TWO WORLDS (EPISODE 5)

TAJUK : TWO WORLDS

GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
EPISOD 5 : MERENTASI MASA BAHAGIAN 2
      Arash masih memikirkan perkara yang terjadi pada dirinya tadi. Bagaimana hal itu boleh terjadi? Apakah sebabnya? Arash tidak ingin memikirkannya lagi. Dia pun terus menutup suis lampu lalu melelapkan matanya.
      Arash menuju ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buku. Dia pun mula mencari buku yang ingin dipinjamnya. Arash menoleh ke tepi. Dia mula terdiam. Dia menatap wajah Zana yang berada di  sebelahnya dengan lama. Zana memandang pelik Arash. “Awak? Awak lelaki semalamkan?” tanya Zana. Lamunan Arash terhenti. Arash menundukkan kepalanya lalu pergi dari situ. Zana pelik dengan sikap Arash. Langkah Arash terhenti. Dia menoleh ke arah Zana. “Awak ingat lagi apa yang terjadi 14 tahun yang lalu?” tanya Arash. “14 tahun lalu?” balas Zana. “Maafkan saya. Saya pergi dulu.” kata Arash lalu pergi dari situ. “Adakah tentang cahaya itu?” tanya Zana. Arash terkejut lalu memandang wajah Zana. “Saya pernah bermimpi tentangnya tapi saya tak pernah alaminya.” kata Zana. Arash terdiam. “Adakah memorinya telah dihapuskaan?” bisik Arash. Mereka saling berpandangan.
      Setelah kelas tamat, Arash terus bertemu dengan Sarah. “Adakah awak pun fikir perkara yang sama dengan saya?” tanya Sarah. Arash memandang Sarah. “Memorinya telah dihapuskan. Saya pasti itu adalah kerja saintis di pusat khas itu.” balas Arash. “Sangkaan saya betul.” kata Sarah. “Kali ini saya bersetuju dengan awak. Kita perlu bongkarkan rahsia ini.” balas Arash. Sarah mengangguk setuju. Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Situasi itu sama seperti apa yang berlaku semalam. Arash menutup matanya rapat.
      TAHUN 2031…Arash melihat sekeliling. Bangunan dibina dengan rapid an baik. Keadaannya seperti sebuah negara maju. Arash melangkah perlahan. “Adakah aku merentasi masa lagi?” bisik Arash. Dia melihat sekeliling dengan teliti. “Ini adalah masa depan.” bisik Arash. Dia mula berfikir seperti itu selepas dia melihat skrin yang memaparkan tahun 2031. “Apa yang terjadi pada tahun ini? Kenapa aku boleh ke tahun ini?” bisik Arash. Arash mula berlari tanpa arah tuju. Dia memasuki sebuah syarikat besar yang bernama WORLD Corporation. Dia mula bertanya kepada orang sekeliling. “Maafkan saya. Boleh saya tahu apa tempat ini?” tanya Arash. Wanita itu terdiam. Riak wajahnya seperti terkejut apabila melihat wajah Arash. “Kenapa ni” tanya Arash. Wanita it uterus bergegas ke kaunter lalu membunyikan siren kecemasan. Arash terkejut dengan perbuatan wanita itu. Sekuriti mula berkumpul di lobi. Mereka semua terkejut dengan kehadiran Arash. Ketua umum, Aqill Ahmad muncul di hadapan Arash. “Kamu? Masih hidup?” tanya Aqill terkejut. Arash terdiam seketika. “Apa yang awak merepek ni?” balas Arash. “Tangkap dia!” arah Aqill. Tanpa berfikir panjang, Arash terus melarikan diri. Sekuriti terus mengejar Arash. Arash yang tidak mengetahui apa yang telah terjadi tiada pilihan lain selain melarikan diri. Arash langsung tidak menoleh ke belakang. Tiba-tiba, seseorang menarik tangan Arash lalu bersembunyi. Gadis itu menekup mulut Arash. “Diam!” arah Cik Syamim. Akhirnya mereka terlepas dari sekuriti itu. “Siapa awak?” tanya Arash. “Maafkan saya. Saya Cik Syamim. Saya detektif.” balas Cik Syamim. “Awak kenal saya?” tanya Arash. “Tak. Saya tak kenal awak.” balas Cik Syamim. “Jadi, kenapa awak selamatkan saya?” tanya Arash. “Saya cuma tertanya-tanya kenapa mereka mengejar awak? Awak ada kaitan dengan  WORLD Corporation ke?” balas Cik Syamim. “Apa maksud awak?” tanya Arash pelik. Cik Syamim tersenyum. “Siapa awak?” tanya Cik Syamim serius. Arash terdiam. “Sekejap. Saya rasa saya kenal awak. Siapa ya?” kata Cik Syamim. Cik Syamim berfikir sejenak. Cik Syamim terkejut. “Awak! Awak Arash!” kata Cik Syamim. Arash terkejut. “Awak sepatutnya sudah mati 14 tahun yang lalu.” kata Cik Syamim. “Apa?! Saya dah mati?!” balas Arash terkejut. Tiba-tiba, Arash mula menghilangkan diri. Cik Syamim terkejut apabila Arash menghilangkan diri. “Macam mana dia boleh ada di sini?” bisik Cik Syamim.
      TAHUN 2017…Arash kembali ke tahun 2017. Sarah masih berada di hadapannya. “Aku…dah mati?” bisik Arash.
<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts