JUST 18 : BATTLE FOR VICTORY
TAJUK : JUST 18 : BATTLE
FOR VICTORY
GENRE : DRAMA / KOMEDI /
MISTERI
Ayah ku sudah kembali.
Aku tidak tahu kemana ayah ku menghilang selama ini. Aku hanya memilih untuk
mendiamkan diri. Seperti tiada apapun yang telah berlaku. Aku hanya ingin
meneruskan hidupku dengan tenang. Lelaki yang sentiasa memerhatikan keluarga ku
masih lagi berada di luar sana. Aku tidak pasti dimana dia berada tapi aku
berharap lelaki itu pergi dari hidup aku dan menyerah.
Aku terus
melangkah ke hadapan. Hari ku semakin hari semakin baik. Tiada apa yang
mengganggu ku. Aku fikir hidup ku sudah kembali tenang. Aku lega. Mulai saat
itu, aku sentiasa mengukirkan senyuman di wajah ku. Aku gembira apabila semua
orang di sekelilingku tersenyum. Tapi, langit yang cerah akan mendung juga akhirnya.
Sejak saat itu, senyuman di bibirku mula hilang. Aku cuba untuk senyum tetapi
aku tidak boleh menipu diriku sendiri.
Buku dicampakkan ke
arahku. Aku memandang wajah Nik. “Kau
fitnah aku!!! Kau cakap pasal aku macam-macam dekat orang lain!!!” Nik menengking
aku di hadapan semua rakan-rakan ku. Aku terkejut melihat Nik seperti itu. Aku
bangun dari duduk ku. “Apa yang aku dah
buat dekat kau?” tanya aku. “Kau tak
payah buat-buat tanya lah. Kau dah fitnah aku macam-macam. Asyraf dah ceritakan
semuanya dekat aku.” tengking Nik. Aku memandang Asyraf. Asyraf hanya
menundukkan kepalanya. Dia langsung tidak memandang aku. Apa yang telah dia
ceritakan dekat Nik? Aku fitnah dia? Apa yang aku fitnah dia? Terlalu banyak
tanda tanya yang bermain di fikiran ku. “Sekarang
ni, orang lain anggap kau baik dan aku jahat. Puas hati kau?!” jerit Nik.
Aku menggenggam tangan ku. Aku terus mendengar kata-katanya yang kesat terhadap
ku. Aku tidak sanggup untuk mendengarnya. Aku cuba untuk bertenang. Tapi, mampu
kah aku? Tidak. Aku tidak mampu untuk bertahan. Aku terus mendengar
kata-katanya dengan tenang. Perit rasa hati ku bila mendengar kata-kata itu.
Aku ingin melepaskan tumbukan ke arahnya. Tapi aku tak mampu. Aku asyik
memikirkan tentang diri ku yang dulu. Diriku yang sentiasa melepaskan kemarahan
dengan menggunakan kedua belah tangan ku. Aku bukan lah lelaki yang baik
seperti yang disangkakan semua orang. Aku juga manusia yang sentiasa melakukan
kesilapan. Kini, aku cuba untuk memperbaiki diriku untuk menjadi lebih baik dan
diterima oleh orang lain. Akhirnya, aku bertahan sehingga dia selesai
berkata-kata. Nik terus keluar dari kelas. Air mata mula mengalir dimata ku.
Aku tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Adakah aku akan kehilangan
seorang kawan seperti apa yang pernah terjadi dulu? Mungkin.
Seminggu sudah berlalu.
Perkara itu masih bermain di fikiran ku. Aku cuba untuk senyum tetapi aku tidak
mampu. Aku hanya membiarkan perkara itu berlalu. Aku tidak kisah seperti apa
yang orang lain akan fikir tentang aku. Aku tak mampu untuk menutup mulut orang
lain. Aku hanya perlu bertahan. Aku yakin perkara ini akan reda tak lama lagi.
Pengetua sekolah ini juga mula membuat keputusan untuk mengekalkan ku di
sekolah ini. Aku lega mendengar hal itu walaupun status aku sebagai pewaris
utama bukan lagi milik ku. Aku tidak ingin kan semua itu. Aku hanya inginkan
kehidupan yang bebas dan tenang. Aku dan Nik mula berbaik-baik semula. Aku lega
dengan perkara itu. Aku rasa senyuman ku akan kembali di wajah ku.
Hari ini aku telah
berumur 19 tahun. Aku melangkah ke dalam kelas dengan senyuman di wajah ku. Aku
memandang ke arah papan putih. “Happy
birthday oppa. May god bless you…always be happy like me. from Paah.” “Selamat
hari jadi. Akhirnya ko dah 19 tahun. Sedar diri yer. Jangan buli aku lagi,
please…from Tehah.” “Kak Ilam yang comel doakan Iskandar dapat masuk Universiti
dapat segulung ijazah. Ingat ko tu dah tua. Tak lama lagi ko kahwin dapat anak
jangan bagi anak kau tu ada penyakit Insomnia macam kau…from Nilam.” Itu
lah ucapan-ucapan yang ditulis di papan putih oleh rakan-rakan sekelasku.
Sejujurnya aku terharu dengan semua perkara ini. Ini kali pertama aku mendapat
ucapan selamat hari jadi. Syukur bahawa ada yang ingat dengan hari jadi aku.
Hari ku tidak berhenti begitu sahaja. Aku tidak pernah merasakan kegembiraan
yang seperti ini selama ini. Adakah ini semua mimpi?
Kami semua berkumpul
untuk meraikan hari terakhir bersama cikgu Alwani. Cikgu Alwani adalah guru
sejarah kami yang mengajar kami buat sementara menggantikan cikgu Noridah yang
masih lagi berehat di rumah. Kami mengadakan jamuan di sebuah pondok kecil.
Melihat gelagat semua orang, aku berasa gembira. Setelah semuanya selesai,
mereka semua pun pulang ke rumah masing-masing. Tinggal aku seorang yang masih
duduk di pondok kecil itu. Aku tidak teringin untuk pulang ke rumah hari ini.
Aku ingin menikmati saat-saat ini. Aku berharap akan hadir lagi hari ini pada
masa akan datang. Syafiqah, Aliah, Zubaidah dan Abdullah datang menyertai ku di
pondok kecil itu. “Tak balik lagi,
Putera?” tanya Syafiqah Ilyani.
“Belum lagi. Sekejap lagi.” balas aku. “Putera,
aku nak tanya kau?” kata Zubaidah. “Apa
dia?” balas aku. “Apa kau rasa
tentang hari ni? Maklumlah hari ni kan hari jadi kau.” tanya Zubaidah. “Sejujurnya, aku tak sangka. Aku rasa tahun
ini lah yang paling meriah sekali. Semua ingat hari jadi aku. Aku seronok.
Terima kasih semua.” jawab aku. “Apa
kata kita main truth or dare nak?” ajak Aliah Shamira. “Ishh!!! Tak nak lah.” kata Abdullah. “Jom lah. Sekali je. Saja nak tahu pasal korang semua.” kata
Syafiqah Ilyani. “Okay. Jom, start.”
kata Zubaidah. Aku mengambil botol air lalu meletakkannya di tengah. Aku
memusingkan botol itu. Botol itu berpusing beberapa saat lalu berhenti tepat ke
Abdullah. “Okay, Dollah. Jujur. Apa
perasaan kau dekat Aliah Shamira?” tanya Syafiqah Ilyani. “Kenapa tanya soalan tu?” kata Abdullah.
Aliah Shamira dan Zubaidah ketawa apabila memandang wajah Abdullah. “Cepat lah. Aku nak tahu. Cakap je lah.
Bukan ada sape-sape pun dekat sini.” kata Aliah Shamira sambil ketawa. “Aku pernah suka dia dulu, tapi sekarang dah
tak sebab dah ada orang lain dekat dalam hati aku.” jawab Abdullah. Kami
ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Abdullah. “Kau punya jawapan. Senang nya kau jawab kan.” sindir Zubaidah. “Baguslah, kau pernah suka dulu. Yang
penting bukan sekarang.” sindir Aliah Shamira sambil ketawa besar. Botol
air dipusing sekali lagi. Botol itu berhenti tepat di hadapan ku. “Yes!!! Aku nak tanya? Kau ada suka sesiapa
ke dekat dalam kelas?” tanya Zubaidah. Aku terdiam. Aku menjawab soalannya
itu dengan tenang. Reaksi mereka tidak terkejut malah seperti sudah tahu hal
yang sebenarnya selepas aku memberikan jawapannya. “Aku nak tanya? Apa perasaan kau lepas kejadian kau dengan Nik tu
berlaku? Aku teringin nak tahu.” tanya Syafiqah Ilyani. Suasana gembira
bertukar menjadi sunyi sepi. Aku tersenyum. Akhirnya, aku menjawab soalan itu. “Aku…”
Seperti yang pernah aku
katakan. Tiada lagi senyuman yang akan terukir di wajah ku. Aku terpaksa
menerima hakikat bahawa inilah kehidupan. Aku tidak pernah menyangka bahawa
perkara ini akan terjadi. Tapi, itulah perkara sebenar. Kebenaran yang tak
mampu untuk aku mengelak lagi. Hari yang aku lalui semakin lama semakin suram
dan menyakitkan. Aku hampir berputus asa dengan semua ini. Tapi, seseorang
telah membuat aku menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Dia telah
membuat aku untuk terus berjuang dalam hidup ini. Dia juga sentiasa memberikan
semangat kepada ku. Dia pernah membuat perjanjian denganku. Dia ingin melihat
ku sentiasa senyum walau apapun yang berlaku. Mulai saat itulah, aku cuba untuk
senyum walaupun perit di hati ini aku rasakan.
“Kau okay tak hari ni?” tanya Asyraf. “Aku
okay.” jawab ku ringkas. “Kau suka
tipu. Kau tak okay kan. Tengok muka kau pun aku dah tahu.” kata Asyraf. “Kalau dah tahu kenapa tanya lagi.”
balas aku. “Aku saja tanya. Nak tengok
reaksi kau.” kata Asyraf. Asyraf adalah orang yang pertama tahu tentang
penyakit aku. Aku berniat untuk tidak memberitahu tentang keadaan aku kepada
sesiapa. Aku meminta bantuan daripada Asyraf agar merahsiakan perkara ini.
Semakin hari, semakin sakit. Aku tidak dapat menahan kesakitan ini. Peperiksaan
percubaan semester 3 semakin hampir. Aku mula hilang fokus. Keputusan
peperiksaan semester 2 aku juga tidak begitu memuaskan. Aku harus kuat. Aku
mula terfikir adakah aku mampu untuk merahsiakan tentang keadaan aku kepada
semua orang? Macam mana kalau aku mula menunjukkan kesakitan ini kepada orang
lain? Aku risau dengan perkara itu. Aku risau.
Tiga minggu sebelum
peperiksaan, seluruh badan aku lemah. Aku tak mampu untuk bertahan lagi. Aku
menunggu semua rakan sekelas ku untuk pulang. Aku menahan kesakitan. Ana berada
disamping ku. “Is okay tak? Is rasa sakit
ke?” tanya Ana. Aku hanya mampu untuk mendiamkan diri. Aku benci dengan
keadaan ini. Kenapa perlu aku merasakan kesakitan sekarang? Aku tidak ingin
semua rakan ku melihat keadaan ku begini. Akhirnya, semua rakan ku mula keluar
dari kelas. Aku masih lagi kesakitan.
“Putera? Kau dah kenapa? Muka kau nampak pucat.” tanya Fatihah. “Aku…okay.” balas aku. “Oppa? Oppa okay?” tanya Farhah. Aku
hanya mengangguk. “Kau nampak tak okay
Putera. Kau sakit ke?” tanya Shikin. Aku mengangkat kepala ku. “Aku okay. Aku tak apa-apa.” kata aku
sambil tesenyum. Mereka masih memandang aku dengan penuh kerisauan. “Okay, kami balik dulu. Jangan sorok apa-apa
kalau kau sakit.” kata Fatihah. Aku hanya mengangguk sahaja. Mereka pun
pulang ke rumah. Ana sahaja yang masih lagi berada di situ memandang aku dengan
resah. Aku hanya menahan rasa sakit ku di situ. Lama kelamaan sakit aku mula
berkurangan.
Hidup ini mula menjadi
sukar. Tapi aku tidak mudah menyerah. Aku hanya melihat segalanya hanyalah
ujian yang perlu aku tempuhi. Hanya beberapa bulan sahaja.Selepas itu, tamat
tugas ku sebagai seorang pelajar di sekolah itu. Ingatan ku mula pudar. Aku
mula melupakan perkara lalu. Aku mula melupakan semuanya. “Short Term Memory” yang aku alami semakin teruk. Dengan keadaan
aku yang semakin teruk ini telah membuatkan orang disekeliling ku mengetahui
tentang rahsia ku. Rahsia tentang penyakit ku. Semakin lama, orang di
sekeliling ku mula mengambil tahu pasal aku. Aku tidak ingin perkara ini
tersebar tetapi ia tidak dapat dihalang lagi. Semua orang telah mengetahuinya.
Aku dan Nilam akan
membuat persembahan ketika majlis Graduasi 2016 berlangsung. Aku tidak
menyangka bahawa aku akan membuat persembahan di hadapan orang ramai. Sewaktu
majlis berlangsung, aku cukup gementar. Aku dan Nilam melangkah ke pentas lalu
mempersembahkan sebuah lagu. Aku mula sedar ketika itu, bahawa semua orang mula
menumpukan perhatian terhadap ku. Aku tidak keseorangan. Persembahan itu juga
merapatkan lagi hubungan adik-beradik aku dengan Nilam. Hari yang cukup
istimewa buat diriku.
Selepas hari itu,
semua orang mula menumpukan perhatian terhadap ku. Aku melihat keadaan berubah.
Aku sepertinya semakin ramai peminat. Tapi, aku sedar bahawa perkara ini
hanyalah sementara sahaja. Aku tahu satu hari nanti, perkara ini akan hilang
dari hidup ku. Jadi, aku hanya menikmatinya.
Majlis Annual
Dinner berlangsung. Aku membuat persembahan istimewa khas untuk rakan dan guru
kelas pertama. Pada mulanya, aku tak rasa persembahan ini akan menarik
perhatian ramai tetapi melihat reaksi mereka semua yang gembira dengan keadaan
itu membuatkan aku turut gembira. Aku terus mengatakan bahawa rakan baik ku
ialah Nur Elmi Farhana. Itu janji aku kepada Ana bahawa akan ada kejutan dalam
persembahan ku. Ana mengalirkan air matanya. Dia menangis. Bagi ku, itulah hari
yang paling istimewa.
Peperiksaan telah
bermula. Keadaan aku tidaklah begitu baik. Aku hilang ingatan. Tetapi, aku
tetap meneruskan kehidupan ku tanpa memori. Aku mula lupakan segalanya. Lupa
semuanya. Tetapi aku tidak menjadikan itu sebagai penghalang. Aku hanya
meneruskan peperiksaan ku tanpa memori lalu. Hati ku mula rasa tenang kerana
tiada perkara yang aku harus fikirkan lagi. Semua memori silam ku telah
terpadam. Aku gembira dengan keadaan itu
walaupun dalam masa yang sama, aku sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi yang
penting, aku dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, Alhamdulillah.
Akhirnya, segalanya telah berakhir dengan baik. Aku terus menjalani pemeriksaan
kesihatan. Keadaan ku semakin pulih. Tiada apa lagi yang perlu difikirkan.
Mulai tahun hadapan, aku bukan lagi budak belasan tahun tetapi umur aku akan
mencapai angka 20 tahun. Aku sudah dewasa. Permulaan baharu telah bermula.
Perjuangan untuk menempuh kejayaan telah bermula.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment