TWO WORLDS (LAST EPISODE)
TAJUK : TWO WORLDS
GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
TAHUN 2017…Arash
yang terbaring di atas katil telah terbangun dari tidurnya. Dia melihat
sekeliling dengan teliti. Kepalanya berasa sakit. Tubuh badannya terasa amat
lemah. Dia tidak mampu untuk berdiri. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Dia mula
merasa sakit kepala yang amat sangat. Kejadian misteri 14 tahun lalu mula
muncul di ingatannya. Dia mula berfikir. “Dunia…lain?
Aku berada di dunia lain.” bisik Arash. Dr. Mustaqim muncul di hadapannya. “Macam mana keadaan kamu? Dah semakin
baik?” tanya Dr. Mustaqim. “Lepaskan
aku.” kata Arash. Dr. Mustaqim ketawa terbahak-bahak. “Tak boleh. Kamu dah tahu semuanya tentang saya. Saya tak boleh
lepaskan kamu macam tu saja.” balas Dr. Mustaqim. Arash berasa geram. “Aku ingat semuanya. 14 tahun yang lalu.” kata
Arash. Dr. Mustaqim terdiam. “Apa? Kamu
ingat sesuatu? Apa dia? Beritahu saya.” kata Dr. Mustaqim. “Kenapa aku perlu beritahu kau?” balas
Arash. “Bila ingatan kamu dan ingatan
Aqill dapat disatukan, semuanya akan menjadi sempurna. Saya akan dapat tahu
tentang dunia baru itu dan saya sendiri akan menciptanya.” kata Dr.
Mustaqim. “Aqill? Siapa dia?” tanya
Arash. “Dia juga senasib seperti kamu.
Tapi, masalahnya, hanya separuh dari ingatannya saja yang muncul. Dia tidak
ingat sepenuhnya. Sebab itu, saya perlukan ingatan mangsa yang lain agar saya
dapat menyempurnakan ingatannya itu dan mencipta dunia baru seperti apa yang
kamu dah lihat 14 tahun lalu.” kata Dr. Mustaqim. Arash mula terdiam.
Terdapat suara halus sedang berbisik di telinganya. “Arash…selesaikan semuanya di tahun itu agar masa hadapan boleh
berubah.” bisik Cik Syamim. Arash terkejut. Dr. Mustaqim hanya
memandangnya.
TAHUN 2031…Cik
Syamim terbaring di atas lantai berlumuran darah. Hal itu terjadi sewaktu
pergaduhan di antara Aqill Ahmad dan Dr. Mustaqim berlaku. Aqill telah mengingati
semua yang telah berlaku terhadapnya selama ini. Cik Syamim yang bertujuan
untuk memecahkan rahsia WORLD Corporation itu telah melihat pergaduahn yang
berlaku di situ. Dia pun menerjah masuk ke dalam bilik pejabat Dr. Mustaqim dan
ingin menghalang mereka berdua. Tetapi, sayangnya Dr. Mustaqim telah mencapai
pistol di dalam lacinya lalu melepaskan tembakan ke arah Cik Syamim. Aqill
terkejut melihat situasi itu. Cik Syamim mati akibat ditembak oleh Dr.
Mustaqim. “Saya rasa, kamu pun patut mati
sama seperti dia.” kata Dr. Mustaqim lalu melepaskan tembakan ke arah
Aqill. Aqill rebah ke lantai. Situasi itu menjadi kelam kabut. Arash yang
merentasi masa terkejut melihat situasi itu. “Aku harus kembali. Aku harus mengubah masa hadapan.” bisik Arash
lalu kembali ke tahun 2017.
TAHUN 2017…Dr.
Mustaqim hanya tersenyum melihat Arash. “Aqill!
Mari sini. Kita perlu selesaikan apa yang perlu diselesaikan.” kata Dr.
Mustaqim. Aqill yang berada dalam keadaan lemah mula mendekati Dr. Mustaqim. “Kenapa dengan kamu ni? Kamu sihat ke?”
tanya Dr. Mustaqim pelik. Aqill hanya memandang Dr. Mustaqim dengan riak wajah
geram. Dr. Mustaqim terkejut apabila melihat terdapat kesan suntikan di leher
Aqill. “Siapa yang suntik kamu?” tanya
Dr. Mustaqim. “Detektif Zul…adalah abang
saya. Dan kau bukan ayah saya. Saya ingat semuanya.” kata Aqill. Arash
terkejut dengan kata-kata Aqill tadi. “Detektif
Zul dari tahun 2003…Aqill adalah adiknya?” bisik Arash. “Kau telah membunuh abang saya 14 tahun
lalu!!!” jerit Aqill. Dr. Mustaqim terkejut dengan keadaan itu. Zana dan
Sarah muncul di hadapan Dr. Mustaqim sambil diiringi oleh pihak polis. “Kenapa? Kenapa kamu suntik dia?!” jerit
Dr. Mustaqim. “Aku tahu bahawa bahan
suntikan itu mampu untuk mengembalikan ingatannya kerana…kau sendiri telah
mencuba ke atas aku. Kau telah menyuntik aku dengan bahan itu sewaktu kau cuba
untuk menculik aku. Dan aku…telah mengingati semuanya.” kata Sarah. Dr.
Mustaqim terdiam. Dia tidak percaya dengan perkara itu. Pihak polis pun terus
menangkap D. Mustaqim atas kesalahan menjalankan eksperimen haram yang telah
menyebabkan kematian ramai orang. Pihak atasan yang terlibat pula telah
dilucutkan jawatan dan dijatuhkan hukuman penjara.
Tiga Bulan
Kemudian…Arash mula menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia mula hidup tenang
dan gembira. Sarah pula masih melanjutkan pelajarannya di kolej bersama dengan
Arash manakala Zana telah berpindah ke luar negara dan menetap disana. Zana
membuat keputusan itu kerana ingin melupakan segala yang pernah berlaku ke
atasnya. Aqill pula masih dirawat di hospital. Disebabkan dia telah melalui
perkara yang sulit sebelumnya, dia menerima rawatan psikologi di hospital.
Keadaan telah
berubah sepenuhnya. Kejadian misteri 14 tahun lalu telah dilupakan masyarakat.
Hanya mereka berempat sahaja yang tahu bahawa terdapat dunia lain yang lebih
baik dan berteknologi tinggi selain dunia yang mereka duduki sekarang ini.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment