TWO WORLDS (EPISODE 9)
TAJUK : TWO WORLDS
GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
TAHUN 2017…Arash
dan Zana mula berangkat ke pusat khas yang sudah lama tidak beroperasi. Mereka
merempuh masuk ke dalam pusat khas itu tanpa pengetahuan orang lain. Mereka
menganggap bahawa Sarah pasti berada di situ. Mereka memulakan pencarian
mereka. Sepanjang pencarian itu, mereka tidak menemukan apa-apa. Tiba-tiba,
mereka mula berada di hadapan Ruang 14. Mereka mula merempuh masuk. Mereka
merasakan ada yang aneh tentang ruangan itu. Walaupun sudah lama tidak
beroperasi, hanya Ruang 14 sahaja yang masih kelihatan seperti baharu dan
bersih. Keadaan ruangan itu seperti baru sahaja digunakan beberapa hari yang
lalu. Mereka mula melihat sekeliling. Mereka terdiam seketika. Sarah terbukti
berada di situ. Sarah terbaring lemah di atas katil itu. Tiba-tiba, seorang
lelaki mula menghayunkan kayu ke arah Arash. Arash tidak sempat untuk mengelak
lalu rebah ke lantai. Zana terkejut dengan situasi itu. Lelaki itu mencapai
sepucuk pistol yang diselitkan di celah bajunya. Dia mengacukan pistol itu ke
arah Zana. “Tunggu! Jangan bunuh dia lagi
Aqill.” kata Dr. Mustaqim yang tiba-tiba muncul. “Awak…Dr. Mustaqim…” kata Zana gagap. “Saya sepatutnya membunuh kamu tak lama dulu. Kamu tetap memberi
masalah kepada saya sejak dulu sehingga sekarang.” kata Dr. Mustaqim. “Apa yang awak nak?!” tanya Zana. “Kami perlukan kamu. Tapi tak semudah itu
untuk memiliki kamu. Mahu atau tidak, kami perlu membunuh kamu kerana kamu
sudah tahu semuanya.” balas Dr. Mustaqim. “Apa?!” jerit Zana. “Bunuh
dia!” arah Dr. Mustaqim. Aqill terus mengacukan pistol ke arah Zana.
Tiba-tiba, Arash menumbuk wajah Aqill dengan kuat. Dr. Mustaqim terkejut dengan
situasi itu lalu mencapai jarum suntikan di poketnya. Zana pula berusaha untuk
membawa Sarah keluar dari situ. Akhirnya, Arash tidak sempat menyelamatkan diri
kerana Dr. Mustaqim telah menyuntiknya. Arash rebah ke lantai. Zana dan Sarah
pula berjaya melepaskan diri. Arash terus dibawa oleh Dr. Mustaqim untuk
dijadikan bahan ujikaji.
TAHUN
2003…Detektif Zul yang terkejut melihat adiknya cuba untuk melepaskan diri dari
genggaman Dr. Mustaqim. “Kenapa kau culik
adik aku?! Beritahu aku sebabnya?!” tanya Detektif Zul. “Aqill mempunyai memori yang berbeza dari
kanak-kanak yang lain. Hanya dia yang ingat tentang kejadian misteri itu. Jadi,
apa salahnya kalau saya menggunakan adik awak? Memori adik awak mampu untuk
mengubah segalanya.” jelas Dr. Mustaqim.
“Kau memang gila! Lepaskan adik aku!” jerit Detektif Zul. “Saya tak boleh melepaskan dia. Saya perlu
menyelesaikan apa yang sudah saya lakukan.” kata Dr. Mustaqim. “Apa perkara yang perlu kau selesaikan?!” tanya
Detektif Zul. “Saya perlu membuktikan
bahawa ada dunia lain yang jauh berbeza dari dunia kita. Dan dunia lain itu
telah dilihat oleh adik awak, Aqill.” jelas Dr. Mustaqim. Detektif Zul
mendiamkan diri. “Dunia…lain?” bisik
Detektif Zul. Dr. Mustaqim hanya tersenyum.
TAHUN 2031…Ketua
Umum, Aqill Ahmad bertemu dengan Dr. Mustaqim. “Tuan Presiden, saya dah datang.” kata Aqill. Dr. Mustaqim menoleh
ke arah Aqill lalu tersenyum. “Macam mana
dengan gadis itu? Kamu dah dapat mencari lagi?” tanya Dr. Mustaqim. “Maafkan saya, Tuan Presiden. Saya masih
belum menemukan dia.” balas Aqill. “Okay,
teruskan mencari.” kata Dr. Mustaqim tenang. “Tuan Presiden, adakah memori saya dapat dipulihkan?” tanya Aqill.
Dr. Mustaqim terdiam seketika. “Kenapa?
Ada yang tak kena ke?” tanya Dr. Mustaqim. Aqill memandang serius wajah Dr.
Mustaqim. “Memori kamu tak akan pernah
dapat dipulihkan. Saya sebagai ayah kamu menasihatkan bahawa kamu mulakan hidup
baru dengan memori yang baru. Itu lebih baik.” jelas Dr. Mustaqim. “Macam mana kalau saya ingat sesuatu?
Hakikat sebenar bahawa Tuan Presiden bukan ayah kandung saya?” kata Aqill
ragu. “Dr. Mustaqim terkejut. Dia ketawa terbahak-bahak. “Saya ayah kamu. Itu hakikat yang perlu kamu terima.” balas Dr.
Mustaqim. Aqill tersenyum. “Saya minta
maaf, Tuan Presiden. Awak bukan ayah kandung saya.” kata Aqill lalu
mengacukan pistol ke arah Dr. Mustaqim. Dr. Mustaqim hanya mampu tersenyum. “Akhirnya, kamu dah ingat semuanya.”
kata Dr. Mustaqim. Mereka berdua saling berpandangan. “Beritahu saya tentang dunia lain yang pernah kamu lihat 28 tahun yang
lalu.” kata Dr. Mustaqim. “Tuan
Presiden nak tahu tentang dunia lain itu? Minta maaf. Saya tak boleh beritahu
secara jelas tentang itu. Saya tak boleh berkongsi maklumat dengan orang yang
telah membunuh abang saya.” balas Aqill. Dr. Mustaqim ketawa
terbahak-bahak. “Abang kamu? Kamu ingat
dia?” tanya Dr. Mustaqim. “Ya, saya
ingat abang saya. Detektif Zul adalah abang saya. Dan…Tuan Presiden telah
membunuhnya.” kata Aqill. Dr. Mustaqim terdiam. Dia tersenyum sinis lalu
memandang wajah Aqill serius. Aqill membalas pandangannya.
<BERSAMBUNG>
Comments
Post a Comment