mohon.”
kata Marlia. “Penyakit saya masih boleh diubati tapi, hati saya tak boleh
diubati lagi.” jelas Rayyan. “Saya minta
maaf dekat awak. Saya mengaku saya salah. Awak boleh benci saya. Saya izinkan.”
kata Marlia. “Semuanya bukan tentang awak
saja. Ini tentang kehidupan saya. Apa yang telah saya alami selama ni sudah
cukup menyakiti hati saya. Tiada sebab lagi untuk saya hidup.” kata Rayyan.
“Apa lagi yang tak cukup dalam hidup
awak. Family awak sayang kan awak. Awak ada pencapaian yang boleh dibanggakan.
Awak adalah idola semua orang. Apa yang menyakiti hati awak lagi?” kata
Marlia. “Rasa bersalah. Rasa bersalah
saya terhadap adik saya.” balas Rayyan. Marlia memandang Rayyan. “Saya tak patut membiarkan adik saya waktu
itu. Saya patut menjaganya. Kalau tidak, dia tak akan mati. Saya bersalah.”
kata Rayyan. Suasana menjadi sunyi sepi. “Kalau
boleh, saya ingin berjumpa dengannya di alam lain dan meminta maaf kepadanya
kerana membiarkan impiannya untuk menjadi seorang perenang tidak kesampaian.”
kata Rayyan. “Awak tak bersalah.”
kata Marlia. Rayyan melangkah pergi dari situ. Kebetulan Hana terdengar
perbualan mereka berdua. Air mata Hana membasahi pipinya.
Rayyan seperti biasa. Hana datang
mendekatinya. “Rayyan, awak tak sertai
pasukan renang sekolah ke?” tanya Hana. “Saya
nak rehat dulu. Lagipun, saya injured lagi.” jawab Rayyan. “Cepat sembuh tau. Saya teringin nak tengok
awak berenang dalam kejohanan akan datang ni. Janji dengan saya awak akan
sertai pertandingan itu dan bawa balik pingat emas.” kata Hana. Rayyan
memandang Hana. “Okay, saya janji. Kalau
saya menang pingat emas, pingat tu akan jadi milik awak.” kata Rayyan. “Okay, deal.” balas Hana. “Lagi satu, semoga awak gembira dengan Adam
malam ni.” ucap Rayyan. Hana gembira mendengar ucapan daripada Rayyan itu.
Mereka saling berpandangan dan tersenyum.
Adam datang menjemput Hana untuk
dibawa ke satu tempat. Adam membawa Hana ke taman yang dipenuhi bunga-bunga
yang berwarna warni. Cahaya malam yang cantik mengindahkan lagin suasana pada
malam itu. Adam mencapai sesuatu di dalam poketnya. Adam menyarungkan cincin di
jari manis Hana. Hana terkejut dengan suasana itu. “Adam dah lama nak cakap perkara ni dekat Hana.” kata Adam. “Apa dia?” tanya Hana. “Adam suka kan Hana sejak kita berkawan
lagi. Adam tunggu masa yang sesuai untuk cakap benda ni dan akhirnya hari ini
adalah hari yang sesuai untuk Adam meluahkan perasaan Adam dekat Hana.” jelas
Adam. Hana menundukkan pandangannya. “Hana
minta maaf, Adam. Hana memang pernah menyukai Adam tapi perasaan tu dah lama
hilang.” jelas Hana. Adam mendiamkan diri. “Adakah disebabkan Rayyan?” tanya Adam. “Hana tak pasti.” jawab Hana ringkas. Adam memegang erat tangan
Hana. Adam memandang wajah Hana dengan penuh perasaan. “Tolong, terima cinta Adam. Jangan buat Adam terseksa macam ni. Tolong.
Adam mohon sangat-sangat.” rayu Adam. Tangan Hana dipegang dengan begitu
kuat oleh Adam. Hana mula merasa sakit di pergelangan tangannya. “Adam, sakit. Tangan Hana sakit. Tolong
lepaskan tangan Hana.” rayu Hana. Semakin lama semakin kuat tangan Hana
digenggam oleh Adam. Hana masih dalam kesakitan. Rayyan datang menumbuk wajah
Adam. Akhirnya, tangan Hana dilepaskan oleh Adam. Adam terjatuh ke lantai. “Aku sedar akhirnya, kau tak layak untuk dia.”
kata Rayyan. Rayyan mencapai tangan Hana lalu menariknya pergi dari situ.
Mereka berdua pulang bersama.
Suasana dalam kereta agak sunyi. “Terima
kasih.” ucap Hana. Rayyan hanya melebarkan senyumannya. “Macam mana awak boleh ada dekat situ?” tanya
Hana. “Awak ingat tak saya pernah cakap
yang awak adalah kehidupan saya?” balas Rayyan. Hana terdiam. Rayyan
memberhentikan kereta lalu memandang Hana. “Awak
adalah kehidupan saya. Tanpa awak, saya bukan sesiapa. Saya berharap awak
terima saya seadanya.” kata Rayyan. Hana terkejut dengan kata-kata itu.
Dalam hatinya, Hana sememangnya gembira mendengar kata-kata itu diluahkan oleh
Rayyan. Dia akhirnya pasti bahawa perasaannya kepada Rayyan lebih daripada itu.
Rayyan pun terus memandu menuju ke asrama.
Di kompleks sukan renang. “Coach, saya dah bersedia. Saya nak
berenang.” kata Rayyan yakin. “Baiklah.”
balas jurulatih itu. Rayyan menjalani latihan bersama yang lain untuk persiapan
menjelang pertandingan sukan renang hujung bulan ini. Rayyan gigih menjalani
latihan demi untuk menunaikan janjinya pada Hana.
Menjelang sukan renang itu, Rayyan sudah
bersedia di tempatnya. Rayyan menyertai acara kesukaannya iaitu kuak lentang. Pon!!! Hon telah dibunyikan tanda
bermulanya acara. Rayyan berenang dengan penuh semangat. Dari jauh kedengaran
suara Hana bersorak untuk Rayyan. Rayyan akhirnya telah memenangi acara itu dan
berjaya memperoleh pingat emas dalam acara itu. Hari yang penuh bersejarah
untuk sekolah itu kerana buat pertama kalinya memenangi pingat emas dalam acara
kuak lentang. Rayyan menerima penghormatan daripada sekolah berasrama itu.
“Nah.” kata Rayyan sambil menghulurkan pingat emasnya pada Hana. “Bagi pingat ni lepas awak buat pembedahan
untuk pulihkan penyakit awak tu.” kata Hana. Rayyan terkejut. “Awak dah tahu?” tanya Rayyan. “Saya nak awak sihat. Bagi pingat ni lepas
awak dah kembali sihat.” kata Hana. Rayyan tersenyum. Hana mula menitiskan
air mata. “Kalau bagi awak saya adalah kehidupan awak, bagi saya pula awak juga
kehidupan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak.” kata Hana. Rayyan mengusap
rambut Hana perlahan. Hana memandang wajah Rayyan dengan air mata yang masih
berlinangan. Rayyan mengesat air mata Hana dengan tangannya. “Jangan nangis. Saya akan bagi awak pingat
ni lepas saya sihat nanti.” kata Rayyan tersenyum. Hana mula tersenyum. “Lupakan kisah silam awak. Teruskan hidup.” kata
Hana lagi. “baiklah, Hana.” balas
Rayyan. Mereka akhirnya tersenyum gembira.
Hana telah mendapat satu surat
daripada Adam. Isi kandungan surat itu adalah, “Hana, pertama sekali Adam minta maaf pasal kemarin. Adam tak patut
paksa Hana terima Adam. Adam bersalah. Adam rasa lebih baik adam pergi jauh
daripada Hana. Itu yang terbaik. Akhirnya, Adam sedar bahawa Hana hanya
cintakan Rayyan seorang saja. Adam hanya penganggu dalam hubungan Hana dengan
dia. Lepas ni, hidup dengan baik. Sentiasa tersenyum. Bergembiralah. Bye,
Assalamaualaikum. yang benar, Adam.” Hana menitiskan air matanya apabila
membaca surat itu. Dia tidak menyangka sahabat baiknya telah pergi meninggalkan
dia.
Di lapangan terbang. “Saya harap awak tak menangis lah bila saya
tak ada dekat sini.” perli Rayyan. “Janganlah
perli, Hana.” kata Hana. “Okay, saya
pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Nanti saya balik, saya bagi hadiah cermin mata
untuk awak.” perli Rayyan lagi. “Saya tak rabun lah.” balas Hana. Rayyan
ketawa kecil. Rayyan mengusap rambut Hana dengan lembut. “Saya akan kembali.” kata Rayyan. “Pergi dan pulanglah dengan selamat. Saat awak pulang, jadilah Putera
saya.” kata Hana. Rayyan tersenyum lalu melangkah pergi dari situ. Rayyan
telah berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjalani pembedahan untuk
menyembuhkan penyakitnya. Hana memandang jauh kelibat Rayyan yang kini sudah
berada dalam kapal terbang. Hana hanya berharap dia akan kembali dengan
selamat.
Setahun kemudian…
Hana telah diterima bekerja sebagai seorang wartawan sukan.
Kini, dia semakin dikenali ramai kerana liputan yang dia lakukan adalah yang
terbaik. Hana mendapatkan sebuah bungkusan hadiah. Hana membuka hadiah itu. Di
dalamnya terdapat pingat emas yang dimenangi Rayyan pada tahun lalu. Hana
menoleh ke belakang dengan harapan Rayyan akan datang. “Bolehkah saya jadi Putera dalam hidup awak?” tanya Rayyan yang
berada di hadapan Hana. Hana gembira dengan kehadiran Rayyan pada waktu itu.
Senyuman terukir di bibirnya. “Saya
terima awak jadi Putera saya.” balas Hana. Suasana berubah menjadi ceria.
Rayyan dan Hana saling berpandangan. Mereka tersenyum gembira. Itulah saat yang
paling bermakna buat mereka berdua.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment