TWO WORLDS (EPISODE 7)

TAJUK : TWO WORLDS

GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
EPISOD 7 : DALANG DISEBALIKNYA
      TAHUN 2031…Cik Syamim masih menumpukan pada siasatan ke atas syarikat WORLD Corporation. Dia berusaha untuk mendedahkan aktiviti haram syarikat itu. Dalam masa yang sama, dia ingin mencari tahu tentang kematian rakannya. Dia menganggap bahawa kematian rakannya itu ada kaitan dengan syarikat WORLD Corporation. Cik Syamim menggeledah pejabat presiden syarikat itu. Dia ingin menemukan bukti kukuh untuk menguatkan tuduhannya itu. Tiba-tiba, Cik Syamim telah diserbu oleh sekuriti lalu ditangkap. Ketua Umum, Aqill Ahmad muncul dihadapannya. “Nampaknya, kau masih tak berputus asa lagi ya.” perli Aqill. Cik Syamim hanya tersenyum. “Saya tak akan pernah berputus asa untuk mengungkap semua kejahatan yang pernah kamu semua lakukan.” balas Cik Syamim. Aqill ketawa terbahak-bahak. “Nampaknya, tak ada pilihan lain lagi. Kami perlu membawa kau ke Ruang 14.” kata Aqill. Cik Syamim terdiam. Wajahnya berubah serius. “Kenapa? Kau teringat sesuatu?” perli Aqill. “Setelah sekian lama, ruangan itu masih wujud lagi.” kata Cik Syamim. “Ruangan itu harus ada buat selamanya. Betul tak, Cik Sarah?” balas Aqill. Cik Syamim terkejut dengan kata-kata Aqill tadi. “Mana dia tahu aku adalah Sarah?” bisik Cik Syamim. “Akhirnya, kau kembali lagi ke tempat ini.” kata Aqill. Cik Syamim terdiam. Selama ini, Sarah yang menghilangkan diri telah mengubah identitinya sebagai Cik Syamim.
      TAHUN 2017…Arash dan Zana berjaya melepaskan diri daripada sekuriti dan saintis yang mengejar mereka. Akhirnya, mereka menyembunyikan diri di sebuah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan. Arash memandang Zana dengan serius. “Awak ingat apa yang jadi 14 tahun lalu?” tanya Arash. Zana memandang Arash. “Ya. Saya ingat.” balas Zana. Arash mengangguk perlahan. “Cahaya itu…saya masih tidak mengetahuinya. Kenapa kita boleh hilang? Kenapa cahaya itu menjadi penyebabnya? Kita tak pernah mengetahui tentang perkara itu.” kata Zana. “Tapi, mereka…para saintis, masih tetap ingin menjalankan ujian terhadap kita. Inginkan memori kita semata-mata ingin mengetahui tentang perkara yang berlaku pada kita waktu itu. Hakikat sebenar, kita tak pernah tahu tentangnya.” balas Arash. Mereka berdua saling berpandangan.
      Kejadian misteri yang berlaku 14 tahun lalu masih tidak dapat diketahui. Arash, Sarah dan Zana yang mengalami kejadian itu sendiri juga tidak mengetahui apa-apa tentangnya. Mereka tidak dapat menerangkannya dengan kata-kata. Kerana menreka tidak mengingati apa-apa tentangnya. Tetapi, para saintis dan pihak atasan yang terlalu obses dengan kes itu telah memburukkan lagi keadaan. Ujian eksperimen yang dijalankan tidak berjalan dengan lancar. Mereka telah merosakkan memori mangsa sehingga menyebabkan kematian. Arash, Sarah dan Zana sahaja yang bertuah kerana terselamat ketika ujian dijalankan ke atas mereka.
      Arash masih lagi mendiamkan diri. “Saya teringat sesuatu.” kata Zana. Arash memandang Zana. “Apa dia? Apa yang awak ingat?” tanya Arash. “Semua budak yang hilang telah kembali pada 14 tahun yang lalu. Tetapi menurut laporan, hanya separuh sahaja yang telah kembali. Hakikat sebenarnya, separuh kanak-kanak yang hilang waktu itu telah diambil oleh para saintis yang diketuai Dr. Mustaqim untuk menjalankan ujian ke atas mereka.” jelas Zana. Arash terkejut dengan kata-kata Zana itu. Dia mula merentasi masa lagi. “Aku perlu memberitahu hal ini kepada Detektif Zul.” bisik Arash.
      TAHUN 2003…Arash muncul dihadapan detektif Zul sekali lagi. “Kau! Macam mana kau boleh ada dekat sini?” tanya detektif Zul pelik. “Saya perlu memberitahu hal ini kepada detektif. Dr. Mustaqim. Cari dia. Dia suspek utama.” kata Arash. “Apa? Dr. Mustaqim? Siapa?” tanya Detektif Arash. “Saya akan kembali lagi.” kata Arash lalu menghilangkan diri. “Tunggu!” jerit Detektif Zul. Arash hilang dari pandangan matanya.
      TAHUN 2031…Arash terkejut. Dia memandang ke arah jam tangannya. “Pelik. Sebelum ini, aku boleh kekal di tahun itu selama 14 minit. Kenapa sekarang hanya 14 saat sahaja?” bisik Arash. Dia memandang sekeliling. “Ini tahun 2031. Akhirnya, aku ada disini. Aku perlu tahu bagaimana aku boleh mati pada tahun 2017.” bisik Arash.
<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts