TWO WORLDS (EPISODE 6)

TAJUK : TWO WORLDS

GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
EPISOD 6 : MENCARI KEBENARAN
      Arash memikirkan tentang kebolehannya merentasi masa lalu dan masa hadapan. “Tahun 2003 dan tahun 2031. Beza jarak masanya adalah 14 tahun. Jadi, aku boleh merentasi masa 14 tahun ke belakang dan 14 tahun ke hadapan. Aku kembali ke tahun 2003 kerana pada tahun itu terjadinya kes misteri itu. Tapi, kenapa tahun 2031? Aku dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 2017. Tapi, apa kena mengena kematian aku dengan tahun 2031?” bisik Arash. Apa yang difikirkannya amat memeningkan kepalanya. Telefon Arash berdering. Arash menjawab panggilan itu. “Hello?” ucap Arash. “Arash! Kita kena lari!” kata Sarah resah. “Kenapa ni, Sarah?” tanya Arash pelik. “Mereka datang balik. Saintis itu…dah datang!” balas Sarah. Arash terkejut dengan kata-kata Sarah. “Tunggu saya dekat sana. Saya datang sekarang.” kata Arash lalu menamatkan panggilan telefonnya. Arash pun terus bergegas menuju ke rumah Sarah.
      Arash tiba di rumah Sarah. Dia mencari kelibat Sarah. “Arash! Sarah dah diculik oleh mereka.” kata Zana yang muncul dari belakangnya. “Apa awak buat dekat sini?” tanya Arash terkejut. “Sarah yang suruh saya datang ke sini.” balas Zana. “Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Arash. “Saya tak pasti sama ada betul atau tidak, tapi saya ingat semuanya.” kata Zana. Arash terkejut. Mereka berdua saling berpandangan.
      Empat tahun yang lalu, Zana telah ditahan di pusat pemulihan lalu memorinya telah dihapuskan. Pusat khas yang menjalankan eksperimen terhadap mangsa pada tahun 2003 itu telah membunuh ramai mangsa yang dihantar di situ. Pada mulanya, mangsa yang dihantar ke ruang 14 adalah untuk menyelidiki memori mereka agar mereka tahu tentang perkara yang terjadi pada tahun 2003. Tetapi, mereka gagal dan secara tidak sengaja telah membunuh mereka. Hanya Zana, Arash dan Sarah saja yang terselamat ketika ujian dijalankan terhadap mereka. Tetapi, Zana telah melihat semua yang berlaku ketika itu. Jadi, memorinya telah dihapuskan serta merta. Selepas itu, barulah Arash dan Sarah dibebaskan dari pusat khas. Zana pula telah dibebaskan secara rahsia tanpa pengetahuan mereka berdua.
      Arash dan Zana masih mencari Sarah. “Mereka dapat tahu tentang saya. Disebabkan memori saya telah kembali pulih, mereka menyangkakan bahawa saya telah membocorkan rahsia empat tahun lalu kepada kamu berdua.” kata Zana. “Jadi, sebab itu mereka nak culik kita.” balas Arash. “Bukan sekadar culik, tetapi, mereka nak bunuh kita.” balas Zana. Arash terdiam seketika. Keadaan menjadi kelam kabut. Mereka ternampak kehadiran para saintis itu diiringi dengan beberapa orang sekuriti. “Dr. Mustaqim? Dia ketua saintis pusat khas kan?” kata Arash. Zana terkejut. Mereka berdua terus melarikan diri. Angin bertiup kencang. Sekali lagi, Arash merentasi masa.
      TAHUN 2003…Arash terserempak dengan detektif Zul. “Kau!” kata Detektif Zul. Arash terkejut apabila melihat detektif itu. “Adakah aku merentasi masa lagi?” bisik Arash. “Adakah kau manusia? Macam mana kau boleh muncul dan hilang secara tiba-tiba?” tanya detektif Zul. Arash mula menarik nafas untuk menenangkan diri. “Saya tak pasti sama ada detektif akan percaya cakap saya atau tidak. Tapi, saya jujurdengan detektif. Saya…dari tahun 2017.” kata Arash. “Kau nak kena dengan aku?! Berani kau nak membohong dengan aku?!” jerit detektif Zul. “Detektif ingat tak waktu itu, detektif menyoal siasat seorang budak lelaki berumur tujuh tahun tentang kes misteri itu?” kata Arash. “Mana kau tahu tentang itu?” tanya detektif Zul terkejut. “Sayalah budak lelaki itu.” kata Arash. Detektif Zul terdiam seketika. “Kau cuba untuk membohong aku ke? Tak mungkin kau adalah budak itu!” jerit Detektif Zul. “Betul. Semua yang jadi ni tak masuk akal. Sama juga apa yang pernah jadi pada saya waktu itu. Cahaya terang mengikuti saya. Cahaya itu sangat panas sehingga membuatkan diri saya lemah pada ketika itu.” jelas Arash. Detektif Zul terkejut dengan kata-kata Arash itu. “Mana kau tahu tentang itu? Macam mana kau boleh tahu situasi yang dilalui oleh budak lelaki itu?” tanya Detektif Zul. “Kerana saya budak lelaki itu! Percayalah!” balas Arash. Detektif Zul terdiam seketika. “Apa yang kau tahu?” tanya Detektif Zul. “Saya tahu semuanya.” balas Arash. Tiba-tiba, Arash mula menhilangkan diri. “Tak! Jangan hilangkan diri sekarang!” jerit detektif Zul. Arash hilang dari pandangan detektif Zul. “Aku kena dapatkan maklumat daripada dia supaya aku boleh tahu tentang keberadaan adik aku.” bisik detektif Zul.
      TAHUN 2017…Arash masih berlari. Zana juga berada disebelahnya. “Aku perlu menamatkan semua ini.” bisik Arash.
<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts