WE ARE NOT TERRORIST
TAJUK : WE ARE NOT TERRORIST
GENRE : DRAMA
Lapan orang remaja
telah ditahan atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan dan pengganas.
Salah seorang pelajar yang terlibat ialah pelajar cemerlang berumur 24 tahun
yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat PhD. Muhammad Ezzrin Rosli
yang merupakan anak seorang miskin itu telah dituduh terlibat dengan pengganas
pada 30 Disember 2016. Diikuti tujuh orang remaja lain yang juga merupakan
pelajar terbaik di university. Pendedahan ini dilakukan selepas berita tentang
kehilangan lapan orang remaja itu pada 30 November 2016. Lapan orang remaja itu
akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut. Lapan orang remaja yang
dituduh itu akan diwakili oleh seorang peguam ketika perbicaraan tersebut. Hal
ini adalah untuk membuktikan bahawa lapan orang remaja itu tidak bersalah.
Detektif Adly
meneliti kes itu. Dia ragu-ragu untuk mengatakan bahawa lapan orang remaja itu
terlibat dengan pengganas. Sebelumnya, pada tanggal 30 November 2016, lapan
orang remaja ini telah dilaporkan oleh ahli keluarga mereka bahawa anak mereka
telah menghilangkan diri. Setelah sebulan berlalu, tanggal 30 Disember 2016,
lapan orang remaja ini telah dilaporkan terlibat dengan pengganas. Detektif
Adly merasakan bahawa ia seperti satu kebetulan. Kemana mereka menghilangkan
diri selama sebulan? Dan bagaimana pihak polis berjaya menahan lapan orang
remaja itu? Kalau dilihat kepada keadaan mereka ketika ditangkap, mereka agak
lemah dan tubuh badan mereka mempunyai tanda lebam dan luka. Wajah mereka juga
pucat seperti mereka telah didera oleh orang tertentu. Ada yang tidak kena.
Detektif Adly terus bertemu dengan peguam yang mewakili mereka iaitu Cik Eyka.
Detektif Adly menceritakan semua tentang kesangsiannya terhadap kes ini.
Sementara itu,
pendakwa raya, Cik Naziha tekun membuat persiapan menghadapi perbicaraan itu.
Tugasnya adalah untuk membuktikan bahawa lapan orang remaja itu bersalah dalam
kes yang akan dibicarakan. Cik Naziha hanya memikirkan bahawa dia ingin
memenangi kes itu. Dia tidak kisah tentang siapa yang bersalah dalam setiap kes
yang dikendalikannya.
Puan Ema yang
merupakan ibu tunggal kepada Ezzrin yang dituduh sebagai pengganas telah
membuat rayuan agar anaknya itu dapat dibebaskan dalam masa yang terdekat.
Tetapi, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kes itu akan dibicarakan
di mahkamah tidak lama lagi. Puan Ema amat tertekan dengan situasi itu. Dia
tidak percaya bahawa anaknya itu terlibat dengan pengganas.
Perbicaraan telah
dimulakan. Ezzrin dan yang lain telah digari bersama. Wajah mereka berlapan
agak pucat dan lemah. Semua orang telah masuk ke dalam ruang perbicaraan.
Pesalah telah masuk sambil diiringi oleh pihak polis. Ahli keluarga pesalah mula
menitiskan air mata dan tidak sanggup melihat keadaan anak-anak mereka. Setelah
itu, Ketua Hakim, Dato Aziz tiba di ruang perbicaraan itu. Dia mula mengambil
tempatnya disitu. Pendakwa raya, Cik Naziha memulakan perbicaraan dengan
kata-kata pembukaan. Cik Naziha mendakwa lapan orang remaja itu didapati
bersalah. Cik Eyka sebagai peguam bela mereka membantah dakwaan Cik Naziha.
Pelbagai bukti kukuh telah ditunjukkan dan diterangkan oleh pendakwa raya
membuktikan mereka bersalah tetapi Cik Eyka pula sebaliknya. Dia berusaha untuk
menyelamatkan lapan orang remaja itu dengan bukti-bukti yang telah dijumpai dan
diselidikinya.
Perbicaraan
berhenti rehat buat seketika. 30 minit masa rehat yang diberikan dimanfaatkan
oleh Cik Eyka dan Detektif Adly untuk mencari bukti kukuh untuk mempertahankan
lapan orang remaja itu. Dalam masa yang agak singkat, detektif Adly berjaya
mendapatkan bukti kukuh tentang kes itu. Mereka menemukan sebuah gudang lama
berhampiran dengan sebuah kampung. Mereka mengetahui tentang gudang itu selepas
mereka melihat rakaman CCTV bahawa terdapat sebuah trak tentera pernah berada
di sana. Terbukti, gudang itu digunakan untuk menyeksa lapan orang remaja itu.
Keadaan gudang itu didapati banyak alat-alat penyeksaan dan dijangka telah digunakan
sebulan yang lalu. Mereka mendapati lapan orang remaja itu dilaporkan hilang
pada 30 November 2016 kerana telah
diculik dan dibawa ke gudang tersebut untuk diseksa. Tujuannya, untuk menuduh
mereka sebagai pengganas supaya pihak atasan mendapat perhatian dan penghargaan
dalam kes ini.
Perbicaraan
kembali dimulakan. Pendakwa raya memberikan hujah dan pendapat mereka tentang
kes itu. Ketua hakim, Dato Aziz mula memikirkan bahawa memang benar mereka
adalah pengganas. Tetapi, kepercayaan Dato Aziz disangkal peguam, Cik Eyka. Cik
Eyka mula menerangkan tentang bukti yang telah dijumpainya 30 minit yang lalu.
Bukti itu membuatkan orang lain terkejut. Mereka semua mula mempercayai bahawa
lapan orang remaja itu tidak bersalah. Tetapi, setiap usaha Cik Eyka pasti
dapat ditentang oleh Cik Naziha. Sekali lagi, mereka buntu dalam mempertahankan
lapan orang remaja itu.
Hari kedua
perbicaraan juga berlangsung dengan tegang. Orang ramai mula menyokong lapan
orang ramaj itu. Mereka mengatakan bahawa remaja itu tidak bersalah. Orang
ramai mula yakin dan percaya denganb lapan orang remaja itu. Pihak atasan mula
dikutuk oleh masyarakat. Perbicaraan kali ini berjaya ditamatkan dan mereka
akan menunggu keputusan hakim pada hari yang berikutnya.
Pada hari
keputusan, kedua-dua pihak mula memberikan kata-kata penutup. Setelah selesai,
Ezzrin mula berdiri dari tempat duduknya. “Bebaskan
kami. Kami bukan pengganas.” kata Ezrrin perlahan. “Bebaskan kami! Kami bukan pengganas!” kata Ezzrin lagi dengan
lebih kuat. Semua orang yang ada di ruang perbicaraan itu mula bersemangat.
Mereka mula menitiskan air mata. Lapan orang remaj itu mula menangis
teresak-esak. “Bebaskan kami!!! Kami
bukan pengganas!!!” jerit Ezzrin. Suasana menjadi hening. Ezzrin duduk
kembali ke tempatnya. Ketua hakim, Dato Aziz mula memberikan keputusan
perbicaraan itu. “Muhammad Khairul Azhar,
Mikail Hazmi, Zamzani Omar, Ahmad Termizi, Zikri Hussin, Ezzrin Rosli, Abdul
Halim dan Kamal Abdullah telah didapati bersalah. Sekian.” kata Hakim, Dato
Aziz. Semua orang mula membantah keputusan tersebut. Dato Aziz hanya beredar
dari situ.Cik Eyka hanya terdiam. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
Suasana menjadi riuh rendah. Cik Naziha pula tersenyum gembira kerana dia sudah
menang perbicaraan itu. Dia juga berlalu pergi dari situ. Lapan orang remaja it
uterus dibawa oleh pihak polis. Puan Ema menangis teresak-esak sambil memanggil
nama anaknya, Ezzrin. Ezzrin tidak dapat menahan rasa sedihnya itu. Tiada apa
lagi yang dapat dilakukan. Perbicaraan sudah tamat. Detektif Adly hanya
menundukkan kepalanya. Dia tidak sangka dengan keputusan yang dibuat oleh ketua
hakim itu.
Setelah beberapa
tahun, lapan orang remaja itu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Dalam jangka masa itu, pihak atasan mula dikutuk oleh masyarakat. Protes telah
dilakukan oleh masyarakat setempat. Ketua hakim telah meletakkan jawatannya
selepas kes itu lalu mendedahkan hal sebenar kepada umum.
Pihak yang terlibat
telah ditangkap setahun selepas itu. Pihak atasan juga telah disabitkan
bersalah dan akan dipenjarakan seumur hidup.
Nasi telah menjadi
bubur. Lapan orang remaj itu hanya tinggal kenangan. Pertuduhan mereka dapat
dibuktikan akhirnya. Mereka tidak bersalah. Terbuktilah bahawa mereka bukan
seorang pengganas yang mengkhianati negara mereka sendiri.
<TAMAT>
Comments
Post a Comment