TWO WORLDS (EPISODE 8)

TAJUK : TWO WORLDS

GENRE : MISTERI / DRAMA / FANTASI
EPISOD 8 : MASA DEPAN BUKAN SEGALANYA
      TAHUN 2031…Arash yang merentasi masa ke tahun itu sedang mencari gadis yang menyelamatkannya tempoh hari. Arash memasuki syarikat WORLD Corporation secara senyap. Dia tidak ingin orang lain tahu tentang kehadirannya di situ. Dia meneliti kawasan itu dengan baik. Dia seperti mengenali tempat itu. Arash terkejut. Dia melihat dengan teliti. “Ini Ruang 14. Maknanya, WORLD Corporation adalah…Pusat Khas.” bisik Arash. Arash terdengar suara seseorang sedang meronta meminta tolong. Arash bersembunyi disebalik dinding itu. “Gadis itu? Kenapa dia ditangkap?” bisik Arash. Cik Syamim meronta kesakitan. Arash membuat keputusan untuk membantu Cik Syamim. Dia mula menerpa dua lelaki itu. Mereka mula bergelut. Arash menolak dua orang lelaki itu ke lantai lalu mencapai tangan Cik Syamim. Mereka berdua berjaya melarikan diri daripada dua orang lelaki itu.
      Arash memandang wajah Cik Syamim serius. “Apa yang awak tahu pasal saya? Ceritakan semuanya.” kata Arash. Cik Syamim hanya mendiamkan diri. “Awak…Arash? Macam mana awak boleh ada dekat sini lagi? Awak sepatutnya sudah mati.” kata Cik Syamim. “Kenapa saya boleh mati? Apa alasannya? Beritahu saya!” balas Arash. “Ini saya, Sarah. Kawan awak.” kata Cik Syamim. Riak wajah Arash mula berubah. Dia terkejut dengan kata-kata Cik Syamim itu.
      “Awak telah dijumpai mati ketika di tempat kejadian. Pihak polis mengesyaki bahawa awak telah dibunuh. Awak telah diberikan ubat-ubatan terlarang sehingga menyebabkan kematian awak.” jelas Cik Syamim. “Awak tahu siapa pelakunya?” tanya Arash. “Pihak polis tidak dapat menyelesaikan kes itu kerana kekurangan bukti. Tapi, apa yang saya dapat tahu, ubat-ubatan yang diberikan kepada awak adalah milik seorang saintis bernama Dr. Mustaqim. Saya baru dapat pengesahannya semalam.” balas Cik Syamim. “Awak? Apa yang terjadi pada awak 14 tahun yang lalu?” tanya Arash. “Saya diculik oleh mereka. Dr. Mustaqim juga ada disitu. Tapi, saya dapat melepaskan diri. Sejak itu, saya mengubah identiti saya menjadi Cik Syamim.” balas Cik Syamim. Arash hanya terdiam. “Tapi, kenapa awak muncul sekarang selepas 14 tahun berlalu? Betul ke awak dari tahun 2017?” tanya Cik Syamim. “Saya tahu, awak mungkin tak akan percaya kata-kata saya ini. Tapi, Ini lah perkara yang sebenarnya. Saya dapat merentasi masa lalu dan masa hadapan apabila saya menginginkannya. Mungkin, ada alasannya kenapa saya mempunyai kebolehan ini. Saya perlu mengungkapkan kebenaran.” jelas Arash. “Dengar sini! Awak mungkin boleh merentasi masa hadapan. Tapi, itu tidak bermakna awak tak boleh mengubahnya. Mulai sekarang, jangan terlalu bergantung kepada masa lalu dan masa hadapan kerana ia bukan realiti. Masa lalu hanyalah masa yang sudah kita lalui. Masa hadapan pula adalah pilihan kita. Awak boleh mengubah semuanya pada tahun 2017. Jika awak boleh lakukannya di masa itu, masa hadapan akan berubah.” kata Cik Syamim panjang lebar. “Okay. Saya akan cari tahu tentangnya. Saya akan menghalang perkara buruk daripada berlaku.” balas Arash. Cik Syamim tersenyum. Arash mula menghilangkan diri. Dia kembali pada tahun 2017.
      TAHUN 2003…Detektif Zul bertemu dengan Dr. Mustaqim di sebuah hospital. “Ya. Ada yang boleh saya bantu?” tanya Dr. Mustaqim. “Saya detektif Zul. Izinkan saya masuk. Saya ingin memeriksa sesuatu.” balas Detektif Zul. Wajah Dr. Mustaqim berubah. “Kenapa tiba-tiba? Apa ada yang salah?” tanya Dr. Mustaqim ragu. Detektif Zul tidak mengendahkan kata-kata Dr. Mustaqim lalu menyerbu masuk ke dalam pejabat Dr. Mustaqim. Detektif Zul menggeledah barang-barang Dr. Mustaqim. “Saya rasa awak dah salah tempat.” kata Dr. Mustaqim sambil mengeluarkan jarum suntikan dari poketnya. Detektif Zul perasan dengan tingkah laku Dr. Mustaqim. Dr. Mustaqim tidak teragak-agak lalu menyuntik sesuatu di leher Detektif Zul. Akhirnya, Detektif Zul rebah ke lantai lalu pengsan.
      Detektif Zul mula menyedarkan diri. Dia melihat sekeliling. “Tempat apa ni?” bisik Detektif Zul. “Awak dah sedar, Detektif Zul.” kata Dr. Mustaqim. Detektif Zul terkejut. Adiknya yang hilang sedang berdiri di hadapannya. Air matanya mula mengalir. “Aqill. Kamu masih hidup.” kata Detektif Zul. Aqill hanya mendiamkan diri. “Ayah. Siapa ni? Macam mana dia boleh kenal saya?” tanya Aqill. Detektif Zul terkejut mendengar kata-kata Aqill. “Aqill! Kamu tak kenal abang ke? Ini abang Zul. Kamu adik abang.” kata Detektif Zul. “Aqill pergi keluar dulu.” arah Dr. Mustaqim. “Baik, ayah.” balas Aqill lalu keluar dari situ. “Dr. Mustaqim tersenyum. “Apa yang kau dah buat dekat adik aku?!” jerit Detektif Zul. “Dia tak akan ingat dengan awak. Kerana…memorinya telah dihapuskan.” jelas Dr. Mustaqim. Detektif Zul terkejut. Mereka berdua saling berpandangan.
<BERSAMBUNG>

Comments

Popular Posts