TWO WORLDS (EPISODE 3)
TAJUK : TWO WORLDS
GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
EPISOD 3 : PUSAT KHAS
4 TAHUN
LALU…Kejadian misteri yang berlaku pada tahun 2003 masih tidak dapat
diungkapkan. Akhirnya, pihak atasan membuat keputusan bahawa kesemua mangsa
yang hilang dan kembali pada tahun 2003 akan dikumpulkan di sebuah pusat khas.
Pihak atasan membuat pakatan bersama para saintis untuk menguruskan kesemua
mangsa itu. Setelah dikenal pasti, kesemua mangsa telah dikumpulkan. Di situlah
bermulanya projek khas yang dikendalikan para saintis dari seluruh dunia.
Arash dan yang
lain menuju ke ruang menunggu. Arash mengambil tempat untuk duduk. Taklimat
telah diberikan oleh ketua saintis di situ. Dr. Mustaqim adalah ketua saintis
disitu. Kesemua mangsa telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Arash berada di
kumpulan keempat. Pada mulanya, tiada perkara pelik yang berlaku. Mereka semua
menjalani kehidupan dengan baik di pusat khas itu. Tetapi, selepas dua minggu
berlalu, setiap orang yang memasuki ruang 14, tidak pernah kembali lagi. Arash
mula rasa tidak sedap hati. Apa yang terjadi kepada mereka yang telah memasuki
ruang itu? Tiada siapa yang tahu apa yang ada disebalik ruang 14 itu. Arash
membuat keputusan untuk menyiasat perkara itu.
Arash sudah sampai
di hadapan ruang 14 itu. Tetapi, dia masih tidak boleh memasuki ruangan itu. Dia
mula mencari jalan untuk masuk ke dalam ruang itu. Tiba-tiba, seseorang menerpa
Arash daripada belakang. Gadis itu menekup mulut Arash dengan kuat. Arash
meronta dengan kuat. “Diam. Mereka dah
datang.” kata Zana. Arash terdiam seketika lalu mengintai dari tepi keadaan
di hadapan ruangan itu. “Kalau awak nak
selamat, ikut saya.” kata Zana. Arash mula tenang lalu mengikuti Zana
daripada belakang.
Mereka berdua tiba di
kantin lalu duduk di salah satu tempat disitu. Disitu juga terdapat seorang
lagi gadis sedang asyik membaca. “Sarah!
Dia ni boleh kan?” tanya Zana. Sarah memandang Arash. “Kenapa dia?” tanya Sarah. “Aku
nampak dia dekat depan pintu ruang 14. Rasanya dia nak cuba masuk dalam tu.” kata
Zana. “So, apa kaitan dengan korang
berdua?” celah Arash geram. Zana dan Sarah saling berpandangan. “Apa yang awak tahu tentang ruang 14?”
tanya Sarah. “Kalau saya tahu sesuatu,
kenapa awak nak tahu?” balas Arash. “Jangan
masuk ke dalam tu. Awak sendiri tahu, orang yang masuk dalam tu tak pernah kembali lagi. Lagipun, kita tak
tahu apa yang mereka lakukan dalam tu.” kata Zana. Arash terdiam. “Korang berdua daripada kumpulan mana?” tanya
Arash. “Saya dari kumpulan tiga. Zana
pula dari kumpulan dua.” balas Sarah. Arash terkejut. “Apa? Zana daripada kumpulan dua? Bukan ke kesemua ahli kumpulan dua
dah masuk ke dalam ruang 14?” tanya Arash pelik. “Ya. Saya dah pernah masuk ke ruang 14 tapi, saya dah dihantar kembali
ke ruang pemulihan. Hanya saya yang berjaya keluar dari situ.” jelas Zana. “Kalau awak pernah masuk ke dalam ruang 14
itu, maknanya awak tahu apa yang jadi dalam tu.” kata Arash. “Tak. Saya tak tahu macam mana keadaan ruang
14 itu. Tetapi, apa yang saya tahu, saya mendengar perbualan mereka. Mereka
inginkan memori kita semua supaya mereka dapat tahu apa yang berlaku pada kita pada
tahun 2003.” jelas Zana. Arash terdiam seketika. “Kita kena keluar dari sini.” kata Arash. Zana dan Sarah saling
berpandangan. “Memang itu rancangan kami.
Dan kami perlukan bantuan awak.” balas Sarah.
Mereka bertiga mula
merancang untuk melarikan diri daripada pusat khas itu. Pada waktu itu juga,
pengumuman buat ahli kumpulan tiga bahawa tiba giliran mereka untuk dihantar ke
ruang 14. Sarah yang berada dalam kumpulan tiga terpaksa memasuki ruangan itu.
Arash dan Zana memulakan rancangan mereka. Mereka berdua cuba untuk
menyelamatkan Sarah terlebih dahulu. Tetapi, Zana pula telah dipanggil ke ruang
pemulihan ketika itu. Zana yang menolak untuk pergi telah diheret oleh dua
orang saintis tanpa pengetahuan Arash. Arash mencari Zana tetapi dia gagal
menjumpainya. Akhirnya, dia membuat pilihan untuk menyelamatkan Sarah dahulu.
Tetapi, Arash tidak sempat untuk melakukan itu, sebaliknya dia juga telah
diheret ke ruang pemulihan tanpa disedarinya. Rancangan mereka bertiga gagal.
Selepas sebulan
berlalu, Arash dan Sarah telah dikeluarkan dari pusat khas. Hanya mereka berdua
sahaja yang telah dikeluarkan dari situ. Mereka berdua tidak tahu apa yang
telah terjadi pada Zana. Adakah dia baik-baik saja? Atau sebaliknya? Akhirnya,
Arash membuat keputusan untuk melupakan perkara itu dan memulakan hidup baru. Begitu
juga dengan Sarah. Empat tahun berlalu, sesuatu telah berlaku. Sarah dan Arash
telah bertemu dengan Zana tanpa disedarinya. Kehadiran Zana telah menimbulkan
tanda tanya. Empat tahun lalu, hanya Arash dan Sarah saja yang berjaya
dikeluarkan dari pusat khas. Tiada yang lain. Tetapi, bagaimana Zana boleh
muncul dihadapan mereka?
<BERSAMBUNG>
Comments
Post a Comment